Pemikiran kritis, penyelesaian masalah dan pendekatan saintifik membantu mengembangkan kemahiran berfikir secara logik dan kritis untuk menganalisis masalah secara sistematik dan mencari penyelesaian yang berdasarkan bukti. Proses ini melibatkan pemahaman masalah, pendekatan saintifik dan logik serta strategi kreatif dan lateral dalam menyelesaikan masalah secara berkesan.
2. Hasil Pembelajaran
Kebolehan mengenalpasti dan menganalisis masalah
dalam situasi kompleks dan kabur, serta membuat
penilaian berjustifikasi.
Kebolehan mengembangkan dan memperbaiki
kemahiran berfikir seperti menjelaskan,
menganalisis dan menilai perbincangan.
Kebolehan mencari idea dan mencari penyelesaian
alternatif.
Kebolehan berfikir melangkaui batas.
Kebolehan membuat keputusan berdasarkan bukti
yang kukuh.
Kebolehan untuk bertahan serta memberikan
perhatian sepenuhnya terhadap tanggungjawab yang
diberikan.
Kebolehan memahami dan menyelesaikan diri
kepada budaya komuniti dan persekitaran kerja yang
baru.
3. Pengenalan
Otak kiri : logik, analitik berurutan atau susunan bahasa
fakta, matematik dan ingatan
Otak kanan : kreativiti, sintesis, warna, reka bentuk,
perasaan, irama, muzik dan imaginasi.
Bahasa Greek, krino- bermaksud memilih, memutuskan
keputusan, atau menilai.
krites adalah seseorang yang membezakan, menilai atau
menimbangkan.
kritikos mempunyai keupayaan untuk membeza dan
membuat keputusan.
Pemikiran kritis : aktiviti di dalam otak > proses
mentafsir, menilai dan menganalisis maklumat berlaku.
4. Apakah Pemikiran Kritis?
Pemikiran kritikal adalah
satu bentuk pemikiran yang luar
biasa kerana ia berada di luar skop
pada apa yang dikritik dalam
mengkritik sesuatu. Ianya sesuatu
andaian yang jarang berlaku
kerana selalunya pengkritik hanya
melihat dari sudut yang kecil
mengikut pemahamannya sahaja
Edward de Bono
5. Definisi Pemikiran Kritis
Kritikos dari bahasa Yunani : menimbang atau judge (asal
kritis)
Kamus Dewan Edisi 3 : kritis bermaksud tidak dengan
begitu sahaja menerima atau mempersetujui sesuatu.
Orang yang berfikir secara kritis akan menilai sesuatu idea
dengan sistematik sebelum menerimanya. (Maimunah
2004)
pemikiran kritis > pertimbangan sesuatu idea dengan cara
menilai, membezakan dan menyoal sama ada sesuatu
perkara itu benar atau salah dengan melihat kepada alasan-
alasan yang dikemukakan agar dapat membantu dalam
membuat keputusan.
6. Ciri-ciri Pemikiran Kritis
Tidak mudah untuk terus menerima atau bersetuju
terhadap sesuatu perkara; mempertimbangkan baik buruk
sesuatu perkara dahulu
Berfikir secara mendalam dan memberi pertimbangan
yang serius tentang sesuatu idea
Melibatkan tiga jenis aktiviti mental iaitu analisis,
tafsiran dan penilaian. Ia juga meliputi proses-proses
pemikiran lain yang berkaitan untuk mencapai satu
kesimpulan yang kukuh
Penghujahan adalah aspek yang diutamakan dalam
pemikiran kritis; cara-cara memberi alasan untuk
menyokong atau menentang sesuatu pendapat
Bersifat reaktif, penilaian, analisis dan logik
7. Komponen Pemikiran Kritis
Kemahiran Kemahiran Menilai
Menganalisis 1. Menilai
1. Idea maklumat/fakta
Pengkelasan 2. Membuat
Membanding kesimpulan
Membeza
Meneliti
2. Hujah
Menerangkan sebab
Mengusul periksa
andaian
8. Kelebihan Pemikiran Kritis
Menjadi lebih Matang
Bersifat Objektif dalam
Membuat Penilaian dan
Keputusan
Sensitif dan Prihatin
Berjiwa Besar, Yakin dan Berani
Lebih Berhemat dan
Bertanggungjawab
Ketahanan Diri dan Estim Diri
yang Tinggi
Tidak mudah dipengaruhi
9. Sikap Pemikir Kritis Yang Baik
Berfikiran rasional, mampu meneliti pengalaman
lalu, menilai dan menimbang pelbagai pendapat dan
idea sebelum membuat keputusan.
