際際滷

際際滷Share a Scribd company logo
Wira Persona Avatari
(Ahmad Zaki Abu Bakar)
Pasukan Zamrud II yang diketuai oleh Anas, dan dianggotai oleh adiknya Aina serta empat
rakannya, iaitu Pauline, Anjali, Adeen, dan Zuriani menyertai Pertandingan Avatari Kebangsaan
Kali Kesepuluh yang berlangsung di Kompleks Anggun. Tujuan mereka menyertai pertandingan
ini adalah untuk mengulangi kejayaan Pasukan Zamrud yang diketuai oleh ayah Anas,
Profesor Fitri yang telah menjadi juara pertandingan Avatari sepuluh tahun dahulu. Sebelum
pertandingan, mereka telah menjalani beberapa sesi latihan yang keras seperti latihan silat,
latihan kecergasan, dan latihan menempuh halangan yang dijalankan oleh Cikgu Nisah.
Pertandingan Avatari ini ialah pertandingan kembara di ruang siber atau adventure game bagi
makhluk janaan komputer yang dipanggil avatar. Pertandingan yang menggunakan rangkaian
Internet ini dijalankan serentak di seluruh dunia. Terdapat empat peringkat yang perlu dilalui
oleh setiap pasukan untuk menjuarai pertandingan yang menawarkan hadiah sebanyak satu
juta Ringgit Malaysia ini. Untuk peringkat pertama, seratus pasukan terbaik akan layak ke
peringkat kedua. Pada pusingan kedua pula, hanya dua puluh pasukan terbaik yang akan
dipilih. Selepas disaring dalam pusingan ketiga, hanya lima pasukan terbaik yang akan
meneruskan cabaran ke pusingan yang keempat, iaitu pusingan terakhir.
Pasukan Zamrud II telah berusaha dengan gigih dan berjuang bermati-matian untuk melepasi
halangan dan cabaran yang terdapat dalam setiap pusingan. Di samping itu, mereka juga
terpaksa menghadapi ancaman dari dalam pasukan sendiri kerana salah seorang ahli pasukan
mereka, iaitu Anjali telah mensabotaj pasukan dengan mencuri cip pemecut mesin Avatari.
Masalah menjadi rumit apabila Aina cedera parah akibat ditembak oleh penjahat ketika pasukan
mereka bersiap sedia untuk ke pusingan akhir. Namun begitu, semua halangan dan masalah
dapat diatasi oleh Pasukan Zamrud II, dan akhirnya pasukan mereka telah menjuarai
pertandingan tersebut.
1
Sinopsis
Kesungguhan dan semangat perjuangan yang tinggi untuk mencapai matlamat. Pasukan
Zamrud II yang terdiri daripada Anas, Aina, Adeen, Pauline, Anjali, dan Zuriani berlatih
bersungguh-sungguh sebagai persediaan menghadapi pertandingan Avatari Kebangsaan Kali
Kesepuluh. Semasa pertandingan mereka berjuang bermati-matian sehingga mereka berjaya
menjuarai pertandingan tersebut.
1. Persoalan persiapan untuk menghadapi sesuatu pertandingan
Anas dan ahli-ahli kumpulannya berlatih bersungguh-sungguh untuk menyertai
Pertandingan Avatari Kebangsaan Kali Kesepuluh yang berlangsung di Kompleks Anggun.
2. Persoalan kesabaran dalam menghadapi cabaran hidup
Keluarga Anas masih sabar dan dapat meneruskan kehidupan seperti biasa walaupun
ayahnya, Profesor Fitri masih hilang semasa mengikuti ekspedisi rahsia di Lautan
Andaman.
3. Persoalan hubungan kekeluargaan yang erat
Anas amat mengambil berat akan adiknya, Aina.
4. Persoalan sokongan moral ibu bapa untuk memastikan kejayaan anak
Puan Maizan, Pak Cik Ho dan Mak Cik Angie sentiasa berada di tempat pertandingan
Avatari untuk memberikan sokongan moral kepada anak-anak mereka.
