1. Bahagian Dua: Ayat
5
BAB 2
AYAT TANYA
Ayat tanya digunakan untuk bertujuan menanyakan sesuatu hal. Ayat tanya yang digunakan
untuk meminta maklumat atau untuk mendapatkan jawapan. Jawapan daripada sesuatu
pertanyaan merupakan penjelasan.
Ayat contoh:
Mereka pelajar sekolah ini?
Jawapan: Ya, pelajar tersebut murid sekolah ini.
2.1 Kesalahan Lazim
(a) Ayat tanya boleh terhasil walaupun tanpa menggunakan kata tanya tetapi mestilah
ada tanda tanya (?).
Ayat contoh:
(i) Suasana pada hari ini sungguh ceria dan tenang sahaja?
(ii) Nama bapa saudara awak ialah Kamaruddin bin Ishak?
(b) Penegas kah tidak boleh diletakkan di bahagian akhir ayat tanya
Ayat contoh:
(i) Semalam awak tidak hadir, mengapakah?
(ii) Awak akan melancong ke sana, bilakah?
Ayat yang betul:
(i) Semalam awak tidak hadir, mengapa?
(ii) Mengapakah awak tidak hadir semalam?
(iii) Awak akan melancong ke sana, bila?
(iv) Bilakah awak akan melancong ke sana?
2. Bahagian Dua: Ayat
6
(c) Kata tanya tidak boleh digunakan jika ayat itu bukan ayat tanya.
(tukar dengan menyebut fungsinya)
Ayat yang salah:
(i) Saya terkejut bila melihat lelaki itu menumbuk muka awak.
(ii) Pelanggan itu ingin mengetahui berapa harga ikan tersebut.
(iii) Kami ingin mengetahui di mana anda tinggal sekarang.
(iv) Kami tidak tahu bagaimana anda terjatuh ke dalam longkang itu.
Ayat yang betul:
(i) Saya terkejut apabila melihat lelaki itu menumbuk muka awak.
(ii) Pelanggan itu ingin mengetahui harga ikan tersebut.
(iii) Kami ingin mengetahui tempat anda tinggal sekarang.
(iv) Kami tidak tahu punca anda terjatuh ke dalam longkang itu.
(d) Kata tanya apa tidak boleh digunakan untuk manusia dan siapa tidak boleh
digunakan untuk binatang.
Ayat yang salah:
(i) Apakah nama anak lelaki Encik Kamil yang menjadi doktor itu?
(ii) Siapakah nama kucing awak yang comel sungguh itu?
Ayat yang betul:
(i) Siapakah nama anak lelaki Encik Kamil yang baru menjadi doktor itu?
(ii) Apakah nama kucing awak yang comel sungguh itu?
(e) Jika kata tanya diletakkan di hadapan ayat, partikal -kah mesti diletakkan.
Ayat yang salah:
(i) Mengapa awak tidur di lantai?
(ii) Bila awak tiba di sini?
3. Bahagian Dua: Ayat
7
Ayat yang betul:
(i) Mengapakah awak tidur di lantai?
(ii) Bilakah awak tiba di sini?
2.2 Rumus
2.2.1 Ayat tanya terbahagi kepada dua jenis:
(i) Ayat tanya tanpa kata tanya
(ii) Ayat tanya dengan unsur tanya
2.2.2 Ayat tanya tanpa kata tanya
Ayat tanya tanpa kata tanya terbentuk dengan mengekalkan bentuk ayat penyata dan
dengan menggunakan intonasi menaik pada akhir. Dalam tulisan, nada tanya ini
dilambangkan oleh tanda tanya(?).
Ayat contoh:
(i) Kanak-kanak itu sudah pulang?
(ii) Bola di tepi padang bola kamu?
(iii) Pelajar itu masih menangis?
Ayat jenis ini boleh disertai partikel-kah, tetapi partikel ini tidak boleh diletakkan pada
hujung ayat. Hal ini demikian kerana tugas partikel -kah adalah untuk menegaskan
predikat. Apabila predikat diberikan penegasan, maka kedudukan predikat mesti
berada di hadapan seperti 1(b).
1 (a) *Azim sudah makankah?
1 (b) Sudah makankah Azim?
Ayat pasif pula dapat dijadikan ayat tanya pasif dalam bentuk susunan biasa atau
susunan songsang.
