際際滷

際際滷Share a Scribd company logo
http://gudangsoalan.blogspot.com

                                                              SET 1

                     012 BAHASA MELAYU KERTAS 2
                              TAHUN 6

                          MASA : 1 Jam 15 minit

NAMA : _________________________________________________

TAHUN             : 6 ________________________

ANGKA GILIRAN    : JF153 _____________________

                   SOALAN         MARKAH                  %

                      A

                      B

                      C

                   JUMLAH

                               BAHAGIAN A
                               ( 10 markah )
                               Masa :15 minit

                       http://gudangsoalan.blogspot.com
http://gudangsoalan.blogspot.com

Tulis lima ayat yang lengkap tentang aktiviti-aktiviti yang terdapat dalam gambar di bawah
ini.

                                    BAHAGIAN B
                                    ( 30 markah )
                                    Masa : 40 minit

                            http://gudangsoalan.blogspot.com
http://gudangsoalan.blogspot.com

Tulis karangan tentang tajuk-tajuk di bawah ini yang panjangnya tidak kurang daripada 80
patah kata.

1      Persatuan beruniform yang anda sertai akan menganjurkan perkhemahan di suatu kawasan
       hutan lipur. Sebagai setiausaha, anda dikehendaki menulis surat kepada Guru Besar untuk
       memaklumkan aktiviti tersebut serta meminta keizinannya.
               Tulis surat tersebut selengkapnya.

2      Bersempena dengan sambutan Hari Guru, anda selaku wakil murid diminta menyampaikan
       syarahan yang ditujukan khusus kepada para guru.
              Tulis teks syarahan tersebut dengan menyentuh penghargaan murid terhadap jasa
       guru.

3      Anda mendapati murid-murid sekolah anda mengabaikan kebersihan di dalam dan di sekitar
       kawasan sekolah. Anda ingin mencadangkan cara-cara untuk mengatasi masalah tersebut.
              Tulis cadangan anda itu selengkapnya.

                                      BAHAGIAN C
                                      ( 20 markah )
                                      Masa : 20 minit

Tulis nilai/pengajaran yang dapat anda peroleh daripada sajak di bawah ini. Panjangnya
jawapan anda mestilah tidak kurang daripada 50 patah kata. Tulis jawapan anda dalam
satu perenggan.
                                   Malaysia Maju

                         Ayuh kawan, teman seperjuangan,
                         Bersama hayati matlamat wawasan,
                           Majukan negara jauh ke depan,
                          Jangan sampai kita ketinggalan.

                       Bersopan santun amalkan berterusan,
                     Bantu-membantu kekalkan berpanjangan,
                       Jati diri yang unggul kita mantapkan,
                     Masyhurlah nama negara zaman-berzaman.
                         Berkibar megah Jalur Gemilang,

                        Simbol kedaulatan negara cemerlang,
                       Biar menggunung cabaran mendatang,
                      Rakyat yang berbakti bersedia menentang.

                             http://gudangsoalan.blogspot.com
http://gudangsoalan.blogspot.com

http://gudangsoalan.blogspot.com
http://gudangsoalan.blogspot.com

SET 2
Soalan 1: Memindahkan Maklumat
Tulis lima ayat yang lengkap tentang gambar di bawah ini.

Soalan 2: Menulis Karangan
Tulis karangan tentang tajuk-tajuk di bawah ini yang panjangnya tidak kurang daripada 80
patah kata.

1      Anda terpilih sebagai Tokoh Murid sekolah anda baru-baru ini. Anda diminta menyampaikan
       ucapan dalam suatu majlis yang dihadiri oleh Guru Besar, para guru, ibu bapa, dan rakan-
       rakan pelajar.
               Tulis ucapan anda itu selengkapnya.

2      Kelas anda telah mengadakan mesyuarat untuk menubuhkan Kelab Komputer. Anda sebagai
       setiausaha diminta menulis laporan tentang mesyuarat tersebut.
               Sediakan laporan itu selengkapnya.

3      Tulis suatu cerita yang menarik dengan berdasarkan peribahasa Kalau tidak dipecahkan
       ruyung di mana boleh mendapat sagunya.

                             http://gudangsoalan.blogspot.com
http://gudangsoalan.blogspot.com

Soalan 3: Membina Ulasan
Tulis nilai/pengajaran yang dapat anda peroleh daripada pantun di bawah ini. Panjangnya
jawapan anda mestilah tidak kurang daripada 50 patah kata. Tulis jawapan anda dalam
satu perenggan.

