2. KEPERLUAN DAN KEHENDAK
PERKARA
YANG PERLU
ADA UNTUK
MANUSIA
TERUS HIDUP
KEHENDAKKEPERLUAN
PERKARA YANG
MENJADIKAN
KEHIDUPAN
MANUSIA LEBIH
SELESA
3. • Pelengkap kehidupan
manusia
• Berbeza dan berubah
mengikut taraf hidup
• Tidak dapat
ditentukan,tiada had dan
mengikut keutamaan
seseorang
• Dipelajari daripada
pengalaman seharian
• Semua perkara yang
menjadikan kehidupan
lebih selesa cth: kereta
mewah,telefon bimbit
• Mesti dipenuhi untuk
manusia hidup
• Sama dan tetap walaupun
taraf hidup berubah
• Mengikut tahap-tahap
dalam susunan secara
hirarki
• Tuntutan semulajadi
manusia
• Makanan, pakaian,
tempat tinggal dan udara
Perbezaan Antara Keperluan dan Kehendak
Keperluan Kehendak
5. 1. Keperluan fisiologi
•Adalah keperluan yang paling asas
•Terdiri daripada keperluan asas dan keperluan keselamatan
•Mesti dipenuhi terlebih dahulu
•Contoh makanan, pakaian dan tempat tinggal
2.Keperluan sosial
•Terdiri daripada keperluan kasihsayang dan keperluan penghargaan
•Keinginan manusia untuk disayangi dan diterima oleh keluarga dan masyarakat
•Manusia perlukan rakan, rasa dihormati dan diberi penghargaan.
3.Keperluan rohani
• Dikenali sebagai keperluan sempurna kendiri
• Berada di tahap tertinggi dalam hierarki keperluan Maslow
• Keinginan utuk memenuhi hasrat diri, mencapai cita-cita dan memajukan diri
• Mencapai kepuasan dan kesempurnaan jiwa melalui seni dan sukan
6. PENGELUARAN
• Aktiviti menghasilkan barang dan
perkhidmatan untuk memenuhi keperluan
dan kehendak manusia
• Barang yang dikeluarkan mestilah
mempunyai nilai faedah
• Nilai faedah – keupayaan sesuatu barang
atau perkhidmatan dapat memberi
kepuasan kepada manusia.
8. JENIS NILAI FAEDAH
NILAI FAEDAH KETERANGAN
Nilai faedah
bentuk
Mengubah bentuk sesuatu keluaran supaya menjadi
lebih berguna, contoh getah asli diubah bentuk
menjadi kasut
Nilai faedah
tempat
Memindahkan barang ke tempat yang mempunyai
permintaan, contoh kain dan pakaian dihantar ke kedai
untuk dijual
Nilai faedah
masa
Menyimpan barang sehingga barang itu diperlukan
Contoh beras berlebihan semasa musim menuai
disimpan untuk permintaan semasa luar musim
Nilai faedah
milikan
Pertukaran milik daripada seseorang yang tidak
memerlukan barang itu kepada orang lain, contoh
pengeluar komputer memindah milik komputer
keluarannya kepada pengguna
11. 1. Perusahaan
a) Ekstraktif – aktiviti mengeksploitasi sumber alam semulajadi ,contoh aktiviti
perlombongan, pertanian, pembalakan dan perikanan
b) Perkilangan – Aktiviti memproses bahan mentah menjadi barang siap atau
separuh siap, contoh industri pengetinan makanan, pemasangan kereta dll.
c) Pembinaan – Aktiviti membina stuktur yang besar yang tidak boleh di
lakukan dalam kilang, contoh membina jambatan, membina bangunan dll
2. Perdagangan
Aktiviti mengagihkan barang dan perkhidmatan daripada pengeluar asal
kepada pengguna akhir tepat pada masa, harga, kuantiti dan tempat yang
diperlukan. Terdiri daripada perniagaan dan bantuan perniagaan contoh
perbankan, insurans dll.
3. Khidmat Langsung
Aktiviti pengeluaran yang tidak menghasilkan barang tetapi memberikan
Perkhidmatan secara langsung kepada pelanggan bagi memenuhi keperluan
dan kehendak manusia. Contoh doktor,,guru, peguam dll
13. 1. TANAH – kekayaan daripada alam semulajadi yang terdapat di
laut, daratdan udara. Contoh tapak aktiviti pengeluaran,
kayu balak, minyak,ikan dll.
2. BURUH – Segala usaha manusia secara fizikal atau mental untuk
melaksanakan pengeluaran. Terdiri daripada buruh
mahir,separuh mahir atau tidak mahir.
3. MODAL – Kekayaan berupa wang bagi membeli aset seperti
bangunan, kilang, mesin dsbnya. Boleh dikumpul sendiri
atau pinjaman
4. USAHAWAN – Seseorang yang bertanggungjawab menggunakan
dan menggabungkan faktor-faktor pengeluaran
bagi menghasilkan keluaran.Mestilah seseorang
yang bersifat kreatif,inovatif, berkebolehan
mengurus dan berani menghadapi risiko
15. SIFAT-SIFAT USAHAWAN
SIFAT KETERANGAN
KREATIF
-Keupayaan merekacipta dan menghasilkan sesuatu
keluaran yang baru.
