際際滷

際際滷Share a Scribd company logo
PERKEMBANGAN
  JARINGAN
PENGANGKUTAN
   (BAB 15)
FAKTOR-FAKTOR YANG
      MEMPENGARUHI JARINGAN
     PENGANGKUTAN DI MALAYSIA

        BENTUK MUKA BUMI

 Jalan raya dan jalan kereta api sesuai dibina di kawasan
  tanah pamah, lembah sungai dan pinggir pantai.
 Pantai barat Semenanjung Malaysia yang luas dan rata
  memudahkan pembinaan jalan raya dan jalan kereta api.
 Kawasan yang mempunyai hutan tebal, tanah tinggi,
  bergunung-ganang dan berpaya menjadi penghalang bagi
  pembinaan jalan raya dan jalan kereta api. Contohnya di
  bahagian tengah Semenanjung Malaysia dan kawasan
  pedalaman Sabah dan Sarawak.
KEGIATAN EKONOMI


 Jaringan pengangkutan yang cekap perlu untuk proses
  penghantaran barangan ke pasaran atau pelabuhan untuk
  dieksport.

 Kawasan yang mempunyai sumber mineral dan sumber hutan
  biasanya dihubungkan dengan jalan raya dan jalan kereta api
  untuk memudahkan pengangkutan bahan mentah.

 Kawasan pertanian dan kawasan perindustrian juga mempunyai
  jaringan jalan raya dan jalan kereta api yang lebih padat dan
  baik.
KEMAJUAN TEKNOLOGI


 Kemajuan teknologi telah membantu menjimatkan kos
  pengangkutan dan perhubungan.

 Ia juga membantu mengatasi masalah kesesakan lalu lintas di
  pusat bandar- membolehkan pembinan lebuh raya, terowong,
  jambatan dan pelabuhan.

 Hubungan Malaysia dengan negara-negara yang lain dapat
  dieratkan.
DASAR PEMBANGUNAN NEGARA
           (DASAR KERAJAAN)


 Di Malaysia, kos pembinaan jalan raya, jalan kereta api,
  pelabuhan dan lapangan terbang dibiayai oleh kerajaan.
  Kerajaan bermatlamat membangunkan negara dengan jaringan
  pengangkutan yang baik.

 Kerajaan menentukan corak dan jenis jaringan pengangkutan
  yang perlu dibina dan ditingkatkan.

 Contohnya pembinaan Lebuh Raya Timur-Barat yang
  menghubungkan Pantai Barat dengan Pantai Timur
  Semenanjung Malaysia.
KEPERLUAN PENGGUNA


 Kawasan yang padat penduduk mempunyai jaringan jalan raya
  dan jalan kereta api yang lebih baik dan padat.

 Pantai Barat Semenanjung Malaysia mempunyai jaringan jalan
  raya dan jalan kereta api yang lebih baik dan padat berbanding
  kawasan-kawasan lain di Malaysia.
SEJARAH

 Penjajahan British telah menyebabkan perkembangan sistem
  pengangkutan dan perhubungan.

 Kawasan jajahan British seperti Pulau Pinang dan Melaka
  mempunyai sistem pengangkutan yang lebih maju.

 Jalan raya dan jalan kereta api disediakan untuk mengangkut
  bijih timah dan getah ke pelabuhan.
PERKEMBANGAN JARINGAN
    PENGANGKUTAN

  Pengangkutan Darat
       - Jalan raya, jalan kereta api
  Pengangkutan air
  Pengangkutan Udara
PERKEMBANGAN JARINGAN
  PENGANGKUTAN DARAT
 JALAN RAYA

 Merupakan sistem pengangkutan yang utama di Malaysia.

 Pada umumnya, jaringan jalan raya dan lebuh raya lebih
  tertumpu di Pantai Barat Semenanjung Malaysia, Pantai
  Barat Sabah dan Pantai Barat Sarawak.

 Kawasan tersebut mempunyai kepadatan penduduk yang
  tinggi.