          Devan dan Jais pengawas sekolah. Pada hari Rabu yang lalu mereka bertugas
 memeriksa bilik darjah pada waktu rehat. Sebuah demi sebuah kelas diperiksa oleh mereka
 dengan teliti untuk memastikan bahawa tiada murid yang berada di dalam kelas ketika itu..
          Sewaktu menghampiri makmal komputer, tiba-tiba terpandang oleh mereka
 sekumpulan murid dalam keadaan yang mencurigakan. Jais, lihat, di sana! Murid bertubuh
 kecil itu seperti dibuli dan diugut oleh tiga orang murid Tahun Enam, kata Devan.
          Ya, saya kenal akan mereka. Mereka memang nakal. Rasa saya sudah beberapa kali
 mereka diberi amaran oleh guru disiplin. Namun, amaran guru didengar ada dipakai tidak,
 kata Jais.
          Kalau begitu kita harus bertindak. Mari kita selesaikan masalah itu. Tidak kita harus
 biarkan perkara itu begitu saja. Nanti lebih banyak murid lain yang akan menjadi mangsa.
 kata Devan.
          Ayuh, kita laporkan perkara ini segera kepada Guru Besar atau guru disiplin. Kita
 tidak harus bertindak sendiri kerana hal tersebut boleh mengancam keselamatan kita, kata
 Jais.
          Ya, saya setuju. Hanya guru yang berhak menjalankan siasatan dan mengambil
 tindakan sewajarnya, kata Devan pula.

                                http://gudangsoalan.blogspot.com
http://gudangsoalan.blogspot.com

SET 3

1      Anda dan rakan anda berehat di sebuah taman permainan. Anda berdua berbual-bual tentang
       sikap masyarakat yang menyalahgunakan kemudahan awam yang disediakan.
              Tulis perbualan antara anda dengan rakan anda itu.

2      Anda dan rakan-rakan anda ialah barisan pembangkang dalam suatu pertandingan perbahasan
       antara sekolah. Tajuk perbahasannya ialah Kemasukan pekerja asing ke negara ini lebih
       banyak mendatangkan kebaikan daripada keburukan kepada negara.
               Tulis hujah-hujah anda itu selengkapnya.

3       Tulis karangan yang bertajuk Sehari dalam Kehidupan Pemandu Teksi.

                              http://gudangsoalan.blogspot.com
http://gudangsoalan.blogspot.com

Soalan 3: Membina Ulasan
Tulis nilai/pengajaran yang dapat anda peroleh daripada petikan di bawah ini. Panjangnya
jawapan anda mestilah tidak kurang daripada 50 patah kata. Tulis jawapan anda dalam
satu perenggan.

        Daneng murid yang agak lemah dalam pelajaran, khususnya mata pelajaran
 Matematik dan Sains. Dia sering mendapat markah yang rendah dalam ujian. Daneng
 sering disisihkan oleh rakan-rakan yang lebih bijak daripadanya. Mereka tidak suka
 berbincang tentang pelajaran dengannya. Malah, mereka selalu menyindirnya atas
 kelemahannya itu.      Namun, Daneng bersabar menghadapi perlakuan kawan-
 kawannya.
        Jauh di lubuk hatinya tersemiak tekad. Dia ingin membuktikan bahawa
 belakang parang sekalipun, kalau diasah akan tajam juga. Mulai hari itu Daneng
 belajar bersungguh-sungguh.      Dia memberikan tumpuan sepenuhnya terhadap
 pengajaran guru di dalam kelas diberikan. Apa-apa saja yang tidak difahaminya
 ditanyakan kepada guru tanpa segan silu. Semua kerja rumah disiapkannya melalui
 bimbingan abang dan kakaknya.
        Waktu yang terluang tidak disia-siakannya. Selain membantu ibu bapanya di
 kebun, Daeng mengulang kaji pelajaran sendirian. Kerajinannya itu mengembirakan
 semua gurunya. Mereka tidak keberatan memberikan bimbingan percuma kepada
 Daneng.
        Ternyata kegigihan Daneng itu membuahkan hasil. Dia bukan saja mendapat
 5A dalam UPSR, malah muncul sebagai murid yang paling cemerlang di sekolahnya.
 Daneng bersyukur atas kejayaannya itu. Dia sama sekali tidak melupakan jasa guru-
 gurunya terhadapnya.

                            http://gudangsoalan.blogspot.com
http://gudangsoalan.blogspot.com

SET 4

1      Sewaktu anda dalam perjalanan pulang ke rumah, anda terpandang akan seekor anak
       kucing yang basah kuyup di tepi jalan.
              Ceritakan tindakan yang anda ambil terhadap anak kucing itu dan peristiwa
       yang berlaku seterusnya.

2      Anda baru saja menerima sepucuk surat daripada rakan lama anda yang telah
       berpindah ke sekolah lain. Rakan anda ingin mengetahui perkembangan sekolah
       lamanya daripada anda.
              Balas surat rakan lama anda itu.

3      Anda bersetuju dengan pendapat sesetengah orang bahawa belajar bersendirian lebih
       baik daripada belajar secara berkumpulan.
              Tulis pendapat anda itu selengkapnya.

                 Negeri Hang Tuah indah ceria,
                        Pantainya bersih tiada sampah;
                 Bertuah kita rakyat Malaysia,
                        Buminya indah khazanah melimpah.

                 Turun-temurun, hidup bersatu,
                        Rakyat Malaysia pelbagai kaum;
                 Sukar digugat perpaduan jitu,
                        Pelancong asing berasa kagum.

                 Spesies haruan, toman, dan keli,
                        Terdapat banyak di Tasik Bera;
                 Kekalkan kemakmuran kukuhkan ekonomi,
                        Pergiat usaha makmurkan negara.

