ºÝºÝߣ

ºÝºÝߣShare a Scribd company logo
BAHAGIAN DARAH DANFUNGSINYA
KOMPOSISI DARAH MANUSIA
Darah adalah satu dari sekian macam cairan yang ada di dalam tubuh manusia. Dalam keadaan normal,
komposisi darah manusia adalah plasma darah, sel darah, protein, dan zat terlarutlainnya. Plasma darah
merupakan bahagian darah yang berbentuk cecair jernih kekuningan yang 90% nya adalah air dan
bertugas untuk mengedarkan zat makanan keseluruh tubuh. Sel darah terdiri dari 3 macam, iaitu sel
darah merah (eritrosit), sel darah putih (leukosit) dan kepingan darah (trombosit). Sel-sel darah ini
berasal dari satu indukyangsama,iaituhemocytoblast.
Gambar 1. Bahagian pembentukan sel darah
SEL DARAH MANUSIA
Sel darah manusia mempunyai struktur dan fungsi yang berbeza-beza sesuai dengan tugasnya.
1. Sel darah merah (eritrosit), mempunyai bentuk bulat, pipih dan cekung di bahagian
tengahnya. Sel darah ini berfungsi untuk mengikat oksigen dan mengangkut (mengedarkannya)
keseluruh tubuh, selain itu eritrosit juga bertugas untuk mengangkut karbon dioksida dari
seluruh tubuh ke paru-paru.
Gambar 2. Sel darah merah
2. Sel darah putih (leukosit), mempunyai bentuk lebih besardaripada eritrosit, tidak
berwarna, dapat bergerak, mempunyai kemampuan untuk menembus dinding pembuluh darah,
dan mempunyai inti. Sel darah ini bertugas untuk memakan dan menghancurkan bibit penyakit
atau benda asing yang masuk ke dalam tubuh. Jika di dalam tubuh terjadi infeksi, maka jumlah
leukosit akan meningkat.
Gambar 3. Sel darah putih
3. Keping darah (trombosit), ukurannya lebih kecil dibandingkan dua sel darah lainnya,
bentuknya tidak teratur, dan tidak berinti. Jika terjadi luka yang berdarah, maka keeping darah
berfungsi untuk membekukannya dan menutup luka tersebut.
Gambar 4. Keping darah
FUNGSI DARAH BAGI MANUSIA
Selain fungsi yang sudah disebutkan di atas, iaitu sebagai alat pengangkut (oksigen, karbon
dioksida, zat makanan, hormon, dan urea), membunuh kuman penyakit, dan menutup luka,
ternyata darah juga mempunyai fungsi lain, iaitu menjaga suhu tubuh agar tetap stabil.
Saat badan menjadi terlalu panas, pembuluh kapiler di bawah kulit menjadi lebih besar
sehingga lebih banyak darah dapat mengalir melewatinya. Kerana lebih banyak darah mengalir
dekat permukaan kulit, panas hilang dan badan mulai menjadi dingin. Proses sebaliknya terjadi
bila badan terlalu dingin.
CARA-CARA MENENTUKAN JENIS DARAH.
JENIS-JENIS DARAH
Ada dua jenis system darah utama iaitu sistem ABO dan sistem Rhesus.
Jenis darah seseorang individu bergantung kepada 'allele'. Setiap orang mempunyai dua allele
– satu diambil dari bapa dan satu dari ibu. Sepasang allele ini dipanggil 'genotype'.
'Allele' ialah satu bentuk informasi genetik yang berada di dalam DNA kita dan terletak di lokasi
yang telah ditetapkan pada kromosom yang telah ditetapkan.
Sistem ABO
Dalam sistem ABO ada tiga jenis allele iaitu A, B dan O.
Oleh kerana dalam setiap individu ada dua allele (satu dari bapa, satu dari ibu), kombinasi yang
adalah AA, BB, AB, Ao, Bo dan oo.
Allele A dan allele B adalah allele yang dominant (berpengaruh) manakala allele O adalah
allele yang recessive (tidak berpengaruh). Oleh kerana allele O tidak kuat, ia selalunya di tulis
dengan huruf kecil.
Jenis darah setiap individu adalah seperti yang dinyatakan pada rajah di bawah.
