ºÝºÝߣ

ºÝºÝߣShare a Scribd company logo
Pertimbangan Semasa
Mengumpul Data

•MOHDLUTFI AZMIR BIN TAN NAZIS
•MUHAMMAD AZRAF HANIF BIN MOHD NOR
Penyelidikan Tindakan:
Pertimbangan Semasa
Mengumpul Data
ï‚— Pensampelan, kesahan,
  kebolehpercayaan, bias
ï‚— Pensampelan dan bias
ï‚— Kesahan:
    - Kritikan luaran (keaslian data)
    - Kritikan dalaman (ketepatan data)
    - Data triangulation
 Kebolehpercayaan – generalisasi data
ï‚— Etika
Sampel Kajian
ï‚— Sampel kajian pula ialah responden-
  responden kajian yang dipilih untuk mewakili
  sesuatu populasi. Penetapan populasi kajian
  adalah penting dalam kajian disebabkan
  populasi akan menentukan bagaimana dan
  berapa ramai sampel yang akan kita pilih
  serta perbelanjaan kajian.
ï‚— Sebagai contoh, kajian tentang keperluan
  murid-murid untuk meningkatkan pencapaian
  akademik mereka di sekolah luar bandar
  tertentulah berbeza daripada kajian tentang
  keperluan murid-murid luar bandar di
  Malaysia.
Kebolehpercayaan dan
Kesahan
ï‚— "Kesahan" dan "kebolehpercayaan"
  merupakan dua aspek yang berbeza
  daripada kepercayaan kajian. Isu isu
  yang berhubung dengan kepercayaan
  kajian ialah dari segi:
(1) alat yang digunakan dalam kajian;
(2) proses mengutip data; dan
(3) kaedah analisis data.
ï‚— Rumus yang dipakai adalah:
  kebolehpercayaan dan kesahan,
  keduanya berorientasikan proses.
Jenis Kebolehpercayaan dan
Kesahan
ï‚—   Terdapat tiga (3) jenis
    kebolehpercayaan; iaitu kestabilan
    (stability), kesetaraan (equivalence)
    dan ketekalan dalaman (internal
    consistency), seperti yang ditunjukkan
    dalam Rajah 5.4.
Tiga jenis kebolehpercayaan