                 Pangkor dan Tioman tumpuan pengunjung,
                       Perairannya jernih bagai cermin;
                 Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung,
                       Amalkan sentiasa kesejahteraan terjamin.

                            http://gudangsoalan.blogspot.com
http://gudangsoalan.blogspot.com

SET 5

1      Andaikan bahawa anda dilantik sebagai Ketua Pengawas sekolah. Anda diminta
       menyampaikan ucapan atas pelantikan tersebut.
             Tulis ucapan anda itu selengkapnya.

2      Andaikan bahawa anda pembangkang dalam pertandingan perbahasan yang bertajuk
       Tinggal di Rumah Lebih Baik daripada Tinggal di Asrama Sekolah.
             Sediakan hujah-hujah anda selengkapnya.

3      Andaikan bahawa anda seekor burung yang dipelihara di dalam sangkar.
             Tulis karangan yang menarik tentang diri anda.

         Hari itu hari minggu. Nazim mengikut ayahnya ke pasar raya untuk membeli-
 belah. Sepanjang perjalanan, Nazim berbual-bual dengan ayahnya tentang pelbagai
 perkara. Antara topik utama perbualan mereka ialah pentingnya mematuhi peraturan
 di jalan raya.
         Nazim kagum akan sikap ayahnya. Beliau bukan saja memandu dengan
 cermat, malah sentiasa mematuhi peraturan di jalan raya. Ayahnya tidak pernah
 mengherdik pemandu lain walaupun sesetengah pemandu memandu secara berbahaya
 dan melanggar peraturan lampu isyarat.
         Selain itu, Nazim kagum akan sikap ayahnya yang mudah memberikan
 pertolongan kepada orang lain. Misalnya, hari itu ayahnya membantu membaiki
 kerosakan enjin kereta seorang wanita. Walaupun wanita itu ingin memberinya wang,
 namun ayah menolaknya atas alasan pertolongannya itu ikhlas.
         Ayah Nazim bijak juga mengurus perbelanjaan. Beliau sentiasa berjimat
 cermat ketika berbelanja. Beliau lebih dahulu merancang barang-barang yang hendak
 dibeli dan menganggarkan kosnya.
         Sememangnya, Nazim berasa bertuah dan berbangga mempunyai ayah yang
 bertanggungjawab terhadap keluarganya. Nazim berazam untuk mencontoh perilaku
 ayahnya itu.

                            http://gudangsoalan.blogspot.com
http://gudangsoalan.blogspot.com

                              BAHASA MELAYU KERTAS 2
                                       TAHUN 6
                               Satu jam lima belas minit

Kertas soalan ini mempunyai tiga bahagian, iaitu Bahagian A, Bahagian B, dan Bahagian
C. Anda dikehendaki menjawab ketiga-tiga bahagian. Bagi Bahagian B, anda boleh memilih
sama ada menjawab Soalan 1, Soalan 2, atau Soalan 3.

                                     BAHAGIAN A
                            [Masa yang dicadangkan: 15 minit]
                                      [10 markah]

Tulis lima ayat yang lengkap tentang situasi yang terdapat dalam gambar di bawah ini.

                                        BAHAGIAN B
                              [Masa yang dicadangkan: 40 minit]
                                          [30 markah]
Pilih satu daripada tajuk-tajuk di bawah ini dan tulis suatu karangan yang panjangnya tidak
kurang daripada 80 patah kata.

1. Andaikan bahawa anda Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru. Anda diminta
menyampaikan ucapan dalam majlis Hari Keluarga yang diadakan di sekolah anda.
Tulis ucapan itu selengkapnya.

                                           ATAU

                             http://gudangsoalan.blogspot.com
http://gudangsoalan.blogspot.com

2. Ibu anda kurang sihat. Ayah anda pula dihantar berkursus ke luar negara. Anda perlu
menjaga adik-adik anda yang masih kecil. Tulis surat kepada guru kelas anda untuk
memaklumkan keadaan keluarga anda dan memohon cuti sehingga ibu anda sembuh.
Sediakan surat itu selengkapnya.

                                           ATAU

3. Tulis suatu cerita menarik yang diakhiri dengan ayat di bawah ini.

Aku berjanji tidak akan mandi-manda di kawasan lombong itu lagi.

                                      BAHAGIAN C
                             [Masa yang dicadangkan: 20 minit]
                                       [20 markah]

Tulis nilai-nilai murni yang dapat anda peroleh daripada petikan di bawah ini. Panjangnya
jawapan anda mestilah tidak kurang daripada 50 patah kata.