Genotype Jenisdarah Catatan
AA A
Ao A
Olehkerana"A"dominantdan"o" recessive,jenis darahmengikutjenisyang
dominant
AB AB "A" dan"B" kedua-duanyadominant.Oleh itujenisdarahialahAB
BB B
Bo B
Olehkerana"B" dominantdan"o"recessive,jenis darahmengikutjenisyang
dominant
oo O
Contohnya, sekiranya darah anda jenis A, ini bererti ada dua kemungkinan, iaitu genotype
darah anda ialah AA atau Ao. Anda boleh menentukan secara pasti sama ada anda AA atau Ao
dengan melakukan ujian DNA.
Darah anak anda
Genotype anak anda diambil dari ibu (satu allele) dan ayah (satu allele). Contohnya ibu
berdarah A (ada dua kemungkinan iaitu genotype ibu AA atauAo) dan ayah berdarah AB
(genotype AB). Sila lihat rajah di bawah untuk penerangan.
Kemungkinan 1 - Ibu AA dan ayah AB
Daripada rajah di atas, sekiranya genotype ibu AA dan ayah AB, kemungkinan yang berlaku
ialah:
50% kemungkinananakberdarah A dan
50% kemungkinananakberdarah AB.
Bagaimanapun, oleh kerana ibu berdarah A, ada lagi satu kemungkinan iaitu genotype ibu ialah
Ao dan bapa AB (genotype bapa sama, tidak berubah). Sila lihat rajah di bawah pula.
Kemungkinan 2 - IbuAodan ayah AB
Daripada rajah di atas, sekiranya genotype ibu Ao dan bapa AB :
50% kemungkinan anak berdarah A
25% kemungkinan darah AB dan
25% kemungkinan darah B.
Jika kita gabungkan kedua-dua rajah di atas – sekiranya ibu berdarah A dan ayah berdarah AB
– kita boleh membua tpengiraan:
Kemungkinandarahanak Kekerapan Peratuskemungkinan
Jenis A 4 kali 4 / 8 x 100 = 50%
Jenis B 1 kali 1 / 8 x 100 = 12.5%
Jenis AB 3 kali 3 / 8 x 100 = 37.5%
Jenis O - 0 / 8 x 100 = 0%
Homeostasis
Homeostasis merupakan suatu keadaan tubuh untuk mempertahankan keseimbangan dalam
mempertahankan kondisi yang dialaminya. Proses homeostasis ini dapat terjadi apabila tubuh
mengalami stres yang ada sehingga tubuh secara alamiah akan melakukan mekanisme
pertahanan diri untuk menjaga kondisi yang seimbang, atau juga dapat dikatakan bahwa
homeostasis adalah suatu proses perubahan yang terus-menerus untuk memelihara stability
dan berada terhadap kondisi lingkungan sekitarnya.
Homeostasis yang terdapat dalam tubuh manusia dapat dikendalikan oleh suatu system
endokrin dan syarafotonom. Secara alamiah proses homeostasis dapat terjadi dalam tubuh
manusia. Dalam mempelajari cara tubuh melakukan proses homeostasis ini dapat melalui
empat cara iaitu :
a. Self regulation
Sistem ini terjadi secara otomatis pada orang yang sihat seperti dalam pengaturan proses
system fisiologi tubuh manusia.
b. Cara kompensasi
Tubuh akan cenderung bereaksi terhadap ketidaknormalan dalam tubuh. Sebagai contoh,
apabila secara tiba-tiba lingkunga nmenjadi dingin, maka pembuluh darah perifer akan
mengalami konstriksi dan merangsang pembuluh darah bagian dalam untuk meningkatkan
kegiatan (misalnya menggigil) yang dapat menghasilkan panas sehingga suhu tetap stabil,
pelebaran pupil untuk meningkatkan persepsi visual pada saat terjadi ancaman terhadap tubuh,
peningkatan keringat untuk mengontrol kenaikan suhu badan.
c. Cara umpan balik negative
Proses ini merupakan penyimpangan dari keadaan normal. Dalam keadaan abnormal tubuh
secara otomatis akan melakukan mekanis mengumpan balik untuk menyeimbangkan
penyimpangan yang terjadi.
d. Umpan balik untuk mengoreksi ketidakseimbangan fisiologis.
Sebagai contoh apabila seseorang mengalami hipoksia akan terjadi proses peningkatan
denyutan jantung untuk membawa darah dan oksigen yang cukup keseluruh tubuh.
Homeostasis psikologis berfokus pada keseimbangan emosional dan kesejahteraan mental.
Proses ini didapati dari pengalaman hidup dan interaksi dengan orang lain serta dipengaruhi
oleh norma dan budaya masyarakat. Contoh homeostasis psikologis adalah mekanisme
pertahanan diri seperti menangis, tertawa, berteriak dan memukul.

