1. 2.0 TEKNOLOGI MAKLUMAT:
KONSEP DAN PENGURUSAN
Mohd Hasbullah Omar
Jabatan Pengurusan Teknologi
Sekolah Teknologi Maklumat
Universiti Utara Malaysia
1
2. Pengenalan
Objektif bab ini adalah untuk
menjelaskan pelbagai jenis sistem
maklumat dan evolusinya, mengenal
sistem maklumat fungsi (functional) dan
pemprosesan transaksi, dan
membincangkan infrastruktur dan
senibina maklumat.
2
3. 2.1 Sistem Maklumat: Konsep dan
Definisi
Ciri-ciri kebanyakan sistem maklumat di abad ke-21:
Beberapa sistem maklumat berlainan boleh wujud dalam
satu organisasi.
Sistem-sistem maklumat disambungkan dengan
rangkaian elektronik.
Sistem maklumat antara-organisasi (interorganizational)
melibatkan arus maklumat dalam 2 atau lebih organisasi
dan digunakan terutamanya dalam aplikasi e-business.
Sistem persyarikatan atau sistem maklumat antara-
organisasi mengandungi perkakasan dan komputer
samada banyak atau sedikit disambungkan dengan
pelbagai jenis rangkaian (seperti virtual private networks,
intranet dan Internet). Juga mengandungi perisian,
pangkalan data, data, prosedur, dan manusia.
3
4. Sistem maklumat dibina untuk mencapai
beberapa matlamat. Salah satu matlamat
utama ialah memproses data kepada
maklumat atau pengetahuan secara
economical. Definisi konsep-konsep ini
adalah seperti berikut:
Data merujuk kepada penerangan asas benda,
peristiwa, aktiviti, dan transaksi yang mempunyai
rekod, klasifikasi, dan disimpan, tetapi tidak
tersusun untuk menyampaikan sesuatu maksud.
Item data ini mungkin numerik, alphanumeric,
gambarajah, bunyi, dan imej. Sesebuah
pangkalan data mengandungi beberapa item data
yang tersusun untuk dicapai.
4
5. Maklumat (Information) ialah data yang telah
disusun supaya ia mempunyai maksud dan nilai
kepada penerima. Penerima mentafsir maksud
serta membuat kesimpulan dan implikasinya. Data
yang diproses oleh sesuatu program aplikasi
menggambarkan kegunaannya yang lebih spesifik
dan mempunyai nilai tambah berbanding capaian
ringkas daripada sesebuah pangkalan data.
Pengetahuan (Knowledge) mengandungi data
dan maklumat yang tersusun dan diproses untuk
menyampaikan pemahaman, pengalaman,
pembelajaran terkumpul dan kepakaran apabila
diaplikasikan kepada masalah atau aktiviti. Ia
adalah kombinasi peraturan, idea dan prosedur
yang membantu membuat keputusan.
5
6. Data, maklumat, dan pengetahuan adalah
input kepada sesuatu sistem maklumat dan
boleh juga sebagai output.
Contoh: data pekerja, gaji dan masa bekerja
diproses untuk maklumat perolehan gaji
(output). Maklumat ini pula boleh diguna
semula sebagai input kepada sistem lain
yang menyediakan belanjawan atau
membantu pengurusan menetapkan skala
gaji.
6
7. 2.2 Klasifikasi Sistem Maklumat
Sistem maklumat diklasifikasikan dalam
beberapa cara:
berpandukan struktur organisasi,
fungsi,
sokongan, dan
senibina sistem maklumat.
Walau bagaimana sistem itu diklasifikasikan,
struktur sistem tersebut adalah sama iaitu
mengandungi perkakasan, perisian, data,
prosedur, dan manusia.
7
8. 2.2.1 Klasifikasi berpandukan Struktur
Organisasi
Secara tradisinya, sistem maklumat
dibahagikan menurut hirarki organisasi.
Sistem ini dibangunkan sama ada untuk ibu
pejabat, bahagian, jabatan (department), unit
operasi, dan mungkin juga untuk setiap
pekerja.
Sistem maklumat jabatan (Departmental IS)
penggunaan beberapa program aplikasi pada
satu-satu kawasan fungsi atau jabatan.
Contoh: Koleksi program aplikasi di Jabatan
Sumber Manusia dinamakan Sistem Maklumat
Sumber Manusia.