           Sudah berhari-hari Jabar tidak ke sekolah. Setiap hari, dia gemar
   bergelandangan di kompleks membeli-belah dan pusat permainan video. Sudah puas
   ibu bapa dan guru-gurunya menasihatinya, tetapi dia memang berhati batu. Jabar
   memang tidak suka ke sekolah.
           Suatu hari, sedang dia leka bermain video sambil menghisap rokok di pusat
   permainan video, beberapa orang anggota polis dan pihak berkuasa menyerbu
   tempat tersebut. Bagai katak diharung ular, pengunjung pusat tersebut bercempera
   lari menyelamatkan diri. Jabar juga tidak terkecuali. Dia menerpa ke arah pintu
   belakang. Kawasan itu gelap, pengap, dan lembap.
           Jabar berlari hingga tercungap-cungap. Di lorong itulah dia menyaksikan
   suasana kehidupan sampah masyarakat. Mereka bagaikan bangkai bernyawa,
   badan kurus kering dan tidak bermaya. Air liur mereka meleleh, berbau hancing,
   pakaian serbah serbih, dan tidak terurus. Keadaan mereka sungguh menjijikkan,
   tidak ubah seperti anjing kurap yang tidak punya harga diri.
           Jabar berlari sekuat-kuat hatinya. Dia berasa takut melihat keadaan itu selain
   takut ditangkap pihak berkuasa. Dia terus berlari pulang ke rumah.
           Di rumah, Jabar menggigil ketakutan. Badannya seram sejuk dan dia berasa
   mahu demam. Pengalaman tadi begitu menakutkannya. Dia berazam untuk berubah.
   Dia tidak mahu menjadi sampah masyarakat yang hidup bergelandangan dan tidak
   ada arah tujuan.

                              http://gudangsoalan.blogspot.com
SET 1

                    SK FAKEH ABD SAMAD, KUANTAN

                     012 BAHASA MELAYU KERTAS 2
                              TAHUN 6

                          MASA : 1 Jam 15 minit

NAMA : _________________________________________________

TAHUN             : 6 ________________________

                   SOALAN        MARKAH           %

                      A

                      B

                      C

                   JUMLAH
BAHAGIAN A
                                      ( 10 markah )
                                     Masa :15 minit

Tulis lima ayat yang lengkap tentang aktiviti-aktiviti yang terdapat dalam gambar di bawah
ini.
BAHAGIAN B
                                      ( 30 markah )
                                      Masa : 40 minit

Tulis karangan tentang tajuk-tajuk di bawah ini yang panjangnya tidak kurang daripada 80
patah kata.

1      Persatuan beruniform yang anda sertai akan menganjurkan perkhemahan di suatu kawasan
       hutan lipur. Sebagai setiausaha, anda dikehendaki menulis surat kepada Guru Besar untuk
       memaklumkan aktiviti tersebut serta meminta keizinannya.
               Tulis surat tersebut selengkapnya.

2      Bersempena dengan sambutan Hari Guru, anda selaku wakil murid diminta menyampaikan
       syarahan yang ditujukan khusus kepada para guru.
              Tulis teks syarahan tersebut dengan menyentuh penghargaan murid terhadap jasa
       guru.

3      Anda mendapati murid-murid sekolah anda mengabaikan kebersihan di dalam dan di sekitar
       kawasan sekolah. Anda ingin mencadangkan cara-cara untuk mengatasi masalah tersebut.
              Tulis cadangan anda itu selengkapnya.

                                      BAHAGIAN C
                                       ( 20 markah )
                                      Masa : 20 minit

Tulis nilai/pengajaran yang dapat anda peroleh daripada sajak di bawah ini. Panjangnya
jawapan anda mestilah tidak kurang daripada 50 patah kata. Tulis jawapan anda dalam
satu perenggan.
                                   Malaysia Maju

                         Ayuh kawan, teman seperjuangan,
                         Bersama hayati matlamat wawasan,
                           Majukan negara jauh ke depan,
                          Jangan sampai kita ketinggalan.

                       Bersopan santun amalkan berterusan,
                     Bantu-membantu kekalkan berpanjangan,
                       Jati diri yang unggul kita mantapkan,
                     Masyhurlah nama negara zaman-berzaman.
                         Berkibar megah Jalur Gemilang,

                        Simbol kedaulatan negara cemerlang,
                       Biar menggunung cabaran mendatang,
                      Rakyat yang berbakti bersedia menentang.
Bank soalan-upsr-bm-k2
SET 2
Soalan 1: Memindahkan Maklumat
Tulis lima ayat yang lengkap tentang gambar di bawah ini.

Soalan 2: Menulis Karangan
Tulis karangan tentang tajuk-tajuk di bawah ini yang panjangnya tidak kurang daripada 80
patah kata.

1      Anda terpilih sebagai Tokoh Murid sekolah anda baru-baru ini. Anda diminta menyampaikan
       ucapan dalam suatu majlis yang dihadiri oleh Guru Besar, para guru, ibu bapa, dan rakan-
       rakan pelajar.
               Tulis ucapan anda itu selengkapnya.

2      Kelas anda telah mengadakan mesyuarat untuk menubuhkan Kelab Komputer. Anda sebagai
       setiausaha diminta menulis laporan tentang mesyuarat tersebut.
               Sediakan laporan itu selengkapnya.

3      Tulis suatu cerita yang menarik dengan berdasarkan peribahasa Kalau tidak dipecahkan
       ruyung di mana boleh mendapat sagunya.
Soalan 3: Membina Ulasan
Tulis nilai/pengajaran yang dapat anda peroleh daripada pantun di bawah ini. Panjangnya
jawapan anda mestilah tidak kurang daripada 50 patah kata. Tulis jawapan anda dalam
satu perenggan.

