1. ANUGERAH SRIKANDI 2006
Biodata Penerima Anugerah Sri Kandi Persatuan Pandu Puteri Malaysia 2006
Y.M. Tunku Dato' Hajjah Fatimah Binti Tunku Sulaiman
Y.M. Tunku Dato Hajjah Fatimah Binti Tunku Sulaiman telah dilahirkan di Kuala
Pilah, Negeri Sembilan pada 20 Januari 1925, dan mendapat pendidikan di Sekolah
Melayu Kuala Pilah, seterusnya melanjutkan pelajaran ke Sekolah Inggeris Tuanku
Mohammad, Kuala Pilah.
Pada tahun 1943, Y.M. Tunku Dato Hjh Fatimah telah mendirikan rumah tangga
dengan Y.M. Tunku Mohamad Jamil Bin Almarhum Y.T. Mulia Tunku Besar
Burhanuddin.
Y.M. Tunku telah menceburkan diri dalam masyarakat setempat yang berbilang
kaum, di mana jua beliau berada. Oleh kerana minat dan ingin berkhidmat secara
sukarela kepada masyarakat, Y.M. Tunku menceburkan diri secara aktif dalam kerja-
kerja sukarela dan kebajikan serta menyumbangkan khidmat bakti kepada
masyarakat sehingga kini. Antara penglibatan Y.M. Tunku ialah:
ï‚· Ahli Perkumpulan Perempuan (W.I.) Daerah Kuala Pilah (1953)
ï‚· Pengerusi Perkumpulan Perempuan (W.I.) Daerah Kuala Pilah (1956 - 1958)
ï‚· Pengerusi Perkumpulan Perempuan (W.I.) Daerah Jelebu (1959)
ï‚· Ahli Lembaga Pelawat Hospital Daerah Jelebu
ï‚· Ahli Lembaga Pengurus Government English School (S.R.U. sekarang) Daerah
Jelebu
ï‚· Menubuhkan Perkumpulan Perempuan (W.I.) Gedung Lalang (1964) Pengerusi
Perayaan Hari Pahlawan Negeri Sembilan (1968)
ï‚· Naib Pengerusi Bola Sepak Wanita Negeri Sembilan (1970)
ï‚· Pengerusi F.O.S.A.H. (Friends of the Sick and Hospital) (1970)
ï‚· Ahli Lembaga Rumah Orang-Orang Tua dan Penasihat Kanak-Kanak Daerah
Seremban (1970-1973)
ï‚· Ahli Lembaga Pelawat Taman Sinar Harapan Tuanku Ampuan Najihah (1981-1988)
ï‚· Ahli Jawatankuasa Kanak-Kanak Cacat Daerah Seremban (1974-1988)
ï‚· Pengerusi Lembaga Kebajikan Perempuan Islam Malaysia Perhubungan Negeri
Sembilan (2000 hingga sekarang)
2. Pada tahun 1999, Y.M. Tunku telah mengadakan acara Charity Golf untuk menjana
dana Persatuan Pandu Puteri Malaysia Cawangan Negeri Sembilan dan berjaya
mendapat kutipan sebanyak RM 300,000.
Atas jasanya kepada masyarakat, Y.M. Tunku Dato Fatimah telah dikurniakan
Bintang-Bintang Kebesaran dan Pingat-Pingat oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia
Tuanku Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan iaitu Pingat D.P.T.J., D.S.N., P.P.T.,
P.M.C. dan P.J.K.
Y.M. Tunku telah dikurniakan Pingat A.M.N. oleh Seri Paduka Baginda Yang Di
Pertuan Agong . Pada tahun 1988, Y.M. Tunku telah menerima anugerah Tokoh
Wanita sempena perayaan Hari Wanita Peringkat Negeri Sembilan.
Y.Bhg Toh Puan Rahimah Stephens
Y. Bhg. Toh Puan Rahimah Stephens dilahirkan di Beaufort, Sabah pada 22 Oktober
1930. Toh Puan Rahmah adalah isteri kepada Allayarham Tun Fuad Stephens, Tuan
Yang Terutama Yang Di Pertua Negeri Sabah yang pertama. Mereka telah
dikurniakan dengan empat orang cahaya mata yang berjaya dalam bidang masing-
masing.
