Transform any presentation into ready-made study materialselect from outputs like summaries, definitions, and practice questions.
1 of 3
Download to read offline
More Related Content
WASIAT
1. Soalan 7
Bincangkan bagaimana anda akan memberitahu waris berkaitan penulisan wasiat.
WASIAT merupakan satu pengakuan yang dibuat oleh seseorang sama ada secara
bertulis, lisan atau dengan isyarat menyatakan bahawa dia mempunyai obligasi atau tanggungan
terhadap seseorang lain berkenaan dengan sesuatu hak, yang diperbuat pada masa hayatnya ke
atas harta atau manfaat untuk menyempurnakan sesuatu bagi maksud kebajikan atau apa-apa
maksud yang dibenarkan menurut hukum syarak selepas dia meninggal dunia.
Firman Allah S.W.T.:
Kamu diwajibkan, apabila seseorang dari kamu hampir mati, jika ia ada meninggalkan harta,
(hendaklah ia) membuat wasiat untuk ibu bapa dan kaum kerabat dengan cara yang baik
(menurut peraturan ugama), sebagai suatu kewajipan atas orang-orang yang bertaqwa.
SURAH AL-BAQARAH (AYAT 180)
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :
orang yang malang ialah orang yang tidak sempat berwasiat - Riwayat Ibnu Majah -
Diriwayatkan oleh Abdullah bin Umar; Rasullullah S.A.W bersabda:
Bukanlah seorang Muslim yang sebenar yang mempunyai harta untuk diWasiatkan untuk tidur
dua malam kecuali Wasiatnya sudah tertulis dan disimpan dibawah kepalanya.
Para alim ulama telah sependapat bahawa hukum menulis wasiat adalah sunat muakkad
(digalakkan) dan ia boleh menjadi sekiranya kita mempunyai hutang.
Berdasarkan firman Allah SWT dan Sabda Rasullah SAW, maka haruslah setiap
umat Islam menulis wasiat. Wasiat boleh dibuat secara lisan ataupun bertulis. Namun,
sebaik baiknya, wasiat perlulah dibuat secara bertulis dengan mempunyai saksi supaya
tidak menjadi perselisihan dikemudian hari. Penulisan wasiat memberi manfaat pertamanya,
dengan membuat wasiat kita dapat memastikan harta dan asset yang kita miliki diberikan
kepada waris yang berhak mengikut hasrat kita. Ini dapat mengelakkan dari berlakunya
2. persengketaan merebut harta tinggalan kita. Kaedah penulisan wasiat juga sebenarnya mampu
mengatasi semua permasalahan yang timbul selepas ketiadaan kita. Ini kerana ia mampu
membezakan antara harta pusaka dan pemberian atau hibah.
Dengan membuat wasiat, apabila berlaku kematian, sebahagian besar harta-harta kita
akan dibekukan. Dengan memiliki dokumen wasiat, proses untuk mendapatkan Geran Probet
(surat kuasa untuk mentadbir pusaka) oleh wasi yang telah dinamakan di dalam wasiat lebih
mudah dan cepat. Lebih lengkap dokumen wasiat (seperti penyenaraian harta, hutang, harta
sepencarian dan sebagainya) maka lebih cepat proses pentadbiran harta pusaka dapat
diselesaikan. Secara umumnya, tempoh penyelesaian pusaka dengan adanya wasiat ialah di
antara 4 12 bulan berbanding di antara 2 5 tahun (atau lebih) tanpa dokumen wasiat. Lebih
lama proses penyelesaian, maka selama itulah juga kesengsaraan yang akan dirasai oleh waris-
waris yang kita tinggalkan.
Tanpa persediaan, kematian kita boleh menyebabkan orang kesayangan mengalami
tekanan demi tekanan akibat perbalahan dan perebutan yang mungkin berlaku di kalangan
ahli keluarga. Ini juga menyebabkan keadaan orang kesayangan kita semakin terhimpit dan
semakin sengsara.
Seterusnya, dengan wasiat juga, anda boleh menasihatkan atau memberikan amanat
terakhir yang mungkin tidak dapat disampaikan ketika anda masih hidup.Sebagai contoh,
menasihati anak dan saudara untuk berkelakuan baik dan tidak bergaduh. Semua itu boleh ditulis
didalam wasiat peribadi anda. Dan yang paling penting, wasiat membolehkan pengurusan hutang
dilakukan. Anda mungkin berhutang dengan individu/bank atau sesiapa sahaja. Hutang ini boleh
dilangsaikan apabila anda menulis tentangnya di dalam wasiat. Hutang dengan Allah seperti
ibadah haji, nazar dan sebagainya juga akan dilangsaikan jika anda membuat.
Setelah berusaha bertahun-tahun mengumpul kekayaan untuk keluarga dan masa depan,
sampai masanya mulakan perancangan harta pusaka. Adalah menjadi keperluan untuk
membuat perancangan lebih awal adalah lebih baik kerana kematian itu rahsia Allah. Ini hal
berkaitan emosi. Tapi ia harus diimbangkan dengan realiti. Ia seolah kata-kata terakhir. Itu
memang benar. Sebagai orang Islam, harta yang kita miliki didunia adalah pinjaman Allah
3. semata-mata. Tapi bukan bermakna ia perlu dibiarkan atau dibazirkan. Orang yang bijak ialah
orang yang menguruskan harta di dunia untuk mengambil tuaian di akhirat.
Rujukan
http://www.arb.com.my/bm/index.asp?fuseaction=Content.View&ID=24
http://www.bankislam.com.my/BM/Pages/WillWriting.aspx?tabs=4
http://www.mais.net.my/index.php?option=com_content&view=category&id=27&layout=blog&Itemid=
83
http://blog.pintarpusaka.com/p/wasiat.html
http://mpjasin.blogspot.com/2012/12/ceramah-perancangan-penulisan-wasiat.html