1. BAB 2 EKONOMI MALAYSIA
A. STRUKTUR EKONOMI NEGARA
1. Sektor utama
- Aktiviti pertanian dan pengeluaran hasil bumi
- Terbahagi kepada :
(a) Pertanian, perikanan dan penternakan
(b) Perhutanan dan pembalakan
(c) Perlombongan dan kuari
2. Sektor kedua
- Aktiviti memproses barang-barang yang dihasilkan daripada sektor utama menjadi barang
separuh siap dan barang siap.
- Terbahagi kepada :
(a) Perkilangan
(b) Pembinaan
3. Sektor ketiga
- sektor ekonomi yang memberi dan mengeluarkan perkhidmatan.
- Terbahagi kepada tiga kumpulan iaitu :
(a) Perkhidmatan pengeluaran
(b) Perkhidmatan awam
(c) Perkhidmatan-perkhidmatan lain
B. MASALAH PERGANTUNGAN EKONOMI KEPADA SEKTOR UTAMA
Aspek Huraian
(a) Ketidakstabilan
harga komoditi
Harga komoditi seperti getah dan bijih timah
adalah tidak stabil.
Pendapatan negara juga tidak stabil.
(b) Peluang
pekerjaan
terjejas
Daya pengeluaran sektor utama adalah
rendah kerana saiz tanah yang tetap.
Sektor utama tidak mampu menyediakan
peluang pekerjaan.
(c) Kepupusan
sumber
semula
jadi
Bijih timah mengalami kepupusan kerana
sukar digantikan.
Bekalan berkurangan menyebabkan KDNK
turun.
(d) Merugikan
imbangan
dagangan
Harga komoditi mentah tidak stabil berbanding
harga barang siap.
Eksport negara lebih rendah berbanding
import negara.
2. C. KESAN PERGANTUNGAN EKONOMI KEPADA SEKTOR UTAMA
i) Kesan Pergantungan dari segi Pendapatan Negara
a) Turun naik harga komoditi
Harga komoditi utama tidak stabil menyebabkan
pendapatan negara terjejas
b) Daya pengeluaran yang rendah
Pengeluaran komoditi utama semakin merosot kerana penggunaan teknologi terhad
c) Persaingan daripada barang tiruan
Penggunaan getah boleh diganti dengan getah sintetik
Permintaan getah anjal,harga naik,pendapatan negara jatuh
ii) Kesan Pergantungan dari segi Guna Tenaga
a) Pelaburan yang kurang
Penurunan pendapatan negara
menjejaskan peluang pekerjaan baru.
b) Penghijrahan penduduk desa ke bandar
Upah yang rendah dan tidak stabil menyebabkan
Buruh berhijrah ke bandar atau sektor lain
c) Peningkatan guna tenaga dalam sektor lain
pelabur akan beralih ke sektor lain yg memberi pulangan yg baik.