5. Persoalan golongan remaja yang suka menghabiskan masa dengan permainan video
Anjali dan Sudin bermain permainan Robot War di Pusat Permainan Video Game Star yang
penuh sesak dengan pengunjung yang terdiri daripada golongan remaja.
6. Persoalan hubungan erat antara kaum
Ahli-ahli Pasukan Zamrud II yang terdiri daripada Anas, Aina, Pauline, Anjali, Adeen, dan
Zuriani dapat bekerjasama tanpa mengira perbezaan kaum.
7. Persoalan perjuangan mempertahankan maruah agama
2
Tema
Persoalan
Anas dan ahli-ahli Pasukan Zamrud II menentang Pasukan Zion dari Rusia yang mahu
membunuh Nabi Muhammad secara maya dalam pertandingan Avatari.
Watak Utama
Anas
 Anak sulung kepada Profesor Muhammad Fitri Izzati dan Mazian
 Berumur 17 tahun
 Ketua Pasukan Zamrud II dalam pertandingan Avatari Kebangsaan Kali Kesepuluh
 Penyayang  amat menyayangi adiknya, Aina
 Berani  sanggup membahayakan diri untuk menghalang pasukan lawan daripada
memenangi pertandingan
 Bijak  bijak mengatur strategi sehingga dapat menjuarai pertandingan Avatari
Kebangsaan Kali Kesepuluh
Watak Sampingan
Aina
 Adik kepada Anas
 Bertubuh kecil
 Berumur 12 tahun
 Salah seorang ahli Pasukan Zamrud II
 Pintar -  digelar rakan sedarjah si cili padi
 Rajin beribadat  berpuasa sunat bulan Rejab
 Gigih  berusaha bersama abangnya untuk menubuhkan Pasukan Zamrud II
 Keras hati  tetap menyertai pertandingan Avatari walaupun dilarang oleh ibunya
Zuriani
3
Watak dan Perwatakan
 Gadis kacukan Melayu- Inggeris
 Sahabat karib Aina
 Berumur 12 tahun
 Peserta simpanan Pasukan Zamrud II
 Rendah diri  kurang keyakinan terhadap kemampuan diri ketika diminta menggantikan
tempat Aina di peringkat akhir pertandingan
 Amanah  tidak memberitahu sesiapa tentang peristiwa kehilangan cip papan litar
avatari setelah dipesan oleh PakCik Tan
Kumar
 Anak bongsu Pak Cik Kuppusamy, jutawan barang kemas
 Panas baran  lekas marah kerana Adeen lewat tiba di Pusat Permainan Video Games
Star
 Angkuh  tidak mahu menyertai Pasukan Zamrud II kerana tidak yakin akan keupayaan
komputer Avatari Pak Cik Ho
 Menginsafi kesilapan diri  berasa menyesal kerana telah memperkecil keupayaan
Pasukan Zamrud II
Adeen
 Anak Profesor Zakri
 Berumur 18 tahun
 Pengendali komputer Avatari
 Pelajar jurusan kejuruteraan komputer di kolej khas, di Koridor raya Multimedia
 Sangat pintar  mempunyai I.Q yang tinggi/ penggodam komputer yang cekap
 Sabar  tidak bertindak terburu-buru dengan tindakan biadap Kumar
Pauline
 Anak tunggal Pak Cik Ho
 Berumur 17 tahun
 Salah seorang ahli Pasukan Zamrud II
 Menaruh hati terhadap Anas
4
 Manja dengan ayahnya, Pak Cik Ho
 Berani  sanggup menegakkan pendiriannya semasa bertengkar dengan Kumar
Anjali
 Adik kepada Muthu, iaitu seorang ketua kongsi gelap
 Anak yatim - tinggal dengan abangnya setelah ibunya meninggal dunia dan bapanya
meninggalkan mereka
 Kasar  dipengaruhi oleh didikan abangnya
 Pembelot  sanggup mengkhianati Pasukan Zamrud II setelah diarahkan berbuat
demikian oleh abangnya
 Pandai bermain permainan video  mengalahkan Sudin dalam permainan Robot War
Tidak mengikut kronologi  Bab pertama (Poster Misteri) didahului dengan puncak (klimaks)
cerita.
