1. Permuafakatan Politik dalam
Konteks Hubungan Etnik
di Malaysia
Selepas mempelajari bab ini, pelajar dapat:
1. Mengetahui perkembangan parti politik di
Malaysia.
2. Menghuraikan usaha yang diambil untuk
mengukuhkan kesepaduan sosial melalui politik.
3. Mengenal pasti cabaran yang dihadapi dalam
memupuk integrasi etnik di negara ini dalam
konteks politik.
BAB 5
2. he Edisi 2 /2012 muafakat politik bab 5 2
POLITIK DI MALAYSIA
S1
3)Kesedaran Politik
-umno
-perikatan
--ncp
-bn
2) Implikasi
Penjajahan
British
-hakis kuasa
sultan
-ns/nnmb/nnmtb
-mu
1) Politik Tradisi
- melaka
3. he Edisi 2 /2012 muafakat politik bab 5 3
POLITIK DI MALAYSIA
S2
4)Pembangunan
Politik dan
Modenisasi
-negara bangsa
6) Demografi
Politik
-komposisi dan
taburan penduduk
5)Muafakat
Politik
-clc
-umno dibuka
8) Politik Sarawak
-tiada majoriti etnik
supp/sca/panas/snap/p
b/dap/pbds
7) Politik Sabah
-usno/pbs
-unko+usno+sca
-bn
4. he Edisi 2 /2012 muafakat politik bab 5 4
POLITIK DI MALAYSIA
S3
10)Perubahan Trend
dan Corak
Pengundian
-gaya politik baru
-pemimpin berintegriti
9)Tsunami
Politik
-pr2008
11) Kesimpulan
-konflik
-politik semakin matang
prinsip muafakat politik
5. Pentadbiran feudalisme Kesultanan Melayu Melaka:
- sultan dibantu oleh 4 pembesar Melayu
- kerajaan Melayu Melaka memiliki undang-undang
kanun Melaka
- sistem politik tidak membenarkan persaingan kuasa
secara bebas
- sultan mempunyai kuasa mutlak dan kesetiaan rakyat
dan kedaulatan raja
Kemasukan penjajah ke Tanah Melayu:
- pengenalan sistem residen melalui penjanjian Pangkor
1874 dan negeri-negeri Melayu dipaksa menerima
residen
Pengenalan Sejarah Politik
Malaysia
6. Pengenalan Sejarah Politik
Malaysia (samb)
Implikasi pelaksanaan sistem residen menghakiskan
kuasa institusi kesultanan Melayu
- kuasa memungut cukai terhakis
- bertanggungjawab terhadap soal kedudukan agama
Islam dan hal ehwal berkaitan dengan adat resam orang
Melayu sahaja.
British meneruskan usaha menguasai negeri-negeri
Melayu dengan memperkenalkan unit pentadbiran
NNMB DAN NNMBTB
Kemuncak penguasaan British dengan
memperkenalkan Malayan Union
7. Penubuhan UMNO reaksi penentangan terhadap
Malayan Union sehingga diganti dengan Persekutuan
Tanah Melayu, 1948
1950, UMNO bergabung dengan MCA bagi
mewujudkan parti Perikatan walaupun
memperjuangkan kepentingan mengikut etnik.
Perkembangan seterusnya menyaksikan Malaysia pada
awal kemerdekaan mempunyai pelbagai parti politik
yang pada dasarnya mewakili pelbagai kaum.
Akhirnya, asas kerjasama parti pemimpin politik
pelbagai kaum adalah menjurus kepada permuafakatan
Pengenalan Sejarah Politik
Malaysia (Samb)
8. Parti politik yang mewakili pelbagai etnik dapat
bekerjasama untuk menjalankan pentadbiran negara dan
membawa pembangunan.
Kini, di peringkat kerajaan persekutuan, BN kini
dianggotai oleh 14 buah parti (UMNO, MCA, MIC,
GERAKAN, PPP, PBB, SUPP, PBS, LDP, PBRS,
UPKO, SPDP dan PRS) dan Pakatan Rakyat
dianggotai 8 buah parti (PKR, DAP, PAS, SNAP,
PRM, PSM, MDP dan SAPP)
Pengenalan Sejarah Politik
Malaysia (Samb)
9. Pembinaan negara bangsa merupakan matlamat utama
pembangunan politik
Pembinaan negara bangsa dapat dicapai melalui
pelbagai pendekatan
- penerapan dasar awam yang digubal oleh kerajaan dan
pemupukan semangat nasionalisme
Usaha mewujudkan negara bangsa bukan suatu yang
mudah kerana terdapat pelbagai faktor perlu diambil
kira
Pembangunan Politik
10. Semasa pelaksanaan Malayan Union pada tahun 1946,
secara tersirat memperlihatkan pihak British ingin
memperkenalkan corak pemerintahan unitary yang
berasaskan penguasaan majoriti oleh pihak British dan
rakyat pula ditadbir sebagai satu bangsa.