             Kebolehpercayaan


                                Ketekalan
Kestabilan      Kesetaraan
                                Dalaman
ï‚— Kestabilan
ï‚— Ukuran ketekalan mengikut peredaran
  masa bagi sampel yang sama iaitu
  alat kajian berkenaan boleh digunakan
  sepanjang masa.
ï‚— Kesetaraan
ï‚— Ukuran kesetaraan antara skor bagi
  dua ujian yang setara iaitu ujian yang
  berbeza tetapi mengukur kandungan
  yang sama.
ï‚— Ketekalan
ï‚— Ukuran ketekalan antara skor separuh
  daripada ujian dengan skor separuh
  lagi ujian bagi ujian yang sama.
ï‚— Alat ukur dikatakan mempunyai
  ketekalan dalaman apabila semua
  item mengukur konsep dan
  gagasan/konstruk yang sama.
Jenis kesahan
Terdapat empat (4) jenis kesahan, iaitu
ï‚— kesahan kandungan (content validity),
ï‚— kesahan hubungan kriteria (criterion-
  related validity),
ï‚— kesahan konstruk (construct validity)
  dan
ï‚— Kesahan muka (face validity).
Kesahan Kandungan
ï‚—   Kesahan kandungan ialah ukuran
    sejauh/setepat mana sesuatu ujian dapat
    mengukur kandungan bidang yang
    hendak diukur. Kesahan kandungan
    sesuatu ujian adalah penting dalam
    kajian disebabkan, sekiranya kesahan
    kandungan rendah maka markah ujian
    yang diperoleh tidak menunjukkan
    keupayaan sebenar responden bagi
    kandungan yang diukur. Kesahan
    kandungan boleh ditingkatkan dengan
    membandingkan item-item ujian dengan
    objektif dan kandungan bidang.
Kesahan Hubungan Kriteria
ï‚—   Kesahan hubungan kriteria terdiri daripada dua (2) bentuk,
    iaitu kesahan serentak (concurrent validity) dan kesahan
    ramalan (predictive validity).
ï‚—   Kesahan serentak ialah sejauh mana sesuatu alat ukur itu
    berupaya menghasilkan skor yang mempunyai hubungan
    dengan skor yang dihasilkan oleh alat lain yang diambil
    serentak. Contohnya, satu ujian dibina untuk mengukur
    perkara yang sama, dikatakan lebih mudah dan lebih cepat
    digunakan berbanding dengan ujian sedia. Kesahan serentak
    boleh dikira dengan mencari korelasi antara dua skor ujian-
    ujian ini.
ï‚—   Kesahan ramalan pula ialah sejauh mana sesuatu alat ukur
    itu berupaya menghasilkan skor yang mempunyai hubungan
    dengan skor yang dihasilkan oleh alat lain yang diambil
    kemudian. Contohnya, satu ujian dibina untuk mengukur
    pencapaian Matematik, dikatakan dapat meramal keputusan
    SPM Matematik. kesahan ramalan boleh dikira dengan
    mencari korelasi antara skor ujian dan gred M.
Kesahan Konstruk
ï‚—   Kesahan konstruk ialah ukuran
    sejauh/setepat mana sesuatu ujian dapat
    mengukur sesuatu konstruk/gagasan
    berasaskan teori psikologi tertentu.
    Contohnya, alat yang dibina untuk
    mengukur konstruk "rajin" sepatutnya
    dapat mengukur konstruk ini dengan
    baik. Kesahan konstruk boleh
    ditingkatkan dengan memahami maksud
    konstruk tertentu (misalnya, maksud
    "rajin") dan mengetahui ciri-ciri orang
    yang mempunyai konstruk ini (misalnya,
    ciri-ciri orang yang "rajin").
Kesahan Muka
ï‚—   Kesahan muka bukanlah kesahan seperti
    yang dijelaskan, tetapi lebih kepada suatu
    alat/ujian "nampak pada permukaannya"
    dapat mengukur apa yang hendak diukur.
    Contohnya, bagi alat yang mengukur
    konstruk "rajin", kita sepatutnya nampak
    item-itemnya berkait dengan ciri-ciri orang
    yang "rajin". Kesahan muka akan memberi
    keyakinan kepada responden terhadap item-
    item yang hendak dijawab, bagaimanapun,
    kesahan muka mempunyai kelemahan
    tertentu, disebabkan responden boleh
    meneka jawapan yang "positif" kepada
    konstruk yang hendak diukur.
(b) Triangulasi
ï‚— Triangulasi merupakan satu konsep yang
  digunakan umum dalam aktiviti
  lapangan, membuat peta, navigasi dan
  latihan militer.
ï‚— Dalam sains sosial, triangulasi
  digunakan untuk tujuan pengesahan.
  Dalam triangulasi juga, beberapa strategi
  pengutipan data digunakan untuk
  mengukur sesuatu konsep.
ï‚— Masalah berkaitan kebolehpercayaan
  dan kesahan boleh dikurangkan melalui
  triangulasi.
Denzin (1978) mengenal pasti
empat (4) kategori triangulasi:
1. Triangulasi data yang melibatkan
   pengutipan pelbagai jenis data untuk
   menyelidik fenomena yang sama.
2. Triangulasi penyelidikan yang melibatkan
   pelbagai pemerhati berbanding dengan
   pemerhati tunggal untuk menyelidik
   fenomena yang sama.
3. Triangulasi teori yang melibatkan
   penggunaan Iebih daripada satu teori untuk
   menyelidik fenomena yang sama.
4. Triangulasi kaedah yang melibatkan
   penggunaan pelbagai kaedah untuk
   menyelidik fenomena yang sama.
ï‚—   Kajian kajian kualitatif, mustahak bagi
    kita menggunakan teknik yang
    berbeza untuk mengumpul data. Kita
    juga perlu menggunakan strategi yang
    berbeza untuk menyelidik fenomena
    yang sama. Untuk memperoleh
    kebolehpercayaan dan kesahan, kita
    tidak boleh mengenepikan
    penggunaan triangulasi, sebab cara
    ini dipercayai Iebih berkesan jika
    digunakan dalam kajian kualitatif.