Permulaan
Aina mengajak abangnya, Anas untuk mengambil bahagian dalam Pertandingan Avatari
Kebangsaan Kali Kesepuluh yang berlangsung di Kompleks Anggun. Mereka menubuhkan
Pasukan Zamrud II yang diketuai oleh Anas, dan dianggotai oleh adiknya Aina serta empat
rakan mereka, iaitu Pauline, Anjali, Adeen, dan Zuriani.
Perkembangan
Pasukan Zamrud II menjalani latihan sebagai persediaan untuk pertandingan. Berkat kegigihan
dan kerjasama berpasukan, mereka berjaya melepasi halangan dan cabaran dalam pusingan
pertama, pusingan kedua, dan pusingan ketiga. Anjali telah mensabotaj Pasukan Zamrud II
dengan mencuri cip pemecut mesin Avatari.
5
Binaan Plot
Puncak
Semasa Pasukan Zamrud II bersedia ke peringkat keempat, iaitu pusingan akhir pertandingan,
Aina cedera ditembak di bahu oleh penjahat yang cuba mencuri baju-baju khas pertandingan
Avatari di bilik persalinan. Aina dibawa ke hospital dan tempatnya digantikan oleh Zuriani.
Peleraian
Pasukan Zamrud II menjuarai menyertai Pertandingan Avatari Kebangsaan Kali Kesepuluh dan
memenangi hadiah sebanyak hadiah sebanyak satu juta Ringgit Malaysia. Aina yang masih
dirawat di hospital mendapat berita gembira bahawa ayahnya, iaitu Profesor Muhammad Fitri
dan kumpulan penyelidik yang hilang di Lautan Andaman telah dijumpai.
1. Dialog
Contoh: Kenapa Abang Adeen lambat? tanya Aina lagi.
Maaf, terlepas komuter tadi, jawab Adeen.
2. Suspens
Contoh: Pak Cik Tan bersembunyi di dalam bilik persalinan untuk mengetahui orang
yang mencuri cip pemecut mesin Avatari.
3. Kejutan
Contoh: Adeen ternampak dua orang lelaki yang mencurigakan di bilik persalinan.
4. Imbas kembali
Contoh: Anas teringat akan kata-kata ayahnya yang mahu Anas dan Aina menjadi juara
pertandingan Avatari seperti yang pernah dicapai oleh ayahnya dan Pasukan Zamrud
sepuluh tahun lalu.
5. Monolog
Contoh: Tak sangka Aina pandai tulis sajak, walaupun perlu diperbaiki lagi, kata Anas
sendirian.
6
Teknik Plot
 Diksi
 Istilah Komputer
Contoh: browser, CPU, kayu ria, kamar bicara, papan litar
 Slanga
Contoh: amoi cantik, hei tambi
 Peribahasa
Contoh: nasi sudah menjadi bubur;
kalau tidak ada rotan, akar pun berguna juga
hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih
macam enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing
 Pembinaan Ayat
 Bahasa mudah dan menarik
 Ada ayat pendek
Contoh: Samy semakin nekad
 Ada ayat panjang
Contoh: Pengalamannya sebagai banduan cukup mengajarnya supaya
menghargai kebebasan
 Personifikasi
Contoh: Petang semakin tua
 Simile
Contoh: seperti semut merah menghurung lipas mati
seperti halilintar membelah bumi
 Hiperbola
Contoh: mata yang tajam
...berjalan di atas kepulan awan
7
Gaya Bahasa
Latar Masa
 Zaman sekarang  golongan remaja bermain permainan komputer dan menggunakan
Internet
 Zaman prasejarah  setiap pasukan dikehendaki ke zaman prasejarah secara maya
dalam peringkat pertama pertandingan Avatari
 Zaman Mesir kuno  pasukan yang layak ke peringkat kedua pertandingan Avatari
mengembara secara maya ke zaman Mesir kuno untuk mencari pelbagai objek harta
karun berdasarkan petunjuk yang akan diperoleh daripada teka silang kata yang
diselesaikan oleh peserta.
 Zaman Kesultanan Melayu Melaka  Pasukan Zamrud II memilih untuk ke zaman
Kesultanan Melayu Melaka secara maya untuk menghalang Portugis daripada menawan
Melaka.