D. FAKTOR PERUBAHAN STRUKTUR EKONOMI NEGARA
i) Langkah mempelbagaikan ekonomi
Kerajaan membangunkan sektor perindustrian
Contoh Sektor perkilangan menjalankan industri memproses keluaran pertanian
ii) Galakan industri penggantian import
Pelabur swasta digalakkan mendirikan kilang-kilang yang berasaskan barangan
pengguna seperti makanan,dan minuman
tidak perlu lagi mengimport dari negara lain
iii) Kehausan sumber-sumber Asli Negara
Kerajaan mengehadkan aktiviti cari gali bagi mengelakkan kepupusan sumber
v) Peningkatan dalam Pendapatan dan taraf hidup tinggi penduduk
Pendapatan yang tinggi menyebabkan kewujudan kuasa beli
Memberi ruang kepada sektor pembuatan untuk berkembang
E. KESAN PERUBAHAN STRUKTUR EKONOMI NEGARA
1. Pelaburan asing meningkat
2. Perkembangan sektor perkilangan
3. Perkembangan sektor perkhidmatan
4. Peluang pekerjaan meningkat
5. Pendapatan negara meningkat
3. 6. Taraf hidup lebih baik
F. SUMBER HASIL KERAJAAN DAN PERBELANJAAN KERAJAAN
SUMBER HASIL KERAJAAN
I. HASIL CUKAI
1. Cukai langsung
-Beban cukai tidak boleh diagihkan kepada orang lain
- Bersifat progresif
cukai pendapatan individu
-Cukai yang dibayar oleh individu atas pendapatan yang diterima dalam
setahun
cukai pendapatan syarikat
-Cukai yang dikenakan ke atas keuntungan syarikat berhad
cukai pendapatan petroleum
-Cukai yang dikenakan ke atas syarikat petroleum yang beroperasi di
Malaysia
cukai pendapatan koperasi
-cukai yang dikenakan terhadap syarikat koperasi Malaysia
cukai langsung lain cukai tanah, cukai pintu, cukai keuntungan
hartanah, duti setem
2. Cukai tidak langsung
-Beban cukai boleh dipindahkan kepada orang lain
-Ditanggung oleg pengguna apabila membeli barang dan perkhidmatan;
-terdiri daripada;
Duti import
-Cukai yang dikenakan ke atas barang tertentu yang diimport dari luar
negara.
Duti eksport
-Cukai dikenakan keatas keluaran utama yang dieksport
Duti eksais
-Cukai yang dikenakan ke atas barang keluaran tempatan yang dijual di
negara ini
Cukai jualan
- Cukai ke atas barang akhir keluaran tempatan dan luar negara
Cukai perkhidmatan
-Cukai yang ditanggung sepenuhnya oleh pengguna ke atas
perkhidmatan tertentu seperti Hotel.
Cukai tidak langsung lain Contoh cukai perjudian
II. HASIL BUKAN CUKAI
Hasil bukan cukai diperolehi daripada bayaran lesen, permit, bayaran
Catatan
4. perkhidmatan, cukai jalan, sewa, faedah, denda, caruman daripada
agensi kerajaan dan antarabangsa, pendapatan pelaburan, royalti dan
dividen.
PERBELANJAAN KERAJAAN
I. PERBELANJAAN MENGURUS
-Merupakan perbelanjaan semasa yang di tanggung oleh kerajaan pada
setiap tahun agar pengurusan dan pentadbiran kerajaan berjalan lancar.
Komponen dalam pebelanjaan mengurus ialah
Emolumen
-Bayaran gaji dan upah kepada kakitangan kerajaan
pencen dan ganjaran
-Pembayaran kepada pegawai kerajaan yang telah bersara
bayaran khidmat hutang
-Byaran yang dikenakan ke atas bayaran balik pokok dan bayaran
faedah atas hutang negara
pemberian dan serahan kepada kerajaan negeri
-Sejumlah peruntukan daripada perbelanjaan kerajaan persekutuan
kepada kerajaan negeri
bekalan dan perkhidmatan
-Penyelenggaraan jalanraya ,sekolah,hospital dan harta kerajaan yang
lain.
perbelanjaan lain -subsidi
Bantuan kerajaan untuk mengurangkan kos pengeluaran
II. PERBELANJAAN PEMBANGUNAN
Merupakan pelaburan kerajaan dalam projek-projek pembangunan
ekonomi negara, iaitu:-
sektor keselamatan (kelengkapan pasukan keselamatan)
sektor perkhidmatan sosial (sekolah, hospital)
sektor perkhidmatan ekonomi (infrastruktur awam,perdagangan dan
perindustrian,pengangkutan dan perhubungan)
sektor pentadbiran am (projek pembangunan sektor awam)
G. BELANJAWAN NEGARA
JENIS-JENIS BELANJAWAN NEGARA
1. Belanjawan lebihan (POSITIF)
Jumlah pedapatan kerajaan melebihi perbelanjaan kerajaan
2. Belanjawan kurangan (NEGATIF)
Jumlah pedapatan kerajaan kurang berbanding perbelanjaan
kerajaan
3. Belanjawan seimbang
Jumlah pendapatan kerajaan sama dengan perbelanjaan kerajaan
Catatan
5. TUJUAN BELANJAWAN NEGARA
-Membiayai aktiviti kerajaan dan menstabilkan ekonomi Negara daripada
inflasi dan kemelesetan ekonomi.