          Devan dan Jais pengawas sekolah. Pada hari Rabu yang lalu mereka bertugas
 memeriksa bilik darjah pada waktu rehat. Sebuah demi sebuah kelas diperiksa oleh mereka
 dengan teliti untuk memastikan bahawa tiada murid yang berada di dalam kelas ketika itu..
          Sewaktu menghampiri makmal komputer, tiba-tiba terpandang oleh mereka
 sekumpulan murid dalam keadaan yang mencurigakan. Jais, lihat, di sana! Murid bertubuh
 kecil itu seperti dibuli dan diugut oleh tiga orang murid Tahun Enam, kata Devan.
          Ya, saya kenal akan mereka. Mereka memang nakal. Rasa saya sudah beberapa kali
 mereka diberi amaran oleh guru disiplin. Namun, amaran guru didengar ada dipakai tidak,
 kata Jais.
          Kalau begitu kita harus bertindak. Mari kita selesaikan masalah itu. Tidak kita harus
 biarkan perkara itu begitu saja. Nanti lebih banyak murid lain yang akan menjadi mangsa.
 kata Devan.
          Ayuh, kita laporkan perkara ini segera kepada Guru Besar atau guru disiplin. Kita
 tidak harus bertindak sendiri kerana hal tersebut boleh mengancam keselamatan kita, kata
 Jais.
          Ya, saya setuju. Hanya guru yang berhak menjalankan siasatan dan mengambil
 tindakan sewajarnya, kata Devan pula.
SET 3
Soalan 1: Memindahkan Maklumat
Tulis lima ayat yang lengkap tentang gambar di bawah ini.

Soalan 2: Menulis Karangan
Tulis karangan tentang tajuk-tajuk di bawah ini yang panjangnya tidak kurang daripada 80
patah kata.

1      Anda dan rakan anda berehat di sebuah taman permainan. Anda berdua berbual-bual tentang
       sikap masyarakat yang menyalahgunakan kemudahan awam yang disediakan.
              Tulis perbualan antara anda dengan rakan anda itu.

2      Anda dan rakan-rakan anda ialah barisan pembangkang dalam suatu pertandingan perbahasan
       antara sekolah. Tajuk perbahasannya ialah Kemasukan pekerja asing ke negara ini lebih
       banyak mendatangkan kebaikan daripada keburukan kepada negara.
               Tulis hujah-hujah anda itu selengkapnya.

3       Tulis karangan yang bertajuk Sehari dalam Kehidupan Pemandu Teksi.
Soalan 3: Membina Ulasan
Tulis nilai/pengajaran yang dapat anda peroleh daripada petikan di bawah ini. Panjangnya
jawapan anda mestilah tidak kurang daripada 50 patah kata. Tulis jawapan anda dalam
satu perenggan.

        Daneng murid yang agak lemah dalam pelajaran, khususnya mata pelajaran
 Matematik dan Sains. Dia sering mendapat markah yang rendah dalam ujian. Daneng
 sering disisihkan oleh rakan-rakan yang lebih bijak daripadanya. Mereka tidak suka
 berbincang tentang pelajaran dengannya. Malah, mereka selalu menyindirnya atas
 kelemahannya itu.      Namun, Daneng bersabar menghadapi perlakuan kawan-
 kawannya.
        Jauh di lubuk hatinya tersemiak tekad. Dia ingin membuktikan bahawa
 belakang parang sekalipun, kalau diasah akan tajam juga. Mulai hari itu Daneng
 belajar bersungguh-sungguh.      Dia memberikan tumpuan sepenuhnya terhadap
 pengajaran guru di dalam kelas diberikan. Apa-apa saja yang tidak difahaminya
 ditanyakan kepada guru tanpa segan silu. Semua kerja rumah disiapkannya melalui
 bimbingan abang dan kakaknya.
        Waktu yang terluang tidak disia-siakannya. Selain membantu ibu bapanya di
 kebun, Daeng mengulang kaji pelajaran sendirian. Kerajinannya itu mengembirakan
 semua gurunya. Mereka tidak keberatan memberikan bimbingan percuma kepada
 Daneng.
        Ternyata kegigihan Daneng itu membuahkan hasil. Dia bukan saja mendapat
 5A dalam UPSR, malah muncul sebagai murid yang paling cemerlang di sekolahnya.
 Daneng bersyukur atas kejayaannya itu. Dia sama sekali tidak melupakan jasa guru-
 gurunya terhadapnya.
SET 4
Soalan 1: Memindahkan Maklumat
Tulis lima ayat yang lengkap tentang gambar di bawah ini.

Soalan 2: Menulis Karangan
Tulis karangan tentang tajuk-tajuk di bawah ini yang panjangnya tidak kurang daripada 80
patah kata.

1      Sewaktu anda dalam perjalanan pulang ke rumah, anda terpandang akan seekor anak
       kucing yang basah kuyup di tepi jalan.
              Ceritakan tindakan yang anda ambil terhadap anak kucing itu dan peristiwa
       yang berlaku seterusnya.