Mampu mempertimbangkan dan memutuskan
kesahihan penyataan yang dikemukakan oleh pihak
lain.
Ingin tahu dan minda terbuka.
Mengutamakan kejituan, objektiviti dan inginkan
kejelasan serta ketepatan, sentiasa mempunyai
maklumat yang cukup.
Sentiasa mencari alternatif.
Sensitif terhadap perasaan orang lain.
10. Logik
Pemikiran logik adalah cara pemikiran yang kerap dan
gemar digunakan dalam merancangkan sesuatu
perkara.
Secara amnya ia difahami sebagai apa yang boleh
difahami oleh akal manusia, iaitu menggunakan bukti
bagi menjelaskan sesuatu yang tidak jelas pada
mulanya.
11. Definisi Logik
Logik berasal dari perkataan Yunani : Logos yang
memberi maksud pengucapan, pernyataan, pemikiran
akal & sebab.
Menurut Copi (1986) : prinsip-prinsip yang digunakan
untuk membezakan betul dan salah sesuatu hujahan.
12. Tiga Prinsip Asas Logik
Prinsip identiti
sesuatu objek sentiasa sama dengan dirinya sendiri (A = A). Secara
ringkas, jika satu penyataan adalah benar, maka ia adalah benar.
Prinsip pertengahan
satu pernyataan boleh jadi sama ada A = B atau AB. Ia merupakan
satu ciri sistem klasik logik > satu penyataan mungkin benar mungkin
juga palsu.
Prinsip kontradiksi / Prinsip percanggahan
satu penyataan tidak boleh menjadi benar atau palsu serentak >
jikalau anda benar, orang lain tidak benar
13. Logik Deduktif Logik Induktif
menyatakan kesimpulan
menyatakan kesimpulan daripada yang khusus
daripada yang umum kepada umum.
kepada khusus. dikenali sebagai kaedah
Berkait dengan logik Bacon yang dipelopori
klasik Aristotle. oleh Francis Bacon
Contoh : mempunyai kaitan rapat
Semua manusia bernafas dengan logik moden.
Contoh :
dengan menggunakan
Gagak itu berwarna hitam,
oksigen.
maka semua gagak berwarna
Ali ialah seorang manusia. hitam.
Oleh itu, Ali bernafas dengan
menggunakan oksigen.
14. Membuat Hujahan
Hujah adalah intipati pemikiran kritikal > menilai secara kritikal
tentang apa yang didakwa, dan perkara-perkara yang dijadikan asas
dakwaan.
orang yang berhujah melakukan 3 perkara :
i. yakin premisnya betul,
ii. yakin oleh kerana premisnya betul, kesimpulannya tentu betul
iii. yakin kesimpulannya adalah betul.
Apabila menilai mutu hujah, lihat pada 2 aspek :
i. premis hujah > betul @ salah.
ii. alasan yang menghubungkan premis-premis kepada
kesimpulan hujah.
Ada dua unsur dalam hujah yang baik:
i. Semua premis dalam hujah itu dapat diterima ataupun betul.
ii. Semua premis dalam hujah itu dapat dikaitkan kepada
kesimpulan hujah yang relevan.
