Ni x de lah spiritual sangat.... but, its about kasih sayang. aku tak tau kasih sayang uh kategori ape... so aku main letak je.. bye~
1 of 15
Downloaded 63 times
More Related Content
Anak Penggunting Rambut
1. Disediakan oleh :
-Nur Irlyani Nawarah Mohd Samsir
-Anis Sahira Abd Aziz
-Nadira Naffisya Ramzi
-Hisshanthini a/p Aruat Silvam
2. KANDUNGAN
? Pengenalan watak 3
? Sinopsis 4
? Tema 5
? Persoalan 6
? Watak 7
? Plot 9
? Latar 11
? Gaya bahasa 12
? Nilai 13
? Pengajaran 14
3. SINOPSIS
Cerpen ini mengisahkan seorang ayah, Mat Gunting yang terpaksa memikul
beban membesarkan anak perempuan bernama Manisah (nama timang-
timangan Manis) setelah kematian isterinya. Mereka tinggal di Kampung
Batu 25, Bagan Datoh, Perak. Pak Mat sering memanjakan Manis dengan
memberinya wang saku sekolah mengikut keperluan serta menyediakan
pelbagai keperluan untuknya. Rambut Manis dipotong pendek seakan
rambut kanak-kanak lelaki. Hal itu menyebabkan Manis selalu menjadi
bahan ejekan rakan-rakan sekolahnya sehingga dia memasuki sekolah
menengah. Kerjaya ayahnya juga sering diketawakan orang sejak dia
bersekolah di tadika lagi. Bagi Pak Mat, tujuannya berbuat demikian kerana
Manis selalu pening dan pitam. Bagaimanapun Manis tidak pernah ambil
kisah dan sentiasa menyanjung tinggi pekerjaan ayahnya. Bagaimanapun
ketika melanjutkan pelajaran di Kuala Lumpur Manis jatuh sakit dan
disahkan menghidap Leukemia. Rambutnya gugur hingga hampir botak. Dia
meninggal di pangkuan ayahnya.
4. TEMA
Cerpen itu bertemakan kekeluargaan. Pengarang memperlihatkan
kepentingan kasih sayang dalam menjaga keharmonian keluarga. Dalam
cerpen itu, pengarang menonjolkan watak Manis (Manisah), anak
perempuan tunggal yang sangat kasih dan sayang akan ayahnya (Pak Mat
Gunting). Abahnya selalu menggunting dan menjaga kebajikan Manis
tanpa menyedari anaknya itu menghidap Leukemia.
5. PERSOALAN
1. Prihatin dengan masalah anak.
2. Kemampuan untuk berdikari bagi meneruskan hidup.
3. Kesanggupan menerima takdir daripada Tuhan dengan tabah dan
tenang.
4. Kepentingan ilmu pengetahuan.
5. Pengorbanan seorang ayah terhadap anak.
6. Kasih sayang anak terhadap ayah.
7. Ketabahan seorang anak dalam menempuh cabaran hidup.
8. Keazaman seorang anak untuk membantu ayahnya.
6. PENGENALAN WATAK
Aku : Pencerita (¡°aku¡±), tukang gunting rambut sambilan. Berasal dari
Kampung Batu 25, Bagan Datoh, Perak, kemudian peneroka FELDA.
Dipanggil Mat Gunting, Uda Ahmad. Mempunyai 3 orang anak lelaki,
selain Manisah, anak bongsunya pernah mengambil upah di kebun
kelapa.
Manisah (Manis) : Anak perempuan tunggal ¡°aku¡±. Tidak membantah
rambutnya dipotong pendek oleh ¡°aku¡±, terutama setelah menang dalam
acara membawa bakul kacang di atas kepala semasa tadika. Selalu pening
sejak kecil, tetapi mudah senyum. Sukakan keropok lekor di kantin,
hingga bertindak mengambil wang simpanan ¡°aku¡±. Merahsiakan
penyakit leukemia yang dihidapi hingga hujung nyawa. Ucapan
terakhirnya, ¡°Manis tak mampu abah¡(Rambut Manis gugur setiap
hari).¡±
9. PLOT
Permulaan
Pengarang memulakan cerita dengan memperkenalkan watak ayah
sebagai tukang gunting yang dikagumi oleh anak perempuan nya, Manis.