2      Anda baru saja menerima sepucuk surat daripada rakan lama anda yang telah
       berpindah ke sekolah lain. Rakan anda ingin mengetahui perkembangan sekolah
       lamanya daripada anda.
              Balas surat rakan lama anda itu.

3      Anda bersetuju dengan pendapat sesetengah orang bahawa belajar bersendirian lebih
       baik daripada belajar secara berkumpulan.
              Tulis pendapat anda itu selengkapnya.
Soalan 3: Membina Ulasan
Tulis nilai/pengajaran yang dapat anda peroleh daripada petikan di bawah ini. Panjangnya
jawapan anda mestilah tidak kurang daripada 50 patah kata. Tulis jawapan anda dalam
satu perenggan.

                 Negeri Hang Tuah indah ceria,
                        Pantainya bersih tiada sampah;
                 Bertuah kita rakyat Malaysia,
                        Buminya indah khazanah melimpah.

                 Turun-temurun, hidup bersatu,
                        Rakyat Malaysia pelbagai kaum;
                 Sukar digugat perpaduan jitu,
                        Pelancong asing berasa kagum.

                 Spesies haruan, toman, dan keli,
                        Terdapat banyak di Tasik Bera;
                 Kekalkan kemakmuran kukuhkan ekonomi,
                        Pergiat usaha makmurkan negara.

                 Pangkor dan Tioman tumpuan pengunjung,
                       Perairannya jernih bagai cermin;
                 Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung,
                       Amalkan sentiasa kesejahteraan terjamin.
SET 5
Soalan 1: Memindahkan Maklumat

Tulis lima ayat yang lengkap tentang gambar di bawah ini.

Soalan 2: Menulis Karangan
Tulis karangan tentang tajuk-tajuk di bawah ini yang panjangnya tidak kurang daripada 80
patah kata.

1      Andaikan bahawa anda dilantik sebagai Ketua Pengawas sekolah. Anda diminta
       menyampaikan ucapan atas pelantikan tersebut.
             Tulis ucapan anda itu selengkapnya.

2      Andaikan bahawa anda pembangkang dalam pertandingan perbahasan yang bertajuk
       Tinggal di Rumah Lebih Baik daripada Tinggal di Asrama Sekolah.
             Sediakan hujah-hujah anda selengkapnya.

3      Andaikan bahawa anda seekor burung yang dipelihara di dalam sangkar.
             Tulis karangan yang menarik tentang diri anda.
Soalan 3: Membina Ulasan
Tulis nilai/pengajaran yang dapat anda peroleh daripada petikan di bawah ini. Panjangnya
jawapan anda mestilah tidak kurang daripada 50 patah kata. Tulis jawapan anda dalam
satu perenggan.
         Hari itu hari minggu. Nazim mengikut ayahnya ke pasar raya untuk membeli-
 belah. Sepanjang perjalanan, Nazim berbual-bual dengan ayahnya tentang pelbagai
 perkara. Antara topik utama perbualan mereka ialah pentingnya mematuhi peraturan
 di jalan raya.
         Nazim kagum akan sikap ayahnya. Beliau bukan saja memandu dengan
 cermat, malah sentiasa mematuhi peraturan di jalan raya. Ayahnya tidak pernah
 mengherdik pemandu lain walaupun sesetengah pemandu memandu secara berbahaya
 dan melanggar peraturan lampu isyarat.
         Selain itu, Nazim kagum akan sikap ayahnya yang mudah memberikan
 pertolongan kepada orang lain. Misalnya, hari itu ayahnya membantu membaiki
 kerosakan enjin kereta seorang wanita. Walaupun wanita itu ingin memberinya wang,
 namun ayah menolaknya atas alasan pertolongannya itu ikhlas.
         Ayah Nazim bijak juga mengurus perbelanjaan. Beliau sentiasa berjimat
 cermat ketika berbelanja. Beliau lebih dahulu merancang barang-barang yang hendak
 dibeli dan menganggarkan kosnya.
         Sememangnya, Nazim berasa bertuah dan berbangga mempunyai ayah yang
 bertanggungjawab terhadap keluarganya. Nazim berazam untuk mencontoh perilaku
 ayahnya itu.