15. Jenis Hujahan
hujahan baik @ sah
Hujahan hujahan tidak
kesimpulannya ditentukan
merupakan satu baik @tidak
set penyataan di oleh premis-premisnya
mana 1. Sahih sah.
kesimpulan Premis 1 : kesimpulannya
ditentukan oleh Semua manusia akan mati.
Premis 2 : tidak semestinya
premisnya dan
diakhiri dengan Samad seorang manusia. ditentukan oleh
kesimpulan Kesimpulan : premis-
pada bahagian Oleh itu, Samad akan mati.
premisnya.
akhir 2. Tidak sahih
Premis 1 :
Semua rumah adalah
bunga.
Premis 2 :
Kucing saya ialah rumah.
Kesimpulan :
Oleh itu, kucing saya ialah
bunga.
16. Contoh Hujahan
Contoh hujahan yang baik @ sah :
Premis 1 : Kesemua ahli-ahli komunis menyertai kesatuan buruh.
Premis 2 : Ah Chong ahli kesatuan buruh.
Kesimpulan : Jadi, Ah Chong ialah ahli komunis.
Contoh hujahan yang tidak baik @ tidak sah :
Premis 1 : Kebanyakan ahli-ahli komunis menyertai kesatuan
buruh.
Premis 2 : Ah Chong bukan ahli kesatuan buruh.
Kesimpulan : Jadi, Ah Chong bukan ahli komunis.
17. Definisi Masalah
Jauharah (1995) masalah boleh ditafsirkan sebagai perbezaan
yang terdapat antara keadaan sebenar dengan keadaan
yang diingini tentang sesuatu benda, perkara, hal atau
keadaan.
Contoh: seseorang yang sedang berada di Johor Bahru perlu
berada di Alor Setar dalam masa empat jam. Masalahnya bukan
kerana dia tidak berada di Alor Setar tetapi jarak melebihi 600
kilometer itulah masalahnya untuk sampai dalam masa empat jam.
18. Muhamad Awang (1990) masalah mempunyai 3 komponen asas :-
Sekumpulan maklumat yang tersedia, iaitu satu penghuraian
tentang masalah.
Sekumpulan operasi atau pergerakan yang sah yang mungkin
diambil bagi menghasilkan penyelesaian.
Matlamat atau penghuraian tentang keadaan yang dianggap
sebagai penyelesai kepada masalah.
19. Masalah yang mustahil
diselesaikan ialah apabila kita
melihat bahawa masalah
adalah sesuatu yang berat
untuk diselesaikan
Robert Schuller
20. Robertson (2001), 7 kategori masalah dikenalpasti dengan
melihat kepada kaedah penyelesaian ;-
1. Kecondongan ilmu (knowledge-lean)
2. Kaya ilmu (knowledge-rich)
3. Jelas berstruktur atau jelas didefinisikan (well-defined)
4. Kurang berstruktur atau kabur definisi (ill-defined)
5. Kecondongan semantik (semantically-lean)
6. Kaya semantik (semantically-rich)
7. Masalah celik akal (insight)
21. Proses Penyelesaian Masalah
Menyedari masalah
Memahami masalah
Meneroka pilihan-pilihan penyelesaian
Meninjau kesan akibat pilihan
Memilih pilihan terbaik
22. Strategi Penyelesaian Masalah
Algoritma Sub matlamat
Prosedur langkah Memecahkan masalah
demi langkah Yang kompleks
Heuristik
Jalan pintas
23. Bentuk-Bentuk Penyelesaian
Masalah
Penyelesaian masalah secara saintifik.
Munir Shuib et al. (2002) menyelesaikan masalah secara saintifik
melibatkan 3 langkah ;-
Mengadakan hipotesis
Mengumpul maklumat
Membuat kesimpulan
24. Bentuk-Bentuk Penyelesaian
Masalah
Penyelesaian masalah secara kritis / logik.