 Pengangkutan darat kurang maju di kawasan pedalaman
  Sabah dan Sarawak kerana kawasan ini bergunung ganang,
  berhutan tebal dan berpenduduk jarang.
 Jalan raya dibina untuk menghubungkan kawasan
  pertanian, perikanan, perlombongan dan
  perindustrian dengan bandar-bandar besar.

 Kemajuan teknologi telah membolehkan pembinaan
  jalan raya di kawasan yang mempunyai halangan
  fizikal dengan membina terowong, lebuh raya,
  jejambat dan jalan raya bertingkat.
 LEBUH RAYA

 Lebuh raya dibina untuk memendekkan masa perjalanan,
  memudahkan pergerakan dan mengelakkan kesesakan lalu lintas.

 Antara lebuh raya tersebut ialah:
      (a) Lebuh Raya Utara-Selatan
            (Bukit Kayu Hitam,Kedah ke Johor Bahru,Johor)
      (b) Lebuh Raya Timur Barat
            (Grik, Perak ke Jeli, Kelantan)
      (c) Lebuh Raya Persekutuan
            (Kuala Lumpur ke Shah Alam)
      (d) Lebuh Raya Trans Borneo
            (Kuching-Bintulu-Miri)
      (e) Lebuh Raya Tun Abdul Razak
            (Kuantan ke Segamat)
TIMUR -BARAT                    LEBUHRAYA
                                              TRANS BORNEO




  LEBUHRAYA
UTARA-SELATAN    LEBUHRAYA
                   KARAK




                                LEBUHRAYA
                               TUN A. RAZAK
 JALAN KERETA API

 Digunakan untuk mengangkut barangan, penumpang dan
  menghubungkan kawasan pedalaman.

 Landasan kereta api di Pantai Barat menganjur dari Johor Bahru ke
  Padang Besar, Perlis dan bersambung terus ke Bangkok, Thailand.

 Landasan kereta api Pantai Barat ke Pantai Timur pula
  menghubungkan Kuala Lumpur dengan Tumpat, Kelantan melalui
  Gemas, Negeri Sembilan.

 Gemas menjadi stesen persimpangan jalan kereta api antara Pantai
  Barat dengan Pantai Timur.

 Tumpat menjadi terminal kereta api di pantai timur Semenanjung
  Malaysia.

 Perkhidmatan kereta api Utara ke Selatan (Ekspres Sinaran dan
  Ekspres Langkawi), Pantai Timur (Ekspres Kenali dan Ekspres Wau)
 Di Sabah, landasan kereta api menghubungkan Kota Kinabalu
  dengan Tenom.

 Terdapat juga perkhidmatan rel antarabangsa seperti Kereta Api
  Trans Asean. Bermula dari Singapura-Malaysia-Thailand-
  Kemboja-Vietnam-Kunming,China.

 Kerajaan telah membina perkhidmatan rel bersepadu untuk
  memudahkan pergerakan dan menjimatkan masa di kawasan
  Lembah Klang.

 Perkhidmatan yang diperkenalkan ialah komuter, LRT, monorel
  dan ERL.
Bab15  jaringan pengangkutan
KOMUTER
KOMUTER
STAR LRT
STAR LRT
Bab15  jaringan pengangkutan
PUTRA LRT
PUTRA LRT
Bab15  jaringan pengangkutan
KL MONORAIL
KL MONORAIL
ERL
ERL
PENGANGKUTAN AIR
 Terbahagi kepada 3 jenis iaitu:

    - Pengangkutan Sungai
    - Pengangkutan Pesisiran Pantai
    - Pengangkutan Laut

 Pengangkutan Sungai

   Sangat penting di Sabah dan Sarawak kerana pengangkutan daratnya terhad.

   Contoh: Sungai Rajang (Sarawak) dan Sungai Kinabatangan (Sabah) digunakan untuk
    mengangkut penumpang dan barangan pukal seperti kayu balak.

