2. 3.1 Pergerakan dan Koordinasi
 Manusia, haiwan dan tumbuhan
sentiasa menghadapi perubahan
dalam persekitaran luaran dan
dalaman. Perubahan yang dikesan
merupakan rangsangan.
3.  Contoh rangsangan luaran adalah seperti
suhu, cahaya, bunyi, rasa, tekanan dan
sentuhan.
 Contoh rangsangan dalaman adalah
seperti suhu badan, tekanan osmosis
dan aras gula dalam darah.
4.  Tindak balas terhadap sesuatu
rangsangan merupakan gerak balas.
 Organisma bergerak balas
terhadap perubahan dalam
persekitaran luaran dan
dalaman untuk melindungi diri
daripada kecederaan dan menjamin
kemandirian organism.
5.  Reseptor - sel khas yang boleh mengesan
perubahan dalam persekitaran luar dan
dalaman. Contoh reseptor: kulit, mata,
hidung, telinga dan hipotalamus
 Reseptor menerima dan menghantar
rangsangan ke pusat integrasi (sistem saraf
pusat), di mana maklumat diproses dan
dihantar ke efektor.
6.  Maklumat dihantar sebagai impuls elektrik.
 Efektor - organ yang bergerak balas
terhadap rangsangan yang disampaikan
oleh sistem saraf pusat. Contoh efektor:
otot atau kelenjar.
 Impuls dihantar daripada reseptor
kepada sistem saraf pusat menerusi laluan
aferen.
 lmpuls daripada sistem saraf pusat dihantar
ke efektor menerusi laluan eferen.
8.  Persekitaran dalaman dikawal oleh suap
balik negatif. Apabila suatu perubahan
dikesan, mekanisme pembetulan berlaku
untuk memulihkan keadaan kembali normal
 Misalnya jika suhu badan kita meningkat
atau menurun, mekanisme pembetulan
akan berlaku dalam badan untuk
memulihkan suhu kembali ke normal.
10.  Koordinasi badan ialah proses
bagaimana bahagian badan yang
berlainan bekerjasama untuk
mendapatkan satu gerak balas
betul.
 Sistem saraf dan sistem endokrin
mengkoordinasikan semua aktiviti
ini.
11. 3.2 Peranan Sistem Saraf Manusia
 Sistem saraf manusia terdiri daripada sistem saraf
pusat dan sistem saraf periferi.
 Sistem saraf pusat merupakan pusat integrasi
badan. la menghantar, mengintegrasi,
membanding dan menganalisis maklumat serta
mengkoordinasikan gerak balas.
 Sistem saraf pusat terdiri daripada otak dan saraf
tunjang.
 Sistem saraf periferi mengunjur daripada sistem
saraf autonomi dan sistem saraf somatic.
12.  Saraf kranium mengunjur daripada otak manakala
saraf spina mengunjur daripada saraf tunjang
14.  Otak merupakan pusat koordinasi.
 Otak terkurung dalam tengkorak yang
melindungi otak daripada kecederaan.
 Bahagian luar otak terdiri daripada jirim
kelabu manakala bahagian dalam
terdiri daripada jirim putih.
 Jirim kelabu mengandungi badan sel
neuron, manakala jirim putih
mengandungi akson sahaja.
15. Saraf tunjang
 Saraf tunjang merupakan laluan utama antara otak
dengan sistem saraf periferi.
 Saraf ini menghantar impuls ke otak dan dari otak, dan
mengawal tindakan refleks. Human spinal cord
 Bahagian luar saraf tunjang terdiri daripada jirim putih
manakala bahagian dalam terdiri daripada jirim
kelabu.
 Akar dorsal dan akar ventral yang mengunjur dari saraf
tunjang bercantum untuk membentuk saraf spina.
 Akar dorsal mengandungi akson neuron aferen atau
akson neuron deria manakala akar ventral
mengandungi akson neuron eferen atau akson neuron
motor.
 Ganglion dorsal yang mengandungi badan sel neuron
deria terletak di akar dorsal.
16. Neuron
 Sel saraf yang membentuk sistem saraf
dipanggil neuron.
 Setiap neuron terdiri daripada satu badan sel
yang mengandungi nukleus dan proses
sitoplasma halus yang dikenali sebagai
terminal saraf.