More Related Content

Bab 9 pertimbangan semasa mengumpul data

  • 1. Pertimbangan Semasa Mengumpul Data •MOHDLUTFI AZMIR BIN TAN NAZIS •MUHAMMAD AZRAF HANIF BIN MOHD NOR
  • 2. Penyelidikan Tindakan: Pertimbangan Semasa Mengumpul Data ï‚— Pensampelan, kesahan, kebolehpercayaan, bias ï‚— Pensampelan dan bias ï‚— Kesahan: - Kritikan luaran (keaslian data) - Kritikan dalaman (ketepatan data) - Data triangulation ï‚— Kebolehpercayaan – generalisasi data ï‚— Etika
  • 3. Sampel Kajian ï‚— Sampel kajian pula ialah responden- responden kajian yang dipilih untuk mewakili sesuatu populasi. Penetapan populasi kajian adalah penting dalam kajian disebabkan populasi akan menentukan bagaimana dan berapa ramai sampel yang akan kita pilih serta perbelanjaan kajian. ï‚— Sebagai contoh, kajian tentang keperluan murid-murid untuk meningkatkan pencapaian akademik mereka di sekolah luar bandar tertentulah berbeza daripada kajian tentang keperluan murid-murid luar bandar di Malaysia.
  • 4. Kebolehpercayaan dan Kesahan ï‚— "Kesahan" dan "kebolehpercayaan" merupakan dua aspek yang berbeza daripada kepercayaan kajian. Isu isu yang berhubung dengan kepercayaan kajian ialah dari segi: (1) alat yang digunakan dalam kajian; (2) proses mengutip data; dan (3) kaedah analisis data. ï‚— Rumus yang dipakai adalah: kebolehpercayaan dan kesahan, keduanya berorientasikan proses.
  • 5. Jenis Kebolehpercayaan dan Kesahan ï‚— Terdapat tiga (3) jenis kebolehpercayaan; iaitu kestabilan (stability), kesetaraan (equivalence) dan ketekalan dalaman (internal consistency), seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 5.4.
  • 6. Tiga jenis kebolehpercayaan Kebolehpercayaan Ketekalan Kestabilan Kesetaraan Dalaman
  • 7. ï‚— Kestabilan ï‚— Ukuran ketekalan mengikut peredaran masa bagi sampel yang sama iaitu alat kajian berkenaan boleh digunakan sepanjang masa. ï‚— Kesetaraan ï‚— Ukuran kesetaraan antara skor bagi dua ujian yang setara iaitu ujian yang berbeza tetapi mengukur kandungan yang sama.
  • 8. ï‚— Ketekalan ï‚— Ukuran ketekalan antara skor separuh daripada ujian dengan skor separuh lagi ujian bagi ujian yang sama. ï‚— Alat ukur dikatakan mempunyai ketekalan dalaman apabila semua item mengukur konsep dan gagasan/konstruk yang sama.
  • 9. Jenis kesahan Terdapat empat (4) jenis kesahan, iaitu ï‚— kesahan kandungan (content validity), ï‚— kesahan hubungan kriteria (criterion- related validity), ï‚— kesahan konstruk (construct validity) dan ï‚— Kesahan muka (face validity).
  • 10. Kesahan Kandungan ï‚— Kesahan kandungan ialah ukuran sejauh/setepat mana sesuatu ujian dapat mengukur kandungan bidang yang hendak diukur. Kesahan kandungan sesuatu ujian adalah penting dalam kajian disebabkan, sekiranya kesahan kandungan rendah maka markah ujian yang diperoleh tidak menunjukkan keupayaan sebenar responden bagi kandungan yang diukur. Kesahan kandungan boleh ditingkatkan dengan membandingkan item-item ujian dengan objektif dan kandungan bidang.