   Kurang penting di Semenanjung Malaysia kerana sungainya pendek dan cetek. Hanya
    digunakan di kawasan pedalaman seperti di Pahang dan Kelantan.
PENGANGKUTAN AIR

   Pengangkutan Pesisiran Pantai

 Penting bagi penduduk pinggir pantai untuk mengangkut
  barangan pukal dari pelabuhan kecil ke pelabuhan besar.

 Contoh: Pelabuhan kecil ialah Lumut (Perak) yang membolehkan
  bot-bot dari Pulau Pangkor berlabuh untuk menghantar hasil
  laut.

 Pelabuhan ini juga digunakan sebagai pangkalan tentera laut
  dan polis marin untuk mengawal keselamatan perairan negara.

 Contoh pelabuhan pesisiran pantai lain ialah Sibu, Sandakan,
  Mukah, dan Lahad Datu.
PENGANGKUTAN AIR
   Pengangkutan Laut
Penting kerana:

   Untuk mengangkut barangan pukal dengan kos yang murah.
   Mempunyai pelabuhan yang terlindung dan dalam.
   Mempunyai kemudahan gudang.
   Terletak di lokasi yang strategik.

Pelabuhan yang besar dan mempunyai kemudahan kontena ialah:

   Pelabuhan Klang
   Pelabuhan Pulau Pinang
   Pelabuhan Pasir Gudang
   Pelabuhan Tanjung Pelepas
   Pelabuhan Bintulu
Langkawi




      Tg Pelepas   Pasir Gudang
PENGANGKUTAN UDARA
   Cara pengangkutan yang paling cekap dan cepat tetapi kosnya mahal.

   Di Sabah dan Sarawak, pengangkutan udara penting untuk menghubungkan kawasan
    pedalaman yang berhutan tebal.

   Antara syarikat yang menyediakan perkhidmatan udara ialah Penerbangan Malaysia
    (MAS), Syarikat Air Asia, Pelangi Air dan Tranmile Air(Kargo).

   Malaysia mempunyai 36 lapangan terbang dan padang terbang yang diuruskan oleh
    Malaysia Airport Holdings Berhad (MAHB)

   Antara lapangan terbang di Malaysia ialah :
    - Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)
    - Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas, Pulau Pinang
    - Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi, Kedah
    - Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching, Sarawak
    - Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, Sabah
Lapangan Terbang Antarabangsa
Bab15  jaringan pengangkutan
Bab15  jaringan pengangkutan
Bab15  jaringan pengangkutan
KEPENTINGAN JARINGAN
      PENGANGKUTAN TERHADAP
           PEMBANGUNAN
 Membangunkan sektor perindustrian
 Memajukan sektor pelancongan
 Mempergiatkan sektor perdagangan dan perniagaan
 Memudahkan pergerakan penduduk
 Menggalakkan pembukaan tanah baru dan luar bandar
 Meningkatkan taraf hidup penduduk di kawasan pedalaman
 Lebuh raya memendekkan jarak perjalanan dan menjimatkan
  masa perjalanan
 Perkapalan antarabangsa menggalakkan perdagangan import
  dan eksport
KESAN-KESAN PERKEMBANGAN
     SISTEM PENGANGKUTAN
    TERHADAP ALAM SEKITAR
KESAN POSITIF

 Mengurangkan kesesakan lalu lintas (Pembinaan lebuh
  raya)
 Mengawal alam sekitar (Penggunaan helikopter dan
  kapal terbang dapat membantu kerja pemadaman
  kebakaran hutan)
 Memelihara alam sekitar (LRT, monorel dan ERL dapat
  mengurangkan masalah pencemaran udara dan bunyi.
 Mewujudkan lanskap yang menarik (Pembinaan lebuh
  raya-R&R)
KESAN-KESAN PERKEMBANGAN
SISTEM PENGANGKUTAN TERHADAP
         ALAM SEKITAR
KESAN NEGATIF

 Pencemaran Udara

  - Berkongsi kereta.
  - Menggalakkan kenderaan bermotor memasang
    alat catalytic converter pada ekzos kenderaan
    untuk menapis gas beracun.
  - Penggunaan pengangkutan awam yang tidak
    membebaskan asap seperti monorel, komuter,
    LRT dan ERL.
  - Penggunaan petrol tanpa plumbum.
 Pencemaran Bunyi

 - Membina tembok di kawasan perumahan yang
   berdekatan jalan raya untuk mengurangkan kesan
   pencemaran bunyi.

