1. N A M A : I N T A N S YA Z A N A B I N T I H A Z U K I
N O . M AT R I K : A 1 5 8 6 5 0
F A K U L T I : F A K U L T I S A I N S D A N
T E K N O L O G I
N A M A P E N S YA R A H : P R O F. D AT O I R . D R .
R I Z A AT I Q A B D U L L A H B I N O . K . R A H M AT
LMCP1532
PEMBANGUNAN BANDAR MAPAN
AMALAN TERBAIK DALAM PEMBANGUNAN BANDAR MAPAN
2. DEFINISI AMALAN TERBAIK
Amalan terbaik bermaksud perbuatan atau tingkah laku yang baik dan
dilakukan berulang kali sehingga menjadi rutin harian.
Amalan terbaik terdiri daripada pelbagai aspek iaitu politik, ekonomi,
sosial, alam sekitar dan sebagainya.
Amalan terbaik boleh dilakukan secara individu, kelompok dan
komuniti.
Sesebuah bandar yang mengamalkan amalan terbaik dapat
membentuk sebuah bandar dengan masyarakat yang harmoni selain
membantu dalam pembangunan bandar.
4. AMALAN TERBAIK DI SHAH ALAM, SELANGOR
Hari tanpa beg plastik.
Pada mulanya, hari tanpa plastik hanya dilakukan pada hari sabtu. Akan
tetapi, undang-undang tersebut telah dikuatkuasakan sepenuhnya untuk
hari-hari yang berikutnya.
Kerajaan Selangor telah memutuskan bahawa semua peruncit tidak akan
membekalkan beg plastik secara percuma serta melarang penggunaan
polistirena bermula pada tahun 2017.
Bagi peruncit yang akan memohon atau memperbaharui lesen
perniagaan , antara syarat yang ditetapkan adalah larangan penggunaan
polistirena dan beg plastik pakai buang. Jika pengguna masih perlikan
beg plastik, caj minima akan dikenakan oleh peruncit.
6. AMALAN TERBAIK DI SHAH ALAM, SELANGOR
Hari tanpa kenderaan.
Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) telah menganjurkan Hari
Tanpa Kenderaan bertemakan kesihatan beberapa kali.
Program tersebut merupakan inisiatif pihak MBSA ke arah
mempromosikan gaya hidup sihat dan mengurangkan penggunaan
kenderaan di atas jalan raya yang menyebabkan pelepasan gas
karbon monoksida hingga mencemar alam sekitar.
Ini juga selaras dengan hala tuju MBSA untuk menjadikan Shah
Alam sebagai bandar raya rendah karbon menjelang 2030.
9. AMALAN TERBAIK DI JEPUN
Menepati masa dan bertimbang rasa.
Masa merupakan satu perkara yang amat dititikberatkan oleh semua
rakyat negara mereka. Mereka sangat menghargai masa walaupun
sesaat dan ini menyebabkan perkara yang dilakukan mereka sangat
produktif.
Rakyat Jepun tidak mementingkan diri sendiri kerana budaya
mereka sangat bertimbang rasa tentang orang lain menyebabkan
banyak perkara yang mereka lakukan akan memberi faedah kepada
orang lain dan bukan bertujuan untuk menyusahkan.
10. AMALAN TERBAIK DI JEPUN
Budaya bersih
Budaya ini diterap sejak daripada awal lagi. Kanak-kanak diajar
bertanggungjawab ke atas sampah sendiri. Setiap kelas adalah
bertanggungjawab untuk mengemas bilik darjah mereka sendiri.
Tempoh pembersihan dilakukan selepas sekolah selama setengah
jam. Kelas ini dibahagikan kepada kumpulan yang dikenali sebagai
han, yang bertanggungjawab untuk melakukan kerja-kerja seperti
debu, mengelap lantai, atau memvakum pada syif setiap minggu.
11. AMALAN TERBAIK DI JEPUN
Hidup sederhana.
Di Jepun, rakyat mereka sudah merasakan perbelanjaan berlebihan
itu satu perkara yang sia-sia dan membazir.
Sudah menjadi budaya mereka untuk berbelanja dengan apa yang
perlu sahaja dan mereka juga tidak terlalu jimat sehinggakan hanya
membeli barang yang murah kerana mereka juga mementingkan
kualiti cumanya ia tidak sehingga terlalu membazir
13. AMALAN TERBAIK DI TERENGGANU
Larangan berpakaian tidak sopan
Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam)
mengambil tidakan terhadap umat Islam yang berkelakuan
tidak senonoh dan berpakaian tidak sopan di tempat awam di
negeri ini.
Larangan kepada umat Islam lelaki berada di tempat
awam ketika solat Jumaat.
Jika ada mereka yang ditangkap kerana melanggar
peraturan itu, mereka akan dipanggil untuk sesi kaunseling
dan jika masih lagi melakukan kesalahan yang sama ,
tindakan undang-undang atau denda akan dikenakan.