1. Apa itu spyware : bahagian 1
Spyware merupakan perisian komputer yang apabila berada di dalam PC anda, ia akan
melaksanakan beberapa arahan seperti mengumpul pelbagai data dari komputer anda (dari
cara penggunaan anda, minat anda sehinggalah kepada maklumat peribadi anda),
menyiarkan iklan-iklan yang tidak dikehendaki malah mengubah konfigurasi komputer anda
– dan semua ini dilakukan tanpa pengetahuan dan kebenaran anda!
Antara petanda komputer anda telah diserang spyware adalah seperti:
1. Komputer anda dipenuhi pelbagai iklan – desktop anda penuh dengan pelbagai ikon yang
menawarkan perkhidmatan, samada berbayar atau percuma; paparan pop-up iklan muncul
secara tiba-tiba menyuruh anda membeli beberapa produk, seolah-olah anda melayari
internet walaupun pada ketika itu kompuer anda tidak disambungkan ke internet; Start Menu
anda juga dipenuhi dengan pelbagai shorcut ke laman web promosi pelbagai khidmat dan
produk.
2. Perubahan ketara pada pelayar internet anda – Pelayar internet anda, terutamanya
Internet Explorer (dan juga yang lain-lain seperti Netscape dan Firefox) dipenuhi dengan
butang-butang yang tidak anda tidak pernah lihat sebelum ini, kebanyakannya berkaitan
periklanan dan anda dapati amat sukar untuk menghilangkannya walaupun pelbagai setting
telah diubah; Selain itu, segala konfigurasi pelayar anda telah berubah dengn sendirinya –
setting laman ‘Home’ anda telah bertukar menjadi laman web lain yang tidak diketahui,
walaupun anda telah menukar ‘setting’ home anda kepada alamat asal, namun ia tetap
memaparkan laman web yang tidak diketahui itu; jika anda cuba ke laman ‘search engine’
seperti yahoo atau google, pelayar internet anda secara automaik membawa anda ke satu
lagi laman ‘search engine’ lain (yang mungkin anda tidak langsung tahu mengenainya); anda
juga mungkin gagal terus untuk megakses ke laman web popular seperti Yahoo!Mail,
microsoft.com, google.com dan sebagainya.
3. Komputer anda menjadi lembap dan kerap ‘hang’ – Anda akan mendapati prestasi
komputer anda semakin menurun; lampu merah LED pada mini tower anda berkelip-kelip
tanpa henti walaupun tiada perisian atau program dijalankan; pelbagai perisian yang anda
tidak pernah pasang/install secara tiba-tiba muncul dalam senarai program di komputer; dan
komputer anda semakin kerap ‘hang’ dan terpaksa dihidupkan semula.
Ketiga-tiga simptom di ats menunjukkan kemungkinan besar komputer anda telah diserang
spyware. Prestasi komputer anda menurun dan kerap hang kerana pada masa bekerja
menggunakan komputer, spyware juga turut sama ‘bekerja’ di belakang tabir tanpa
pengetahuan anda –mengumpul maklumat yang diperlukan dan dihantar ke pengkalan data
pencipta spyware apabila anda menyambung komputer di internet. Kerja yang anda lakukan
dan ditambah pula dengan ‘kerja oleh spyware’ memberi beban kepada memori dan
kestabilan komputer anda apabila terlalu banyak proses dijalankan pada suatu masa.
Akhirnya komputer anda menjadi seolah-olah lembap dan akhirnya ‘hang’. Spyware yang
memaparkan iklan pada komputer anda dikenali juga sebagai ‘Adware’. Perisian spyware
bertindak sendiri mengubah konfigurasi komputer anda agar anda terus ‘berhubung’ dengan
penciptanya, seperti contoh tidak boleh akses ke laman web tertentu dan memaksa anda ke
laman web yang dikehendaki pencipta spyware agar anda terus ‘berhubung’ dan ‘membekal
sumber’ padanya. Malah ada spyware yang lebih ‘gangster’ memaksa anda membeli produk
tertentu yang diiklankan atau tidak ia akan terus merosakkan sistem komputer anda. Baru-
baru ini terdapat ancaman terbaru spyware yang menyamar sebagai perisian antispyware
(antispyware ialah perisian untuk mencegah, menghalang dan membersih komputer dari
ancaman spyware).
Tetapi, anda tidak perlu bimbang. Dengan mengenali ‘musuh’ utama komputer anda ini,
anda mampu menghalangnya.