Tiga cerita pendek dibawakan dalam dokumen ini. Pertama, tentang ikan Tony yang suka menipu teman-temannya dengan berpura-pura melihat jerung tetapi akhirnya dimakan jerung sungguhan. Kedua, tentang rubah Joe yang menipu kelinci Ronnie dengan mengorbankannya kepada singa. Ketiga, tentang arnab pemalas yang enggan membuat sarang bersama tupai walaupun hujan terus turun.
1 of 7
Download to read offline
More Related Content
Anak ikan yang suka menipu
1. ANAK IKAN YANG SUKA MENIPU
Di sebuah lautan, terdapat seekor anak ikan yang nakal. Ia bernama
Tony. Tony tidak disenangi rakan-rakanya kerana ia suka menipu dan
mempermain-mainkan mereka. Ketika ikan-ikan lain sedang bermain,
Tony akan menjerit, Jerung! Jerung! Bersembunyi cepat! Ikan-ikan
itu ketakutan lalu lari dan bersembunyi di celah-celah batu. Tony akan
mentertawakan rakannya itu. Ikan-ikan kecil amat takut dengan jerung.
Jerung yang garang itu akan memakan mereka tanpa belas kasihan.
Sebab itulah mereka akan lari ketakutan apabila Tony menjerit,
Jerung! Jerung! Namun Tony sungguh nakal. Ia berasa seronok dapat
mempermain-mainkan rakan-rakanya. Ikan-ikan kecil itu mempercayai
Tony, walaupun mereka selalu tertipu dengan helah Tony. Pada suatu
hari, Tony menghampiri rakan-rakanya itu. Ia ingin mempermainkan
mereka seperti biasa. Tiba-tiba muncul seekor jerung menghampiri
mereka. Namun Tony tidak menyedari kehadiran jerung itu. Jerung!
Jerung! Bersembunyi cepat! Jerit ikan-ikan itu. Ikan-ikan itu lari lalu
bersembunyi di celah-celah batu. Tony tidak menghiraukan jeritan
rakan-rakanya. Ia menyangka mereka cuba mepermain-mainkanya.
Baiklah, kamu semua menang! Di sini mana ada jerung! Tak usahlah
kamu semua mempermain-mainkan aku! jerit Tony. Jerung itu
berenang menghampiri Tony. Tony tidak sempat melarikan diri. Ia
dimakan oleh jerung itu.
KAWAN YANG TIDAK JUJUR
Terdapat seekor rubah bernama Joe. Ia mempunyai sahabat
bernama Ronnie. Ronnie ialah seekor keldai. Joe sangat licik. Ronnie
pula seekor keldai yang kurang cerdik. Oleh itu, Joe sering mengambil
kesempatan terhadap kawannya itu. Ia kerap menggunakan Ronnie bagi
2. mendapatkan makanan. Roni hanya menurut segala kata-kata dan
arahan Joe. Pada suatu petang, Joe dan Ronnie berjalan- jalan di dalam
hutan. Tiba-tiba mereka terserempak dengan seekor singa.
Kedua-duanya tidak dapat melarikan diri. Joe yang licik mendapat
idea untuk melepaskan diri dari singa itu. Ia berpura-pura berani di
hadapan kawannya itu. Kamu tunggu di sini. Biar aku pergi berunding
dengan singa itu,kata Joe. Joe berjalan kea rah singa. Hai, Encik
Singa! Tolong jangan makan saya! Saya akan bawakan keldai itu ke
sebuah gua. Tuan boleh menikmati dagingnya yang lazat itu di sana,
kata Joe dengan lemah lembut. Baiklah, aku akan lepas kan kau! Tapi,
kau mesti bertindak cepat! jawab singa dengan garang. Joe kembali
menemui Ronnie. Singa itu tak mahu makan kita sekarang! Lebih baik
kita pergi segera dari sini dan menyorok di dalam gua ketika rubah dan
keldai itu masuk ke dalam gua, singa terus menerkam rubah. Kemudian,
ia membaham keldai. Kedua-dua sahabat itu menjadi makanan singa.
ARNAB YANG PEMALAS
Cerita kanak-kanak tentang dua sahabat.
Di sebuah hutan tinggal sepasang sahabat. Mereka ialah seekor
arnab dan seekor tupai. Setiap hari mereka menghabiskan masa
bersama-sama. Pada suatu hari, tupai berkata kepada arnab, Mari kita
buat sarang. Sekarang dah tiba musim hujan. Apabila hujan, kita ada
tempat berteduh. Ya, betul kata awak. Tapi biarlah saya berehat
dulu, jawab arnab. Pada petang itu, hujan turun dengan lebatnya.
Tupai dan arnab berteduh di bawah pokok. Mereka basah dan
kesejukan.Jika kita ada sarang, tentu kita tak akan basah begini,kata
3. tupai. Ya, betul kata awak, jawab arnab. Pagi esok kita akan buat
sarang, kata arnab lagi.