More Related Content

Bagian darah dan fungsinya

  • 1. BAHAGIAN DARAH DANFUNGSINYA KOMPOSISI DARAH MANUSIA Darah adalah satu dari sekian macam cairan yang ada di dalam tubuh manusia. Dalam keadaan normal, komposisi darah manusia adalah plasma darah, sel darah, protein, dan zat terlarutlainnya. Plasma darah merupakan bahagian darah yang berbentuk cecair jernih kekuningan yang 90% nya adalah air dan bertugas untuk mengedarkan zat makanan keseluruh tubuh. Sel darah terdiri dari 3 macam, iaitu sel darah merah (eritrosit), sel darah putih (leukosit) dan kepingan darah (trombosit). Sel-sel darah ini berasal dari satu indukyangsama,iaituhemocytoblast. Gambar 1. Bahagian pembentukan sel darah
  • 2. SEL DARAH MANUSIA Sel darah manusia mempunyai struktur dan fungsi yang berbeza-beza sesuai dengan tugasnya. 1. Sel darah merah (eritrosit), mempunyai bentuk bulat, pipih dan cekung di bahagian tengahnya. Sel darah ini berfungsi untuk mengikat oksigen dan mengangkut (mengedarkannya) keseluruh tubuh, selain itu eritrosit juga bertugas untuk mengangkut karbon dioksida dari seluruh tubuh ke paru-paru. Gambar 2. Sel darah merah 2. Sel darah putih (leukosit), mempunyai bentuk lebih besardaripada eritrosit, tidak berwarna, dapat bergerak, mempunyai kemampuan untuk menembus dinding pembuluh darah, dan mempunyai inti. Sel darah ini bertugas untuk memakan dan menghancurkan bibit penyakit atau benda asing yang masuk ke dalam tubuh. Jika di dalam tubuh terjadi infeksi, maka jumlah leukosit akan meningkat.
  • 3. Gambar 3. Sel darah putih 3. Keping darah (trombosit), ukurannya lebih kecil dibandingkan dua sel darah lainnya, bentuknya tidak teratur, dan tidak berinti. Jika terjadi luka yang berdarah, maka keeping darah berfungsi untuk membekukannya dan menutup luka tersebut. Gambar 4. Keping darah
  • 4. FUNGSI DARAH BAGI MANUSIA Selain fungsi yang sudah disebutkan di atas, iaitu sebagai alat pengangkut (oksigen, karbon dioksida, zat makanan, hormon, dan urea), membunuh kuman penyakit, dan menutup luka, ternyata darah juga mempunyai fungsi lain, iaitu menjaga suhu tubuh agar tetap stabil. Saat badan menjadi terlalu panas, pembuluh kapiler di bawah kulit menjadi lebih besar sehingga lebih banyak darah dapat mengalir melewatinya. Kerana lebih banyak darah mengalir dekat permukaan kulit, panas hilang dan badan mulai menjadi dingin. Proses sebaliknya terjadi bila badan terlalu dingin. CARA-CARA MENENTUKAN JENIS DARAH. JENIS-JENIS DARAH Ada dua jenis system darah utama iaitu sistem ABO dan sistem Rhesus. Jenis darah seseorang individu bergantung kepada 'allele'. Setiap orang mempunyai dua allele – satu diambil dari bapa dan satu dari ibu. Sepasang allele ini dipanggil 'genotype'. 'Allele' ialah satu bentuk informasi genetik yang berada di dalam DNA kita dan terletak di lokasi yang telah ditetapkan pada kromosom yang telah ditetapkan. Sistem ABO Dalam sistem ABO ada tiga jenis allele iaitu A, B dan O. Oleh kerana dalam setiap individu ada dua allele (satu dari bapa, satu dari ibu), kombinasi yang adalah AA, BB, AB, Ao, Bo dan oo. Allele A dan allele B adalah allele yang dominant (berpengaruh) manakala allele O adalah allele yang recessive (tidak berpengaruh). Oleh kerana allele O tidak kuat, ia selalunya di tulis dengan huruf kecil.