Toh Puan Rahimah terlibat dalam Pandu Puteri sejak usia muda. Beliau pernah
menjadi ahli Pandu Puteri Tunas, Pandu Puteri Remaja dan Pandu Puteri Renjer
semasa di bangku sekolah. Pada tahun 1951, Toh Puan Rahimah memimpin
pasukan Pandu Puteri Tunas sebagai Kakak Setia di Jesselton (sekarang dikenali
sebagai Kota Kinabalu). Beliau juga pernah menjadi ahli Majlis Negeri dari 1959
hingga akhir tahun 60-an. Pada tahun 1974, iaitu semasa suami beliau dilantik
sebagai Tuan Yang Terutama Yang Di Pertua Negeri Sabah, Toh Puan Rahimah
telah dilantik sebagai Penaung Persatuan Pandu Puteri Malaysia Cawangan Sabah.
Sepanjang penglibatan dalam Pandu Puteri, Toh Puan Rahimah telah memberi
banyak bantuan dan sokongan moral kepada Persatuan Pandu Puteri Malaysia
Cawangan Sabah. Pada tahun 2000, Toh Puan Rahimah membantu dalam jualan
meja untuk satu majlis di Hotel Magellan Sutera bagi menjana dana Persatuan
sempena Ulang Tahun Ke-80 Pandu Puteri di Sabah. Beliau juga terlibat dengan
persediaan dan perundingan dengan pihak Hotel Le Meridien, Kota Kinabalu untuk
menjayakan Persidangan Pesuruhjaya dan Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan
Pandu Puteri Malaysia pada Jun 2006.
3. Selain penglibatan dalam Pandu Puteri, Toh Puan Rahimah juga aktif dalam
persatuan lain seperti Sabah Anti Tuberculosis Association (SABATA), Persatuan
Bulan Sabit Merah, Inner Wheel Club, National Stokees Association, Cawangan
Sabah (NASAM), dan Senior Citizen Association. Beliau juga merupakan pengasas
Sabah Heart Fund (SOS).
Toh Puan Rahimah terlibat secara aktif dalam politik sejak 1961. Beliau pernah
menjadi Ketua Wanita Parti UNKO (kemudian dinamakan UPKO) yang ditubuhkan
oleh suami beliau, Allahyarham Tun Fuad Stephens. Beliau juga pernah memegang
jawatan Ketua Wanita Parti Berjaya dan menjadi Wakil Rakyat Kawasan Kiulu. Pada
17 Julai 1976, beliau dilantik sebagai Menteri Kebajikan dalam Kerajaan Negeri
Sabah. Beliau merupakan wanita pertama yang dilantik sebagai Menteri dalam
Kerajaan Negeri Sabah.
Sumbangan Toh Puan Rahimah kepada masyarakat telah mendapat pengiktirafan
oleh pelbagai pihak. Beliau menerima Anugerah P.G.D.K. yang membawa gelaran
Datuk pada tahun 1971 dan Anugerah S.P.D.K. yang membawa gelaran Datuk
Panglima pada tahun 1982. Pada tahun 1985, beliau dianugerahkan Tun Fatimah
Gold Award oleh NCWO. Toh Puan Rahimah menerima anugerah Tokoh Wanita
sempena Hari Wanita 2003 pada 19 Oktober 2003.
Yang Hormat Dato' Nik Faizah Mustapha
Yang Hormat Dato Nik Faizah Mustapha memulakan kariernya sebagai Guru
Siswazah di Sekolah Menengah Zainab, Kota Bharu, Kelantan pada tahun 1966.
Sepanjang tempoh 31 tahun perkhidmatan beliau di Kementerian Pelajaran
Malaysia, beliau pernah berkhidmat sebagai Pengetua di Sekolah Menengah
Kebangsaan Kampung Baru, Kuala Lumpur (1972-1975), di Pusat Perkembangan
Kurikulum (1975-1987), Timbalan Pengarah II Lembaga Peperiksaan (1987-1990),
Pengetua Maktab Perguruan Ilmu Khas (1990-1993), Timbalan Pengarah I Bahagian
Pendidikan Guru (1993) dan Ketua Nazir Sekolah, Jemaah Nazir Malaysia (1993-
1997).
Selepas beliau bersara wajib pada tahun 1997, beliau dilantik sebagai Ahli
Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) di bawah Jabatan Perdana Menteri,
dan berkhidmat selama lima tahun hingga tahun 2002. Kini, Dato Nik Faizah
berkhidmat di Ibu Pejabat Kebangsaan Persatuan Pandu Puteri Malaysia sebagai
Pengurus Pandu Puteri.
