ºÝºÝߣ

ºÝºÝߣShare a Scribd company logo
BAB 3 – NOTA
TAMBAHAN

Perniagaan Borong
PEMBORONG SAUDAGAR

ï‚¢   Pemborong saudagar membeli pelbagai jenis
    barang daripada pelbagai pengeluar dan menjual
    kepada peruncit. Pemborong saudagar mendapat
    keuntungan atas usahanya mempunyai hak milik ke
    atas barang-barang
ï‚¢   Pemborong saudagar terdiri daripada :
    a) Pemborong berfungsi penuh
    b) Pemborong berfungsi terhad
ï‚¢   Pemborong berfungsi penuh dibahagikan kepada
    tiga jenis, iaitu:
    Pemborong                 Ciri-ciri
    Pemborong am              Membeli dan menjual pelbagai jenis
                              dan jenama barang yang tidak
                              berkaitan antara satu sama lain.
                              Contoh: makanan, pakaian,
                              kosmetik dan barang-barang
                              kegunaan harian.

    Pemborong khusus          Membeli dan menjual beberapa
                              jenis barang tertentu sahaja.
                              Contohnya, menjual ubat-ubatan
                              tradisional sahaja.

    Pemborong satu barisan    Membeli dan menjual beberapa
                              jenis barang yang berkaitan.
                              Contoh: membeli dan menjual
                              pelbagai kasut, dan selipar.
ï‚¢ Pemborong berfungsi terhad menjalankan satu
  atau dua fungsi tertentu sahaja.
ï‚¢ Jenis-jenis pemborong fungsi terhad:

    Pemborong               Ciri-ciri

    Pemborong pesanan mel   Pemborong menghantar katalog kepada
                            bakal pelanggannya. Pesanan diterima
                            melalui pos dan barang dihantar kepada
                            pelanggan melalui pengangkutan yang
                            sesuai.



    Pemborong pesanan       Pemborong menyalurkan pesanan dan
    berwakil                arahan yang diterima daripada pelanggannya
                            terus kepada pengeluar. Tidak mempunyai
                            gudang atau barang-barang untuk dijual.
Pemborong                  Ciri-ciri
Pemborong perkhidmatan     Pemborong ini hanya menawarkan
pengangkutan               perkhidmatan pengangkutan kepada
                           pengilang atau pengeluar dengan
                           mengangkut barang-barang dalam jumlah
                           yang besar. Contohnya, Kontena Nasional.
Pemborong bayar dan sewa   Menjual barang-barang dengan harga yang
                           lebih murah dan secara tunai kepada
                           peruncit. Peruncit mengangkut barang-
                           barang ini ke kedainya dengan kenderaan
                           sendiri.
Pemborong jober para       Pemborong jober para membekalkan
                           pelbagai jenis barang kepada peruncit.
                           Mempamerkan barang di rak-rak atau para
                           yang biasanya dikhaskan oleh peruncit
                           untuk barang-barangnya. Biasanya menjual
                           barang-barang berjenama terkenal dan
                           dikenali ramai serta mudah laris seperti roti
                           jenama ‘Gardenia’ dan ais krim jenama
                           ‘Walls’.
ï‚¢ Ejen adalah orang tengah yang dilantik dan diberi
  kuasa untuk melaksanakan tugas bagi pihak
  pengeluar atau pengilang dan penjual yang dikenal
  sebagai prinsipal. Ejen tidak mempunyai hak milik
  atas barang-barang.
ï‚¢ Ejen terdiri daripada:

  (a) Ejen Pengeluar
       Ejen ini dilantik oleh pengeluar tempatan
       atau luar negara untuk menjual barang
       keluaran mereka mengikut harga dan syarat
       yang telah ditetapkan. Ejen pengeluar
       biasanya menerima komisen mengikut kadar
  yang telah ditetapkan oleh prinsipal. Contoh:
  EON yang menjadi ejen bagi pengeluar kereta
  PROTON.
(b)   Ejen Penjual
      Ejen penjual menjalankan fungsi pemasaran khusus
      untuk pengeluar kecil-kecil yang tidak mempunyai
      kepakaran dalam bidang pemasaran. Ejen Del
      Credere merupakan ejen penjual yang menjalankan
      tugas tambahan, iaitu mengutip hutang bagi pihak
      pengeluar dengan jaminan tiada hutang lapuk.

(c)  Broker
     Broker adalah ejen yang mempertemukan pembeli
     dengan penjual atau penjual dengan pembeli. Broker
     tidak memiliki atau mempunyai hak milik ke atas
     barang-barang, tidak berhak membuat perjanjian dan
broker menerima komisen atas usahanya.
ï‚¢   Terdapat beberapa sebab pemborong memerlukan
    modal yang besar, iaitu:
    (a) membayar pengeluar dengan segera.
    (b) memberi kemudahan kredit kepada peruncit.
    (c) menanggung risiko hutang lapuk.
    (d) mengedarkan pelbagai jenis barang.
    (e) membeli secara pukal.
    (f) mengendalikan kemudahan pergudangan.
    (g) menyediakan kemudahan pengangkutan.
    (h) kos overhed yang tinggi.