21. Penghantaran maklumat dari reseptor ke efektor
 Maklumat dalam sistem saraf dihantar dalam bentuk
impuls elektrik yang dihasilkan apabila terdapat
perbezaan antara cas elektrik di luar dan di dalam
membran sel neuron.
 Apabila receptor menerima rangsangan, impuls saraf
dihantar melalui neuron deria ke interneuron dalam
saraf tunjang.
 lnterneuron akan menghantar impuls ke interneuron
yang lain, yang akhirnya menghantar impuls ke sistem
saraf pusat untuk integrasi dan penterjemahan.
 Dari sistem saraf pusat, neuron motor menghantar
impuls saraf ke efektor, yang akan bergerak balas.
22. Sinaps
 Sinaps ialah ruang di mana akson satu
neuron berada hampir dengan dendrit
neuron yang lain.
23.  Mitokondrion dan vesikel yang mengandungi
neurotransmitter terdapat dengan banyaknya dalam
bonggol sinaps. Contoh neurotransmiter adalah asetilkolina dan
noradrenalina.
 Apabila impuls sampai ke sinaps, vesikel di membran pra-
sinaps membebaskan neurotransmitter ke dalam ruang sinaps.
 Neurotransmiter meresap melintasi ruang sinaps ke membran
pasca-sinaps.
 Di membran pascasinaps, ia dirangsang untuk menghasilkan
impuls baru yang kemudian dialirkan sepanjang neuron.
 Penghantaran impuls pada sinaps membolehkan neuron
berhubung dengan neuron-neuron lain pada masa yang sama, dan
dengan itu menghasilkan gerak balas berganda.
 Oleh sebab neurotransmitter dibebaskan dari membran pra-
sinaps, penghantaran impuls di sinaps adalah sehala.
24. Tindakan terkawal dan luar kawal
 Tindakan terkawal adalah tindakan di bawah
kawalan dan dilakukan dalam kesedaran.
Contoh: membaca, menulis dan mengangkat
tangan.
 Tindakan luar kawal dikawal oleh sistem
saraf autonomic dalam badan. Ia
bukan bawah kawalan otak. la dikawal
oleh medula oblongata dan saraf tunjang.
Contoh tindakan yang berlaku dalam badan kita
yang tidak disedari termasuklah denyutan
jantung, peristalsis dan perembesan jus
pencernaan.
25. Tindakan reflex
1. Tindakan refleks merupakan tindakan
luar kawal yang berlaku secara automatik.
2. Tindakan refleks melindungi badan kita
daripada kecederaan.
3. Laluan impuls dari reseptor ke efektor
dinamakan arka refleks.
27.  Arka refleks terdiri daripada reseptor, neuron deria,
saraf tunjang, neuron motor dan efektor.
 Apabila reseptor menerima rangsangan, impuls
dihantar sepanjang neuron deria hingga ke
interneuron dalam saraf tunjang.
 Interneuron kemudiannya menghantar impuls ke
neuron motor, yang menghantar impuls ke efektor
yang berkenaan. Contoh: Apabila tangan secara
tidak sengaja tersentuh benda panas atau apabila
kaki terpijak paku.
28.  Dalam gerak balas sentakan lutut, impuls
dihantar secara langsung ke neuron
motor tanpa melalui interneuron.
29. Penyakit berkaitan dengan sistem saraf
 Seorang penghidap penyakit Parkinson mengalami tangan
dan kaki yang menggeletar, ketegangan bahagian tertentu
badan kerana kekurangan penghasilan sejenis
neurotransmiter, iaitu dopamine dalam otak.
 Sklerosis berganda disebabkan oleh kerosakan salut
myelin neuron. Penghidap penyakit ini bergerak dengan
perlahan.
 Epilepsi (atau sawan) bercirikan pembebasan cas elektrik
daripada neuron secara tibatiba.
 Penyakit Alzheimer disebabkan oleh kemerosotan neuron
otak apabila tua. Penghidap penyakit ini mengalami
gangguan daya fikir, kehilangan ingatan dan kebingungan.
 Poliomielitis disebabkan oleh jangkitan virus pada sistem
saraf pusat.
