1. UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
FAKULTI PENGURUSAN DAN EKONOMI (FPE)
Pembelajaran Berasaskan Elektronik dan Web
(KPT6044)
TUGASAN 1
Analisis Jurnal M-pembelajaran
Lecturer Name : Dr.Jessnor Elmy bt. Mat Jizat
Student Name
Matrix Number
Email / Tel.No
Date Submit
Mohd Fazley Bin Salian
M20122001459
Shah_fazley@yahoo.com/ 0136363586
24 Oktober 2013
2. Pengenalan
Pendidikan ialah penyumbang utama pembangunan modal sosial dan ekonomi negara.
Pendidikan juga merupakan pencetus kreativiti dan penjana inovasi yang melengkapkan generasi
muda dengan kemahiran yang diperlukan untuk bersaing dalam pasaran kerja, dan menjadi
pengupaya perkembangan ekonomi keseluruhannya. Sehubungan dengan itu, kerajaan perlu
memastikan sistem pendidikan negara berfungsi secara berkesan untuk menjayakan Model Baru
Ekonomi, Program Transformasi Ekonomi dan Program Transformasi Kerajaan yang menjadi
asas perkembangan ekonomi Negara dalam persaingan ekonomi global.( YAB Dato Sri Mohd
Najib bin Tun Haji Abdul Razak September 2012). Pelbagai pogram telah dirangka untuk
memastikan pendidikan dapat melahirkan modal insan berkualiti. Seiring dengan perkembangan
global, sistem pendidikan juga telah mengalami evolusi yang drastik.
Perubahan ini telah
didorong oleh perkembangan teknologi. Teknologi mula diterapkan dalam pendidikan.
Penggunaan teknologi dalam pendidikan semakin ketara terutamanya dalam bilik darjah. Kaedah
pengajaran dan pembelajaran guru pada hari ini, tidak hanya terhad dengan penggunaan buku,
bahkan alat-alat teknologi telah membantu aktiviti pembelajaran di dalam bilik darjah. Isu mpembelajaran merupakan contoh penggunaan teknologi dalam pendidikan.
M-pembelajaran ditafsirkan sebagai satu corak e-pembelajaran yang menyampaikan
kandungan pendidikan dan bahan-bahan sokongan pembelajaran melalui alat komunikasi tanpa
wayar. Dengan wujudnya peranti-peranti mudah alih popular seperti telefon bimbit pintar, iPad,
iPod, Tablet PC, dan alat Bantuan Digital Peribadi (PDA) yang digunakan oleh pelajar dan guru
di dalam kelas. Isu m-pembelajaran ini semakin mendapat perhatian dalam kalangan penyelidik,
terutamanya di institusi pengajian tinggi. Contoh yang jelas seperti di dalam jurnal
m-pembelajaran dalam pendidikan teknik dan vokasional (ptv) di Malaysia, Rossyahida binti
Abd Rahman dan Mohamad Hisyam bin Mohd Hashim (Universiti Tun Hussein Onn Malaysia)
2011
3. Definisi m-pembelajaran
Kajian m-pembelajaran dalam pendidikan teknik dan vokasional (ptv) di Malaysia oleh
Rossyahida binti Abd Rahman dan Mohamad Hisyam bin Mohd Hashim menyatakan beberapa
definisi penting. Siraj & Kumaran (2006) menyatakan bahawa m-pembelajaran adalah
penggunaan peranti tanpa wayar bagi membolehkan pembelajaran berlaku pada bila-bila masa
dan di mana-mana sahaja. Parsons (2011) mengaitkan bahawa m-pembelajaran adalah
sebahagian daripada e-pembelajaran dan pembelajaran jarak jauh. Definisi ini jelas menunjukan
bahawa aktiviti pembelajaran dan pengajaran dilakukan dengan menggunakan alat-alat
teknologi. Konsep ini boleh disamakan dengan kaedah pengajian pendidikan jarak jauh.
Alat untuk m-pembelajaran
Merujuk kajian Rossyahida dan Mohamad Hisyam m-pembelajaran memerlukan alat-alat
teknologi seperti PDA, Note Book, telefon selular,telefon pintar dan telefon3g. Namun
hakikatnya m-pembelajaran tidak terhad hanya dengan menggunakan alat-alat teknologi tersebut.