4. Bahagian Dua: Ayat
8
Ayat contoh:
1 Buku itu diambil oleh Azam. (ayat pasif kata ganti nama diri ketiga)
2 Buku ini akan dibawa oleh Azam? (ayat tanya pasif susunan biasa)
3 Akan dibawa oleh Azam buku ini? (ayat tanya pasif susunan songsang)
4 Basikal itu akan saya ambil. (ayat pasif kata ganti diri pertama)
5 Basikal itu akan kamu ambil? (ayat tanya pasif susunan biasa)
6 Akan kamu ambilkan basikal itu? (ayat tanya pasif susunan songsang)
Ayat tanya pasif susunan biasa
Subjek
(penderita)
Kata bantu Predikat
Buku ini akan dibawa oleh Azmi?
Ayat tanya pasif susunan songsang
Predikat Subjek
Kata bantu Frasa Kerja Subjek
Akan dibawa oleh
Azmi
buku ini?
2.2.3 Ayat Tanya dengan Unsur Tanya
Ayat tanya dengan unsur tanya iaitu ayat tanya yang mempunyai unsur seperti apa, siapa,
mengapa, bagaimana, di mana, dan bila. Ayat-ayat ini ini terdiri daripada tiga golongan, iaitu:
(a) Ayat tanya dengan kata tanya.
(b) Ayat tanya dengan kata ganti nama diri tanya.
(c) Ayat tanya dengan frasa sendi tanya.
2.2.4 Ayat Tanya dengan Kata Tanya
Ayat tanya yang mempunyai unsur tanya ialah ayat tanya yang mempunyai unsur
tanya seperti apa, siapa, mengapa, bagaimana, di mana, dan bila. Kata tanya ini
menduduki unsur predikat seperti yang terdapat dalam contoh yang berikut:
5. Bahagian Dua: Ayat
9
1 Pertandingan drama itu bila?
2 Pelajaran kamu bagaimana?
3 Bilangan pelajar kelas ini berapa?
4 Adik menangis mengapa?
Subjek Predikat
Pertandingan drama itu bila?
Pelajaran kamu bagaimana?
Ayat tanya di atas boleh dijadikan susunan songsang. Namun begitu, dalam tulisan, kata
tanya ini perlu menerima partikel -kah, jika tidak, ayat itu tidak gramatis.
Ayat contoh:
1 (a) *Bila pertandingan drama itu?
1 (b) Bilakah pertandingan drama?
2 (a) *Bagaimana pelajaran kamu?
2 (b) Bagaimanakah pelajaran kamu?
3 (a) *Berapa bilangan pelajar kelas ini?
3 (b) Berapakah bilangan pelajar kelas ini?
4 (a) *Mengapa adik menangis?
4 (b) Mengapakah adik menangis?
Subjek Predikat
Bilakah pertandingan drama itu?
Mengapakah adik menangis?
2.2.5 Ayat Tanya dengan Ganti Nama Diri Tanya
Ayat tanya yang mengandungi kata ganti nama tanya seperti apa, siapa, dan mana.
Dalam susunan biasa, kata ganti nama tanya menduduki bahagian predikat. Oleh itu,
kata ganti nama diri tanya boleh menjadi inti frasa nama. Apabila ayat ini mengalami
pendepanan predikat, partikel-kah diperlukan pada kata tanya tersebut. Contoh:
(1) Benda itu apa?
(2) Apakah benda itu?
(3) Orang tua itu siapa?
6. Bahagian Dua: Ayat
10
(4) Siapakah orang tua itu?
(5) Hadiah itu mana?
(6) Manakah hadiah itu?
Ayat tanya dengan kata ganti nama diri tanya dalam struktur ayat relatif, apabila
disongsangkan perlu menerima partikel -kah. Ketiadaan partikel -kah menyebabkan
ayat tersebut tidak gramatis. Jika ayat di bawah tidak diletakkan partikel -kah pada kata
tanya tersebut, ayat itu tidak gramatis kerana tiada subjek. Contoh:
1(a) Yang dicari siapa?
1(b) Siapakah yang dicari?
1(c) *Siapa yang dicari?
2.2.6 Ayat Tanya Sendi Nama
Ayat tanya jenis ini mengandungi kata sendi nama dan diikuti oleh kata tanya untuk
membentuk frasa sendi nama tanya. Antara contoh frasa sendi nama tanya ialah di
mana, dari mana, ke mana, sejak bila, dengan siapa, seperti mana untuk siapa dan
sebagainya. Dalam ayat susunan biasa, frasa sendi tanya menerima partikel -kah.