Sejak menjelang kemerdekaan lagi, Parti Perikatan
mengamalkan konsep perkongsian kuasa atau pakatan
politik.
Pada tahun 1960-an, satu lagi parti berbilang etnik yang
wujud ialah National Convention Party (NCP)
pimpinan Abdul Aziz Ishak.
Pemupukan Hubungan Etnik
Secara Formal dalam Politik
11. Pada tahun 1972, Perikatan telah bertambah besar
dengan penyertaan Parti Islam Se-Malaysia (PAS) dan
Gerakan dari Semenanjung dan parti politik lain dari
Sabah dan Sarawak.
- Pengabungan ini bagi kestabilan politik bagi mengelak
tragedi 13 mei berulang kembali.
- Pada Julai 1963, Perjanjian Malaysia ditandatangani
sebagai tanda persetujuan antara pemimpin Persekutuan
Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura.
Pemupukan Hubungan Etnik
Secara Formal dalam Politik (Samb)
12. Bilangan pengundi merupakan faktor penting dalam
politik dan pilihan raya.
- Peranan dan kedudukan etnik Melayu dalam politik
negara adalah jelas. Di Semenanjung, Sabah dan
Sarawak, etnik Melayu atau Bumiputera mempunyai 125
kerusi, iaitu etnik Melayu merupakan pengundi majoriti
di kawasan parlimen berkenaan. Di Sabah dan Sarawak
pula terdapat 31 kerusi majoriti peribumi. Secara
keseluruhan, kerusi Melayu atau bumiputera dalam
politik negara adalah 156 atau bersamaan 71.2 peratus
kerusi. (Analisa Pilihan raya 1995, 1999 dan 2004)
Demografi dan Politik
13. Kejayaan BN di Semenanjung, Sabah dan Sarawak
untuk terus mengekalkan kuasa membuktikan kejayaan
konsep dan amalan pakatan dan kerjasama politik
antara pelbagai etnik.
Formula perkongsian kuasa membolehkan pemimpin
yang mewakili pelbagai etnik bekerjasama menentukan
dasar dan hala tuju dan masa depan negara.
Demografi dan Politik (Samb)
14. Di Sabah dan Sarawak terdapat banyak parti politik
yang mewakili etnik masing-masing, terutamanya
menjelang pembentukan Persekutuan Malaysia.
Politik Sabah dan Sarawak lebih kompleks daripada di
Semenanjung.
Gabungan sedemikian penting untuk menjamin
kestabilan dan memastikan suara semua etnik diwakili.
Pakatan Politik di Sabah dan
Sarawak
15. Di Sabah, tidak terdapat kelompok dominan dari segi
saiz penduduk.
Perkembangan politik di Sabah dan Sarawak
memperlihatkan pola yang hampir sama.
Dengan mengambil ilham daripada model kerjasama
UMNO-MCA-MIC, UNKO, USNO dan SCA di Sabah
bergabung untuk menubuhkan parti Perikatan.
Selepas pilihan raya negeri 1967, Perikatan Sabah terdiri
daripada USNO dan SCA setelah UPKO dibubarkan
dan majoriti ahlinya menyertai USNO.
Pakatan Politik di Sabah
16. Parti Berjaya yang memerintah Sabah dari tahun 1976
sehingga tahun 1985 merupakan sebuah parti berbilang
etnik dianggotai oleh bumiputera Islam dan bukan
Islam yang ditubuhkan pada Julai 1975 meskipun pucuk
pimpinannya dimonopoli oleh bumiputera Islam.
Ketika Sabah berada dalam genggaman PBS, krisis dan
ketegangan berlaku antara kerajaan negeri dengan
kerajaan pusat.
PBS yang merupakan sebuah parti pelbagai etnik
dimonopoli bumiputera bukan Islam dari segi
kepemimpinan.
Pakatan Politik di Sabah (Samb)
17. Kejatuhan PBS membawa perubahan besar seperti
berikut dalam politik di Sabah:
1. UMNO berjanji sekiranya parti tersebut berjaya
merampas pemerintahan negeri, jawatan Ketua Menteri
akan mengikut giliran
2. UMNO berjaya menyatukan pelbagai etnik
3. Lahirkan beberapa buah parti baharu
Pakatan Politik di Sabah (samb)
18. Di Sarawak, komposisi penduduk turut memperlihatkan
wujudnya pluraliti, malah lebih kompleks daripada di
Semenanjung dengan jumlah sekitar 30 suku kaumnya.
Di Sarawak, pelbagai parti politik ditubuhkan menjelang
penubuhan Persekutuan Malaysia pada tahun 1963.
Kewujudan SUPP menjadi inspirasi kepada etnik
bumiputera untuk turut menubuhkan parti masing-
masing yang dapat memperjuangkan kepentingan,
kebajikan dan aspirasi bumiputera.