Latar Tempat
 Kompleks Beli-belah Anggun  tempat pertandingan Avatari Kebangsaan Kali
Kesepuluh dilangsungkan
 Rumah Profesor Fitri  tempat tinggal Anas dan Aina
 Pusat Permainan Game Star  Anjali dan Sudin bertanding dalam permainan Robot War
 Pangsapuri Pak Cik Ho  Anas dan Aina berkunjung ke pangsapuri Pak Cik Ho untuk
berbincang tentang penubuhan Pasukan Zamrud II.
 Kawasan bukit di Batu Layar  tempat Cikgu Pasukan Zamrud II menjalani latihan
kembara
8
Latar
Latar Masyarakat
 Masyarakat bandar yang celik komputer
Contoh: Anas dan Aina melayari Internet untuk mencari maklumat tentang pertandingan
Avatari
 Masyarakat remaja yang meminati permainan komputer
Contoh: Pusat Permainan Video Game Star sentiasa sesak dengan pengunjung yang
terdiri daripada golongan remaja.
 Masyarakat elit
Contoh: Anas, Aina, Pauline, Adeen, dan Kumar datang daripada keluarga elit kerana
ayah mereka merupakan jutawan, ahli perniagaan, dan profesor.
 Masyarakat bandar yang miskin
Contoh: Anjali ialah anak yatim yang dibesarkan dalam keadaan yang amat daif lagi
mencabar.
 Masyarakat yang gemar melakukan jenayah
Contoh: Abang Anjali, iaitu Muthu merupakan ketua samseng yang diarahkan untuk
menimbulkan huru-hara di Pusat Permainan Video Game Star.
1. Nilai bertanggungjawab
Contoh: Anas berasa bertanggungjawab mengambil alih peranan sebagai orang lelaki di
rumah selepas ayahnya hilang semasa menjalankan ekspedisi misteri di Laut Andaman.
2. Nilai kasih sayang
Contoh: Anas sangat menyayangi adiknya, Aina.
9
Nilai
3. Nilai keberanian
Contoh: Anas membahayakan dirinya dalam usaha untuk memastikan kejayaan
Pasukan Zamrud II dalam pertandingan Avatari.
4. Nilai kesabaran
Contoh: Adeen sabar dengan karenah Kumar yang angkuh.
5. Nilai keinsafan
Contoh: Kumar menyesal kerana telah memperkecil keupayaan Pasukan Zamrud II.
6. Nilai kegigihan
Contoh: Pasukan Zamrud II yang diketuai oleh Anas gigih berlatih sehingga menjuarai
Pertandingan Avatari Kebangsaan Kali Kesepuluh.
1. Kita hendaklah berani berjuang untuk mencapai matlamat
Contoh: Anas membahayakan dirinya untuk memastikan Pasukan Zamrud II menjuarai
Pertandingan Avatari Kebangsaan Kali Kesepuluh.
2. Kita perlulah mengetepikan kepentingan diri sekiranya ingin mencapai kejayaan dalam
pasukan
Contoh: Cikgu Nisah menasihati Pauline supaya mengubah sikapnya yang cemburu
terhadap Anjali.
3. Kita hendaklah gigih berusaha untuk mencapai matlamat
Contoh: Ahli kumpulan Pasukan Zamrud II gigih berlatih sehingga menjuarai
Pertandingan Avatari Kebangsaan Kali Kesepuluh.
10
Pengajaran
4. Kita haruslah sanggup berjuang untuk mempertahankan agama
Contoh: Anas sanggup menentang Pasukan Zion dari Rusia yang mahu membunuh
Nabi Muhammad semasa peringkat akhir pertandingan Avatari Kebangsaan Kali
Kesepuluh dengan dibantu oleh ahli Pasukan.
5. Kita tidak harus mengkhianati kepercayaan orang terhadap kita
Contoh: Anjali mensabotaj Pasukan Zamrud II sehingga pasukan itu hampir-hampir
tewas dalam pertandingan Avatari.