-untuk memenuhi keperluan dan kehendak manusia
-Membolehkan usahawan menerokai pasaran
INOVATIF -Kebolehan mengubahsuai sesuatu keluaran yang
telah sedia ada supaya menjadi lebih berkualiti.
-Membolehkan menyaingi pesaing
BERANI
MENGHADAPI
RISIKO
-Terdapat 2 risiko:
1. Risiko yang boleh dihitung dan dikawal
2. Risiko yang tidak bolehdihitung dan dikawal
- Boleh mempertimbangkan secara rasional antara
ganjaran dan risiko projek yang diusahakan
KEBOLEHAN
MENGURUS
Mampu mengendalikan pekerja, mengurus kewangan
dan membuat perancangan supaya segala sumber
dapat digunakan dengan cekap
16. Perbezaan antara Usahawan dan Peniaga
PENIAGA USAHAWAN
1.Melibatkan aktiviti jualbeli
barang untuk mendapatkan
keuntungan semata-mata
1. Menunaikan tanggungjawab
kpd insan lain serta mencari
peluang mengembangkan
perniagaan
2. Menumpukan kpd aktiviti
jualbeli utk memenuhi keperluan
pelanggan setempat sahaja
2. Menumpukan kpd aktiviti yg
lebih luas spt mencipta,meneroka
potensi perniagaan baru dan
inovasi
3. Saiz operasi perniagaan kecil
dan tidak berkembang
3. Bermula dgn saiz perniagaan
kecil dan terus berkembang maju
hasil daya usaha yang gigih
4. Cth: En. Ahmad mengendalikan
kedai runcit di Pekan Bachok
sejak 30 tahun lalu dan masih
beroperasi ditempat yang sama
5. Pn. Fatimah memulakan
perniagaan runcit kecil-kecilan
kemudian membuka 3 cawangan
pasaraya di tempat lain dalam
tempoh 10 tahun
18. PENGKHUSUSAN
-Penumpuan sepenuh masa dan tenaga kepada satu jenis
aktiviti pengeluaran tertentu sahaja
JENIS KETERANGAN
Profesion Wujud kerana setiap individu mempunyai kebolehan dan
kemahiran yang berbeza. Contoh guru, doktor, nelayan,
petani dll
Proses Berlaku dalam kilang akibat pembahagian kerja
mengikut peringkat kerja atau proses.
Contoh kilang membuat pakaian dsbnya
Kawasan Wujud kerana perbezaan dari segi kesuburan tanah,
sumber asli, tenaga buruh antara satu kawasan dengan
kawasan yang lain. Contoh Kedah bertanah rata dan
subur sesuai untuk tanaman padi.
Antara
bangsa
Wujud akibat perbezaan iklim, bentuk mukabumi,
sumber alam semulajadi dan tingkat teknologi antara
sesebuah negara.contoh Jepun menguasai teknologi
automotif dan menghasilkan kenderaan pelbagai jenis
19. KESAN PENGKHUSUSAN
KELEBIHAN KELEMAHAN
1. Pekerja menjadi lebih cekap
kerana melakukan kerja yang
sama berulangkali
1. Daya kreativiti pekerja
berkurangan kerana
melakukan kerja yang sama
sepanjang masa(bosan)
2. Produktiviti pekerja meningkat
kerana lebih banyak keluaran
dapat dihasilkan dalam satu
tempoh masa
2. Hasil keluaran adalah standard
dan mempunyai mutu yang sama
3.Penjimatan kos pengeluaran
kesan daripada pengeluaran
besar-besaran (menikmati
ekonomi bidangan)
3. Kerja mudah tergendala jika
satu unit tidak berfungsi
4.Menggalakan penggunaan
mesin terutama untuk kerja
merbahaya dan rumit
4.Meningkatkan kos pembelian
mesin menyebabkan modal perlu
ditambah
5. Membolehkan keluaran dijual
pada harga murah /meningkatkan
taraf hidup pengguna
5.Pengangguran mudah berlaku
kerana mesin/robot mengantikan
pekerja/sukar beralih kerja
20. SISTEM BARTER
Maksud: Sistem tukar barang dengan
barang tanpa melibatkan wang
Syarat menjayakan sistem barter :
1. Mesti wujud kehendak/kemahuan
serentak
2. Mesti ada lebihan keluaran untuk
ditukarkan
22. SOALAN LATIHAN
1) Apakah maksud keperluan fisiologi
dalam model hierarki keperluan maslow
2)Pengeluaran ialah aktiviti penciptaan nilai faedah.
Terangkan dua cara bagaimana nilai
faedah itu dicipta
3)Terangkan kelebihan mengamalkan pengkhususan
dalam pengeluaran
4) Huraikan faktor-faktor pengeluaran yang terlibat dalam
aktiviti pengeluaran
5) Hierarki keperluan Maslow terdiri daripada tiga
tahap.Huraikan ketiga-tiga tahap tersebut
6) Jelaskan empat ciri keusahawanan dan nyatakan empat
sumbangan usahawan kepada masyarakat