30. Peranan Hormon dalam Manusia
 Hormon adalah protein yang dirembeskan
daripada kelenjar endokrin dalam badan kita.
 Hormon adalah pengutus kimia yang dirembeskan
secara langsung ke dalam darah, dan dibawa ke
organ sasaran yang terdapat di bahagian lain
dalam badan.
 Hormon dihasilkan dalam kuantiti yang sedikit.
 Hormon adalah spesifik dari segi tindakan, dan
hanya bertindak pada organ sasaran tertentu.
 Tindakan hormon adalah lambat tetapi kesannya
tahan lebih lama.
31. Sistem Endokrin Manusia
 Sistem endokrin terdiri daripada kelenjar
endokrin yang merembeskan hormone
untuk mengkoordinasikan aktiviti badan dan
gerak balas terhadap rangsangan daripada
persekitaran.
Kelenjar endokrin tidak mempunyai duktus.
Hormon tidak dirembes melalui duktus, tetapi
dirembes terus ke dalam aliran darah yang
membawa hormone ke seluruh badan.
33. Kesan ketakseimbangan hormone
 Ketakseimbangan hormone disebabkan
oleh penghasilan hormon yang berlebihan
atau kekurangan.
 Oleh sebab sistem endokrin
mengkoordinasikan perubahan jangka
panjang badan kita, segala
ketakseimbangan dalam penghasilan
hormon akan mempengaruhi kesihatan
kita.
34. Homeostasis dalam manusia
 Persekitaran dalaman suatu organisma merupakan
cecair tisu yang membasahi sel-sel dan tisu-
tisu, bersama dengan sistem peredaran darah.
 Persekitaran dalaman perlu dikekalkan malar, atau
sekurang-kurangnya di antara had
tertentu, untuk memastikan sel-sel dikekalkan dalam
keadaan fizikal dan kimia yang optimum dalam
persekitaran dalaman.
 Faktor fizikal yang perlu dikekalkan malar termasuk
suhu badan dan tekanan darah.
 Faktor dalaman termasuk tekanan separa oksigen
dan karbon dioksida, tekanan osmosis dan aras gula
darah.
35.  Homeostasis ialah pengekalan persekitaran dalaman melalui
mekanisme pengawalaturan dalam tubuh.
 Homeostasis dicapai melalui mekanisme suap balik negatif.
 Mekanisme suap balik negative terdiri daripada tiga bahagian
penting:
(a) Organ deria atau reseptor untuk mengesan perubahan
dalam perselitaran dalaman.
(b) Pusat kawalan (otak) yang berupaya memulakan tindakan
pembetulan yang sesuai.
(c) Organ bergerak balas atau efektor yang melakukan tindak
an pembetulan untuk mengembalikan persekitaran dalaman
keadaan normal.
 Homeostasis melibatkan naik turun sekitar norma atau titik
tetap. Apabila penyimpangan daripada norma
berlaku, mekanisme
pembetulan bertindak untuk mengembalikan persekitaran
dalaman kepada aras asal.
36. Pembentukan air kencing
Ginjal merupakan sebahagian daripada sistem
perkumuhan.
 Keratan memanjang ginjal menunjukkan korteks di luar,
medula di dalam, dan pelvis.
 Ginjal terdiri daripada berjuta-juta nefron.
 Setiap nefron pula terdiri daripada kapsul Bowman,
tubul berlingkar proksimal, likuHenle, tubul berlingkar
distal dan duktus pengumpul.
38.  Arteri renal membawa darah masuk ke dalam
ginjal manakala vena renal membawa darah keluar
dari ginjal.
 Pembentukan air kencing melibatkan proses
ultraturasan, penyerapan semula dan rembesan.
(a) Ultraturasan berlaku di kapsul Bowman. Darah
dari glomerulus dipaksa merentas masuk ke dalam
kapsul Bowman oleh tekanan tinggi yang dihasilkan
oleh arteriol aferen. Sel darah merah dan protein
darah terlalu besar dan tidak dapat menembusi
liang-liang pada dinding glomerulus dan kapsul
Bowman. Glukosa, asid amino, urea, air berlebihan
dan garam mineral yang membentuk turasan glome
rulus mengalir ke dalam tubul berlingkar proksimal.