More Related Content

Bab 3 – nota tambahan

  • 1. BAB 3 – NOTA TAMBAHAN Perniagaan Borong
  • 2. PEMBORONG SAUDAGAR ï‚¢ Pemborong saudagar membeli pelbagai jenis barang daripada pelbagai pengeluar dan menjual kepada peruncit. Pemborong saudagar mendapat keuntungan atas usahanya mempunyai hak milik ke atas barang-barang
  • 3. ï‚¢ Pemborong saudagar terdiri daripada : a) Pemborong berfungsi penuh b) Pemborong berfungsi terhad
  • 4. ï‚¢ Pemborong berfungsi penuh dibahagikan kepada tiga jenis, iaitu: Pemborong Ciri-ciri Pemborong am Membeli dan menjual pelbagai jenis dan jenama barang yang tidak berkaitan antara satu sama lain. Contoh: makanan, pakaian, kosmetik dan barang-barang kegunaan harian. Pemborong khusus Membeli dan menjual beberapa jenis barang tertentu sahaja. Contohnya, menjual ubat-ubatan tradisional sahaja. Pemborong satu barisan Membeli dan menjual beberapa jenis barang yang berkaitan. Contoh: membeli dan menjual pelbagai kasut, dan selipar.
  • 5. ï‚¢ Pemborong berfungsi terhad menjalankan satu atau dua fungsi tertentu sahaja. ï‚¢ Jenis-jenis pemborong fungsi terhad: Pemborong Ciri-ciri Pemborong pesanan mel Pemborong menghantar katalog kepada bakal pelanggannya. Pesanan diterima melalui pos dan barang dihantar kepada pelanggan melalui pengangkutan yang sesuai. Pemborong pesanan Pemborong menyalurkan pesanan dan berwakil arahan yang diterima daripada pelanggannya terus kepada pengeluar. Tidak mempunyai gudang atau barang-barang untuk dijual.
  • 6. Pemborong Ciri-ciri Pemborong perkhidmatan Pemborong ini hanya menawarkan pengangkutan perkhidmatan pengangkutan kepada pengilang atau pengeluar dengan mengangkut barang-barang dalam jumlah yang besar. Contohnya, Kontena Nasional. Pemborong bayar dan sewa Menjual barang-barang dengan harga yang lebih murah dan secara tunai kepada peruncit. Peruncit mengangkut barang- barang ini ke kedainya dengan kenderaan sendiri. Pemborong jober para Pemborong jober para membekalkan pelbagai jenis barang kepada peruncit. Mempamerkan barang di rak-rak atau para yang biasanya dikhaskan oleh peruncit untuk barang-barangnya. Biasanya menjual barang-barang berjenama terkenal dan dikenali ramai serta mudah laris seperti roti jenama ‘Gardenia’ dan ais krim jenama ‘Walls’.
  • 7. ï‚¢ Ejen adalah orang tengah yang dilantik dan diberi kuasa untuk melaksanakan tugas bagi pihak pengeluar atau pengilang dan penjual yang dikenal sebagai prinsipal. Ejen tidak mempunyai hak milik atas barang-barang. ï‚¢ Ejen terdiri daripada: (a) Ejen Pengeluar Ejen ini dilantik oleh pengeluar tempatan atau luar negara untuk menjual barang keluaran mereka mengikut harga dan syarat yang telah ditetapkan. Ejen pengeluar biasanya menerima komisen mengikut kadar yang telah ditetapkan oleh prinsipal. Contoh: EON yang menjadi ejen bagi pengeluar kereta PROTON.
  • 8. (b) Ejen Penjual Ejen penjual menjalankan fungsi pemasaran khusus untuk pengeluar kecil-kecil yang tidak mempunyai kepakaran dalam bidang pemasaran. Ejen Del Credere merupakan ejen penjual yang menjalankan tugas tambahan, iaitu mengutip hutang bagi pihak pengeluar dengan jaminan tiada hutang lapuk. (c) Broker Broker adalah ejen yang mempertemukan pembeli dengan penjual atau penjual dengan pembeli. Broker tidak memiliki atau mempunyai hak milik ke atas barang-barang, tidak berhak membuat perjanjian dan broker menerima komisen atas usahanya.
  • 9. ï‚¢ Terdapat beberapa sebab pemborong memerlukan modal yang besar, iaitu: (a) membayar pengeluar dengan segera. (b) memberi kemudahan kredit kepada peruncit. (c) menanggung risiko hutang lapuk. (d) mengedarkan pelbagai jenis barang. (e) membeli secara pukal. (f) mengendalikan kemudahan pergudangan. (g) menyediakan kemudahan pengangkutan. (h) kos overhed yang tinggi.