3. Selamat pagi cikgu. Cikgu
tengah buat apa ini?
Selamat pagi Upin dan Ipin. Cikgu tengah tanam
pokok bunga mawar untuk mencantikkan lagi
Taman Mesra Alam sekolah kita.
Taman Mesra Alam? Apa itu
cikgu?
Taman Mesra Alam adalah suatu tempat yang
mengandungi pelbagai jenis pokok bunga, sayur
sayuran yang ditanam menggunakan barang buangan
atau barang lama. Kita juga boleh mengisi masa
lapang dengan tenang di situ sambil menghirup
udara yang segar.
Boleh juga. Upin tolong isikan air dalam alat
penyiram pokok ini. Ipin pula bawakan anak pokok
itu ke sini.
Cikgu kami pun ingin tolong
cikgu mencantikkan taman
ini.
5. Ayat Perintah
Upin, tolong isikan air dalam
alat penyiram pokok ini.
Ipin pula bawakan anak
pokok itu ke sini.
6. Digunakan dengan tujuan untuk menimbulkan
sesuatu tindakan.
AYAT
PERINTAH
AYAT
LARANGAN
AYAT
SILAAN
AYAT
SURUHAN
AYAT
PERMINTAAN
7. AYAT PERMINTAAN
• Memohon permintaan dan pertolongan
Kata
Permintaan
TolongMinta
• Upin tolong isikan air dalam alat penyiram pokok ini.
• Minta kamu semua bertenang.
8. AYAT SURUHAN
• Memberi perintah atau arahan.
• Kata ganti nama orang kedua seperti awak, kamu,
engkau dan lain-lain lagi biasanya digugurkan.
• Menggunakan partikel –lah untuk melembutkannya.
• Tanda seru digunakan jika mengandungi unsur
perasaan.
• Ipin bawakan anak pokok itu ke sini.
• Keluarlah dari bilik ini !
• Pujuklah budak yang menangis itu !