1. ULASAN JURNAL
SGDT 5014
MULTIMEDIA FOR EDUCATION AND TRAINING
ZOLKEFLI BIN BAHADOR
RAZIHAWARI BIN CHE WAN
810799
761114035137
KUALA TERENGGANU CENTRE
2. Pengenalan
Tajuk Artikel ini ialah Pembangunan Sektor Animasi Di Malaysia: Pendidian Dan Latihan
Animasi Di Institusi Pengajian Tinggi Awam. Penulis atau pengkajinya ialah saudara Fadli Abdullah
dan Md Sidin Ahmad Ishak.. Jurnal ini adalah salah satu jurnal pengajian media Malaysia jilid 12,
Nombor 2, tahun 2010. kandungan mukasurat yang dipetik adalah dari muka surat 69 sehingga 82.
Jurnal ini dikeluarkan untuk mengetahui tahap pendidikan dan latihan animasi di Istitusi
Pengajian Awam yang selepas ini ditulis sebagai IPTA. Jurnal ini nenpunyai syarat jurnal yang baik
dan kajian serta pendapat yang di keluarkan oleh penulis mempunyai eviden yang cukup baik serta
dijalankan secara teliti.
Penulis mempunyai tujuan khusus dalam kajian ini iaitu menekankan tentang pendidikan dan
latihan dalam pembangunan sector animasi di Malaysia dikalangn institusi pengajian tinggi di
Malaysia.Kajian beliau menekankan program animasi yang ditawarkan oleh IPTA di Malaysia ititu
dengan melihat kepada khusus animasi dan program yang mempunyai komponen animasi. Kedua-
dua jenis program ini di analisis oleh penulis dan hasil dapatan kajian dibincangkan dengan melihat
isu-isu yang timbul mengenai keadaan dan situasi pendidikan animasi di Malaysia.
Ulasan karya
Penulis hanya membuat analisis tentang tajuk-tajuk kursus utama yang disenaraikan dalam
laman web IPTA sahaja. Kajian penulis adalah berdasarkan tahap kursus dan bentuk kursus yang
ditawarkan. Tahap kursus dibahagikan kepada empat tahap iaitu tahap praproduksi, tahap produksi,
tahap pasca produksi dan lain-lain manakala bentuk kursus dibahagikan kepada dua bahagian iaitu
kursus yang berbentuk teoretikal dan kursus berbentuk teknikal.
3. Kajian penulis ini penting dan berkaitan dengan bidang kerja yang lain terutamanya dalam
bidang pendidikan dan bidang pekerjaan yang melibatkan animasi. Kepentingan hubungannya dalam
bidang pendidikan dan pekerjaan adalah kerana bidang pendidikan itu sendiri menyediakan peluang
pekerjaan mahir atau separa mahir kepada industry. Pengetahuan, kemahiran dan kemampuan
pelajar ini dalam aspek teorikal dan praktikal adalah sangat penting dalam mempersiapkan diri
untuk menempuhi alam pekerjaan.
Penulis membuat satu kajian yang sangat penting kerana ianya merupakan satu masaalah
kerana kekurangan pekerja mahir dibidang animasi akan menjadikan bidang produksi sesebuah filem
Negara mundur dan susah untuk bersaing dengan negara maju lain. Bidang animasi adalah satu
keperluan bagi memperkembangkan bakat-bakat yang hebat yang ada pada pelajar university
dinegara ini. Kekurangan dalam pendidikan membuatkan pelajar yang berbakat tidak dapat
memperkembangkan bakat dan kehilangan peluang pekerjaan yang diminati.
Kaedah kajian
Kaedah yang digunakan oleh pengkaji ialah kaedah analisis kandungan terhadap program
animasi yang ditawarkan oleh IPTA Malaysia, iaitu dengan melihat kepada program khusus animasi
dan program yang mempunyai komponen animasi. Kedua-dua program ini dianalisis oleh penulis
dan hasil dapatan kajian dibincangkan dengan melihat kepada isu-isu yang timbul mengenai keadaan
dan situasi pendidikan animasi di Malaysia.
Kaedah comparative digunakan oleh penulis untuk menerangkan peratusan jenis program
yang ditawarkan oleh universiti. Penulis juga membuat perbandingan antara aspek teknikal dan
aspek tenorikal yang ditawarkan oleh Universiti bagi pengajian animasi yang ditawarkan di
universiti.
