Sejak kebelakangan ini, banyak sekali isu berkaitan masalah sosial yang berlaku dalam kalangan pelajar di sekolah padahal isu-isu yang terdahulu seperti buli, gangsterisme, merokok masih belum dapat diselesaikan sepenuhnya . Oleh yang demikian, sistem pengurusan keselamatan di sekolah haruslah dijalankan dengan sistematik bagi menjamin keselamatan setiap warga sekolah sepanjang berada di sekolah mahupun di luar sekolah. Antara strategi pengurusan keselamatan yang boleh diaplikasikan adalah seperti kawalan keluar masuk sekolah, menyediakan prasanara dan Kawasan yang selamat, mewujudkan sistem pelaporan dan aduan serta banyak lagi. Selain itu, pihak sekolah perlu bekerjasama dengan pihak pelajar, ibu bapa dan pihak luar (polis, bomba, JPAM) untuk bersama-sama dalam memastikan keselamatan di sekolah adalah pada tahap yang maksimum. Hal ini demikian, sekolah yang selamat dapat menjamin perkembangan pelajar dari segi fizikal, sosial dan emosi yang pada akhirnya membentuk individu yang berjati diri tinggi.
Teknik didik hibur dalam PdP mencakupi berbagai aktivitas seperti berpuisi, nyanyian, bercerita, dan berlakon untuk menyenangkan dan menggirangkan hati siswa. Teknik bercerita efektif jika mempertimbangkan waktu, ruang, peralatan, bentuk cerita, mesej, dan keterlibatan siswa. Teknik berlakon dapat melatih kemampuan berbahasa siswa dengan baik.
Teks berisi tiga teka-teki tentang binatang. Teka-teki pertama menanyakan binatang berleher panjang yang suka makan ikan. Teka-teki kedua menanyakan binatang berkaki empat yang melompat. Teka-teki ketiga menanyakan ikan yang diseru oleh Si Bawang Merah.
Teknik didik hibur dalam PdP mencakupi berbagai aktivitas seperti berpuisi, nyanyian, bercerita, dan berlakon untuk menyenangkan dan menggirangkan hati siswa. Teknik bercerita efektif jika mempertimbangkan waktu, ruang, peralatan, bentuk cerita, mesej, dan keterlibatan siswa. Teknik berlakon dapat melatih kemampuan berbahasa siswa dengan baik.
Teks berisi tiga teka-teki tentang binatang. Teka-teki pertama menanyakan binatang berleher panjang yang suka makan ikan. Teka-teki kedua menanyakan binatang berkaki empat yang melompat. Teka-teki ketiga menanyakan ikan yang diseru oleh Si Bawang Merah.
Puisi ini menceritakan tentang bertanya kepada berbagai hewan tentang alasan mereka melakukan tindakan tertentu, dimulai dari bertanya kepada tupai mengapa lalai hingga akhirnya serai bertemu dengan langau. Puisi ini ditulis dalam bahasa Melayu dengan gaya bertanya balas antara hewan-hewan.
Dokumen ini membahas tentang standar kandungan dan pembelajaran aspek seni bahasa di sekolah. Ia menjelaskan objektif pembelajaran untuk memastikan murid dapat menyebut, memahami, dan menghasilkan lirik lagu, cerita, dan dialog dengan sebutan dan intonasi yang tepat serta bahasa tubuh yang sesuai.
Dokumen ini membahas tentang diftong dan vokal berganding dalam bahasa Melayu. Diftong adalah gabungan dua bunyi vokal yang dilafazkan secara berterusan dalam satu hembusan nafas, seperti ai, au, dan oi. Vokal berganding terdengar seperti ditambahkan huruf tertentu di antara dua vokal meskipun sebenarnya tidak, seperti perkataan 'laut' diucapkan sebagai [la.wut].