Pekerjaan ayah sebagai tukang gunting bermula dengan kerja sampingan
tetapi akhirnya menjadi tersohor di Bagan Datoh. Manis pula menjadi
pelanggan ayahnya dengan gaya guntingan rambut pendek.
Perkembangan
Manis berbangga dengan kerjaya ayahnya, sebagai tukang gunting
walaupun diketawakan oleh kawan-kawannya. Kesetiaan Manis
menemani ayahnya waktu bergunting rambut telah dikagumi oleh
ayahnya. Manis mempunyai prinsip untuk mempertahankan rambut
10. pendeknya walaupun sudah bersekolah menengah dan ditegur oleh
warden asrama nya. Setelah melanjutkan pelajarannya di peringkat
universiti, Manis tidak pulang ke kampungnya dan hanya sekadar
menelefon ayahnya sahaja.
Klimaks
Manis disahkan menghidap leukemia oleh doktor. Dia hanya boleh hidup
selama beberapa bulan sahaja. Ayah tersentuh hatinya apabila menerima
perkhabaran itu.
Peleraian
Penyakit leukemia Manis bertambah parah. Manis akhirnya meninggal
dunia. Ayah menerima suratan takdir Allah dengan mengenang kembali
makna sehelai rambut Manis yang gugur akibat leukemia.
11. LATAR
LATAR TEMPAT : Rumah ¡°aku¡±/ rumah Manisah; hospital, tadika,
asrama, Bagan Datoh, Ladang FELDA, Kuala Lumpur.
LATAR MASA : Subuh, Asar( Manisah dikebumikan), siang hari
(Manisah bersekolah, membantu bapa), zaman kanak-kanak Manisah,
zaman mahasiswa Manisah.
12. GAYA BAHASA
1. Sinkope [Contoh: kau degil tetapi cepat menangis.]
2. Kata Ganda [Contoh: sampah-sarap, rakan-rakan, awal-awal.]
3. Simile [Contoh: Seperti Busut Hitam]
4. Personifikasi [Contoh: Jari-jemari abah ini seperti menari-nari
sendiri]
13. NILAI
1. Nilai keberanian [Contoh: Manisah berani berambut pendek
walaupun telah dipanggil dan ditegur oleh guru.]
2. Nilai berdikari [Contoh: Ayah berdikari dalam mendidik anak-
anak selepas kematian isterinya.]
3. Nila semangat bermasayarakat [Contoh: Ayah sanggup
meneruskan kerja menggunting rambut kepada peneroka dan anak
peneroka walaupun bayarannya rendah.]
4. Nilai kasih sayang [Contoh: Ayah sangat menyayangi
Manisah sejak dari kecil hingga dewasa.]
5. Nilai kerajinan [Contoh: Ayah rajin bekerja di ladang dan juga
sebagai tukang gunting rambut pada sebelah petangnya. Manisah
juga rajin menolong ayahnya membersihkan tempat menggunting
rambut.]
14. PENGAJARAN
1. Kita hendaklah menerima ketentuan Allah. [Ayah menerima
ketentuan Allah yang mengambil nyawa isterinya dan juga
anaknya Manisah lebih awal.]
2. Kita hendaklah mendidik anak dengan sempurna. [Ayah
mendidik anak-anaknya dengan baik walaupun tanpa isteri yang
telah meninggal dunia.]
3. Kita hendaklah bersangka baik terhadap jiran. [Orang
kampung memahami mengapa ayah memotong rambut Manisah
sehingga pendek.]
4. Kita hendaklah rajin belajar walaupun berjauhan dengan
keluarga. [Manisah rajin belajar sehingga masuk universiti
walaupun berjauhan dengan keluarganya.]
15. Ditulis oleh:
-Nur Irlyani Nawarah binti Mohd Samsir
-Anis Sahira binti Abd Aziz
Penyuntingan oleh:
-Nur Irlyani Nawarah binti Mohd Samsir