More Related Content

Bank soalan-upsr-bm-k2

  • 1. http://gudangsoalan.blogspot.com SET 1 012 BAHASA MELAYU KERTAS 2 TAHUN 6 MASA : 1 Jam 15 minit NAMA : _________________________________________________ TAHUN : 6 ________________________ ANGKA GILIRAN : JF153 _____________________ SOALAN MARKAH % A B C JUMLAH BAHAGIAN A ( 10 markah ) Masa :15 minit http://gudangsoalan.blogspot.com
  • 2. http://gudangsoalan.blogspot.com Tulis lima ayat yang lengkap tentang aktiviti-aktiviti yang terdapat dalam gambar di bawah ini. BAHAGIAN B ( 30 markah ) Masa : 40 minit http://gudangsoalan.blogspot.com
  • 3. http://gudangsoalan.blogspot.com Tulis karangan tentang tajuk-tajuk di bawah ini yang panjangnya tidak kurang daripada 80 patah kata. 1 Persatuan beruniform yang anda sertai akan menganjurkan perkhemahan di suatu kawasan hutan lipur. Sebagai setiausaha, anda dikehendaki menulis surat kepada Guru Besar untuk memaklumkan aktiviti tersebut serta meminta keizinannya. Tulis surat tersebut selengkapnya. 2 Bersempena dengan sambutan Hari Guru, anda selaku wakil murid diminta menyampaikan syarahan yang ditujukan khusus kepada para guru. Tulis teks syarahan tersebut dengan menyentuh penghargaan murid terhadap jasa guru. 3 Anda mendapati murid-murid sekolah anda mengabaikan kebersihan di dalam dan di sekitar kawasan sekolah. Anda ingin mencadangkan cara-cara untuk mengatasi masalah tersebut. Tulis cadangan anda itu selengkapnya. BAHAGIAN C ( 20 markah ) Masa : 20 minit Tulis nilai/pengajaran yang dapat anda peroleh daripada sajak di bawah ini. Panjangnya jawapan anda mestilah tidak kurang daripada 50 patah kata. Tulis jawapan anda dalam satu perenggan. Malaysia Maju Ayuh kawan, teman seperjuangan, Bersama hayati matlamat wawasan, Majukan negara jauh ke depan, Jangan sampai kita ketinggalan. Bersopan santun amalkan berterusan, Bantu-membantu kekalkan berpanjangan, Jati diri yang unggul kita mantapkan, Masyhurlah nama negara zaman-berzaman. Berkibar megah Jalur Gemilang, Simbol kedaulatan negara cemerlang, Biar menggunung cabaran mendatang, Rakyat yang berbakti bersedia menentang. http://gudangsoalan.blogspot.com
  • 5. http://gudangsoalan.blogspot.com SET 2 Soalan 1: Memindahkan Maklumat Tulis lima ayat yang lengkap tentang gambar di bawah ini. Soalan 2: Menulis Karangan Tulis karangan tentang tajuk-tajuk di bawah ini yang panjangnya tidak kurang daripada 80 patah kata. 1 Anda terpilih sebagai Tokoh Murid sekolah anda baru-baru ini. Anda diminta menyampaikan ucapan dalam suatu majlis yang dihadiri oleh Guru Besar, para guru, ibu bapa, dan rakan- rakan pelajar. Tulis ucapan anda itu selengkapnya. 2 Kelas anda telah mengadakan mesyuarat untuk menubuhkan Kelab Komputer. Anda sebagai setiausaha diminta menulis laporan tentang mesyuarat tersebut. Sediakan laporan itu selengkapnya. 3 Tulis suatu cerita yang menarik dengan berdasarkan peribahasa Kalau tidak dipecahkan ruyung di mana boleh mendapat sagunya. http://gudangsoalan.blogspot.com
  • 6. http://gudangsoalan.blogspot.com Soalan 3: Membina Ulasan Tulis nilai/pengajaran yang dapat anda peroleh daripada pantun di bawah ini. Panjangnya jawapan anda mestilah tidak kurang daripada 50 patah kata. Tulis jawapan anda dalam satu perenggan. Devan dan Jais pengawas sekolah. Pada hari Rabu yang lalu mereka bertugas memeriksa bilik darjah pada waktu rehat. Sebuah demi sebuah kelas diperiksa oleh mereka dengan teliti untuk memastikan bahawa tiada murid yang berada di dalam kelas ketika itu.. Sewaktu menghampiri makmal komputer, tiba-tiba terpandang oleh mereka sekumpulan murid dalam keadaan yang mencurigakan. Jais, lihat, di sana! Murid bertubuh kecil itu seperti dibuli dan diugut oleh tiga orang murid Tahun Enam, kata Devan. Ya, saya kenal akan mereka. Mereka memang nakal. Rasa saya sudah beberapa kali mereka diberi amaran oleh guru disiplin. Namun, amaran guru didengar ada dipakai tidak, kata Jais. Kalau begitu kita harus bertindak. Mari kita selesaikan masalah itu. Tidak kita harus biarkan perkara itu begitu saja. Nanti lebih banyak murid lain yang akan menjadi mangsa. kata Devan. Ayuh, kita laporkan perkara ini segera kepada Guru Besar atau guru disiplin. Kita tidak harus bertindak sendiri kerana hal tersebut boleh mengancam keselamatan kita, kata Jais. Ya, saya setuju. Hanya guru yang berhak menjalankan siasatan dan mengambil tindakan sewajarnya, kata Devan pula. http://gudangsoalan.blogspot.com
