ºÝºÝߣ

ºÝºÝߣShare a Scribd company logo
KESALAHAN DALAM AYAT

Disediakan: Rozilawati bt Jidin
Kenapa ayat ini salah?
1. Longkang besar ini tercemar
berpunca dari sikap penduduk
setempat.
1. Longkang besar ini tercemar
berpunca daripada sikap
penduduk setempat.
2.Hamdan belajar tarian zapin
dengan menyanyi semasa di
Kelantan.

2.Hamdan belajar tarian zapin
dan menyanyi semasa di
Kelantan.
3.Sekolah itu sangat terkenal di dalam
sukan sepak takraw.

3.Sekolah itu sangat terkenal dalam
sukan sepak takraw.
4.Julia belajar bersungguh-sungguh
demi untuk berjaya dalam
peperiksaan.

4.Julia belajar bersungguh-sungguh
untuk berjaya dalam peperiksaan.
5.Siapa sahaja dibenarkan menyertai
peraduan ini.

5.Sesiapa sahaja dibenarkan
menyertai peraduan ini.
6.Ahli unit beruniform masuk ke
dalam dewan sebaris dan sebaris.
6.Ahli unit beruniform masuk ke
dalam dewan sebaris demi sebaris.
7.Semua guru-guru diwajibkan
menghadiri mesyuarat itu.
7.Semua guru diwajibkan menghadiri
mesyuarat itu.
8.Kakak menghidangkan pelbagaibagai juadah untuk berbuka puasa.
8.Kakak menghidangkan pelbagai
juadah untuk berbuka puasa.
9.Pelumba-pelumba motorsikal itu
saling potong-memotong untuk
menang.

9.Pelumba-pelumba motorsikal itu
saling memotong untuk menang.
10.Roslan membisu sahaja bila disoal
oleh guru disiplin.
10.Roslan membisu sahaja apabila
disoal oleh guru disiplin.
11.Tolong jangan sentuh lukisanlukisan pada dinding itu.
11. Jangan sentuh lukisan-lukisan
pada dinding itu.
12.Para pendaki itu sedang menuruni
bukit yang curang.
12.Para pendaki itu sedang menuruni
bukit yang curam.
13.Semua ahli kelab budaya diminta
hadir di dalam perjumpaan itu.

13.Semua ahli kelab budaya diminta
hadir dalam perjumpaan itu.
14.Laila sedang mengemas bilik
namun adiknya mencuci kasut.
14.Laila sedang mengemas bilik
manakala adiknya mencuci kasut.
15.Dia tidak anak Pak Cik Hasim
walaupun mereka rapat.
15.Dia bukan anak Pak Cik Hasim
walaupun mereka rapat.
16.Salmah amat sayang pada
anak-anak saudaranya.
16.Salmah amat sayang akan
anak-anak saudaranya.
17.Pilihlah mana buku ulang kaji yang
kamu suka.

17.Pilihlah mana-mana buku ulang
kaji yang kamu suka.
18.Kamil telah mendapat tempat
yang ketiga-tiga dalam ujian yang
lalu.

18.Kamil telah mendapat tempat
yang ketiga dalam ujian yang lalu.
19.Bintang-bintang kelihatan
berkerlipan di waktu malam.

19.Bintang-bintang kelihatan
berkerlipan pada waktu malam.
20.Pak hasan mengucapkan terima
kasih ke atas pertolongan mereka.
20.Pak hasan mengucapkan terima
kasih atas pertolongan mereka.
21. Noraini tidak tahu apabila
lawatan itu akan diadakan.
21. Noraini tidak tahu bila lawatan itu
akan diadakan.
22. Ibu membubuh ubat di kaki adik
yang luka.
22. Ibu membubuh ubat pada kaki
adik yang luka.
23.Tolong jangan menconteng dinding
kelas.

23. Jangan menconteng dinding kelas.
24. Adik Salmi sangat-sangat bijak
dalam mata pelajaran Matematik.

24. Adik Salmi sangat bijak dalam
mata pelajaran Matematik.
Terima kasih¡­¡­..

Cikgu Rozilawati binti jidin

More Related Content

Ayat salah