1. HIKAYAT ANGGUN CIK TUNGGAL
(DIUBAHSUAIKAN OLEH HIZAIRI OTHMAN)
Kapal milik Raja Anggun Cik Tunggal bernama Dendang Panjang sedang berlabuh. Tiba-
tiba sebuah lancang kuning berlabuh betul-betul di hadapannya. Bujang Selamat bertanya
kepada pemilik lancang kuning mengapa berlabuh secara melulu. Si Kembang Cina yang
berada dalam lancang kuning dengan beraninya menerangkan hajat nakhodanya.
Raja Anggun Cik Tunggal yang tercabar dengan kelancangan Si Kembang Cina
telah mengisytiharkan perang terhadap kebiadaban nakhoda lancang kuning iaitu Nakhoda
Ragam. Berlakulah tembak menembak di antara Raja Anggun Cik Tunggal dengan
Nakhoda Ragam (Tuan Puteri). Dalam insiden itu, Tuan Puteri nyaris-nyaris terkorban akibat
tembakan Raja Anggun Cik Tunggal yang langsung tidak usul periksa. Dalam keadaan
yang terdesak itu, Tuan Puteri menyalin pakaiannya dan menunjukkan identitinya yang
sebenar iaitu Tuan Puteri Gondan Ganariah iaitu tunangan Raja Anggun Cik Tunggal. Hal ini
menyebabkan Raja Anggun Cik Tunggal tekejut dan malu lalu lari ke biliknya sambil
berselubung.
Tunangannya, Tuan Puteri Gondan Gandariah pun menyatakan rasa terkilannya
atas tindakan Raja Anggun Cik Tunggal tadi. Baginda merajuk dan berasa seperti dirinya
telah dilupakan Raja Anggun Cik Tunggal. Berlakulah pujuk-memujuk yang akhirnya
melembutkan hati Tuan Puteri. Tuan Puteri kemudiannya meminta kebenaran untuk belayar
pulang. Setelah tiga hari tiga malam, kapal Seludang Mayang berlabuh di pelabuhan
negeri Tiku Benua lalu disambut dengan bedilan meriam. Sesampai di istana, Tuan Puteri
menyembah salam dan menyampaikan perkhabaran kepada ayahandanya,Raja Laksamana
tentang pertemuannya dengan Raja Anggun Cik Tunggal.
Sikap terburu-buru dan tidak usul periksa yang membawa salah faham. Dalam hal ini, Raja
Anggun Cik Tunggal berperang dengan tunangnya, Tuan Puteri Gondan Ganariah kerana
tidak tahu kapal lancing kuning itu milik tunangnya.
1
Sinopsis
Tema
2. 1. Persoalan perasaan kasih sayang sesama manusia.
Tuan Puteri yang sanggup belayar untuk bertemu dengan tunangannya, Raja Anggun
Cik Tunggal.
2. Persoalan keberanian menegakkan keadilan.
Tuan Puteri yang membalas serangan Raja Anggun Cik Tunggal.
3. Persoalan keperluan memujuk setelah melakukan kesilapan dalam sesuatu tindakan.
Raja Anggun Cik Tunggal memujuk Tuan Puteri Gondan Ganariah setelah menyedari
kesilapannya yang menyerang lancang kuning milik tunangannya.
Watak Utama
Raja Anggun Cik Tunggal
Terburu-buru dalam tindakan kerana menyerang kapal Nakhoda Ragam tanpa soal
siasat yang mendalam.
Pandai memujuk orang lain. Baginda memujuk tunangnya,Tuan Puteri Gondan
Gandariah yang jauh hati akibat insiden membedil yang hampir meragut nyawa.
Begitu sayang akan Tuan Puteri Gondan Ganariah.
Tunangan kepada Tuan Puteri Gondan Ganariah.
Watak Sampingan
Tuan Puteri Gondan Gandariah
Nakhoda lancang kuning yang dibedil.
Menggunakan beberapa nama lain seperti Tuan Puteri Nakhoda Ragam.
Berani kerana sanggup bertembak-tembakan dengan Raja Anggun Cik Tunggal dan
hampir terkorban.
Puteri kepada Raja Laksamana
Baginda merupakan tunangan kepada Raja Anggun Cik Tunggal.
2
Persoalan
Watak dan Perwatakan
3. Bijak menggunakan senjata walaupun seorang wanita, buktinya dia melepaskan
tembakan yang hampir mengenai Raja Anggun Cik Tunggal.
Seorang yang mudah jauh hati atau merajuk.
Bersifat lembut hati dan mudah dipujuk walaupun telah melalui insiden yang
berbahaya.
Raja Laksamana
Ayahanda kepada Tuan Puteri Gondan Gandariah.
Pemerintah negeri Tiku Benua.
Si Kembang Cina
Orang suruhan dalam kapal Seludang Mayang milik Tuan Puteri Gondan Gandariah.
Yakin, buktinya menjawab tujuan lancing kuning milik nakhodanya dengan berani
kepada Bujang Selamat.
Latar Tempat
Di atas kapal Dendang Panjang.
Di sini Raja Anggun Cik Tunggal bergurau dengan Tuan Puteri Intan Dikarang. Di sini
juga berlaku peristiwa tembak menembak yang membuta tuli dan hampir-hampir
meragut nyawa Raja Anggun Cik Tunggal dan Tuan Puteri Gondan Gandariah.
Di atas kapal Seludang Mayang.
Kapal ini milik Tuan Puteri Gondan Gandariah. Di sini berlakunya peristiwa tembak
menembak yang hampir mengorbankan Tuan Puteri Gondan Gandariah.
