Teknologi instruksional merupakan aplikasi teori pembelajaran dan teknologi baru untuk menyelesaikan masalah pengajaran dan prestasi. Ia telah berkembang sejak zaman gua hingga penciptaan teknologi moden seperti braille, bahasa isyarat, mesin cetak dan komputer untuk memudahkan proses pembelajaran.
1 of 44
Downloaded 12 times
More Related Content
Bab 1 eit 311
1. APAKAH TEKNOLOGI
INSTRUSTIONAL?
Definisi 2 perkataan dalam teknologi
instruksional. Apakah instruksi?
揃 Good (1959) mendefinisi instruksi
sebagai penyediaan aktiviti, bahan dan
keadah untuk memudahkan pembelajaran
manakala
2. /Moore (2002) mendefiniskan
instruksi sebagai langkah yang diambil
oleh seseorang untuk membantu
seorang lain untuk membina
potensinya ke peringkat maksimum.
/Heinich (2004) melihat instruksi
sebagai satu organisasi maklumat
dan persekitaran (lokasi, media dan
kaedah) yang disusun dengan
tujuan memudahkan pembelajaran
3. Apakah Teknologi?
Galbraith (1967) "the systematic application of
scientific or other organised knowledge to practical
tasks
Kata kunci ; "aplikasi sistematik pengetahuan kepada
tugas praktikal" Teknologi tidak terhad kepada
penggunaan objek fisikal seperti mesin, perkakasan
atau peralatan untuk "tugas-tugas praktikal" tetapi juga
termasuk aplikasi proses seperti teknik, kaedah dan
prosedur untuk "tugas- tugas praktikal" (Saettler,
1968).
Teknologi instruksional adalah aplikasi teknologi (objek
4. Beberapa definisi teknologi instruksional;
Apakah perbezaan antara Teknologi
Pendidikan Dengan Teknologi
Instruksional/Pengajaran?
Istilah tersebut membawa maksud yang
sama.
Teknologi pendidikan dan teknologi
pengajaran/teknologi instruksional akan
digunakan silih berganti
5. Definisi Teknologi Instruksional
揃 EncyclopaediaTeknologi
Pendidikan (2008)
Suatu proses yang sistematik dan
berulang untuk mereka bentuk
instruksi atau latihan agar dapat
meningkatkan prestasi.
Ia bertujuan untuk menggalakkan
penggunaan sistem, persekitaran,
alat, produk, dan strategi yang
bijak untuk meningkatkan
6. Definisi Teknologi Instruksional
揃 Gagne, Briggs & Walter
(1988)
Satu bidang yang mengandungi 2
komponen, iaitu perancangan dan
pembangunan instruksional yang
sistematik.
Aplikasi teori dan lain- lain ilmu
7. Definisi Teknologi Instruksional
揃 Molenda, Pershing & Reigeluth
(1996)
Teknologi pengajaran sebagai satu
profesion di mana pengetahuan sains
instruksional dan seni pengajaran, yang
diperoleh daripada kajian dan
pengalaman, digunakan untuk
membangun dan mengurus, secara
ekonomi dan berkualiti, bahan-bahan
pengajaran dan sistem yang
8. Definisi Teknologi Instruksional
揃 Pada tahun 1972, Jawatankuasa
Definisi dan Istilah Persatuan
Komunikasi Pendidikan dan
Teknologi (AECT) yang
dipengerusikan oleh Donald P. Ely,
mentakrifkan teknologi pendidikan
sebagai bidang yang terlibat dalam
memudahkan proses manusia
belajar
menerusi proses kenalpasti,
9. Definisi Teknologi
Instruksional
Pada tahun 1994, Seels dan Richey bersama
Jawatankuasa Istilah dan Definisi Persatuan
Komunikasi dan Teknologi Pendidikan
(AECT) mentakrifkan teknologi pengajaran
sebagai aplikasi teori pembelajaran dan
teknologi baru dalam menyelesaikan masalah
pengajaran dan prestasi. Elemen utama yang
terkandung dalam definisi adalah
spesifikasi lima domain asas, yang
menerangkan pengetahuan asas dan fungsi
yang dilakukan oleh golongan profesional.
Domain ini adalah reka bentuk,
11. REKABENTUK:
Rekabentuk adalah proses menentukan
syarat untuk pembelajaran.
Merupakan sumbangan terbesar
teori teknologi pengajaran kepada
bidang pendidikan yang lebih besar.