Rangkuman singkat dari dokumen rencana pelajaran harian bahasa Malaysia tentang sambutan hari guru adalah:
1. Pelajaran ini bertujuan membantu murid memahami nilai-nilai yang terkandung dalam lagu "Terima Kasih, Cikgu".
2. Aktiviti terdiri dari mendengar, menyanyi, dan menulis nilai-nilai yang terkandung dalam lagu tersebut.
3. Penilaian akan dilakukan berdasarkan kemampuan
1. Anai-anai, semut merah, dan semut hitam berkumpul di bawah pohon saga untuk membuat sarang dan rumah.
2. Semut hitam tidak puas hati kerana sarang semut merah lebih besar. Pertengkaran pun berlaku.
3. Anai-anai mencadangkan agar semut merah berkongsi sedikit kawasan sarangnya dengan semut hitam. Akhirnya mereka berdamai.
Dokumen tersebut memberikan ringkasan program latihan selama 12 minggu untuk pasukan bola sepak SK St Matthew, Mundai. Program latihan ini bertujuan mempersiapkan pasukan untuk kejohanan bola sepak peringkat daerah dengan meningkatkan kemahiran teknikal, taktikal, fizikal dan psikologi pemain melalui latihan berstruktur. Program latihan ini melibatkan murid tahun 4 hingga 6 dan akan dilaksanakan 6 hari se
Dokumen tersebut membahasikan teknik simulasi dalam pengajaran bahasa Melayu. Ia menjelaskan tiga peringkat pelaksanaan simulasi yaitu sebelum, semasa, dan sesudah simulasi. Dokumen ini juga mendefinisikan dua jenis simulasi utama yaitu sosiodrama dan main peranan serta menjelaskan prinsip-prinsip dan tujuan menggunakan teknik simulasi.
Dokumen tersebut memberikan ringkasan program latihan bola sepak untuk pasukan SK St Matthew, Mundai selama 12 minggu untuk menyertai kejohanan bawah 12 tahun. Program latihan ini merangkumi objektif, jangka masa, sasaran, kemudahan, dan prinsip latihan untuk meningkatkan kemahiran pemain dan mempersiapkan mereka secara fizikal, teknikal, taktikal dan psikologi.
1. 1.0 Pengenalan
Sekolah selamat membawa pengertian yang simple tetapi penting iaitu mewujudkan
persekitaran sekolah yang aman, tenteram dan menyakinkan sesuai dengan tuntutan suasana
pengajaran dan pembelajaran yang kondusif dalam memenuhi aspirasi, inspirasi dan potensi
terkini dan masa hadapan. Stephens (1996) mendefinisikan sekolah selamat ialah tempat pelajar-
pelajar dapat belajar dan guru dapat mengajar dalam suasana yang selesa dan bebas dari
persekitaran yang menakutkan. Ia juga merupakan tempat di mana iklim pembelajaran dapat
menggalakkan penerimaan semangat dan perlindungan bagi setiap kanak-kanak. Kunci sekolah
yang selamat ialah wujudnya suasana yang mementingkan ramah mesra, persekitaran yang
sentiasa memberi sokongan, wujudnya satu garis panduan yang jelas tentang tingkah laku yang
bersesuaian dan ia hendaklah adil serta berterusan (Young, 1999).
Menurut The National Education Association di Amerika Syarikat, NEA (1996) sekolah
yang selamat ialah sekolah yang mempunyai iklim pembelajaran yang selamat serta tingkah laku
pelajar yang sihat. Ia juga mempunyai fokus akademik yang kukuh, sentiasa menyokong pelajar
mencapai standard yang tinggi, dapat mewujudkan hubungan yang positif antara guru dan pelajar
di samping dapat membawa penglibatan ibu bapa dan masyarakat ke arah yang lebih bermakna.
Sekolah yang selamat juga adalah sekolah di mana guru, staf dan pelajar-pelajarnya selamat
daripada sebarang keganasan dari segi fizikal, mental dan psikologi. Keganasan yang
dimaksudkan ialah sebarang tingkah laku bermasalah yang serius serta emosi yang ditunjukkan
oleh pelajar. Ini termasuklah tingkah laku agresif yang serius, serangan berbentuk fizikal,
membunuh diri, penggunaan dadah dan lain-lain tingkah laku personal yang berbahaya. Jika kita
mengharapkan sesebuah sekolah itu selamat, kita mestilah merujuk kepada keselamatan dalam
masyarakat dan keluarga. Ini adalah kerana sekolah merupakan tempat di mana para pelajar
berkumpul untuk belajar, bersosial serta berdepan dengan pelbagai masalah yang mereka bawa
ke sekolah daripada masyarakat dan keluarga mereka sendiri.