  • 11. Kesahan Hubungan Kriteria ï‚— Kesahan hubungan kriteria terdiri daripada dua (2) bentuk, iaitu kesahan serentak (concurrent validity) dan kesahan ramalan (predictive validity). ï‚— Kesahan serentak ialah sejauh mana sesuatu alat ukur itu berupaya menghasilkan skor yang mempunyai hubungan dengan skor yang dihasilkan oleh alat lain yang diambil serentak. Contohnya, satu ujian dibina untuk mengukur perkara yang sama, dikatakan lebih mudah dan lebih cepat digunakan berbanding dengan ujian sedia. Kesahan serentak boleh dikira dengan mencari korelasi antara dua skor ujian- ujian ini. ï‚— Kesahan ramalan pula ialah sejauh mana sesuatu alat ukur itu berupaya menghasilkan skor yang mempunyai hubungan dengan skor yang dihasilkan oleh alat lain yang diambil kemudian. Contohnya, satu ujian dibina untuk mengukur pencapaian Matematik, dikatakan dapat meramal keputusan SPM Matematik. kesahan ramalan boleh dikira dengan mencari korelasi antara skor ujian dan gred M.
  • 12. Kesahan Konstruk ï‚— Kesahan konstruk ialah ukuran sejauh/setepat mana sesuatu ujian dapat mengukur sesuatu konstruk/gagasan berasaskan teori psikologi tertentu. Contohnya, alat yang dibina untuk mengukur konstruk "rajin" sepatutnya dapat mengukur konstruk ini dengan baik. Kesahan konstruk boleh ditingkatkan dengan memahami maksud konstruk tertentu (misalnya, maksud "rajin") dan mengetahui ciri-ciri orang yang mempunyai konstruk ini (misalnya, ciri-ciri orang yang "rajin").
  • 13. Kesahan Muka ï‚— Kesahan muka bukanlah kesahan seperti yang dijelaskan, tetapi lebih kepada suatu alat/ujian "nampak pada permukaannya" dapat mengukur apa yang hendak diukur. Contohnya, bagi alat yang mengukur konstruk "rajin", kita sepatutnya nampak item-itemnya berkait dengan ciri-ciri orang yang "rajin". Kesahan muka akan memberi keyakinan kepada responden terhadap item- item yang hendak dijawab, bagaimanapun, kesahan muka mempunyai kelemahan tertentu, disebabkan responden boleh meneka jawapan yang "positif" kepada konstruk yang hendak diukur.
  • 14. (b) Triangulasi ï‚— Triangulasi merupakan satu konsep yang digunakan umum dalam aktiviti lapangan, membuat peta, navigasi dan latihan militer. ï‚— Dalam sains sosial, triangulasi digunakan untuk tujuan pengesahan. Dalam triangulasi juga, beberapa strategi pengutipan data digunakan untuk mengukur sesuatu konsep. ï‚— Masalah berkaitan kebolehpercayaan dan kesahan boleh dikurangkan melalui triangulasi.
  • 15. Denzin (1978) mengenal pasti empat (4) kategori triangulasi: 1. Triangulasi data yang melibatkan pengutipan pelbagai jenis data untuk menyelidik fenomena yang sama. 2. Triangulasi penyelidikan yang melibatkan pelbagai pemerhati berbanding dengan pemerhati tunggal untuk menyelidik fenomena yang sama. 3. Triangulasi teori yang melibatkan penggunaan Iebih daripada satu teori untuk menyelidik fenomena yang sama. 4. Triangulasi kaedah yang melibatkan penggunaan pelbagai kaedah untuk menyelidik fenomena yang sama.
  • 16. ï‚— Kajian kajian kualitatif, mustahak bagi kita menggunakan teknik yang berbeza untuk mengumpul data. Kita juga perlu menggunakan strategi yang berbeza untuk menyelidik fenomena yang sama. Untuk memperoleh kebolehpercayaan dan kesahan, kita tidak boleh mengenepikan penggunaan triangulasi, sebab cara ini dipercayai Iebih berkesan jika digunakan dalam kajian kualitatif.