Di pelabuhan.
Di situlah kapal Dendang Panjang dan Seludang Mayang berlabuh secara
bertentangan.
Negeri Tiku Benua.
Merupakan negeri asal Tuan Puteri Gondan Gandariah. Rajanya bernama Raja
Laksamana. Lancang kuning Seludang Mayang belayar menuju ke negeri ini selepas
Tuan Puteri Gondan Gandariah berjaya dipujuk oleh Raja Anggun Cik Tunggal.
Negeri Bandan.
Negeri ini merupakan tempat yang ingin ditujui oleh kapal Seludang Mayang milik
Tuan Puteri Gondan Gandariah.
3
Latar
4. Latar Masa
Tiga hari tiga malam.
Tempoh masa ini diambil oleh Seludang Mayang untuk belayar balik ke negeri Tiku
Benua.
Latar Masyarakat
Latar masyarakatnya mementingkan budi bahasa.
Sebagai contoh, Bujang Selamat bertanyakan pemilik lancang kuning mengapa
berlabuh secara bertentangan dengan kapal Dendang Panjang.
Latar masyarakat yang memiliki keberanian.
Si Kembang Cina berani menjawab panggilan Bujang Selamat walaupun dia seorang
wanita.
Latar masyarakatnya yang terlalu mudah dicabar.
Raja Anggun Cik Tunggal mudah tercabar apabila Si Kembang Cina sambil bercekak
pinggang berani menjawab pertanyaan Bujang Selamat.
Latar masyarakatnya yang pandai memujuk.
Raja Anggun Cik Tunggal memujuk Tuan Puteri Gondan Gandariah yang jauh hati
selepas kejadian tembak-menembak. Baginda berupaya meyakinkan Tuan Puteri Agar
tidak meragukan kasih sayangnya.
Latar masyarakatnya yang kurang usul periksa.
Hal ini ditunjukkan oleh sikap Raja Anggun Cik Tunggal yang terus saja menyerang
Seludang Mayang dengan tidak usul periksa apakah niat dan tujuannya berlabuh di
hadapan Dendang Panjang miliknya.
Latar masyarakat yang tidak mahu beralah.
Hal ini berlaku kepada Raja Anggun Cik Tunggal yang langsung tidak mahu beralah
dalam peristiwa tembak-menembak walaupun dengan tunangannya sendiri.
1. Bahasa istana
Patik, murka, peraduannya, beta
2. Simile
Bagai ikan di luar belat
4
Gaya Bahasa
5. 3. Peribahasa
Rendah diri
4. Bahasa Arab
Allah, Insya-Allah
5. Kata ganda
Panji-panji, berbalas-balas
6. Inversi
Gembiranya hati Tuan Puteri
1. Nilai kasih sayang
Sebagai contoh Raja Anggun Cik Tunggal memujuk Tuan Puteri Gondan Gandariah
kerana baginda sayangkan tunangnya itu walaupun berlaku salah faham dan tembak-
menembak sebelum itu.
2. Nilai kepatuhan
Bujang Selamat patuh pada arahan Raja Anggun Cik Tunggal supaya memeriksa kapal
yang berlabuh di hadapan kapal mereka.
3. Nilai berani
Hal ini ditunjukkan oleh Si Kembang Cina yang sambil bercekak pinggang membalas
pertanyaan Bujang Selamat yang dianggapnya mencabar.
4. NIlai ketabahan
Contoh, Tuan Puteri Gondan Gandariah tetap tabah berhadapan dengan Raja Anggun
Cik Tunggal walaupun nyaris terkorban.
1. Kita hendaklah memeriksa sesuatu perkara dengan teliti sebelum mengambil tindakan.
2. Kita hendaklah banyak bersabar.
3. Kita mestilah patuh kepada perintah ketua.
4. Kita perlulah meningkatkan budi bahasa dalam komunikasi supaya tidak menimbulkan
salah faham.
5
Nilai
Pengajaran
6. 5. Kita hendaklah menyedari kesilapan dengan memohon maaf.
1. Huraikan tema prosa Hikayat Anggun Cik Tunggal ini.
2. Pada pendapat anda, mengapakah kita perlu menyiasat sesuatu perkara dengan teliti
sebelum membuat keputusan?
Jawapan:
1. Tema prosa Hikayat Anggun Cik Tunggal ini ialah sikap terburu-buru dan tidak usul
periksa yang mewujudkan perselisihan faham.
2. Pada pendapat saya, kita perlu menyiasat sesuatu perkara sebelum membuat
keputusan terlebih dahulu kerana:
a. Untuk mengelakkan perselisihan faham
b. Untuk mengelakkan perbuatan yang disesali di kemudian hari.
6
Latihan
7. 5. Kita hendaklah menyedari kesilapan dengan memohon maaf.
1. Huraikan tema prosa Hikayat Anggun Cik Tunggal ini.
2. Pada pendapat anda, mengapakah kita perlu menyiasat sesuatu perkara dengan teliti
sebelum membuat keputusan?
Jawapan:
1. Tema prosa Hikayat Anggun Cik Tunggal ini ialah sikap terburu-buru dan tidak usul
periksa yang mewujudkan perselisihan faham.
2. Pada pendapat saya, kita perlu menyiasat sesuatu perkara sebelum membuat
keputusan terlebih dahulu kerana:
a. Untuk mengelakkan perselisihan faham
b. Untuk mengelakkan perbuatan yang disesali di kemudian hari.
6
Latihan