 - Lapangan terbang dibina jauh dari
   kawasan perumahan.

 Pencemaran Air

 - Menguatkuasakan undang-undang alam
   sekitar.
 Hakisan, tanah runtuh, gelongsoran tanah


 - Membina tembok simen di lereng-lereng bukit.

 - Membina teres di cerun-cerun bukit.

 - Menanam tanaman tutup bumi di cerun-cerun bukit.

 - Membina longkang untuk membolehkan air mengalir
  dengan lancar ke sistem perparitan.

More Related Content

Bab15 jaringan pengangkutan

  • 2. FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI JARINGAN PENGANGKUTAN DI MALAYSIA BENTUK MUKA BUMI Jalan raya dan jalan kereta api sesuai dibina di kawasan tanah pamah, lembah sungai dan pinggir pantai. Pantai barat Semenanjung Malaysia yang luas dan rata memudahkan pembinaan jalan raya dan jalan kereta api. Kawasan yang mempunyai hutan tebal, tanah tinggi, bergunung-ganang dan berpaya menjadi penghalang bagi pembinaan jalan raya dan jalan kereta api. Contohnya di bahagian tengah Semenanjung Malaysia dan kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak.
  • 3. KEGIATAN EKONOMI Jaringan pengangkutan yang cekap perlu untuk proses penghantaran barangan ke pasaran atau pelabuhan untuk dieksport. Kawasan yang mempunyai sumber mineral dan sumber hutan biasanya dihubungkan dengan jalan raya dan jalan kereta api untuk memudahkan pengangkutan bahan mentah. Kawasan pertanian dan kawasan perindustrian juga mempunyai jaringan jalan raya dan jalan kereta api yang lebih padat dan baik.
  • 4. KEMAJUAN TEKNOLOGI Kemajuan teknologi telah membantu menjimatkan kos pengangkutan dan perhubungan. Ia juga membantu mengatasi masalah kesesakan lalu lintas di pusat bandar- membolehkan pembinan lebuh raya, terowong, jambatan dan pelabuhan. Hubungan Malaysia dengan negara-negara yang lain dapat dieratkan.
  • 5. DASAR PEMBANGUNAN NEGARA (DASAR KERAJAAN) Di Malaysia, kos pembinaan jalan raya, jalan kereta api, pelabuhan dan lapangan terbang dibiayai oleh kerajaan. Kerajaan bermatlamat membangunkan negara dengan jaringan pengangkutan yang baik. Kerajaan menentukan corak dan jenis jaringan pengangkutan yang perlu dibina dan ditingkatkan. Contohnya pembinaan Lebuh Raya Timur-Barat yang menghubungkan Pantai Barat dengan Pantai Timur Semenanjung Malaysia.
  • 6. KEPERLUAN PENGGUNA Kawasan yang padat penduduk mempunyai jaringan jalan raya dan jalan kereta api yang lebih baik dan padat. Pantai Barat Semenanjung Malaysia mempunyai jaringan jalan raya dan jalan kereta api yang lebih baik dan padat berbanding kawasan-kawasan lain di Malaysia.
  • 7. SEJARAH Penjajahan British telah menyebabkan perkembangan sistem pengangkutan dan perhubungan. Kawasan jajahan British seperti Pulau Pinang dan Melaka mempunyai sistem pengangkutan yang lebih maju. Jalan raya dan jalan kereta api disediakan untuk mengangkut bijih timah dan getah ke pelabuhan.
  • 8. PERKEMBANGAN JARINGAN PENGANGKUTAN Pengangkutan Darat - Jalan raya, jalan kereta api Pengangkutan air Pengangkutan Udara
