Dokumen tersebut membahas bahaya dari perbuatan mengata-ngata atau memfitnah orang lain. Umat Islam dilarang melakukan perbuatan tersebut karena merupakan dosa. Dokumen juga menyarankan untuk menjauhi diri dari perkumpulan yang suka mengata-ngata dan lebih baik bermuhasabah diri sendiri.
1 of 3
Download to read offline
More Related Content
Bahaya mengata ngata dan Balasan Di Dunia dan Akhirat. - Solusi
1. Bahaya Mengata-ngata
Anda pernah
difitnah, dikata
atau diumpat
orang? Pasti ramai
yang pernah
mengalami situasi
seperti ini. Sudah
tentu kita akan
berasa tertekan,
malu dan
bercampur baur
perasaan ketika
itu. Tidak kiralah
sama ada apa
yang dikata itu
benar ataupun
tidak.
Menjauhi
Ghibah
Sebagai umat
Islam, kita
dilarang sama
sekali untuk
memfitnah,
mengata atau
menceritakan aib
orang lain
(ghibah) kerana ia
merupakan
perbuatan dosa.
Kita dituntut
menjaga lidah
daripada berkata-kata
kecuali yang
baik dan
bermanfaat sahaja.
Kadangkala yang
harus dan tidak
haram itu boleh
terseret menjadi
haram atau
makrukh tanpa
disedari.
Bukan itu
sahaja, malah kita
juga dilarang
untuk mendengar
apalagi terlibat
mengatakan
perkara-perkara
yang tiada kaitan
dan tidak memberi
manfaat kepada
kita. Dalam surah
al-Isra’ ayat 36,
Allah berfirman
yang bermaksud:
“Dan janganlah
kamu turutkan apa
yang kamu tidak
ketahui.
Sesungguhnya
pendengaran,
penglihatan dan
hati akan
dipersoalkan
tentang apa yang
telah
dilakukannya.”
Oleh sebab
itu, jika sedang
berkumpul atau
bersembang
dengan rakan-rakan
atau
saudara-mara,
jauhilah perbuatan
mengata ini. Jika
ada yang
memulakannya,
mintalah agar
berhenti atau
tinggalkan sahaja
kumpulan itu.
Bimbang kita juga
akan turut berdosa
Jadilah
seperti firman
Allah SWT dalam
surah al-Qasas
ayat 55 yang
bermaksud: “Dan
apabila mereka
mendengar
perkataan yang
tidak bermanfaat,
mereka berpaling
daripadanya dan
berkata: ‘Bagi
kami amal kami
dan bagi kamu
amal kamu,
kesejahteraan atas
dirimu, kami tidak
ingin bergaul
dengan orang
jahil.’”
Awas
Perangkap
Syaitan
Mendengar gosip
atau cerita tentang
orang lain
memang disukai
dan
mengasyikkan.
Tidak kiralah
sama ada cerita itu
benar ataupun
tidak. Lebih-lebih
lagi jika orang
yang diceritakan
itu oang kita
benci. Kita
cenderung untuk
ambil tahu dan
kemudian
erkeinginan untuk
menceritakan
semula kepada
orang lain. Ketika
itulah syaitan akan
memaink peranan
shingga ta
terpedaya.
Kadangkal
a anpa kita sedar,
ita dah terjebak
dalam permainan
syaitan.
Bahayanya
apabila kita tidak
menyedari kita
sedang
2. melakukannya.
Nabi SAW
berpesan dalam
sabda Baginda
yang bermaksud:
“Sesiapa yang
beriman kepada
Allah dan hari
akhirat, maka
hendaklah dia
berkata yang baik,
atau jika tidak
dapat berkata
baik, hendaklah
dia berdiam diri
sahaja.” (Muttafaq
‘alaih)
Jelas
disini, jika kata-kata
yang
dilafazkan tidak
bermanfaat atau
tiada kebaikan
padanya, maka
lebih baik diam
sahaja. Tidak ada
cara lain agar kita
tidak turut berdosa
selain
meninggalkan
sesi, forum atau
apa-apa sahaja
daripada orang
yang suka
mengata-ngata ini.
Meskipun ia akan
mengakibatkan
kita juga dikata
dan diumpat
mereka, kita harus
bersedia untuk itu.
Kehilanga
n beberapa
sahabat yang
gemar mengata-ngata
yang tidak
sepatutnya itu,
lebih baik jika
dibandingkan
daripada
berkawan dengan
mereka yang akan
hanya membawa
mudarat kepada
kita. Mungkin kita
akan kehilangan
kawan, tetapi
Insya-Allah, Allah
SWT akan
mempertemukan
kita dengan
sahabat-sahabat
yang lebih baik
akhlaknya.
Pada
kebiasaannya
perbuatan
mengata dan
mengumpat ini
dilakukan kerana
adanya penyakit
dengki, iri atau
dendam terhadap
orang lain.
Tambahan pula,
jika bercampur
dengan perasaan
marah, maka ia
dilepaskan dengan
menybarkan
fitnah agar orang
itu tidak lagi
dipuji atau
dimuliakan.
Adakalanya orang
yang menfitnah
ini berasa mereka
lebih baik, lebih
mulia atau tinggi
martabatnya
dengan menhina
dan memburukkan
orang lain.
Ingatlah bahawa,
dosa orang
menfitnah lebih
teruk daripada
dosa orang yang
membunuh dan
balasannya
digunting lidah
dan bibirnya
semasa diakhirat
kelak.
Kesan Ghibah
-Pergaduhan dan
perselisihan
faham.
-Tidak bertegur
sapa, bermasam
muka sehingga
memutuskan
silaturahim.
-Perpecahan
dalam masyarakat
Umat Islam.
-Akan mendapat
balasan di akhirat
kelak.
Kesimpulan
Oleh itu, jagalah
pancaindera dan
hati kita daripada
terlibat dengan
fitnah. Muhasabah
keburukan diri
sendiri dahulu
sebelum mengeji
orang lain. Akui
bahawa diri kita
juga banyak
kelemahan diri,
jesteru tidak
berbaloi apabila
kita sibuk mencari
kelemahan orang
sehingga
mengaikabtkan
mereka pula
mencari
kelemahan kita.
Sibukkan diri
dengan membaiki
diri sendiri
sebelum menegur
orang lain. Ubati
kekurangan dan
kelemahan diri
sendiri agar
keimanan sentiasa
bertakhta di hati.
Banyakkan
berzikir dan
meningkatkan
ibadah kita