Keesokan pagi, cuaca sungguh baik. Tupai mengajak arnab
menbuat sarang. Lebih baik kita pergi cari kayu untuk membuat
sarang, kata tupai. Tapi bukan sekarang, jawab arnab. Kita masih
ada banyak masa lagi. Marilah kita pergi cari makanan. Saya sungguh
lapar! Tupai menggeleng-geleng melihat sikap sahabatnya itu. Pada
petang itu, hujan turun lagi. Tupai dan arnab basah kuyup kerana tiada
tempat berteduh. Alangkah baiknya jika kita ada sarang, kata tupai.
Esok kita mesti buat sarang. Saya tak mahu terus basah seperti ini
sewaktu hujan. Arnab yang pemalasitu tidak menghiraukan rungutan
sahabatnya. Kita tunggu esok sahajalah, kata arnab.
KERBAU BALAR
Dalam sekumpulan kerbau, ada sepasang kerbau balar. Warna
kulitnya merah, tidak hitam seperti kerbau-kerbau yang lain. Oleh
kerana kulit yang berbeza warnanya itu, kerbau balar selalu dihalau
oleh kerbau lain. Kedua-duanya tidak dibenarkan makan bersama dan
tidur sekandang.
"Rupa kamu tidak sama dengan kami," kata kerbau yang lain itu.
Kedua-dua kerbau balar itu sangat sedih kerana mereka selalu
disisihkan.
Pada suatu musim ,kerbau hitam dan kerbau balar itu mendengar
tuan mereka akan menangkap mereka. Semuanya akan dihantar dan
akan dipakaikan gelang merah.
Pada suatu hari, kedua-dua kerbau merah itu tersesat ke tempat
orang menyembelih kerbau. Kerbau balar melihat beberapa kepala dan
4. kaki kerbau bergelimpangan di kawasan itu. Lalu selepas itu tahulah
mereka apa yang sebenarnya terjadi.
Ketika kerbau-kerbau lain di tangkap , kedua-dua ekor kerbau
balar itu melarikan diri ke hutan. Kerbau-kerbau yang lain semuanya di
sembelih.
Selamatlah kedua-dua kerbau balar itu. Lalu kedua-duanya
menjadi kerbau liar yang susah untuk ditangkap lagi.
5. Gagak yang haus
Terima kasih tuan pengerusi majlis. Yang dihormati guru-
guru, barisan hakim danrakan-rakan sekalian. Pada hari ini, saya akan
bercerita tentang sebuah kisah tauladan yang bertajuk Gagak Yang
Haus.
Pada zaman dahulu, ada seekor gagak yang haus terbang ke sana dan ke
sini untuk mencari air. Namun, semua kolam, sungai dan tasik sudah
kering disebabkan oleh kemarau.
Tiba-tiba, gagak terjumpa sebuah tembikar yang berisi air.
Malangnya, air didalam tembikar itu hanya separuh. Gagak tidak minum
kerana paruhnya pendek.Gagak pun berfikir sebentar.
Tidak lama kemudian, gagak mendapat buahfikiran. Gagak pun segera
mengutip dan mengumpul batu-batu yang ada berhampirannya.
Kemudian, gagak pun mengisi batu-batu itu ke dalam tembikar.Lama-
kelamaan, air di dalam tembikar itu pun semakin banyak.
Akhirnya,gagak dapat minum air itu sepuas-
puasnya.Kesimpulannya, pengajaran dari cerita ini ialah, jika kita rajin
berusaha, pasti kitaakan menemui kejayaan. Sampai di sini sahaja
cerita saya. Sekian, terima kasih.
6. Selamat sejahtera saya ucapkan kepada tuan pengerusi majlis, para
hakim yang bijaksana, guru-guru serta rakan-rakan sekalian. Tajuk
cerita saya ialah Arnab Dengan Buaya.
Di dalam sebuah hutan terdapat seekor arnab yang cantik. Bulunya
lebat dan lembut. Giginya tersusun rapi dan putih berseri. Binatang-
binatang lain selalu memuji kecantikan gigi arnab itu.
Lama-kelamaan, arnab itu menjadi semakin sombong. Pada suatu hari,
arnab itu berjalan di tepi sungai lalu ternampak seekor buaya. Arnab
berasa takut dan tidak berani mendekati buaya itu.
Hai Arnab, cantik sungguh gigi kamu! Kalau gigi aku juga begitu cantik,
pasti aku boleh menjadi raja di laut. Kata buaya itu. Arnab berasa
gembira mendengar pujian itu.
Bagaimana kamu menjaga kecantikan gigi kamu itu? tanya buaya
sambil tersenyum. Arnab berkata, Kamu mesti banyak makan sayur-
sayuran dan jangan makan daging.
Kemudian, buaya mengangakan mulutnya. Bolehkah kamu tolong
periksa gigiku?
7. Arnab pun menghampiri buaya untuk memeriksa giginya. Tanpa
berlengah, buaya terus menutup mulutnya lalu menelan arnab itu.
Tamatlah riwayat arnab yang bergigi yang cantik tetapi pendek akal itu.
Kawan-kawan, janganlah kita sekali-kali percaya dan terima kata-kata
pujian orang asing. Sekian, terima kasih.