Salleh Buang (1996) menegaskan bahawa sesebuah institusi yang di dalamnya terdapat
ahli-ahli yang perlukan perlindungan, keselesaan dan keselamatan, kawalan dari aspek
perundangan tidak harus diabaikan.
1
2. Justeru, sekolah yang selamat ialah sekolah yang sentiasa berusaha memastikan
warganya terhindar daripada segala bahaya dan ancaman yang bersifat fizikal, mental, emosi,
dan psikologikal yang boleh menggugat keberkesanan proses pendidikan di sekolah. Aspek
keselamatan ini pula meliputi struktur fizikal, trafik, makanan, bangunan, padang, kesihatan,
disiplin, dan tingkah laku.
Justeru, sekolah yang selamat ialah sekolah yang sentiasa berusaha memastikan
warganya terhindar daripada segala bahaya dan ancaman yang bersifat fizikal, mental, emosi,
dan psikologikal yang boleh menggugat keberkesanan proses pendidikan di sekolah. Aspek
keselamatan ini pula meliputi struktur fizikal, trafik, makanan, bangunan, padang, kesihatan,
disiplin, dan tingkah laku.
2.0 Tatacara Penggunaan Stor Sukan
Stor sukan digunakan sebagai tempat menyimpan alat-alat sukan supaya ianya selamat
dan tidak mudah rosak. Ini disebabkan alat-alat tersebut boleh mencecah harga ribuan ringgit.
Antara pengurusan setor sukan yang baik ialah ia perlu ada rekod inventori, rekod keluar dan
masuk peralatan (bila dan siapa yang guna serta kelulusan oleh siapa). Peralatan sukan yang
merbahaya seperti lembing, cakera, tukul besi, tiang lompat tinggi, panah dan sebagainya tidak
boleh digunakan tanpa pengawasan atau penyeliaan daripada guru sukan yang terlatih. Ia
hendaklah disimpan dan dijaga dengan rapi di tempat yang selamat.
2.1 Tatacara Penggunaan Am.
Sentiasa menjaga kebersihan stor.
Stor Sukan sentiasa berkunci selepas mengeluarkan atau mengembalikan peralatan sukan.
Memastikan semua suis dipadamkan sebelum keluar dari stor sukan. Mematuhi peraturan
stor sukan yang telah ditetapkan.
Pengawasan yang rapi semasa mengeluarkan dan mengembalikan peralatan sukan.
Meletakkan peralatan sukan di tempat yang ditetapkan.
2
3. Mengisi borang keluar masuk peralatan sukan dalam guru keluar masuk-alat-alat sukan.
Pengeluaran alat sukan hanya boleh dibuat oleh jurulatih atau guru penasihat sahaja.
Membuat laporan tentang peralatan sukan yang rosak, hilang dan yang pelu diperbaiki.
Peralatan berbahaya harus disimpan di tempat khas yang selamat.
Memasdtikan semua peralatan yang belum dan sudah digunakan berada dalam keadaan
selamat.
2.2 Tatacara Penggunaan Murid.
Dilarang masuk ke dalam stor sukan tanpa kebenaran guru.
Melaporkan kepada guru jika terdapat sebarang kerosakan pada peralatan yang
digunakan.
Sentiasa berwaspada menggunakan peralatan.
Memakai pakaian sukan atau seragam yang lengkap.
Mendengar talklimat keselamatan daripada guru tentang pelan keselamatan, operaturan
dan tatacarta penggunaan peralatan yang betul.
2.3 Tatacara Pengurusan Guru.
Menjaga kebersihan stor sukan.
Memastikan pintu stor sukan sentiasa berkunci.
Memadamkan suis apabila keluar dari stor.
Mempunyai pelan keselamatan.
Mengisi borang keluar masuk peralatan sukan dalam buku keluar masuk.
Membuat pengawasan yang rapi dalam pengeluaran dan pengembalian peralatan.
Menyimpan peralatan di tempat yang telah ditetapkan.