8
9. Sistem maklumat syarikat (Enterprise IS)
kombinasi koleksi semua aplikasi jabatan dengan
aplikasi-aplikasi fungsi lain. Contoh: ERP
membenarkan syarikat menggantikan sistem yang
sedia ada kepada satu sistem secara integrasi.
Sistem antara-organisasi (Interorganizational
systems) beberapa IS menghubungkan
beberapa organisasi.
9
10. 2.2.2 Klasifikasi berpandukan Bidang
Fungsi
IS berpandukan fungsi seperti:
Sistem maklumat perakaunan
Sistem maklumat kewangan
Sistem maklumat pembuatan
Sistem maklumat pemasaran
Sistem maklumat pengurusan sumber
manusia
Contoh: TPS menyokong tugasan
semua bidang fungsi terutamanya
dalam perakaunan dan kewangan.
10
11. 2.2.3 Klasifikasi berpandukan Sokongan
Sistem maklumat diklasifikasikan berdasarkan jenis
sokongan yang diberi, tidak mengira bidang fungsi.
Contoh: sokongan IS terhadap pekerja tidak mengira
bidang fungsi dan sokongan IS kepada majikan tidak
mengira dimana mereka bekerja. Antaranya:
Sistem pemprosesan transaksi (TPS)
Sistem maklumat pengurusan (MIS)
Sistem pengurusan pengetahuan (KMS)
Sistem pengautomatan pejabat (OAS)
Sistem sokongan pemutusan (DSS)
Sistem maklumat syarikat (EIS)
Sistem sokongan kumpulan (GSS)
Sistem sokongan pintar (ISS)
11
12. 2.2.4 Evolusi Sistem Sokongan
1950an TPS sistem memproses jumlah data
yang banyak, ringkaskan, dan susunkan data
dalam perakaunan, kewangan, dan bidang
sumber manusia.
1960an MIS sistem mengakses, menyusun,
meringkaskan, dan memaparkan maklumat
untuk menyokong pembuatan keputusan.
1970an Sistem sokongan: OAS, Sistem
Pemprosesan Perkataan, CAD/CAM, DSS, EIS,
GSS.
1980an Sistem pakar (ES), KMS.
1990an Artificial Neural Networks (ANN),
algoritma genetik boleh belajar dari sejarah.
12
13. Non Computer
Support
Transaction MIS DSS
Processes
External Data EIS
Information Warehouse
Non Computer
Support
Internet, other
Computer Support
13
14. 2.2.5 Klasifikasi berpandukan Senibina
Sistem
IS diklasifikasi mengikut tiga jenis asas
senibina:
Sistem berasaskan rangkautama
PC (komputer peribadi/desktop)
Sistem pengkomputan terangkai/teragih
(distributed/networked computing)
14
15. 2.2.6 Klasifikasi berpandukan Aktiviti
Sokongan
IS diklasifikasi mengikut aktiviti
sokongan iaitu:
Sistem pengoperasian urusan operasi
harian seperti pembahagian tugas pekerja
dan merekod masa bekerja.
Sistem pengurusan urusan aktiviti
pertengahan pengurusan seperti pelan,
perlaksanaan, dan kawalan jangka
pendek.
Sistem strategik berkaitan keputusan
yang merubah perlaksanaan bisnes.
15
16. Sistem Strategik Baru
Perdagangan elektronik telah menjadi cara
baru perlaksanaan bisnes dalam sedekad
lalu.
Transaksi bisnes melalui rangkaian
telekomunikasi, terutamanya Internet.
Perdagangan elektronik memberi inovasi dan
kelebihan strategik kepada organisasi seperti:
Meningkatkan saham pasaran
Lebih berupaya berurusan dengan pembekal
Lebih berupaya menghalang pesaing masuk ke kawasan
perdagangan
16
18. 2.3 Infrastruktur dan Senibina Maklumat
2.3.1 Infrastruktur
Infrastruktur maklumat mengandungi
kemudahan-kemudahan fizikal, perkhidmatan,
dan pengurusan yang menyokong perkongsian
sumber (computing) dalam organisasi.