  • 9. PERKEMBANGAN JARINGAN PENGANGKUTAN DARAT JALAN RAYA Merupakan sistem pengangkutan yang utama di Malaysia. Pada umumnya, jaringan jalan raya dan lebuh raya lebih tertumpu di Pantai Barat Semenanjung Malaysia, Pantai Barat Sabah dan Pantai Barat Sarawak. Kawasan tersebut mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi. Pengangkutan darat kurang maju di kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak kerana kawasan ini bergunung ganang, berhutan tebal dan berpenduduk jarang.
  • 10. Jalan raya dibina untuk menghubungkan kawasan pertanian, perikanan, perlombongan dan perindustrian dengan bandar-bandar besar. Kemajuan teknologi telah membolehkan pembinaan jalan raya di kawasan yang mempunyai halangan fizikal dengan membina terowong, lebuh raya, jejambat dan jalan raya bertingkat.
  • 11. LEBUH RAYA Lebuh raya dibina untuk memendekkan masa perjalanan, memudahkan pergerakan dan mengelakkan kesesakan lalu lintas. Antara lebuh raya tersebut ialah: (a) Lebuh Raya Utara-Selatan (Bukit Kayu Hitam,Kedah ke Johor Bahru,Johor) (b) Lebuh Raya Timur Barat (Grik, Perak ke Jeli, Kelantan) (c) Lebuh Raya Persekutuan (Kuala Lumpur ke Shah Alam) (d) Lebuh Raya Trans Borneo (Kuching-Bintulu-Miri) (e) Lebuh Raya Tun Abdul Razak (Kuantan ke Segamat)
  • 12. TIMUR -BARAT LEBUHRAYA TRANS BORNEO LEBUHRAYA UTARA-SELATAN LEBUHRAYA KARAK LEBUHRAYA TUN A. RAZAK
  • 13. JALAN KERETA API Digunakan untuk mengangkut barangan, penumpang dan menghubungkan kawasan pedalaman. Landasan kereta api di Pantai Barat menganjur dari Johor Bahru ke Padang Besar, Perlis dan bersambung terus ke Bangkok, Thailand. Landasan kereta api Pantai Barat ke Pantai Timur pula menghubungkan Kuala Lumpur dengan Tumpat, Kelantan melalui Gemas, Negeri Sembilan. Gemas menjadi stesen persimpangan jalan kereta api antara Pantai Barat dengan Pantai Timur. Tumpat menjadi terminal kereta api di pantai timur Semenanjung Malaysia. Perkhidmatan kereta api Utara ke Selatan (Ekspres Sinaran dan Ekspres Langkawi), Pantai Timur (Ekspres Kenali dan Ekspres Wau)
  • 14. Di Sabah, landasan kereta api menghubungkan Kota Kinabalu dengan Tenom. Terdapat juga perkhidmatan rel antarabangsa seperti Kereta Api Trans Asean. Bermula dari Singapura-Malaysia-Thailand- Kemboja-Vietnam-Kunming,China. Kerajaan telah membina perkhidmatan rel bersepadu untuk memudahkan pergerakan dan menjimatkan masa di kawasan Lembah Klang. Perkhidmatan yang diperkenalkan ialah komuter, LRT, monorel dan ERL.
  • 23. PENGANGKUTAN AIR Terbahagi kepada 3 jenis iaitu: - Pengangkutan Sungai - Pengangkutan Pesisiran Pantai - Pengangkutan Laut Pengangkutan Sungai Sangat penting di Sabah dan Sarawak kerana pengangkutan daratnya terhad. Contoh: Sungai Rajang (Sarawak) dan Sungai Kinabatangan (Sabah) digunakan untuk mengangkut penumpang dan barangan pukal seperti kayu balak. Kurang penting di Semenanjung Malaysia kerana sungainya pendek dan cetek. Hanya digunakan di kawasan pedalaman seperti di Pahang dan Kelantan.
  • 24. PENGANGKUTAN AIR Pengangkutan Pesisiran Pantai Penting bagi penduduk pinggir pantai untuk mengangkut barangan pukal dari pelabuhan kecil ke pelabuhan besar. Contoh: Pelabuhan kecil ialah Lumut (Perak) yang membolehkan bot-bot dari Pulau Pangkor berlabuh untuk menghantar hasil laut. Pelabuhan ini juga digunakan sebagai pangkalan tentera laut dan polis marin untuk mengawal keselamatan perairan negara. Contoh pelabuhan pesisiran pantai lain ialah Sibu, Sandakan, Mukah, dan Lahad Datu.