3.0 Tatacara Penggunaan Kantin
Kantin dan dewan sekolah merupakan salah satu tempat yang menjadi tumpuan pelajar
semasa waktu rehat dan perhimpunan sekolah. Kesesakan boleh berlaku apabila sesuatu lokasi
3
4. menjadi tumpuan pelajar pada satu-satu masa, lebih-lebih lagi jika kawalan terhadap disiplin
pelajar adalah longgar. Bayangkan jenis-jenis kemalangan yang boleh berlaku dalam keadaan
kesesakan. Antaranya ialah terjatuh dan bergaduh. Dalam keadaan kesesakan, pelajar yang saiz
badannya lebih kecil berkemungkinan ditolak oleh pelajar yang lebih besar saiz badannya.
Pengawasan daripada guru dan pengawas sekolah amatlah penting dalam memastikan pelajar
dapat begerak dan berbaris secara teratur semasa membeli makanan di kantin dan semasa
perhimpunan sekolah.
3.1 Tatacara Penggunaan Am.
Pengusaha berbincang dengan chef untuk memilih menu yang bersesuaian yang
diperlukan untuk pelajar dan guru dan jumlah masakan yang mencukupi untuk pada satu-
satu masa.
Menghitung keperluan bekalan masakan yang mencukupi untuk menu harian yang telah
di tetapkan .
Memeriksa bekalan yang dihantar oleh pembekal untuk kuantiti,kesegaran dan kualiti
bahan bekalan.
Mengaturkan jadual baik-pulih dan penyenggaraan peralatan kantin
Hubungi segera kontraktor untuk baik pulih peralatan yang rosak.
Menyelia selia dapur dan kawasan kaunter luar untuk mentukan penyediaan makanan
dilakukan secara bersih, betul dan cukup kuantitinya.
Menentukan semua peralatan hidangan makanan seperti talam (tray) ,cawan ,pinggan dan
sudu-garpu sentiasa mencukupi dan dalam keadaan bersih.
Menyelesaikan segala masalah dan rungutan pelanggan dengan cara
professional.tentukan prinsip dan polisiCustomers Always Right.
Mengawal selia semua pekerja bawahannya menjalankan tugas dengan sempurna.
3.2 Tatacara Penggunaan Murid.
Ikut arahan guru dan pengawas bertugas.
Gunakan sabun dan tuala yang disediakan.
Buang sisa makanan dalam plastik dan tong sampah yang disediakan.
4
5. Jangan guna sinki yang rosak dan tersumbat.
Dibenarkan makan dan minum pada waktu rehat sahaja.
Murid-murid tidak boleh berada di kantin sekolah semasa sesi pengajaran dan
pembelajaran dijalankan.
Murid-murid tidak boleh membawa makanan atau minuman keluar dari kawasan kantin.
Murid-murid hendaklah makan dan minum dalam keadaan tertib semasa berada di kantin
sekolah.
Murid-murid harus beratur semasa membeli makanan / minuman, tidak membuat bising
dan berebut-rebut.
Murid-murid dilarang meninggalkan sisa makanan dan pembalut makanan di atas meja
makan.
Murid-murid dikehendaki membuang sisa makanan dan pembalut makanan ke dalam
tong sampah yang disediakan.
Murid-murid tidak dibenarkan masuk ke kawasan dapur dan tempat menjual makanan di
kantin.
3.3 Tatacara Pengurusan Guru.
Berrtanggungjawab memastikan kebersihan kantin terjaga.
Memastikan suasana kantin dalam keadaan terkawal.
Memastikan kemudahan kantin terpelihara dan melaporkannya jika terdapat kerosakan.
Masukkan bekas makanan dan minuman dalam bekas yang disediakan.
Guru disiplin menyediakan pengawas bertugas semasa rehat.
Guru kantin menyediakan peraturan penggunaan kantin dan paparkan di kantin.