Abdul Rahman (2002), menyelesaikan masalah secara logik
melibatkan proses rasional-deduktif ;-
Mengenalpasti dan memahami premis masalah
Mencari sebab dan punca masalah
Menilai dan memilih kaedah penyelesaian terbaik
Membuat kesimpulan terhadap kesan perlaksanaannya
25. Bentuk-Bentuk Penyelesaian
Masalah
Penyelesaian masalah secara kreatif / lateral.
Abdul Rahman (2002) ciri-ciri penyelesaian masalah secara
kreatif / lateral adalah ;-
Menunda penilaian / tidak ada keputusan yang dibuat = jana
idea-idea baru
Mencipta penyelesaian baru / tidak menganalisis punca
Bersifat generatif, idea gila-gila, songsang dan tidak
bergantung kepada logik
26. Bentuk-Bentuk Penyelesaian
Masalah
Penyelesaian masalah secara Islam.
Abdul Rahman (2002) penyelesaian masalah secara Islam
terbahagi kepada 3 pendekatan iaitu ;-
Pendekatan tauhid @ aqidah
Pendekatan hukum @ syariah
Pendekatan sufi @ akhlak
27. Ciri-ciri Penyelesaian Masalah
Yang Baik dan Tidak Baik
CIRI-CIRI PENYELESAIAN CIRI-CIRI PENYELESAIAN
MASALAH YANG BAIK MASALAH YANG TIDAK BAIK
Sedar tentang keserupaan, kelainan dan Tidak boleh mengenal pasti serta
analogi mendefinisikan masalah.
Boleh mengenal pasti unsur-unsur yang Suka meninggalkan masalah yang
penting dalam sesuatu masalah. kompleks.
Mahu bersikap fleksibel dalam bertukar- Cepat membuat kesimpulan (jawapan)
tukar cara penyelesaian. tanpa memikirkan langkah demi langkah.
Bersikap positif bahawa setiap masalah Tidak percaya kepada analisa yang
boleh diselesaikan melalui analisa yang berterusan boleh menyelesaikan masalah.
berterusan.
Mengambil berat tentang ketepatan dan Gopoh membuat pemilihan cara
memahami fakta-fakta dengan penyelesaian masalah yang terbaik.
sepenuhnya.
Boleh memecah masalah kepada bahagian
yang lebih kecil.
28. Ciri-ciri Penyelesaian
Masalah Efektif dan Tidak Efektif
CIRI-CIRI EFEKTIF TIDAK EFEKTIF
Sikap Percaya bahawa masalah boleh diselesaikan Cepat berputus asa
Tindakan Memahami masalah berulang kali. Hanya mengharap penyele- saian akan
Memeriksakan masalah. muncul sendiri.
Bertanyakan soalan. Tidak mampu untuk memeriksakan
Mencipta gambaran mental. masalah.
Melukis lakaran. Terus melompat membuat kesimpulan.
Menulis soalan.
Tidak cepat membuat kesimpulan.
Ketepatan Memeriksa berulang kali. Tidak memeriksa.
Prosedur Memecahkan masalah kepada bahagian Tidak memecahkan masalah.
Penyelesaian yang lebih kecil. Tidak tahu di mana hendak bermula.
Bermula pada titik pertama yang mereka Gagal untuk mengenal pasti konsep-
fahami. konsep asas.
Menggunakan konsep-konsep asas sebagai Meneka.
landasan. Berhenti bila tersekat.
Menggunakan heuristika. Tidak menggunakan sebarang formula-
Bertahan bila tersekat. formula kuantitatif.
Menggunakan formula-formula kuantitatif.
Mengikuti perkembangan kemajuan
30. Faktor Kegagalan
Penyelesaian Masalah
tidak menyedari akan kehadiran masalah
menyelesaikan masalah tanpa berfikir secara meluas dan
mendalam
menyembunyikan masalah itu dan menganggap seolah-olah
masalah itu tidak ada
tiada pengalaman atau tiada ilmu pengetahuan
sering memberi perhatian pada bahagian yang nyata sahaja dan
bukannya pada bahagian yang penting
tidak cukup waktu untuk mengumpul data atau menganalisis
data