39. (b) Penyerapan semula glukosa dan asid amino
berlaku melalui proses pengangkutan aktif
manakala air diserap secara osmosis. Dalam
liku Henle, air, ion natrium dan klorida diserap
semula.
(c) Dalam tubul berlingkar distal, ion
hidrogen, ion kalium, ion ammonium, urea dan
toksin atau dadah dirembes sama ada secara
aktif atau pasif dan disingkirkan.
 Apabila turasan sampai ke duktus
pengumpul, kebanyakan air dan garam mineral
yang diperlukan oleh badan telah diserap.
Hanya tinggal urea serta air dan garam
mineral berlebihan. Cecair yang disingkirkan
melalui duktus pengumpul ialah air kencing.
40. Mekanisme pengosmokawalaturan
 Pengosmokawalaturan ialah pengawalaturan
tekanan osmosis darah.
 Proses ini dikawal oleh suap balik negatif yang
melibatkan pengawalan air dan garam mineral
dalam tiub berlingkar distal dan duktus pengumpul.
 Apabila tekanan osmosis dalam badan tinggi
disebabkan oleh pengambilan air yang
sedikit, perpeluhan yang terlampau atau pengam
bilan makanan yang terlalu masin,osmoreseptor
dalam hipotalamus akan dirangsang.
 Impuls saraf terjana dan dihantar ke kelenjar
pituitari bagi merangsangnya untuk meningkatkan
penghasilan hormon antidiuresis (ADH), dan
kelenjar adrenal bagi mengurangkan penghasilan
aldosteron yang dihantar ke ginjal.
41.  ADH meningkatkan ketelapan dinding tiub
berlingkar distal dan duktus pengumpuluntuk
menyerap semula air ke dalam darah secara
osmosis.
 Aldosteron menyebabkan penurunan penyerapan
natrium klorida.
 Sedikit air kencing yang pekat dihasilkan.
 Apabila tekanan osmosis dalam badan rendah
disebabkan terlalu banyak air
dalam badan, penghasilan hormone antidiuresis
(ADH) dikurangkan, dan penghasilan aldosteron
ditingkatkan.
 Dinding tiub berlingkar distal dan duktus
pengumpul menjadi kurang telap terhadap air dan
natrium klorida tidak diserap semula.
Banyak air kencing yang cair dihasilkan.
43. Akibat fungsi ginjal yang rosak
 Kerosakan ginjal disebabkan oleh racun, penyakit
ginjal, tekanan darah tinggi atau aras glukosa darah
yang tinggi.
 Kerosakan ginjal berpanjangan boleh mengakibatkan
kegagalan ginjal.
 Kegagalan ginjal terjadi apabila nefron binasa.
 Hasil kumuh dalam darah tidak boleh dibiarkan
berkumpul kerana akan menjadi toksik pada kepekatan
yang lebih tinggi.
 Hasil kumuh boleh disingkirkan dengan menggunakan
mesin yang berfungsi sebagaiginjal buatan.
 Pesakit boleh juga memilih untuk menjalani
pemindahan ginjal.
45.  Mesin tersebut mengasingkan molekul bahan
larut berasaskan kadar resapan melalui membrane
separa telap. Proses ini ialah hemodialisis.
 Semasa hemodialisis, darah pesakit yang diambil
dari arteri, disalurkan ke dalam satu tiub dialisis
yang separa telap, dan dimasukkan ke dalam cecair
dialisis.
 Cecair dialisis mengandungi jumlah garam
mineral dan glukosa yang terkawal, dengan
komposisi sama seperti dalam plasma darah (tanpa
bahan bernitrogen).
 Satu kecerunan kepekatan ditetapkan, dan bahan
kumuh bernitrogen, garam mineral berlebihan dan
toksin lain meresap keluar dari darah pesakit ke
dalam cecair dialisis.
46.  Selepas beberapa jam, darah berturas dan
bersih dikembalikan kepada pesakit
melaluivena di tangan yang sama.
 Cecair dialisis sering ditukar untuk
menyingkirkan bahan kumuh dan untuk me
ngekalkan kecerunan resapan antara darah
pesakit dengan cecair dialisis.
 Pesakit yang kegagalan ginjal perlu
menjalani hemodialisis sepanjang hayat.