Tujuan reka bentuk adalah untuk
menghasilkan strategi dan produk
bersekala besar seperti sesuatu
program pengajian dan kurikulum, serta
yang berskala kecil, seperti satu unit
pelajaran atau modul pembelajaran.
12. REKABENTUK:
Sebagai contoh, aplikasi teori pengajaran
dan pembelajaran untuk reka bentuk
kursus atau kurikulum sekolah, analisis
ciri-ciri pelajar dan konteks
pembelajaran (Persekitaran fizikal,
keperluan, tugasan), perancangan
strategi pengajaran, dan interaksi
manusia-komputer /reka bentuk antara
muka untuk memudahkan pembelajaran.
13. PEMBANGUNAN:
Pembangunan adalah proses
menterjemahkan spesifikasi reka
bentuk ke dalam bentuk fizikal.
Merangkumi pelbagai teknologi yang
digunakan dalam pengajaran. Ia tidak
terasing daripada teori dan amalan yang
berkaitan dengan pembelajaran dan
reka bentuk. Ia juga berkaitan dengan
pengurusan, penilaian, atau
penggunaan..
14. PEMBANGUNAN:
Domain pembangunan mencakupi
mesej yang terdapat dalam
kandungan, strategi pengajaran
yang berasaskan teori P & P dan
manifestasi fizikal teknologi seperti
perkakasan, perisian dan bahan-
bahan pengajaran
15. PEMBANGUNAN:
Teknologi cetak, teknologi
audiovisual, teknologi
berasaskan komputer, dan
teknologi bersepadu (seperti
multimedia interaktif), boleh
dibangunkan untuk tujuan
pengajaran jika proses
pembangunan adalah berasaskan
teori dan reka bentuk
17. PENGGUNAAN:
Penggunaan adalah tindakan
menggunakan proses dan sumber
untuk pembelajaran.
Mereka yang terlibat dalam penggunaan
adalah bertanggungjawab untuk
menyesuaikan pelajar dengan bahan
dan aktiviti pembelajaran, menyediakan
pelajar untuk berinteraksi dengan bahan-
bahan terpilih dan aktiviti,
19. PENGURUSAN:
Pengurusan melibatkan kawalan
teknologi pengajaran melalui
perancangan, penyusunan, penyelarasan
dan penyeliaan.
Individu dalam bidang ini kerap
dipanggil untuk menyediakan
pengurusan dalam pelbagai keadaan
dan persekitaran. Seorang pakar
teknologi instruksional mungkin terlibat
dengan usaha seperti pengurusan projek
20. PENGURUSAN:
pembangunan pengajaran atau
pengurusan pusat sumber sekolah.
Matlamat sebenar untuk aktiviti
pengurusan mungkin berbeza
mengikut keadaan, tetapi kemahiran
asas pengurusan masih kekal tanpa
mengira persekitaran.
21. PENILAIAN:
Penilaian adalah proses
menentukan keupayaan dan kejayaan
pengajaran dan pembelajaran.
merupakan penentuan kualiti,
keberkesanan atau nilai program,
produk, projek, proses, objektif atau
kurikulum.
22. PENILAIAN:
Contoh, seorang pakar teknologi
pengajaran bekerja sebagai
perunding, mengenal pasti jurang
antara penilaian dan hasil
pembelajaran sebenar untuk sesuatu
program atau produk dan
mencadangkan perubahan dan
penambahbaikan.
23. 1.4 APAKAH YANG DILAKUKAN OLEH PAKAR
TEKNOLOGI INSTRUKSIONAL?
Profesional dalam dalam bidang teknologi
instruksional bekerja dalam pelbagai
pekerjaan, seperti:
揃 Guru kelas yang menggunakan teknologi
instruksional secara berkesan
揃 Juru bina multimedia interaktif
揃 Pereka Pengajaran
揃 Penyelaras Teknologi
揃 Jurulatih Teknologi /Pembekal Latihan
Profesional kakitangan
24. Keperluan latihan/pengajaran atau masalah
prestasi mungkin wujud dalam mana- mana
organisasi atau persekitaran di mana
kakitangan atau pejawat awam perlu
menunjukkan Indeks Prestasi Utama (KPI).