Ketiadaan partikel -kah menyebabkan ayat itu tidak gramatis, contohnya:
1 (a) Awak tinggal di mana?
2 (b) Di manakah awak tinggal?
3 (c) *Di mana awak tinggal?
2.2.7 Ayat Tanya Berdasarkan Jawapan yang Dikehendaki
Berdasarkan jawapan yang dikehendaki, ayat tanya dapat dibahagikan kepada dua
jenis, iaitu:
2.2.7.1 Ayat Tanya Tertutup
Ayat tanya tertutup ialah ayat tanya yang dapat dijawab dengan kata ya, tidak, tidak
tahu atau bukan. Ayat penyata dapat dijadikan ayat tanya tertutup dengan intonasi
menaik pada akhir ayat, atau dengan menambahkan kata tanya dalam ayat. Contoh:
7. Bahagian Dua: Ayat
11
1 (a) Air itu panas. (ayat penyata)
1 (b) Air itu panas? (ayat tanya tertutup)
1 (c) Adakah air itu panas? (ayat tanya tertutup dengan kata tanya)
Ya, air itu panas. (jawapan)
2 (a) Dia abang Faiz. (ayat penyata)
2 (b) Dia abang Faiz? (ayat tanya tertutup)
2 (c) Adakah dia abang Faiz? (ayat tanya tertutup dengan kata tanya)
Bukan, dia bukan abang Faiz. (Jawapan)
Perhatian bahawa jika jawapan bagi ayat tanya adalah bukan atau tidak, kata nafi
bukan dan tidak itu diulang.
2.2.7.2 Ayat Tanya Terbuka
Ayat tanya terbuka memerlukan jawapan yang berupa penjelasan dan penerangan.
Ayat jenis ini ditandai oleh adanya kata tanya seperti bagaimana, bila, berapa, siapa,
mana, apa, dan kenapa. Frasa sendi nama tanya seperti yang mana, di mana, sejak
bila dan sebagainya. Kedudukan kata tanya boleh dipindahkan sama ada di hadapan
atau di akhir ayat. Ayat tanya jenis ini boleh disertai dengan partikel -kah dalam ayat
songsang. Contohnya:
1 Siti membeli apa?
Siti membeli sayur.
2 Bapa Hani siapa?
Bapa Hani pegawai tentera.
3 Dari manakah lelaki itu berasal?
Lelaki itu berasal dari Pahang.
8. Bahagian Dua: Ayat
12
2.3 Latihan Pengukuhan
2.3.1 Mengenal Pasti Kesalahan
Gariskan perkataan dan frasa yang salah dalam ayat yang berikut.
1. Syuhada telah pergi ke bandarkah?
2. Bila ayah akan menjahit baju kebaya itu untuk adik?
3. Mengapa adik tidak makan apa-apa semalam?
4. Kamu berasal dari manakah?
5. Apa nama pengawas itu?
6. Bila ayah akan pulang?
7. Binatang peliharaan awak bernama siapa?
8. Sejak bila dia tidak hadir?
9. Dari mana pemuda itu?
10. Mengkaji sejarah Melakakah Ahmad.
2.3.2 Membetulkan Kesalahan dalam Ayat
Tulis semula ayat tanya di bawah dengan struktur yang betul.
1. Bila majlis pertunangan adik kamu?
________________________________________
2. Pukul berapa kamu pergi ke sekolah?
_________________________________________
3. Kamu bangun setiap pagi pukul berapakah?
_________________________________________
4. Di mana bola-bola itu kamu simpan?
_________________________________________
5. Mereka pergi ke sekolahkah?
_________________________________________
9. Bahagian Dua: Ayat
13
2.3.3 Memilih Ayat yang Betul / Salah
Tandakan () jika ayat tersebut betul dan tandakan (X) jika ayat tersebut salah.
Bil Ayat Betul/Salah
1 Mengapa mereka bergaduh pagi tadi?
2 Awak balik ke asrama bila?
3 Sudah berkahwin perempuan yang cantik itu?
4 Pukul berapa kakak bangun pagi itu?
5 Yang dibaca oleh Ali apakah?
6 Siapakah nama pelajar perempuan yang pandai itu?
7 Sejak bila dia tidak hadir?
8 Siapa nama kucing itu.