6. Kita mesti bekerjasama dan mengamalkan semangat berpasukan untuk menjamin
kejayaan sesuatu pasukan dalam pertandingan
Contoh: Semua ahli Pasukan Zamrud II mempunyai semangat berpasukan yang tinggi
sehingga berjaya menjuarai Pertandingan Avatari Kebangsaan Kali Kesepuluh.
11

More Related Content

Aspek sastera-novel-wira-persona-avatari penang

  • 1. Wira Persona Avatari (Ahmad Zaki Abu Bakar) Pasukan Zamrud II yang diketuai oleh Anas, dan dianggotai oleh adiknya Aina serta empat rakannya, iaitu Pauline, Anjali, Adeen, dan Zuriani menyertai Pertandingan Avatari Kebangsaan Kali Kesepuluh yang berlangsung di Kompleks Anggun. Tujuan mereka menyertai pertandingan ini adalah untuk mengulangi kejayaan Pasukan Zamrud yang diketuai oleh ayah Anas, Profesor Fitri yang telah menjadi juara pertandingan Avatari sepuluh tahun dahulu. Sebelum pertandingan, mereka telah menjalani beberapa sesi latihan yang keras seperti latihan silat, latihan kecergasan, dan latihan menempuh halangan yang dijalankan oleh Cikgu Nisah. Pertandingan Avatari ini ialah pertandingan kembara di ruang siber atau adventure game bagi makhluk janaan komputer yang dipanggil avatar. Pertandingan yang menggunakan rangkaian Internet ini dijalankan serentak di seluruh dunia. Terdapat empat peringkat yang perlu dilalui oleh setiap pasukan untuk menjuarai pertandingan yang menawarkan hadiah sebanyak satu juta Ringgit Malaysia ini. Untuk peringkat pertama, seratus pasukan terbaik akan layak ke peringkat kedua. Pada pusingan kedua pula, hanya dua puluh pasukan terbaik yang akan dipilih. Selepas disaring dalam pusingan ketiga, hanya lima pasukan terbaik yang akan meneruskan cabaran ke pusingan yang keempat, iaitu pusingan terakhir. Pasukan Zamrud II telah berusaha dengan gigih dan berjuang bermati-matian untuk melepasi halangan dan cabaran yang terdapat dalam setiap pusingan. Di samping itu, mereka juga terpaksa menghadapi ancaman dari dalam pasukan sendiri kerana salah seorang ahli pasukan mereka, iaitu Anjali telah mensabotaj pasukan dengan mencuri cip pemecut mesin Avatari. Masalah menjadi rumit apabila Aina cedera parah akibat ditembak oleh penjahat ketika pasukan mereka bersiap sedia untuk ke pusingan akhir. Namun begitu, semua halangan dan masalah dapat diatasi oleh Pasukan Zamrud II, dan akhirnya pasukan mereka telah menjuarai pertandingan tersebut. 1 Sinopsis
  • 2. Kesungguhan dan semangat perjuangan yang tinggi untuk mencapai matlamat. Pasukan Zamrud II yang terdiri daripada Anas, Aina, Adeen, Pauline, Anjali, dan Zuriani berlatih bersungguh-sungguh sebagai persediaan menghadapi pertandingan Avatari Kebangsaan Kali Kesepuluh. Semasa pertandingan mereka berjuang bermati-matian sehingga mereka berjaya menjuarai pertandingan tersebut. 1. Persoalan persiapan untuk menghadapi sesuatu pertandingan Anas dan ahli-ahli kumpulannya berlatih bersungguh-sungguh untuk menyertai Pertandingan Avatari Kebangsaan Kali Kesepuluh yang berlangsung di Kompleks Anggun. 2. Persoalan kesabaran dalam menghadapi cabaran hidup Keluarga Anas masih sabar dan dapat meneruskan kehidupan seperti biasa walaupun ayahnya, Profesor Fitri masih hilang semasa mengikuti ekspedisi rahsia di Lautan Andaman. 