4.0 Tatacara Penggunaan Dewan/Foyer
Dewan sekolah merupakan salah satu tempat yang dapat menempatkan jumlah pelajar
yang ramai pada satu-satu masa. Oleh itu, aspek keselamatan dalam mencegah kebakaran
hendaklah sentiasa diutamakan. Kecederaan dan kehilangan nyawa boleh berlaku semasa
5
6. kebakaran akibat pintu kecemasan terkunci dan laluan kecemasan terhalang oleh barang-barang
dan perabot. Dewan sekolah seperti lain-lain bangunan awam tertakluk kepada peraturan
pembinaan yang memerlukan pintu dan laluan kecemasan dibina untuk kegunaan
menyelamatkan diri semasa kebakaran. Pihak sekolah mestilah memastikan pintu dan laluan
kecemasan tidak dikunci dan dihalang. Ia juga hendaklah ditanda dengan arahan yang jelas dan
mudah dilihat. Ruang yang selamat untuk berkumpul semasa kebakaran juga hendaklah dikenal
pasti oleh pihak sekolah. Penyediaan alat pemadam api yang sesuai dan loceng kecemasan
hendaklah sentiasa diselenggara. Warga sekolah juga hendaklah dilatih berkaitan fire drill
supaya mengetahui langkah-langkah dan tindakan yang perlu dilakukan semasa kebakaran.
4.1 Tatacara Penggunaan Am.
Sila jaga keselamatan harta benda di dalam dewan ini.
Sila kendalikan peralatan dengan cermat dan berhati-hati.
Sila laporkan sebarang kehilangan atau kerosakan bahan atau peralatan dewan kepada
guru yang bertanggungjawab secepat mungkin untuk tindakan sewajarnya.
Sila kembalikan bahan-bahan atau peralatan yang telah digunakan ke tempat asal selepas
menggunakannya.
Dilarang membawa keluar sebarang bahan atau peralatan milik dewan tanpa kebenaran.
Sila pastikan semua suis (lampu, kipas dll) ditutup sebelum meninggalkan dewan ini.
Sila pastikan semua tingkap, pintu dan grill ditutup dan dikunci selepas menggunakannya
untuk tujuan keselamatan.
Sila serahkan kunci dewan ke pejabat sekolah sebaik sahaja selepas menggunakannya.
Guru / pelajar tidak dibenarkan sama sekali membawa pulang kunci dewan atau pun
membuat kunci pendua (duplicate) dewan.
4.2 Tatacara Penggunaan Murid.
Murid-murid mesti diiringi dan diawasi oleh guru sepanjang masa ketika dewan itu
digunakan.
Murid-murid hendaklah menjaga kebersihan dan memastikan dewan berada dalam
keadaan yang kemas selepas digunakan.
6
7. Semua peralatan dan kelengkapan dalam dewan hendaklah berada pada kedudukan yang
asal.
Murid-murid dilarang makan atau minum di bilik khas dan dewan.
Murid-murid tidak dibenarkan berada di dalam dewan ini tanpa kebenaran dan
pengawasan oleh guru.
Dilarang membuat bising yang melampau di dalam dewan.
Sila jaga kebersihan di dalam dan di luar dewan
Dilarang menconteng meja, kerusi dan bahan-bahan lain di dalam dewan ini.
Tidak dibenarkan makan dan minum di dalam dewan ini.
Tidak dibenarkan merosak sebarang harta benda di dalam dewan ini.
4.3 Tatacara Pengurusan Guru.
Guru yang berhasrat menggunakan dewan mestilah memaklumkan dan membuat
tempahan 2 (dua) hari lebih awal dengan penyelaras bilik tersebut.
Guru yang menggunakan dewan mestilah mengisi buku Rekod Penggunaan Dewan
setiap kali menggunakannya.
Setiap guru yang menggunakan dewan ini adalah bertanggungjawab mengawal pelajar.
5.0 Tatacara Penggunaan Bilik Komputer
Dalam pengurusan makmal komputer , beberapa aspek perlu di di ambil kira supaya
penubuhan makmal komputer dapat direalisasikan secara berkesan. Antara aspek yang paling
ialah mengenai kemudahan fizikal dan perkakasan. Bilik mestilah selesa dan keluasannya
mencukupi untuk menampung bilangan komputer, ini pula bergantung kepada peruntukan yang
diberi oleh Kementerian Pendidikan , Syarikat Swasta atau orang perseorangan. Bilik komputer
sesuai dan boleh dihubungkan secara "Local Area Networking" menggunakan Windos Nt untuk
program pembelajaran berbantukan komputer boleh dijalankan.Peralatan untuk pengajaran
komputer seperti perisian, panel LCD, OHP dan skrin tayangan perlu diadakan.