  • 25. PENGANGKUTAN AIR Pengangkutan Laut Penting kerana: Untuk mengangkut barangan pukal dengan kos yang murah. Mempunyai pelabuhan yang terlindung dan dalam. Mempunyai kemudahan gudang. Terletak di lokasi yang strategik. Pelabuhan yang besar dan mempunyai kemudahan kontena ialah: Pelabuhan Klang Pelabuhan Pulau Pinang Pelabuhan Pasir Gudang Pelabuhan Tanjung Pelepas Pelabuhan Bintulu
  • 26. Langkawi Tg Pelepas Pasir Gudang
  • 27. PENGANGKUTAN UDARA Cara pengangkutan yang paling cekap dan cepat tetapi kosnya mahal. Di Sabah dan Sarawak, pengangkutan udara penting untuk menghubungkan kawasan pedalaman yang berhutan tebal. Antara syarikat yang menyediakan perkhidmatan udara ialah Penerbangan Malaysia (MAS), Syarikat Air Asia, Pelangi Air dan Tranmile Air(Kargo). Malaysia mempunyai 36 lapangan terbang dan padang terbang yang diuruskan oleh Malaysia Airport Holdings Berhad (MAHB) Antara lapangan terbang di Malaysia ialah : - Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) - Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas, Pulau Pinang - Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi, Kedah - Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching, Sarawak - Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, Sabah
  • 32. KEPENTINGAN JARINGAN PENGANGKUTAN TERHADAP PEMBANGUNAN Membangunkan sektor perindustrian Memajukan sektor pelancongan Mempergiatkan sektor perdagangan dan perniagaan Memudahkan pergerakan penduduk Menggalakkan pembukaan tanah baru dan luar bandar Meningkatkan taraf hidup penduduk di kawasan pedalaman Lebuh raya memendekkan jarak perjalanan dan menjimatkan masa perjalanan Perkapalan antarabangsa menggalakkan perdagangan import dan eksport
  • 33. KESAN-KESAN PERKEMBANGAN SISTEM PENGANGKUTAN TERHADAP ALAM SEKITAR KESAN POSITIF Mengurangkan kesesakan lalu lintas (Pembinaan lebuh raya) Mengawal alam sekitar (Penggunaan helikopter dan kapal terbang dapat membantu kerja pemadaman kebakaran hutan) Memelihara alam sekitar (LRT, monorel dan ERL dapat mengurangkan masalah pencemaran udara dan bunyi. Mewujudkan lanskap yang menarik (Pembinaan lebuh raya-R&R)
  • 34. KESAN-KESAN PERKEMBANGAN SISTEM PENGANGKUTAN TERHADAP ALAM SEKITAR KESAN NEGATIF Pencemaran Udara - Berkongsi kereta. - Menggalakkan kenderaan bermotor memasang alat catalytic converter pada ekzos kenderaan untuk menapis gas beracun. - Penggunaan pengangkutan awam yang tidak membebaskan asap seperti monorel, komuter, LRT dan ERL. - Penggunaan petrol tanpa plumbum.
  • 35. Pencemaran Bunyi - Membina tembok di kawasan perumahan yang berdekatan jalan raya untuk mengurangkan kesan pencemaran bunyi. - Lapangan terbang dibina jauh dari kawasan perumahan. Pencemaran Air - Menguatkuasakan undang-undang alam sekitar.
  • 36. Hakisan, tanah runtuh, gelongsoran tanah - Membina tembok simen di lereng-lereng bukit. - Membina teres di cerun-cerun bukit. - Menanam tanaman tutup bumi di cerun-cerun bukit. - Membina longkang untuk membolehkan air mengalir dengan lancar ke sistem perparitan.