3. JEPUN
Mereka amat mementingkan masa. Toki wa kane yori, satu peribahasa Jepun yang bermaksud Masa Itu Lebih
Berharga Daripada Emas, telah menjadi pegangan rakyat negara berkenaan sejak dahulu lagi. Contoh popular
yang kita ketahui ialah sistem pengangkutan awam mereka.
Sistem Pendidikan di Jepun mewajibkan pelajar daripada berumur 6 tahun untuk sekolah rendah, 6 tahun dalam
pendidikan rendah dan 3 tahun sekolah menengah rendah. Di dalam sistem pendidikan Jepun, satu akademik
bermula dari April dan berakhir Mac pada tahun berikutnya.
Sistem pengangkutan awam di Jepun amat cekap dan menepati masa. Jepun merupakan pengeluar kereta paling
aktif, dan masyarakatnya lebih suka menaiki kereta api atau basikal untuk bergerak ke sesuatu tempat.
Jepun amat terkenal dengan negara yang bersih dan tanpa sampah. Ini kerana, mereka amat mementingkan
pengamalan membuang sapah dengan cara yang betul seperti mengasingkan jenis sampah sebelum membuang.
4. MALAYSIA (PUTRAJAYA)
Putrajaya merupakan pusat pentadbiran kerajaan. Ia dibina menggunakan konsep bercirikan Islam
dan bandar dalam taman.
Terdapat banyak taman-taman rekreasi bagi mengekalkan kawasan hijau di Putrajaya. Ini
merupakan satu inisiatif bagi mengekalkan eko sistem di Putrajaya.
Perbadanan Putrajaya banyak melakukan aktiviti alam sekitar seperti membuat program
penanaman pokok di sekitar Putrajaya. Seterusnya, mereka sering mengadakan kempen bagi
memberi kesedaran kepada penduduk di Putrajaya akan kepentingan ala sekitar.
Sistem kutip sampah yang berjadual juga daripada syarikat Alam Flora juga amat mengagumkan
bagi menggelakan pencemaran bau dan macam-maca lagi.
Di Putrajaya juga menyediakan sistem pengangkutan awam yang menghubungkan tempat-tempat
di Putrajaya. Ini membolehkan penduduk di Putrajaya mengurangkan penggunaan kereta dan
mengurangkan pencemaran udara. Terbaru, Putrajaya menyediakan laluan khas untuk pengguna
basikal di sekitar Presint 2 bagi menggalakan penduduk mengamalkan hidup sihat.