7
8. Kemudahan perabut yang mencukupi termasuk meja, kerusi, almari, rak, papan tulis
(white board) dan perkakasan lain seperti penyedut hampagas dan penyapu. Sistem pendawaian
elektrik pula mestilah selamat dan mengikut piawaian yang telah ditetapkan oleh Bahagian
Pendawaian Jabatan Kerja Raya atau pengesahan dari pihak swasta yang bertauliah. Alat bantuan
kebakaran seharusnya disediakan sebagai langkah persediaan untuk kebakaran.
Lokasi makmal komputer sebaik-baiknya hendaklah berhampiran dengan bilik guru atau
pejabat sekolah. Ini kerana dari segi keselamatan ia mudah dikawal selia juga memudahkan guru
dan pelajar berulang-alik. Elakkan bilik komputer yang berjauhan dan terpencil, ini akan
memudahkan berlakunya pecah masuk terutamanya pada masa cuti sekolah.
5.1 Tatacara Penggunaan Am.
Semua peralatan rangkaian ( switch, modem, hub, router dll) hendaklah diletakkan
di tempat yang dikhaskan contohnya dalam rak atau di bilik server.
Setiap sekolah bertanggungjawab menjaga bilik server dalam keadaan baik.
Pastikan bilik server mempunyai penghawa dingin atau kipas di dalam suhu yang
bersesuaian.
Sila pastikan bahawa peralatan rangkaian tersebut bebas dari risiko atau gangguan
elektrik, habuk, kilat, banjir atau kecurian.
Pastikan bilik server atau komputer server hanya boleh dimasuki atau digunakan oleh
Guru Akses yang dipertanggungjawabkan sahaja.
Jika komputer server rosak, guru-guru dibenarkan masuk dan diawasi bersama Guru
Akses di sekolahtersebut.
Semua kabel rangkaian hendaklah dipasang dengan kemas seperti di bawah lantai
atau melalui conduit, yang mana bersesuaian.
Sebarang pemasangan point tambahan yang dibuat oleh sekolah dan hendak
disambungkan ke rangkaian yang disediakan oleh pihak Unit ICT hendaklah mendapat
kebenaran / dimakluman terlebih dahulu.
Rack, Switch, Router, Modem, Kabel rangkaian atau Komputer Server yang
diletakkan oleh Guru Akses tidak boleh dialihkan kedudukannya melainkan diberitahu
8
9. dahulu kepada pihak sekolah dan mestilah mendapatkan pengesahan untuk mengubah
kedudukan berhubung perkara tersebut.
Penggunaan aktiviti internet seperti melayar laman web (surfing) atau membuat kerja-
kerja pejabat di komputer Server adalah dilarang sama sekali ini.
Aktiviti internet seperti melayari laman web lucah, perjudian, dan laman-laman web
yang negatif juga adalah dilarang sama sekali di setiap komputer jabatan.
Semua aktiviti penggunaan internet direkodkan dari masa ke semasa.
Aktiviti memuat turun (download) file Aplikasi (.EXE) juga adalah dilarang . Ini
adalah kerana majoriti Aplikasi berbahaya seperti virus, worms, spyware berada di
dalam setiap komputer yang memuat turun (download) free screen saver, wall
paper dan sebagainya.
5.2 Tatacara Penggunaan Murid.
Murid-murid tidak dibenarkan berebut-rebut masuk ke bilik komputer.
Murid-murid adalah dilarang sama sekali untuk membawa makanan dan minuman ke
dalam Makmal Komputer.
Tanggalkan kasut sebelum masuk ke bilik computer dan susun dengan teratur di bahagian
luar makmal komputer sekolah.
Murid-murid tidak dibenarkan memasuki makmal komputer tanpa kehadiran guru
mereka.
Murid-murid tidak dibenarkan meninggalkan bilik komputer dengan sesuka hati.
Murid-murid tidak dibenarkan membuka dan menutup komputer sendiri tanpa kebenaran
Guru Komputer.