Sebagai contoh, senario berkenaan mungkin
termasuk:
揃 Mendedahkan ibu bapa tentang
penggunaan teknologi instruksional yang
digunakan dalam sekolah
25. 揃 Latihan kepada pekerja atau pengguna
menggunakan produk dan peralatan
teknologi baru
揃 Kemahiran guru sekolah atau pelajar
menggunakan komputer dan teknologi
mudalih
揃 Menyediakan program untuk pelajar
menggunakani teknologi pendidikan
jarak jauh
26. Setiap perniagaan, agensi, institusi dan sekolah
perlu menunjukkan prestasi yang boleh
menyumbang kepada misi organisasi dan
masyarakat. Pendidikan dan latihan adalah dua
institusi yang kuat untuk meningkatkan prestasi
kerana ia dapat memastikan bahawa orang ramai
akan mempunyai kemahiran, kebolehan, dan sikap
yang diperlukan untuk melakukan kerja mereka.
Para pekerja dalam bidang teknologi
27. pengajaran menggunakan proses sistematik
untuk memenuhi keperluan pendidikan dan
latihan. Hasilnya, teknologi pengajaran
membantu masyarakat melaksanakan kerja
dengan lebih berkesan dalam persekitaran
perkembangan teknologi dan sosial yang pesat.
28. 1.5 SEJARAH TEKNOLOGI
INSTRUKSIONAL: SEBELUM 1600
Manusia purba menggunakan seni
sebagai satu cara untuk merakam cerita dan
idea berkomunikasi. Sebelum amalan
penulisan dikenali, manusia mengukir
dan mengecat gambar di dalam gua batu.
Dinding dan gambar digunakan sebagai
medium komunikasi. Lukisan gua batu wujud
dari tahun 250,000 SM, iaitu Zaman
Paleolitik hingga 3500 SM iaitu Zaman
Neolitik atau Zaman Batu Baru.
29. Lukisan gua batu, bentuk seni terawal.
Gambar binatang, burung, manusia,
senjata, simbol dan peta adalah beberapa
maklumat yang direkodkan dalam
bentuk seni gua.
Menyampaikan maklumat tertentu
kepada manusia purba.
Medium sebelum wujudnya tulisan dan
bahasa.
Seni Gua boleh didapati di seluruh dunia
seperti di China, Australia, Afrika, Eropah
dan juga di Malaysia.
30. b) PENULISAN MESIR
Maklumat yang diukir,
dilukis atau dicat telah
dipindahkan dalam
bentuk tulisan di atas
kertas. Di Mesir, manusia
menggunakan kaedah
tulisan seperti satu patah
perkataan atau abjad
untuk mewakili gambar
seperti haiwan, burung dan
perkara-perkara lain.
Kaedah penulisan Mesir
ini dipanggil hieroglif
31. Sistem penulisan formal yang mengandungi
gabungan logographs, glyphs fonetik dan
ideographs. Hieroglif boleh ditulis dalam tiga
arah: dari atas ke bawah, dari kiri ke kanan
dan dari kanan ke kiri. Skrip Hieratik
(keramat) dan skrip demoitik yang
bersifat rakyat adalah lain bentuk penulisan
yang wujud di zaman Mesir. Oleh kerana
bentuk tulisan ini dianggap "suci", dan juga
disebabkan pengaruh barat dan Yunani,
tulisan Mesir hanya digunakan di Mesir dan
tidak digunakan di tempat lain.
32. c) SEMPOA( abacus) KALKULATOR
PERTAMA
Salah satu alat pertama mekanikal
untuk pengiraan.
Digunakan berabad-abad sebelum
penggunaan sistem angka yang ditulis
dalam bahasa Arab.
Sekarang terdapat beberapa buah
negara masih menggunakan sempoa
untuk mengajar asas matematik.
Sempoa pertama adalah begitu primitif
kerana dapat mengira sehingga angka
lima.
33. d) MESIN PERCETAKAN
Johannes Gutenberg (1398 - 1468)
mencipta teknologi percetakan mudah alih
pada tahun 1447. Kaedah percetakan
mencipta revolusi bukan sahaja dalam
penerbitan buku tetapi juga menyumbang
kepada pembangunan pesat dalam bidang lain
seperti sains, seni, agama dan banyak lagi
melalui penghantaran teks.
34. 1.6 SEJARAH TEKNOLOGI
INSTRUKSIONAL: ANTARA
1600 HINGGA 1920
Perkembangan teknologi instruksional telah
berubah kepada pengajaran di dalam kelas
Sebagai contoh, Jon Amos Comenius telah
menghasilkan buku gambar yang terulung
berjodol Orbis Pictus yang bermaksud " the
world illustrated "yang telah diterbitkan dalam
bahasa Inggeris pada tahun
1659
35. TEKNOLOGI UNTUK ORANG
BERMASALAH PENGLIHATAN
Louis Braille (1809-1852)
telah mencipta satu sistem
penulisan(dipanggil Braille)
membolehkan orang buta dan
cacat penglihatan membaca
dan menulis melalui deria
sentuhan.