3. Persoalan hubungan kekeluargaan yang erat Anas amat mengambil berat akan adiknya, Aina. 4. Persoalan sokongan moral ibu bapa untuk memastikan kejayaan anak Puan Maizan, Pak Cik Ho dan Mak Cik Angie sentiasa berada di tempat pertandingan Avatari untuk memberikan sokongan moral kepada anak-anak mereka. 5. Persoalan golongan remaja yang suka menghabiskan masa dengan permainan video Anjali dan Sudin bermain permainan Robot War di Pusat Permainan Video Game Star yang penuh sesak dengan pengunjung yang terdiri daripada golongan remaja. 6. Persoalan hubungan erat antara kaum Ahli-ahli Pasukan Zamrud II yang terdiri daripada Anas, Aina, Pauline, Anjali, Adeen, dan Zuriani dapat bekerjasama tanpa mengira perbezaan kaum. 7. Persoalan perjuangan mempertahankan maruah agama 2 Tema Persoalan
  • 3. Anas dan ahli-ahli Pasukan Zamrud II menentang Pasukan Zion dari Rusia yang mahu membunuh Nabi Muhammad secara maya dalam pertandingan Avatari. Watak Utama Anas Anak sulung kepada Profesor Muhammad Fitri Izzati dan Mazian Berumur 17 tahun Ketua Pasukan Zamrud II dalam pertandingan Avatari Kebangsaan Kali Kesepuluh Penyayang amat menyayangi adiknya, Aina Berani sanggup membahayakan diri untuk menghalang pasukan lawan daripada memenangi pertandingan Bijak bijak mengatur strategi sehingga dapat menjuarai pertandingan Avatari Kebangsaan Kali Kesepuluh Watak Sampingan Aina Adik kepada Anas Bertubuh kecil Berumur 12 tahun Salah seorang ahli Pasukan Zamrud II Pintar - digelar rakan sedarjah si cili padi Rajin beribadat berpuasa sunat bulan Rejab Gigih berusaha bersama abangnya untuk menubuhkan Pasukan Zamrud II Keras hati tetap menyertai pertandingan Avatari walaupun dilarang oleh ibunya Zuriani 3 Watak dan Perwatakan
  • 4. Gadis kacukan Melayu- Inggeris Sahabat karib Aina Berumur 12 tahun Peserta simpanan Pasukan Zamrud II Rendah diri kurang keyakinan terhadap kemampuan diri ketika diminta menggantikan tempat Aina di peringkat akhir pertandingan Amanah tidak memberitahu sesiapa tentang peristiwa kehilangan cip papan litar avatari setelah dipesan oleh PakCik Tan Kumar Anak bongsu Pak Cik Kuppusamy, jutawan barang kemas Panas baran lekas marah kerana Adeen lewat tiba di Pusat Permainan Video Games Star Angkuh tidak mahu menyertai Pasukan Zamrud II kerana tidak yakin akan keupayaan komputer Avatari Pak Cik Ho Menginsafi kesilapan diri berasa menyesal kerana telah memperkecil keupayaan Pasukan Zamrud II Adeen Anak Profesor Zakri Berumur 18 tahun Pengendali komputer Avatari Pelajar jurusan kejuruteraan komputer di kolej khas, di Koridor raya Multimedia Sangat pintar mempunyai I.Q yang tinggi/ penggodam komputer yang cekap Sabar tidak bertindak terburu-buru dengan tindakan biadap Kumar Pauline Anak tunggal Pak Cik Ho Berumur 17 tahun Salah seorang ahli Pasukan Zamrud II Menaruh hati terhadap Anas 4
  • 5. Manja dengan ayahnya, Pak Cik Ho Berani sanggup menegakkan pendiriannya semasa bertengkar dengan Kumar Anjali Adik kepada Muthu, iaitu seorang ketua kongsi gelap Anak yatim - tinggal dengan abangnya setelah ibunya meninggal dunia dan bapanya meninggalkan mereka Kasar dipengaruhi oleh didikan abangnya Pembelot sanggup mengkhianati Pasukan Zamrud II setelah diarahkan berbuat demikian oleh abangnya Pandai bermain permainan video mengalahkan Sudin dalam permainan Robot War Tidak mengikut kronologi Bab pertama (Poster Misteri) didahului dengan puncak (klimaks) cerita. Permulaan Aina mengajak abangnya, Anas untuk mengambil bahagian dalam Pertandingan Avatari Kebangsaan Kali Kesepuluh yang berlangsung di Kompleks Anggun. Mereka menubuhkan Pasukan Zamrud II yang diketuai oleh Anas, dan dianggotai oleh adiknya Aina serta empat rakan mereka, iaitu Pauline, Anjali, Adeen, dan Zuriani. Perkembangan Pasukan Zamrud II menjalani latihan sebagai persediaan untuk pertandingan. Berkat kegigihan dan kerjasama berpasukan, mereka berjaya melepasi halangan dan cabaran dalam pusingan pertama, pusingan kedua, dan pusingan ketiga. Anjali telah mensabotaj Pasukan Zamrud II dengan mencuri cip pemecut mesin Avatari. 5 Binaan Plot
  • 6. Puncak Semasa Pasukan Zamrud II bersedia ke peringkat keempat, iaitu pusingan akhir pertandingan, Aina cedera ditembak di bahu oleh penjahat yang cuba mencuri baju-baju khas pertandingan Avatari di bilik persalinan. Aina dibawa ke hospital dan tempatnya digantikan oleh Zuriani. Peleraian Pasukan Zamrud II menjuarai menyertai Pertandingan Avatari Kebangsaan Kali Kesepuluh dan memenangi hadiah sebanyak hadiah sebanyak satu juta Ringgit Malaysia. Aina yang masih dirawat di hospital mendapat berita gembira bahawa ayahnya, iaitu Profesor Muhammad Fitri dan kumpulan penyelidik yang hilang di Lautan Andaman telah dijumpai. 1. Dialog Contoh: Kenapa Abang Adeen lambat? tanya Aina lagi. Maaf, terlepas komuter tadi, jawab Adeen. 2. Suspens Contoh: Pak Cik Tan bersembunyi di dalam bilik persalinan untuk mengetahui orang yang mencuri cip pemecut mesin Avatari. 3. Kejutan Contoh: Adeen ternampak dua orang lelaki yang mencurigakan di bilik persalinan. 4. Imbas kembali Contoh: Anas teringat akan kata-kata ayahnya yang mahu Anas dan Aina menjadi juara pertandingan Avatari seperti yang pernah dicapai oleh ayahnya dan Pasukan Zamrud sepuluh tahun lalu. 5. Monolog Contoh: Tak sangka Aina pandai tulis sajak, walaupun perlu diperbaiki lagi, kata Anas sendirian. 6 Teknik Plot
  • 7. Diksi Istilah Komputer Contoh: browser, CPU, kayu ria, kamar bicara, papan litar Slanga Contoh: amoi cantik, hei tambi Peribahasa Contoh: nasi sudah menjadi bubur; kalau tidak ada rotan, akar pun berguna juga hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih macam enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing Pembinaan Ayat Bahasa mudah dan menarik Ada ayat pendek Contoh: Samy semakin nekad Ada ayat panjang Contoh: Pengalamannya sebagai banduan cukup mengajarnya supaya menghargai kebebasan Personifikasi Contoh: Petang semakin tua Simile Contoh: seperti semut merah menghurung lipas mati seperti halilintar membelah bumi Hiperbola Contoh: mata yang tajam ...berjalan di atas kepulan awan 7 Gaya Bahasa
  • 8. Latar Masa Zaman sekarang golongan remaja bermain permainan komputer dan menggunakan Internet Zaman prasejarah setiap pasukan dikehendaki ke zaman prasejarah secara maya dalam peringkat pertama pertandingan Avatari Zaman Mesir kuno pasukan yang layak ke peringkat kedua pertandingan Avatari mengembara secara maya ke zaman Mesir kuno untuk mencari pelbagai objek harta karun berdasarkan petunjuk yang akan diperoleh daripada teka silang kata yang diselesaikan oleh peserta. Zaman Kesultanan Melayu Melaka Pasukan Zamrud II memilih untuk ke zaman Kesultanan Melayu Melaka secara maya untuk menghalang Portugis daripada menawan Melaka. Latar Tempat Kompleks Beli-belah Anggun tempat pertandingan Avatari Kebangsaan Kali Kesepuluh dilangsungkan Rumah Profesor Fitri tempat tinggal Anas dan Aina Pusat Permainan Game Star Anjali dan Sudin bertanding dalam permainan Robot War Pangsapuri Pak Cik Ho Anas dan Aina berkunjung ke pangsapuri Pak Cik Ho untuk berbincang tentang penubuhan Pasukan Zamrud II. Kawasan bukit di Batu Layar tempat Cikgu Pasukan Zamrud II menjalani latihan kembara 8 Latar
