Anak gajah terjatuh ke dalam lubang perangkap pemburu ketika bermain sendirian. Ia meminta tolong dan bapanya serta ibunya berusaha menyelamatkannya dengan menggunakan gading untuk membuat tangga dan dahan pohon untuk menimbus lubang. Akhirnya anak gajah diselamatkan.
1 of 2
Download to read offline
More Related Content
Anak gajah terjatuh ke dalam lubang
1. ANAK GAJAH TERJATUH KE DALAM LUBANG
Assalamualaikum wbt, selamat sejahtera dan salam satu Malaysia saya ucapkan kepada
tuan pengacara majlis, panel hakim yang arif lagi bijaksana, guru-guru dan rakan-rakan
sekalian. Saya Sabrina binti Fauzi ingin menyampaikan sebuah cerita yang bertajuk
Anak Gajah Terjatuh Ke Dalam Lubang.
Bapa gajah dan ibu gajah membawa anaknya bermain-main.Mereka tiba di
pinggir hutan. Ketika itu, matahari bersinar lembut.
Di situ banyak bunga liar berwarna-warni. Bapa gajah dan ibu gajah memetik
banyak bunga liar.Bunga-bunga liar itu diikat menjadi jambak bunga.
Ketika bapa gajah dan ibu gajah membuat jambak bunga, anak gajah
meninggalkan ibu bapanya untuk pergi bermain-main sendirian.Pada mulanya, anak
gajah bermian dengan kupu-kupu. Kemudian, ia makan cendawan.
Anak gajah terus berjalan ke sana ke mari. Tiba-tiba ia terjumpa buah-buahan
pisang yang masak di atas jalan. Air liurnya mula mengalir. Anak gajah pergi mengambil
buah-buahan pisang itu. Tiba-tiba tanah di situ runtuh.
Anak gajah tidak dapat mengawal diri lalu jatuh ke dalam lubang yang besar.
Rupa-rupanya lubang itu perangkap pemburu.
Anak gajah berasa takut. Ia berfikir bagaimana hendak keluar dari dalam lubang
itu yang sangat dalam itu.
Anak gajah menjerit meminta tolong. Bapa gajah dan ibu gajah terdengar jeritan
itu lalu pergi ke lubang itu. Bapa gajah dan ibu gajah mengelilingi lubang itu. Kemudian
mereka menghulur belalai ke dalam lubang.
2. Oleh sebab lubang itu terlalu dalam, belalai gajah tidak dapat sampai ke dasar
lubang. Ibu gajah berpesan kepada anaknya supaya tidak menjerit kerana takut
didengari oleh pemburu.
Bapa gajah memujuk anak gajah supaya tidak bimbang. Ibu dan bapanya sedang
berfikir bagaimana untuk menyelamatkannya. Bapa gajah dan ibu gajah pun
berbincang. Bapa gajah akan menggunakan gading untuk membuat tangga.Ibu gajah
pula pergi mengambil dahan-dahan kayu untuk menimbus lubang.
Anak gajah mengumpul dahan pokok dan menimbus lumpur. Lubang menjadi
cetek dan tangga siap dibuat.Anak gajah memanjat tangga. Bapa gajah menggunakan
belalai untuk mengait belalai anak gajah. Akhirnya anak gajah ditarik keluar dari lubang.
Anak gajah menjerit kegembiraan. Sejak hari itu anak gajah tidak mahu makan
apa-apa yang ditinggalkan di atas jalan.
Demikianlah tadi cerita Anak Gajah Terjatuh Ke Dalam Lubang. Kawan-kawan,
apabila dalam kesusahan janganlah kita cepat mati akal. Bertenang dan carilah jalan
untuk mengatasinya.
Sekian, terima kasih.