4. Penulis juga menunjukkan kecenderungan mengkaji bidang animasi di IPTA tanpa
mengambil kira IPTS. Sewajarnya penulis mengkaji kesemua bidang kursus animasi di semua IPT
kerana peratusan bidang animasi berkemungkinan tertumpu kepada IPTS kerana IPTS lebih
mementingkan kursus yang lebih teorikal dan praktikal . Selain itu juga IPTS lebih banyak
menawarkan bidang pengajian yang mementingkan peluang pekerjaan berbanding prasyarat untuk
pekerjaan di sector awam.
Dapatan Kajian
Mengikut apa yang dikaji oleh penulis, keputusan kajian ini boleh diterima hanya kepada
bidang dan kursus yang ditawarkan oleh IPTA tetapi secara keseluruhannya, hasil kajian ini boleh
dipertikaikan keesahannya kerana tidak melibatkan IPTS secara keseluruhannya. Rangka kerja
analisis yng digunakan ialah menggunakan sistem peratusan berjadual. Keputusan yng diperolehi
dikira dalam peratusan dan dibandingkan secara kasar. Namun pembahagian peratusan adalah
bergantung kepada beberapa aspe k kajian seperti jenis-jenis kursus dan kompetensi bidang itu
sendiri.
Pernyataan masaalah, permasaalahan dan hipotesisnya dinyatakan dengan terang . seperti
yang dapat dilihat diperingkat awal jurnal ini, penulis dengan terang menyatakan masalah yang
timbul dan tujuan kajian tersebut dijalankan. Pada mukasurat 69, penulis didalam abstraknya
menyatakan bahawa usaha untuk membangunkan sector ini terutamanya dari segi pembangunan
sumber manusia perlu dilakukan kerana kemampuan tenaga kerja , kreativiti, dan kemahiran
merupakan kunci utama kepada kemajuan sesebuah sektor termasuklah persaingan dalam industri
kandungan (Md Sidin & Amira,2007)
Tuntutan yang dibuat oleh pengkaji adalah dengan kajian ini dapat menyedarkan masyarakat
dan kerajaan betapa seriusnya masaalah kekurangan bidang pengajian animasi di IPTA dan IPTS.
Penulis juga berharap agar berkembangnya bidang pekerjaan yang melibatkan produksi animasi agar
5. ianya setanding dengan negara maju yang lain. Penulis berharap usaha yang drastik perlu dilakukan
dalam membangunkan kursus-kursus animasi. Keperluannya dalam membekalkan tenaga sumber
manusia adalah sangat signifikan. Penulis juga berharap kaedah yang sesuai perlu dicari bagi
memenuhi keperluan kemahiran dan pengetahuan yang bersesuaian kepada pelajar bagi persiapan
diri mereka memasuki alam pekerjaan.
Di penutup kajian ini juga penulis mengharapkan agar institusi pengajian tinggi dan pihak industri
dapat bersama-sama memainkan peranan dan bekerjasama supaya sektor produksi animasi ini dapat
berkembang sekaligus dapat memberi keuntungan kepada negara.
Penulis menulis teksnya disertakan dengan eviden yang kukuh dan menyokong
kenyataannya. Contoh eviden teks diambil dari ahbar iaitu pada petikan dari Bernama bertarikh 8
Disember 2009. Terdapat juga eviden dari siaran televisyen yang popular seperti Al Jazeera
Children’s Channel. Penulis juga memetik ulasan dari jurnal yang lain seperti dari Jurnal Pengajian
Media Malaysia. Development 2009. Selebihnya petikan dari internet dan telah terbukti
kesahihannya. Eviden ini sangat menyokong kenyataan penulis dan hujah dari penulis lain
menguatkan lagi hujah penulis.
Kesimpulan Dan Ulasan
Secara keseluruhan kesimpulan yang ditulis oleh penulis adalah sangat baik dan boleh
dipertimbangan dengan sangat baik. Ini disebabkan terdapat banyak eviden yang dikemukakan
berdasarkan masaalah yang diutarakan penulis. Gaya penulisan penulis adalah sangat baik dan
dikategorikan sebagai pakar dan teksnya adalah bersesuaian dengan penulisan akademik. Terdapat
beberapa kelemahan yang perlu diperbaiki pada gaya penulisannya iaitu seharusnya penulis
menggunaan double spacing kerana ianya sebagai penulisan akademik haruslah lebih mudah untuk
dibaca. Penggunaan tulisan Times New Roman adalah bersesuaian dan mudah dibaca oleh pembaca.
Secara keseleuruhannya, jurnal ini agak baik dan kompetensinya memberi manfaat kepada pembaca.