CARA BELANJAWAN NEGARA MENGATASI INFLASI
1. Meningkatkan kadar cukai
- Pendapatan boleh guna berkurang
- permintaan berkurang
- harga barang turun
- inflasi dapat dikawal
2. Mengurangkan perbelanjaan
- Pendapatan pengguna berkurang
- perbelanjaan berkurang
- harga barang turun
- inflasi dapat dikawal
CARA BELANJAWAN NEGARA MENGATASI KEMELESETAN
1. Mengurangkan kadar cukai
- Pendapatan boleh guna meningkat
- permintaan akan meningkat
- harga barang naik
- kemelesetan dapat dikawal
2. Meningkatkan perbelanjaan
- Pendapatan negara meningkat
- permintaan meningkat
- harga barang naik
- kemelesetan dapat dikawal
H. HUTANG NEGARA
-Pinjaman kerajaan daripada sumber dalam negeri dan sumber
luar negara
PINJAMAN DALAM NEGERI
1. Bil Perbendaharaan
- Pinjaman Jangka Pendek
- Tempoh matang kurang daripada setahun
- Sejenis resit dan nilai mukanya tetap nilainya.
2. Surat jaminan kerajaan
- Pinjaman jangka panjang
- Perjanjian bertulis antara kerajaan dengan peminjam
Catatan
6. - KWSP merupakan pelabur terbesar,di samping BSN
3. Sijil Pelaburan
- Suatu bentuk pelaburan yang diadakan untuk institusi kewangan Islam
seperti Bank Islam, Syarikat Takaful, dan Lembaga Tabung Haji.
- Mendapat keuntungan dalam bentuk dividen.
PINJAMAN LUAR NEGARA
1. Pinjaman pasaran
- Pinjaman yang diperoleh melalui penjualan alat kewangan seperti bon
dan nota terapung di pasaran terbuka.
2. Pinjaman Projek
- Bertujuan membiayai projek pembangunan yang memerlukan
perbelanjaan yang besar
- Pinjaman untuk membiayai projek pembangunan seperti Pembinaan
jambatan Pulau Pinang
3. Kredit Pembekal
- Pinjaman dalam bentuk barang yang bayarannya ditangguhkan untuk
suatu masa tertentu
I. TUJUAN KERAJAAN MEMBUAT PINJAMAN
1. Menampung kekurangan hasil kerajaan
- Apabila Negara menghadapi Belanjawan kurangan/defisit
2. Menampung perbelanjaan pembangunan ekonomi negara
- Membiayai perbelanjaan pembangunan negara disebabkan hasil negara
yang diperoleh sekadar cukup untuk membiayai perbelanjaan mengurus
sahaja
3. Pengagihan pendapatan melalui projek pembangunan
-Pinjaman kerajaan digunakan untuk merapatkan jurang pendapatan.
4. Membiayai kelewatan kutipan hasil cukai
-Kelewatan kutipan hasil cukai memaksa ker untuk membiayai perbelanjaan
mengurus.
J. PERBEZAAN ANTARA PINJAMAN DALAM NEGERI DAN LUAR
NEGARA
Pinjaman Dalam Negeri Pinjaman Luar Negara
Pinjaman mudah diperolehi
-syarat senang
Risiko rendah
Pinjaman sukar diperolehi
-Syarat ketat
-Risiko tinggi
Jimatkan pengaliran wang
asing
Berlaku pengaliran keluar wang
Tidak terdedah kepada
perubahan pertukaran wang
asing
Terdedah kepada perubahan
kadar pertukaran wang asing
Kadar faedah rendah Kadar faedah lebih tinggi
Catatan