  • 5. Jenis darah setiap individu adalah seperti yang dinyatakan pada rajah di bawah. Genotype Jenisdarah Catatan AA A Ao A Olehkerana"A"dominantdan"o" recessive,jenis darahmengikutjenisyang dominant AB AB "A" dan"B" kedua-duanyadominant.Oleh itujenisdarahialahAB BB B Bo B Olehkerana"B" dominantdan"o"recessive,jenis darahmengikutjenisyang dominant oo O Contohnya, sekiranya darah anda jenis A, ini bererti ada dua kemungkinan, iaitu genotype darah anda ialah AA atau Ao. Anda boleh menentukan secara pasti sama ada anda AA atau Ao dengan melakukan ujian DNA. Darah anak anda Genotype anak anda diambil dari ibu (satu allele) dan ayah (satu allele). Contohnya ibu berdarah A (ada dua kemungkinan iaitu genotype ibu AA atauAo) dan ayah berdarah AB (genotype AB). Sila lihat rajah di bawah untuk penerangan. Kemungkinan 1 - Ibu AA dan ayah AB
  • 6. Daripada rajah di atas, sekiranya genotype ibu AA dan ayah AB, kemungkinan yang berlaku ialah: 50% kemungkinananakberdarah A dan 50% kemungkinananakberdarah AB. Bagaimanapun, oleh kerana ibu berdarah A, ada lagi satu kemungkinan iaitu genotype ibu ialah Ao dan bapa AB (genotype bapa sama, tidak berubah). Sila lihat rajah di bawah pula. Kemungkinan 2 - IbuAodan ayah AB Daripada rajah di atas, sekiranya genotype ibu Ao dan bapa AB : 50% kemungkinan anak berdarah A 25% kemungkinan darah AB dan 25% kemungkinan darah B. Jika kita gabungkan kedua-dua rajah di atas – sekiranya ibu berdarah A dan ayah berdarah AB – kita boleh membua tpengiraan: Kemungkinandarahanak Kekerapan Peratuskemungkinan Jenis A 4 kali 4 / 8 x 100 = 50% Jenis B 1 kali 1 / 8 x 100 = 12.5% Jenis AB 3 kali 3 / 8 x 100 = 37.5% Jenis O - 0 / 8 x 100 = 0%
  • 7. Homeostasis Homeostasis merupakan suatu keadaan tubuh untuk mempertahankan keseimbangan dalam mempertahankan kondisi yang dialaminya. Proses homeostasis ini dapat terjadi apabila tubuh mengalami stres yang ada sehingga tubuh secara alamiah akan melakukan mekanisme pertahanan diri untuk menjaga kondisi yang seimbang, atau juga dapat dikatakan bahwa homeostasis adalah suatu proses perubahan yang terus-menerus untuk memelihara stability dan berada terhadap kondisi lingkungan sekitarnya. Homeostasis yang terdapat dalam tubuh manusia dapat dikendalikan oleh suatu system endokrin dan syarafotonom. Secara alamiah proses homeostasis dapat terjadi dalam tubuh manusia. Dalam mempelajari cara tubuh melakukan proses homeostasis ini dapat melalui empat cara iaitu : a. Self regulation Sistem ini terjadi secara otomatis pada orang yang sihat seperti dalam pengaturan proses system fisiologi tubuh manusia. b. Cara kompensasi Tubuh akan cenderung bereaksi terhadap ketidaknormalan dalam tubuh. Sebagai contoh, apabila secara tiba-tiba lingkunga nmenjadi dingin, maka pembuluh darah perifer akan mengalami konstriksi dan merangsang pembuluh darah bagian dalam untuk meningkatkan kegiatan (misalnya menggigil) yang dapat menghasilkan panas sehingga suhu tetap stabil, pelebaran pupil untuk meningkatkan persepsi visual pada saat terjadi ancaman terhadap tubuh, peningkatan keringat untuk mengontrol kenaikan suhu badan. c. Cara umpan balik negative Proses ini merupakan penyimpangan dari keadaan normal. Dalam keadaan abnormal tubuh secara otomatis akan melakukan mekanis mengumpan balik untuk menyeimbangkan penyimpangan yang terjadi.
  • 8. d. Umpan balik untuk mengoreksi ketidakseimbangan fisiologis. Sebagai contoh apabila seseorang mengalami hipoksia akan terjadi proses peningkatan denyutan jantung untuk membawa darah dan oksigen yang cukup keseluruh tubuh. Homeostasis psikologis berfokus pada keseimbangan emosional dan kesejahteraan mental. Proses ini didapati dari pengalaman hidup dan interaksi dengan orang lain serta dipengaruhi oleh norma dan budaya masyarakat. Contoh homeostasis psikologis adalah mekanisme pertahanan diri seperti menangis, tertawa, berteriak dan memukul.