Cadangan penubuhan Persekutuan Malaysia turut
menggerakkan penubuhan beberapa parti etnik
Bagi etnik Melayu dan Melanau, dua parti ditubuhkan
berasaskan etnik dan kawasan.
Pakatan Politik di Sarawak
19. Dalam konteks etnik Cina pula, SUPP telah diundang
menyertai kerajaan campuran BN selepas pilihan raya
umum pada tahun 1969 hingga tahun 1971.
Selama lebih 30 tahun selepas penubuhan Parti
Bumiputera, kemunculan beberapa parti baharu Melayu
dan Melanau tidak berjaya menggugat kedudukan
politik Melayu dan Melanau.
Sebelum tahun 1963, etnik Dayak sering berpecah
antara SNAP dan Pesaka sebelum penubuhan
Malaysia, namun kini etnik terbabit menyertai semua
parti politik, sama ada BN atau parti pembangkang.
Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan SNAP mengalami
masalah dalaman
Pakatan Politik di Sarawak
20. Pilihan raya umum ke-12 pada 8 Mac 2008 disertai lebih
daripada 20 parti politik yang menyaksikan BN gagal
mengekalkan majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat.
Dalam pilihan raya tahun 2008, BN hanya menguasai
140 atau memperoleh 63 peratus kerusi termasuk lapan
kerusi dimenangi tanpa dicabar, manakala
pembangkang memenangi 82 kerusi bersamaan 37
peratus daripada 222 kerusi Parlimen yang
dipertandingkan.
Dalam pilihan raya 2004, BN memperoleh 24 daripada
25 kerusi manakala di Sarawak 27 daripada 28 kerusi.
Tsunami Politik: Politik Perkauman
Semakin Mengendur
21. Keputusan pilihan raya 2008 memperlihatkan trend dan
corak pengundian yang berbeza daripada pilihan raya
sebelumnya, iaitu BN menguasai majoriti kerusi tanpa
banyak cabaran, kecuali bagi pilihan raya 1969.
Terdapat pemimpin dan parti politik yang
memanipulasi isu perkauman untuk meraih undi kerana
strategi sedemikian mudah memancing emosi pengundi
kaum terbabit, apatah lagi jika yang disentuh itu
membabitkan hak dan kepentingan kaum berkenaan
seperti agama, bahasa, ekonomi dan pendidikan.
Perubahan Trend dan Corak
Pengundian
22. Pengundi lebih berminat dengan isu yang lebih besar
dan utama membabitkan tadbir urus yang
baik, ketelusan, akauntabiliti, kebebasan
bersuara, keadilan dan seumpamanya.
Perubahan tersebut sedikit sebanyak menggambarkan
perubahan dari segi kematangan demokrasi dan
berpolitik dalam kalangan rakyat.
Perubahan Trend dan Corak
Pengundian (Samb)
23. Dalam pilihan raya 2008, di luar daripada jangkaan
ramai, rakyat lebih memihak kepada pembangkang dan
menolak BN yang disifatkan sebagai tsunami politik.
Untuk pertama kali BN kehilangan sokongan
masyarakat pelbagai kaum.
Persaingan sengit begitu ketara bagi kawasan
bercampur, yang satusatu etnik bukan majoriti
menyaksikan calon BN mengalami kekalahan
sedangkan sebelumnya kawasan sedemikian merupakan
kubu kuat BN.
Masyarakat Pelbagai Etnik Beralih
Angin
24. Bagi kawasan yang didominasi kaum Cina pula,
sokongan terhadap BN adalah rendah.
Untuk pertama kali BN kehilangan sokongan
masyarakat pelbagai kaum.
Semakin ramai orang Cina dan India di sesuatu
kawasan, semakin rendah pula sokongan mereka
terhadap BN.
Sokongan orang Melayu terhadap PKR kian meningkat
di kawasan yang mempunyai ramai pengundi Melayu.
Kegagalan BN mengekalkan majoriti dua pertiga dan
kejayaan Sarawak dan Sabah menjadi kubu kuat
Masyarakat Pelbagai Etnik Beralih
Angin (Samb)
25. Pengalaman lalu membuktikan bahawa negara kita
berjaya mengukir kejayaan dalam pelbagai bidang dan
mencapai perpaduan kerana rakyat pelbagai kaum
bersedia untuk menjalin kerjasama, berkongsi kuasa dan
permuafakatan dari segi politik.
Parti politik yang mewakili pelbagai kaum membentuk
kesepakatan, baik di pihak parti kerajaan mahupun
pembangkang.
Prinsip perkongsian kuasa dan permuafakatan serta
akomodasi antara kaum dan pelbagai parti politik
merupakan tonggak keutuhan dan survival negara ini.
Kesimpulan