Murid-murid dilarang mencalar komputer.
Murid-murid dilarang membuat bising dalam bilik komputer.
Murid-murid dikehendaki menjaga kebersihan bilik komputer sepanjang masa.
Sekiranya komputer anda berlaku gangguan, laporkan kepada Guru Komputer dengan
segera.
Tidak dibenar menggunakan kemudahan internet tanpa pengetahuan guru.
Kebenaran daripada guru mestilah diperolehi sebelum melaksanakan urusan cetakan.
9
10. Murid-murid dilarang sama sekali memasuki Bilik Pelayan (server).
Murid-murid adalah dilarang berada di dalam makmal tanpa kebenaran, pengetahuan dan
pengawasan daripada guru.
Murid-murid hendaklah mencatatkan nama di dalam Buku Kehadiran / Buku Log
Penggunaan Komputer.
Murid-murid hendaklah berpakaian sesuai, kemas, sopan dan tidak mencolok mata ketika
berada di dalam makmal.
Murid-murid hanya dibenarkan menggunakan terminal stesen kerja yang telah ditetapkan
oleh guru.
Murid-murid tidak dibenarkan membuat bising dan mengganggu ketenteraman pelajar
lain ketika berada di dalam makmal.
Murid-murid tidak digalakkan membawa disket atau thumb drive yang tidak ada kena-
mengena dengan proses pembelajaran di dalam makmal untuk mengelakkan serangan
virus.
Murid-murid adalah dilarang sama sekali untuk install perisian @ aplikasi lain ke dalam
komputer di dalam Makmal Komputer.
Murid-murid juga tidak dibenarkan membuat sambungan perkakasan tambahan kepada
komputer tanpa mendapat kebenaran / pengesahan guru.
Murid-murid hendaklah melaporkan kepada guru dengan segera sekiranya berlaku
sebarang masalah dengan sistem komputer.
5.3 Tatacara Pengurusan Guru.
Semua pengguna makmal mestilah menerima taklimat keselamatan makmal daripada
penyelaras makmal komputer sekolah sebelum menggunakan makmal.
Mematuhi segala peraturan yang telah ditetapkan dan peraturan-peraturan serta arahan
yang diberikan dari semasa ke semasa.
Mendapatkan kebenaran penyelaras makmal komputer sebelum menggunakan
kemudahan makmal.
Membuat tempahan awal/kebenaran bertulis/mengisi jadual penggunaan kemudahan
makmal komputer.
10
11. Menggunakan kemudahan dalam makmal mengikut langkah-langkah yang ditetapkan.
Mematuhi panduan yang betul semasa menghidup dan mematikan semua peralatan
komputer.
Mencatatkan maklumat penggunaan makmal pada buku log penggunaan makmal (guru
bertugas) dan buku log penggunaan komputer (pelajar).
Melaporkan sebarang kerosakan dan kehilangan terhadap semua peralatan, perkakasan
dan perisian dalam makmal komputer kepada penyelaras makmal atau wakilnya dengan
SEGERA.
Dilarang mengalih atau memindahkan segala peralatan dan perkakasan dalam makmal
komputer tanpa kebenaran daripada guru penyelaras.
Menggunakan pelan laluan kebakaran sekiranya berlaku kebakaran.
6.0 Rumusan
Program Sekolah Selamat dilancarkan di sekolah-sekolah di Malaysia bagi membendung
masalah disiplin para pelajar. Warga sekolah di Malaysia bermaksud guru, pelajar, kakitangan
sokongan, pentadbir sekolah, kaunselor dan sebagainya. Setiap warga sekolah mestilah
mempunyai kesedaran tentang keselamatan dan diterjemahkan melalui sikap dan tingkahlaku
sensitif, prihatin dan tanggungjawab profesional untuk menjamin suasana pembelajaran dapat
berjalan dengan baik.
Pendedahan bagi menangani konflik secara berkesan dapat dilaksanakan melalui kursus
dan latihan. Ia boleh disampaikan kepada ibu bapa, pelajar dan warga sekolah. Antara
kandungannya meliputi kemahiran cara berkomunikasi, penyelesaian masalah, Kemahiran
membuat keputusan, empati, mengenalpasti kewujudan gangter, kemahiran perundangan dan
lain-lain. Aktiviti berbentuk arahan bermula daripada informal kepada formal dan dari
perancangan dan pelaksanaan.
