2. OBJEKTIF BAB
Selepas mengikuti bab ini, anda seharusnya
boleh:
1. Mengetahui kebaikan dan keburukan
operasi perniagaan di peringkat
antarabangsa.
2. Mengetahui budaya dan amalan kerja di
beberapa negara.
3. Mengetahui impak dari dasar perindustrian.
4. Memahami apakah yang dimaksudkan
dengan globalisasi.
3. PENGENALAN
Organisasi yang mengurus perniagaan merentasi sempadan
negara dikenali sebagai firma antarabangsa atau syarikat
multinasional.
Istilah syarikat induk adalah syarikat yang bertapak di negara
sendiri serta melabur pada peringkat antarabangsa,
Negara tamu adalah negara di mana syarikat perniagaan
melabur.
Dari segi konsep proses pengurusan strategik,
pelaksanaannya adalah sama bagi firma antarabangsa
mahupun firma domestik, tetapi proses pelaksanaannya
agak lebih rumit dan komplek bagi firma antarabangsa.
Ini disebabkan beberapa faktor seperti faktor sosial, budaya,
demografik, persekitaran, politikal, kerajaan, guaman,
teknologikal dan persaingan yang boleh memberi tekanan,
peluang dan cabaran bagi syarikat yang ingin mewujudkan
cawangan perniagaan di negara asing.
4. PENGENALAN
Jarak kawasan, perbezaan budaya dan adat,
serta variasi pada amalan perniagaan
selalunya akan menyukarkan komunikasi
antara pihak syarikat induk dan pihak operasi
luar negara.
Pelaksanaan strategi juga turut menjadi sukar
kerana perbezaan pada budaya boleh
membawa perbezaan pada norma kerja, nilai
dan etika kerja.
5. KEBAIKAN DAN KEBURUKAN
OPERASI DI PERINGKAT
ANTARABANGSA
Kebaikan
1. mencari pelanggan baru bagi produk dan perkhidmatannya, ini
boleh meningkatkan pendapatan syarikat.
2. Operasi di negara asing boleh menyerap kapasiti lebihan,
mengurangkan kos seunit dan melabur risiko kepada beberapa
pasaran.
3. Operasi di negara asing membolehkan syarikat membina
kemudahan pengeluaran di lokasi berdekatan dengan sumber
asli dan/atau buruh.
4. Persaingan di pasaran asing mungkin belum wujud lagi atau
tahap persaingan tidak sehebat berbanding dengan persaingan
di pasaran domestik.
5. Operasi di negara asing boleh mengurangkan tarif, mengambil
peluang cukai rendah, dan layanan politik yang
memberangsangkan.
6. Usaha sama membolehkan syarikat belajar mengenai teknologi,
budaya, amalan perniagaan orang lain dan membuat hubungan
dengan potensi pelanggan, pembekal dan pengedar di negara
asing.
6. KEBAIKAN DAN KEBURUKAN
OPERASI DI PERINGKAT
ANTARABANGSA
Keburukan
1. Risiko dimilik negara atau rampasan nasionalistik.
2. Firma akan berhadapan dengan pelbagai faktor yang sukar difahami,
seperti faktor sosial, budaya, demografik, persekitaran tempatan,
politikal, kerajaan, guaman, teknologikal, ekonomi dan kuasa
persaingan apabila melakukan perniagaan di peringkat
antarabangsa. Faktor ini kadangkala menghalang atau menyukarkan
komunikasi antara syarikat induk dan subsidiari.
3. Membuat penilaian yang tidak seimbang seperti kelemahan pihak
pesaing sering dianggar lebihan dan kekuatan pesaing sering
dianggar berkurang. Mengambil maklum mengenai jumlah dan sifat
persaingan di negara asing adalah amat sukar kerana sumber
maklumat yang terbatas.
4. Wujud perbezaan dalam penggunaan bahasa, budaya dan sistem
nilai di sesuatu negara dan ini boleh mewujudkan satu halangan
pada komunikasi serta memberi masalah dalam pengurusan sumber
manusia.
7. KEBAIKAN DAN KEBURUKAN
OPERASI DI PERINGKAT
ANTARABANGSA
Keburukan
5. Untuk mengendalikan perniagaan
antarabangsa, firma perlu memahami pelbagai
ilmu seperti ilmu persatuan ekonomi serantau,
Perdagangan Bebas Serantau, Bank Dunia,
World Trade Organization dan sebagainya.
Kefahaman setiap peranan persatuan tersebut
kadangkala sukar diperolehi.
6. Berurusan dengan pelbagai sistem monetari
boleh menambah komplikasi pada operasi
perniagaan antarabangsa.
8. BUDAYA SEKELILING DUNIA
Di Greece dan Nigeria, melambai tangan di
hadapan muka dianggap menghina orang.
Di Europa, melambai tangan sebagai tanpa
ucapan selamat tinggal bermakna tidak tetapi di
Peru bermakna mari sini.
Di China, nama keluarga ditulis dahulu tetapi di
barat nama keluarga ditulis kemudian.
Di Amerika Latin, nama Carlos Lopez-Garcia
dipanggil En. Lopez tetapi di Brazil dipanggil
En.Garcia.
Orang Amerika Latin biasanya lewat pada purata
20 minit untuk temu janji.
9. BUDAYA SEKELILING DUNIA
Amalan bertentang mata di Jepun dianggap
biadap.
Berselang kaki dianggap biadap di negara Arab
dan juga di kebanyakan negara Asia termasuk
menunjuk tapak kasut.
Mengenakan ibu jari dan jari petunjuk bermakna
OK tetapi di Brazil bermakna seperti mencarut.
Walaupun mengangguk kepala bermakna Ya
tetapi di Itali Selatan, Malta, Greece, dan Tunisia
ianya bermakna Tidak.
Di Malaysia dan India, makan menggunakan
tangan kiri dianggap kurang sopan.
10. IMPAK DARI POLISI
PERINDUSTRIAN
Kebanyakan negara membangun mempunyai
polisi perindustrian yang meliputi perkara
berikut:-
1. Subsidi kerajaan,
2. Promosi eksport,
3. Struktur semula industri,
4. Nasionalisme perniagaan, peraturan
perniagaan baru,
5. Pertukaran undang-undang cukai,
6. Perkenal standard pencemaran, dan
7. Mengadakan kuota import
11. Risiko
Firma multinasional selalunya menghadapi
pelbagai risiko yang unik, seperti rampasan
aset, kerugian akibat dari turun naik kadar
mata wang, terjemahan kontraks dan
perjanjian mengikut mahkamah asing,
pergolakan politik dan sosial, sekatan import
dan eksport, tarif dan sekatan perdagangan.
12. Evolusi dari sebuah firma domestik
menjadi sebuah firma multinasional
1. Mula operasi eksport
2. Lakukan aktiviti pelesenan
3. Wujud wakil jualan luar negara
4. Bina kilang pengeluaran di luar negara
5. Wujud Jabatan Luar Negara di firma
6. Wujud beberapa Unit Niaga di luar negara
7. Multinational Corporation