  • 9. Latar Masyarakat Masyarakat bandar yang celik komputer Contoh: Anas dan Aina melayari Internet untuk mencari maklumat tentang pertandingan Avatari Masyarakat remaja yang meminati permainan komputer Contoh: Pusat Permainan Video Game Star sentiasa sesak dengan pengunjung yang terdiri daripada golongan remaja. Masyarakat elit Contoh: Anas, Aina, Pauline, Adeen, dan Kumar datang daripada keluarga elit kerana ayah mereka merupakan jutawan, ahli perniagaan, dan profesor. Masyarakat bandar yang miskin Contoh: Anjali ialah anak yatim yang dibesarkan dalam keadaan yang amat daif lagi mencabar. Masyarakat yang gemar melakukan jenayah Contoh: Abang Anjali, iaitu Muthu merupakan ketua samseng yang diarahkan untuk menimbulkan huru-hara di Pusat Permainan Video Game Star. 1. Nilai bertanggungjawab Contoh: Anas berasa bertanggungjawab mengambil alih peranan sebagai orang lelaki di rumah selepas ayahnya hilang semasa menjalankan ekspedisi misteri di Laut Andaman. 2. Nilai kasih sayang Contoh: Anas sangat menyayangi adiknya, Aina. 9 Nilai
  • 10. 3. Nilai keberanian Contoh: Anas membahayakan dirinya dalam usaha untuk memastikan kejayaan Pasukan Zamrud II dalam pertandingan Avatari. 4. Nilai kesabaran Contoh: Adeen sabar dengan karenah Kumar yang angkuh. 5. Nilai keinsafan Contoh: Kumar menyesal kerana telah memperkecil keupayaan Pasukan Zamrud II. 6. Nilai kegigihan Contoh: Pasukan Zamrud II yang diketuai oleh Anas gigih berlatih sehingga menjuarai Pertandingan Avatari Kebangsaan Kali Kesepuluh. 1. Kita hendaklah berani berjuang untuk mencapai matlamat Contoh: Anas membahayakan dirinya untuk memastikan Pasukan Zamrud II menjuarai Pertandingan Avatari Kebangsaan Kali Kesepuluh. 2. Kita perlulah mengetepikan kepentingan diri sekiranya ingin mencapai kejayaan dalam pasukan Contoh: Cikgu Nisah menasihati Pauline supaya mengubah sikapnya yang cemburu terhadap Anjali. 3. Kita hendaklah gigih berusaha untuk mencapai matlamat Contoh: Ahli kumpulan Pasukan Zamrud II gigih berlatih sehingga menjuarai Pertandingan Avatari Kebangsaan Kali Kesepuluh. 10 Pengajaran
  • 11. 4. Kita haruslah sanggup berjuang untuk mempertahankan agama Contoh: Anas sanggup menentang Pasukan Zion dari Rusia yang mahu membunuh Nabi Muhammad semasa peringkat akhir pertandingan Avatari Kebangsaan Kali Kesepuluh dengan dibantu oleh ahli Pasukan. 5. Kita tidak harus mengkhianati kepercayaan orang terhadap kita Contoh: Anjali mensabotaj Pasukan Zamrud II sehingga pasukan itu hampir-hampir tewas dalam pertandingan Avatari. 6. Kita mesti bekerjasama dan mengamalkan semangat berpasukan untuk menjamin kejayaan sesuatu pasukan dalam pertandingan Contoh: Semua ahli Pasukan Zamrud II mempunyai semangat berpasukan yang tinggi sehingga berjaya menjuarai Pertandingan Avatari Kebangsaan Kali Kesepuluh. 11