Kawalan Keselamatan adalah bermaksud persekitaran yang menunjukkan wujudnya
kesedaran dan kawalan terhadap keselamatan serta mewujudkan rasa bebas dari ancaman
keselamatan. Iklim yang selamat dan selesa menggambarkan wujudnya perancangan
11
12. keselamatan sekolah melalui kawalan, sistem komunikasi, pengawasan, lencana pengenalan diri,
kad kebenaran, tanda nama pelawat dan kawalan dari pengawal keselamatan.
Bagi melicinkan pelaksanaan Sekolah Selamat, sekolah hendaklah menubuhkan
Jawatankuasa Sekolah Selamat (JKSS) yang keahliannya terdiri daripada wakil sekolah, ibu
bapa, agensi-agensi kerajaan dan bukan kerajaan. Tugas utama jawatankuasa ini ialah memantau
keperluan keselamatan di sekolah yang bertujuan untuk mengenalpasti masalah, mencadang
program/polisi sekolah selamat dan membantu dalam mengurusan sebelum dan selepas krisis
berlaku. Jawatankuasa ini juga boleh bertindak sebagai jawatankuasa pemandu untuk penilaian
kendiri dan perancangan.
Untuk memastikan sekolah berada dalam keadaan lebih selamat, usaha-usaha secara
bersepadu perlu dilaksanakan bukan sahaja oleh pengetua sebagai pengurus sekolah tetapi juga
seluruh warga sekolah termasuk guru, pelajar, ibu bapa, dan PIBG, pihak berkuasa Kementerian
Pelajaran dan ahli komuniti termasuk pertubuhan kerajaan dan bukan kerajaan. Strategi
perancangan dan pelaksanaannya juga perlu dilakukan dalam proses yang berterusan tidak kira
elemen-elemen yang menggugat keselamatan berkenaan sudah wujud atau belum di sekolah kita.
12
13. RUJUKAN
Akhbar Utusan (Edisi Online). 16 November 2004. Perkenalkan Dasar Keselamatan, Kesihatan
Di Sekolah. http://www.utusan online .com.my. Dicapai pada 28 Februari 2012
Akhbar Utusan (Edisi On-Line). 13 Julai 2005. Lebih 100 Pelajar disyaki Keracunan Makanan.
http://www.utusan online .com.my
Akhbar Berita Harian. 25 September.2003. Pengetua, Pelajar Mesti Kerap Berbincang. Dicapai
pada 28 Februari
Azrina Ahzan (1999). Langkah Memperkukuhkan Keselamatan Sekolah. Berita Minggu 11
Jun 1999. Halaman 4.
Beyer, D. (1997). School Safety and The Legal Rights of Students.No.121.
Comer, J.P. (1998). Model of The School Development Program Success. New Haven,
CT: Comer School Development Programme, Yale Child Study Center.
Hussein Mahmood (1993).Kepemimpinan dan Keberkesanan Sekolah. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa Dan Pustaka.
Kementerian Pelajaran Malaysia (2007). Pendidikan di Malaysia. Memartabat Pendidikan
Negara. Kuala Lumpur: Percetakan Watan Sdn. Bhd.
Kementerian Pendidikan Malaysia. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.6/2000.
Kementerian Pendidikan Malaysia. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.7/1999. Penubuhan Kelab
Pencegahan Jenayah di Sekolah Menengah.
Mohd.Ismail Othman (2004).Undang-Undang Untuk Pengetua dan Guru Besa. Pahang: PTS
Publications & Distributions Sdn.Bhd.
Mohd Noorazam Abdul Razak, Che Ishak Ismail, dan Albeny Joslyn Pantin (2011). HBHE 3203
Kebersihan dan Keselamatan persekitaran. Selangor. Meteor Doc.Sdn.Bhd.
Salleh Buang (1996). Sejarah Undang-Undang Malaysia: Kes dan Material. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa Dan Pustaka
13