 Pemindahan ginjal melibatkan
penggantian ginjal yang rosak dengan ginjal
daripada seorang penderma.
47. Pengawalaturan aras gula (glukosa) darah
Apabila aras glukosa darah melebihi aras nor
mal, sel-sel B dalam kelompok Langerhans
yang terdapat di dalam pancreas
merembeskan hormon insulin ke dalamdarah.
Insulin menukarkan sebarang glukosa
berlebihan kepada glikogen yang tidak larut,
dandisimpan dalam hati dan otot.
Aras glukosa darah dalam darah akan
menurun dan dengan itu aras glukosa dalam
darah kembali kepada normal.
48. Apabila aras glukosa kurang daripada
normal, sel-sel α dalam kelompok Langerhans
yang terdapat di dalam pancreas merembeskan
sejenis hormone lagi, glukagon, ke dalam
darah, yang menukarkan glikogen kepada
glukosa semula. Ini mengembalikan aras glukosa
darah kepada aras normal.
49. Pengawalan suhu badan
Suhu badan dikawalatur melalui penyimbanga
n haba yang dihasilkan daripadametabolisme
badan dengan haba yang hilang daripada
badan.
50. Mengamalkan Gaya Hidup yang Sihat
 Penyalahgunaan dadah ialah pengambilan dadah
berlebihan tanpa preskripsi doktor.
 Penyalahgunaan dadah boleh mengakibatkan
tekanan darah tinggi, masalah jantung, kerosakan
hati dan melemahkan sistem imun.
 Dadah juga menyebabkan kerosakan otak dan
masalah mental.
 Alkohol merupakan sejenis penenang.
 Pengambilan alkohol yang berlebihan boleh
menyebabkan muntah-muntah dan masalah
pernafasan. Otak seperti dibius dan individu
tersebut hilang kesedaran atau berada dalam
keadaan koma.
51. Hormon Tumbuhan
 Hormon tumbuhan adalah sebatian organik
yang bertindak sebagai pengutus yang
menggalakkan atau merencatkan pertumbuhan
dan perkembangan tumbuhan.
 Contoh hormon tumbuhan
adalah auksin, giberelin, sitokinin, asid absisik
dan etilena(sejenis gas).
 Auksin merangsang pemanjangan sel.
 Auksin yang dihasilkan secara berterusan di
hujung pucuk dihantar ke akar melaluifloem.
Kepekatan auksin adalah paling tinggi di hujung
pucuk dan paling rendah dihujung akar.
52.  Auksin mempengaruhi gerak balas
pertumbuhan akar dan batang.
 Kepekatan auksin yang tinggi merangsang
pemanjangan sel pucuk dan
menggalakkan pertumbuhan pucuk tetapi
merencatkan pemanjangan sel akar dan
pertumbuhan akar.
 Cahaya menyebabkan taburan auksin yang
tidak sekata di hujung pucuk dan dengan itu
mengawal atur fototropisme dan geotropisme.
 Pucuk biasanya tumbuh menuju ke arah
cahaya manakala akar tumbuh menjauhi
cahaya.
53.  Pertumbuhan organ tumbuhan yang
bergerak balas terhadap graviti geotropisme.
Pucuk bergerak balas secara negative
terhadap graviti dan bertumbuh menuju ke
atas; manakala akar bergerak balas secara
positif terhadap graviti dan tumbuh menuju
ke bawah.
54. Penggunaan hormon dalam pertanian
 Auksin digunakan secara meluas dalam
pertanian dan bioteknologi untuk mengubahs
uai pertumbuhan dan perkembangan
tumbuhan.
 Auksin juga digunakan untuk menggalakkan
penghasilan buah-buahan tanpa
biji(partenokarpi).
 Auksin digunakan sebagai serbuk mengakar
untuk merangsang keratan batangmenghasil-
kan akar sisi dan akar adventitius.
55.  Auksin digunakan sebagai racun rumpai.
 Auksin bersama dengan etilena, sejenis
hormon tumbuhan lain, digunakan untuk
mempercepatkan peranuman buah.
 Auksin bersama dengan sitokinin, juga
sejenis hormon tumbuhan, digunakan
untuk menggalakkan penguasaan
apeks atau hujung pucuk dan merencat
perkembangan pucuk sisi.