2. 2.1 Perdagangan
1. Perdagangan ialah semua kegiatan
yang berkaitan dengan pengagihan
barang dan perkhidmatan daripada
pengeluar asal kepada pengguna
terakhir bagi memenuhi keperluan
dan kehendak mereka.
3. 2. Perdagangan ialah satu cabang
pengeluaran yang berkaitan dengan
tugas pengagihan. Barang keluaran
kilang tidak dapat memenuhi
kehendak pengguna sekiranya
barang itu tidak diagihkan kepada
pengguna tepat pada masa, harga,
tempat, dan kuantiti yang
dikehendaki.
4. 3. Aktiviti perdagangan merangkumi
perniagaan dan bantuan perniagaan.
4. Perniagaan merupakan aktiviti jual
beli yang dibuat dengan tujuan untuk
mendapatkan keuntungan.
5. Perniagaan terdiri daripada:
a) Perniagaan dalam negeri ¨C urusan jual beli
yang dijalankan antara penduduk dalam
sempadan sesebuah negara.
b) Perniagaan antarabangsa ¨C urusan jual beli
yang melintasi sempadan sesebuah negara.
5. 6. Perniagaan dalam negeri terdiri
daripada perniagaan runcit dan
perniagaan borong.
7. Perniagaan antarabangsa boleh
dibahagikan kepada perniagaan
import, eksport dan enterport.
6. 8. Bantuan perniagaan terdiri daripada:
Perbankan Insurans
Pengangkutan Komunikasi
Pergudangan Promosi
7. 9. Perbezaan antara perniagaan
dengan perdagangan.
Perniagaan Perdagangan
Aktiviti membeli dan Aktiviti pengagihan barang
menjual barang dan daripada pengeluar asal
perkhidmatan untuk kepada pengguna akhir.
mendapatkan keuntungan.
Liputan sempit. Liputan luas.
Perniagaan termasuk dalam Perdagangan termasuk
cabang perdagangan. dalam cabang pengeluaran.
8. 10. Keperluandan kehendak manusia
mewujudkan pengeluaran.
Pengeluaran pula mewujudkan
perniagaan dan perdagangan secara
langsung membolehkan pengeluaran
dijalankan secara berterusan.