Terdiri daripada corak titik
timbul yang disusun dalam
sel-sel sehingga 6 titik dalam
konfigurasi 3x2.
36. Setiap sel mewakili tanda huruf, angka atau
tanda baca.
Braille berfungsi sebagai bahan pengajaran
untuk orang cacat penglihatan.
Seperti bahan cetak menyediakan satu
pengalaman untuk kanak-kanak melihat dan
membaca, braille pula menyediakan peluang
dalam membangunkan kemahiran literasi
pelajar yang cacat penglihatan.
37. TEKNOLOGI UNTUK ORANG
BERMASALAH PENDENGARAN
Dalam abad ke-18, seorang paderi
bernama Charles Michel Del 'Epee
(1712-1789),
encipta bahasa isyarat dan mengajar
kanak-kanak yang lemah dalam
bahasa. Untuk membangunkan
bahasa isyarat, beliau memerhati
dan belajar dari sistem asas tanda
yang telah digunakan oleh orang
pekak Paris.
38. 1.7 SEJARAH TEKNOLOGI INSTRUKSIONAL:
1920 1980[Permulaan era sains
teknologi instruksional]
PERGERAKAN PENGAJARAN PANDANG
DENGAR (ABM)
1920an ke 1930an kemajuan dalam teknologi
pengajaran seperti filem bergerak, projektor
slaid tanglung, fotografi, filem jalur, siaran
radio telah membawa banyak faedah dalam
media pengajaran.Dikenali dengan pergerakan
Pengajaran Pandang Dengar (Audio Visual
Instruction
39. PERGERAKAN PENGAJARAN
PANDANG DENGAR (ABM)
Istilah "teknologi Audio visual"
merujuk kepada kemajuan dalam
teknologi pendidikan dalam tempoh
1920-an dan 1930-an yang
kemudiannya disebut sebagai
"Teknologi Pengajaran" apabila
pergerakan AVI berkembang ke
sekolah-sekolah di Amerika
Syarikat.
40. KEBANGKITAN PERGERAKAN REKA
BENTUK INSTRUKSIONAL:
1950an hingga 1960an
Dalam tempoh ini teknologi instruksional
dianggap sebagai proses sistematik dan
bukannya media.Proses mereka bentuk
dan menyampaikan bahan
pembelajaran dan pengajaran telah
dilakukan dengan cara yang
sistematik dengan meningkatkan
aplikasi psikologi dan kajian penyelidikan
yang lain. Satu bidang baru yang dikenali
sebagai reka bentuk pengajaran
41. Pada tahun 1956, Benjamin Bloom dan
pasukannya telah menerbitkan sebuah
buku Taksonomi Objektif Pendidikan
untuk Domain Kognitif. Hasil
penyelidikan mereka telah menyediakan
satu klasifikasi matlamat proses
pendidikan. Kategorikan tahap abstraksi
soalan atau ujian mengikut hieraki
pembelajaran. Taksonomi ini menjadi
rujukan profesor dan pengajar untuk
menyediakan objektif pendidikan.
42. KONSEP REKA BENTUK
INSTRUKSI
Pada tahun 1962, konsep reka bentuk
pengajaran telah diperkenalkan oleh Robert
Glaser. Menghubungkan analisis pelajar
kepada reka bentuk pengajaran dan
pembangunan.
James Finn(Bapa Rekabentuk Pengajaran)
mengaitkan teori reka bentuk pengajaran
kepada teknologi pendidikan.
43. Seels (1989) menyatakan bahawa Finn:
adalah bapa pergerakan reka bentuk
pengajaran kerana beliau mengaitkan
teori reka bentuk sistem pengajaran
dengan teknologi pendidikan, dan
dengan itu menggalakkan pertumbuhan
bersepadu lain-lain bidang kajian yang
berkaitan.
Finn adalah pakar teknologi yang
melihat bahawa teknologi adalah
sebagai satu proses bukan hanya
dilihat sebagai perkakasan (Seels 1989,
11).
44. 1.8 SEJARAH TEKNOLOGI
INSTRUKSIONAL: 1980AN DAN
SETERUSNYA [Kemunculan Teknologi
Baru]
a) KEDATANGAN KOMPUTER
PERIBADI
b) KEDATANGAN INTERNET
c) TCP / IP DAN KELAHIRAN
INTERNET
Perisian yang menguruskan paket
maklumat dalam rangkaian komputer
dipanggil Protokol Kawalan
Penghantaran / Protokol Internet (TCP