1. Baba dan Nyonya adalah segolongan keturunan kaum Cina yang unik kedudukannya di kalangan kaum
Cina yang terdapat di Negeri-negeri Selat, Tanah Melayu (kini sebahagian Malaysia), khususnya di
negeri Melaka. Bagaimanapun, sebahagian mereka enggan mengakui bahawa mereka adalah orang
Cina tetapi sebaliknya mendakwa bahawa mereka adalah rakyat British dan amat berbangga dengan
kedudukan ini. Tambahan pula, mereka mengeji pendatang-pendatang Cina yang baru, dan
mempunyai kelab tersendiri yang tidak membenarkan pendatang-pendatang Cina masuk. Mereka
memanggil diri mereka sebagai "Baba" atau "Peranakan" kerana kebudayaan mereka, yang berasal
daripada warisan tradisi Cina, mempunyai unsur-unsur pengaruh kebudayaan Melayu.
Hari perayaan Cap Go Meh juga
diraikan oleh baba nyonya
Antara makanan
Dan kuih-muih baba nyonya