Sebaliknya pelajar juga boleh menggunakan beberapa aplikasi Web 2.0 dan perisian pendidikan
percuma dengan menggunakan kompouter riba. Web 2.0 yang sentiasa diakses oleh pelajar
adalah Wikipedia, YouTube, Facebook For Android, Dropbox, Google Search, dan Whiteboard.
Selain itu pelajar boleh menggunakan Blackboard Mobile Learn. Blackboard Mobile Learn
adalah sejenis aplikasi pembelajaran yang dibangunkan oleh BlackBoard yang menyokong
persekitaran m-pembelajaran di mana aktiviti seperti pengumuman, jadual bertugas, refleksi
jurnal dan blog, media audio dan video serta gred pencapaian pelajar dipaparkan menerusi
peranti mudah alih pelajar
4. Pedagogi M-Pembelajaran
Dalam kajian Rossyahida dan Mohamad Hisyam mengemukakan satu kajian mengenai
ciri-ciri amalan berkesan pembelajaran pada abad ke-21 yang menekankan ciri-ciri amalan
pedagogi inovatif guru yang akan membawa pembaharuan terhadap pembelajaran telah
dijalankan oleh Law, Lee, & Chow (2002). Dapatan kajian beliau membuktikan pelajar bersikap
lebih positif di mana mereka berupaya mempelajari kemahiran literasi maklumat dengan
menggunakan Internet, berupaya untuk berfikir secara kritis, belajar dari pelbagai sumber serta
berupaya belajar dari komuniti mereka dengan saling menghormati idea di antara satu sama lain.
Melalui kajian ini, dapat dibuktikan pelajar generasi Y sangat berminat dengan penggunaan
teknologi. Jika diteliti, penggunaan teknologi bukan hanya terhad dengan pelajar sekolah
menengah, malahan pelajar sekolah rendah sudah mula mempelajari penggunaan teknologi
dalam pembelajaran contoh yang jelas apabila pelajar sekolah rendah sudah mahir mengunakan
blog untuk kegunaan pembelajaran.
Kelebihan m-Pembelajaran dan Kesannya Terhadap Pelajar
Berdasarkan kajian
Rossyahida dan Mohamad Hisyam M-pembelajaran dapat
membenarkan pelajar mengikut pembelajaran di mana-mana sahaja berdasarkan keupayaan
masing-masing serta mengikut kesesuaian masa sendiri. pelajar dapat menjimatkan masa untuk
belajar. Kebanyakan m-pembelajara mengandungi latihan yang membenarkan pelajar mencabar
subjek tersebut dan memintas bahagian maklumat yang telah diketahui. Hakikatnya mpembelajaran dapat meningkatkan pengetahuan pelajar mengenai penggunaan teknologi. Contoh
yang jelas mereka mahir muat turun bahan-bahan pembelajaran di blog atau di web 2.0.
Kesimpulan
5. Secara keseluruhannya kajian ini menekankan strategi dan pendekatan dalam amalan
pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas masa kini dengan menggunakan teknologi mudah
alih sebagai alat pembelajaran. Kajian ini, lebih memberi perhatian terhadap pelaksanaan mpembelajaran dalam kalangan pelajar-pelajar pendidikan teknik dan vokasional.
Pelaksanaan m-pembelajaran seharusnya tidak terhad kepada pelajar-pelajar aliran teknik
dan vokasional sahaja . Sebaliknya pelajar aliran sains atau sastra juga boleh menggunakan
pedagogi m-pembelajaran sebagai aktiviti pembelajaran dan pembelajaran di dalam kelas.
6. Secara keseluruhannya kajian ini menekankan strategi dan pendekatan dalam amalan
pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas masa kini dengan menggunakan teknologi mudah
alih sebagai alat pembelajaran. Kajian ini, lebih memberi perhatian terhadap pelaksanaan mpembelajaran dalam kalangan pelajar-pelajar pendidikan teknik dan vokasional.
Pelaksanaan m-pembelajaran seharusnya tidak terhad kepada pelajar-pelajar aliran teknik
dan vokasional sahaja . Sebaliknya pelajar aliran sains atau sastra juga boleh menggunakan
pedagogi m-pembelajaran sebagai aktiviti pembelajaran dan pembelajaran di dalam kelas.