5 komponen penting infrastruktur maklumat:
1. perkakasan komputer
2. perisian pembangunan
3. kemudahan rangkaian dan komunikasi
4. pangkalan data
5. personel pengurusan maklumat (manusia)
18
19. 2.3.2 Senibina
Senibina maklumat ialah pelan atau peta
peringkat tertinggi keperluan maklumat
dalam sesuatu organisasi. Dalam
memnyediakan senibina maklumat, 2
pecahan maklumat diperlukan:
i. Keperluan bisnes terhadap maklumat objektif
organisasi, masalah, dan sumbangan yang
boleh dibuat dengan IT.
ii. IS yang sedia wujud dalam organisasi dan
bagaimana semua IS akan disatukan sesama
sendiri atau dengan sistem yang baru.
19
20. Model Senibina Maklumat Figure 2.7
pg.63
Jenis-jenis yang biasa:
i. Persekitaran rangkautama proses dilakukan
di komputer rangkautama, terminal pasif
(sebelum 1890an) vs. terminal pintar
(pertengahan 1980an).
ii. Persekitaran PC membentuk senibina
perkakasan, tidak berkait antara satu dengan
yang lain tetapi biasanya dihubungkan dengan
rangkaian elektronik.
20
21. iii. Persekitaran terangkai (teragih)
Pemprosesan teragih membahagikan kerja
memproses kepada dua atau lebih komputer.
Pembahagian menurut geografi dipanggil
cooperative processing.
Susunan client/server adalah satu konfigurasi
penting dimana beberapa komputer berkongsi
sumber dan boleh berkomunikasi dengan
komputer lain melalui LAN.
(i dan ii adalah 2 jenis senibina utama.
Kombinasi i dan ii membentuk senibina iii.
21
22. 2.3.3 Client/Server dan Enterprisewide
Computing
Senibina client/server terbahagi kepada client dan
server, kesemuanya dihubungkan dengan LAN dan
mungkin private WAN.
Client komputer seperti PC atau workstation
dihubungkan kepada rangkaian, dimana digunakan
untuk mengakses sumber-sumber rangkaian yang
dikongsi.
Server mesin yang dihubungkan dengan rangkaian
yang sama dan memberi perkhidmatan rangkaian
tersebut kepada client.
Fungsi senibina ini adalah untuk memaksimumkan
penggunaan sumber komputer. Client biasanya jauh
lebih murah akan berkongsi alat yang mahal iaitu
server.
22
23. Enterprisewide computing ialah senibina client/server
yang menghubungkan data di dalam seluruh organisasi.
Kelebihan:
Persekitaran computing fleksibel, teratur dan lebih berkuasa.
Memberi integrasi total sumber-sumber jabatan dan korporat
IS.
Memberi lebih kawalan dan keselamatan data dalam
persekitaran teragih.
Memaksimumkan nilai maklumat dengan meningkatkan
kemudahcapaian.
Membolehkan organisasi melakukan BPR, mengagihkan
transaksi, menyelaraskan operasi, dan memberi servis yang
lebih baik dan baru kepada pelanggan.
23
24. Kesimpulannya, penggunaan senibina
enterprisewide client/server
memberikan sesebuah korporat banyak
kelebihan kompetitif.
24
25. Fikir-fikirkan
Apakah teknologi-teknologi yang
terlibat dalam senibina
client/server?
25
26. 2.3.4 Senibina-senibina Maklumat Lain
i. Pertukaran Data Elektronik (EDI)
pergerakan elektronik dokumen-dokumen
bisnes yang mempunyai format standard
seperti borang-borang pesanan, bil-bil dan
pengesahan yang dihantar diantara rakan
kongsi.
Kelebihan menyumbang kepada standard
sebahagian senibina maklumat diantara pihak
terlibat.
Kelemahan tidak dapat digunakan dalam
bisnes syarikat besar dengan syarikat kecil
kerana kos rangkaian yang tinggi.
26
27. ii. Sistem Legasi selalunya sistem
rangkautama atau teragih dimana
rangkautama memainkan peranan utama
dan PC sebagai terminal pintar.
Kelebihan IS tertua dan matang, sebahagian
dari tulang belakang keseluruhan infrastruktur
IT dalam organisasi. Mekanisme utama dalam
aplikasi yang besar jumlah prosesnya.
Kelemahan kurang kompetitif dan kurang
serasi (compatible) dengan sistem
seumpamanya sekarang. Walaupun begitu,
sistem ini yang terbaharu mungkin
mengandungi satu atau lebih LAN dan juga
perlaksanaan awal client/server.
27