4. Dato Nik Faizah mula terlibat dalam Pandu Puteri sebagai ahli Pandu Puteri (1922-
1957) dan ahli Kadet (1958-1959) di Malay Girls College, Kuala Lumpur. Pada tahun
1960, beliau mewakili Persatuan Pandu Puteri Malaysia di Seminar Juliette Low di
Our Chalet, Switzerland.
Beliau pernah menjadi Pemimpin Pasukan di Sekolah Aminuddin Baki Kuala Lumpur
dan SMK Kg Baru Kuala Lumpur dari tahun 1966 hingga 1972. Dato Nik Faizah
pernah berkhidmat sebagai Pesuruhjaya Ibu Pejabat Bahagian Pandu Puteri di
peringkat kebangsaan sebanyak dua kali iaitu dari tahun 1972 hingga 1978 dan
1980 hingga 1983. Beliau telah mewakili Persatuan Pandu Puteri Malaysia untuk
menghadiri Persidangan Dunia Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri
Sedunia (WAGGGS) di Iran pada Julai 1978.
Pada tahun 1983, Dato Nik Faizah Mustapha dilantik sebagai Ketua Pesuruhjaya
Persatuan Pandu Puteri Malaysia dan berkhidmat selama 10 tahun hingga tahun
1993. Dalam tempoh itu, Dato Nik Faizah dilantik sebagai ahli Jawatankuasa Rantau
Asia Pasifik, WAGGGS pada tahun 1984 hingga 1987 dan seterusnya sebagai
Pengerusi jawatankuasa yang sama pada tahun 1987 hingga 1990.
Beliau kembali berkhidmat dengan Persatuan Pandu Puteri Malaysia sebagai
Pesuruhjaya Ibu Pejabat Bahagian Latihan dan Perkembangan pada tahun 1993
hingga sekarang. Dalam pada itu, beliau merupakan Pengurus Pandu Puteri di Ibu
Pejabat Kebangsaan dari tahun 1997 hingga sekarang. Beliau juga merupakan
Penyelaras Utama Program Signatur Antarabangsa, satu projek antarabangsa yang
berlangsung dari tahun 2004 hingga 2006.
Antara sumbangan Yang Hormat Dato Nik Faizah Mustapha kepada Persatuan
Pandu Puteri Malaysia ialah memimpin ahli remaja di peringkat sekolah, merancang
dan melaksanakan program dan aktiviti Pandu Puteri di peringkat kebangsaan,
memurnikan Perlembagaan Persatuan Pandu Puteri Malaysia yang diwarisi sejak
tahun 1957, dan menyusun dan memurnikan Skim Latihan Persatuan Pandu Puteri
Malaysia untuk dinilai dan diiktirafkan oleh WAGGGS agar digunakan di dalam
Persatuan Pandu Puteri Malaysia.
Semasa beliau memegang jawatan Ketua Pesuruhjaya Persatuan Pandu Puteri
Malaysia, beliau telah memberi tumpuan kepada peningkatan pencapaian ilmu di
kalangan pemimpin dewasa menerusi pelbagai kursus dan latihan; penggubalan dan
pengeluaran buku dan bahan Pandu Puteri; mendapatkan penaja dan penderma
untuk menampung pembinaan bangunan Ibu Pejabat Kebangsaan dan
menggalakkan sumbangan fikiran dan khidmat sukarela Pemimpin dan Pesuruhjaya
agar mereka sama-sama terlibat dalam perkembangan dan peningkatan Persatuan
Pandu Puteri Malaysia.
Yang Hormat Dato Nik Faizah menerima Anugerah Tokoh Guru dari Kementerian
Pelajaran Malaysia pada tahun 2000 sempena Hari Guru 2000 dan Anugerah Tokoh
Belia Berjasa (Wanita) dari Kementerian Belia dan Sukan pada tahun 2005 sempena
Hari Belia Negara 2005.
Pada 28 Oktober 2006, beliau telah dikurniakan Darjah Kebesaran Mahkota Pahang
Yang Amat Mulia - Peringkat Kedua Darjah Indera Mahkota Pahang (D.I.M.P) yang
membawa gelaran Yang Hormat Dato oleh KDYMM Sultan Pahang.