  • 7. http://gudangsoalan.blogspot.com SET 3 Soalan 1: Memindahkan Maklumat Tulis lima ayat yang lengkap tentang gambar di bawah ini. Soalan 2: Menulis Karangan Tulis karangan tentang tajuk-tajuk di bawah ini yang panjangnya tidak kurang daripada 80 patah kata. 1 Anda dan rakan anda berehat di sebuah taman permainan. Anda berdua berbual-bual tentang sikap masyarakat yang menyalahgunakan kemudahan awam yang disediakan. Tulis perbualan antara anda dengan rakan anda itu. 2 Anda dan rakan-rakan anda ialah barisan pembangkang dalam suatu pertandingan perbahasan antara sekolah. Tajuk perbahasannya ialah Kemasukan pekerja asing ke negara ini lebih banyak mendatangkan kebaikan daripada keburukan kepada negara. Tulis hujah-hujah anda itu selengkapnya. 3 Tulis karangan yang bertajuk Sehari dalam Kehidupan Pemandu Teksi. http://gudangsoalan.blogspot.com
  • 8. http://gudangsoalan.blogspot.com Soalan 3: Membina Ulasan Tulis nilai/pengajaran yang dapat anda peroleh daripada petikan di bawah ini. Panjangnya jawapan anda mestilah tidak kurang daripada 50 patah kata. Tulis jawapan anda dalam satu perenggan. Daneng murid yang agak lemah dalam pelajaran, khususnya mata pelajaran Matematik dan Sains. Dia sering mendapat markah yang rendah dalam ujian. Daneng sering disisihkan oleh rakan-rakan yang lebih bijak daripadanya. Mereka tidak suka berbincang tentang pelajaran dengannya. Malah, mereka selalu menyindirnya atas kelemahannya itu. Namun, Daneng bersabar menghadapi perlakuan kawan- kawannya. Jauh di lubuk hatinya tersemiak tekad. Dia ingin membuktikan bahawa belakang parang sekalipun, kalau diasah akan tajam juga. Mulai hari itu Daneng belajar bersungguh-sungguh. Dia memberikan tumpuan sepenuhnya terhadap pengajaran guru di dalam kelas diberikan. Apa-apa saja yang tidak difahaminya ditanyakan kepada guru tanpa segan silu. Semua kerja rumah disiapkannya melalui bimbingan abang dan kakaknya. Waktu yang terluang tidak disia-siakannya. Selain membantu ibu bapanya di kebun, Daeng mengulang kaji pelajaran sendirian. Kerajinannya itu mengembirakan semua gurunya. Mereka tidak keberatan memberikan bimbingan percuma kepada Daneng. Ternyata kegigihan Daneng itu membuahkan hasil. Dia bukan saja mendapat 5A dalam UPSR, malah muncul sebagai murid yang paling cemerlang di sekolahnya. Daneng bersyukur atas kejayaannya itu. Dia sama sekali tidak melupakan jasa guru- gurunya terhadapnya. http://gudangsoalan.blogspot.com
  • 9. http://gudangsoalan.blogspot.com SET 4 Soalan 1: Memindahkan Maklumat Tulis lima ayat yang lengkap tentang gambar di bawah ini. Soalan 2: Menulis Karangan Tulis karangan tentang tajuk-tajuk di bawah ini yang panjangnya tidak kurang daripada 80 patah kata. 1 Sewaktu anda dalam perjalanan pulang ke rumah, anda terpandang akan seekor anak kucing yang basah kuyup di tepi jalan. Ceritakan tindakan yang anda ambil terhadap anak kucing itu dan peristiwa yang berlaku seterusnya. 2 Anda baru saja menerima sepucuk surat daripada rakan lama anda yang telah berpindah ke sekolah lain. Rakan anda ingin mengetahui perkembangan sekolah lamanya daripada anda. Balas surat rakan lama anda itu. 3 Anda bersetuju dengan pendapat sesetengah orang bahawa belajar bersendirian lebih baik daripada belajar secara berkumpulan. Tulis pendapat anda itu selengkapnya. http://gudangsoalan.blogspot.com
  • 10. http://gudangsoalan.blogspot.com Soalan 3: Membina Ulasan Tulis nilai/pengajaran yang dapat anda peroleh daripada petikan di bawah ini. Panjangnya jawapan anda mestilah tidak kurang daripada 50 patah kata. Tulis jawapan anda dalam satu perenggan. Negeri Hang Tuah indah ceria, Pantainya bersih tiada sampah; Bertuah kita rakyat Malaysia, Buminya indah khazanah melimpah. Turun-temurun, hidup bersatu, Rakyat Malaysia pelbagai kaum; Sukar digugat perpaduan jitu, Pelancong asing berasa kagum. Spesies haruan, toman, dan keli, Terdapat banyak di Tasik Bera; Kekalkan kemakmuran kukuhkan ekonomi, Pergiat usaha makmurkan negara. Pangkor dan Tioman tumpuan pengunjung, Perairannya jernih bagai cermin; Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung, Amalkan sentiasa kesejahteraan terjamin. http://gudangsoalan.blogspot.com
  • 11. http://gudangsoalan.blogspot.com SET 5 Soalan 1: Memindahkan Maklumat Tulis lima ayat yang lengkap tentang gambar di bawah ini. Soalan 2: Menulis Karangan Tulis karangan tentang tajuk-tajuk di bawah ini yang panjangnya tidak kurang daripada 80 patah kata. 1 Andaikan bahawa anda dilantik sebagai Ketua Pengawas sekolah. Anda diminta menyampaikan ucapan atas pelantikan tersebut. Tulis ucapan anda itu selengkapnya. 2 Andaikan bahawa anda pembangkang dalam pertandingan perbahasan yang bertajuk Tinggal di Rumah Lebih Baik daripada Tinggal di Asrama Sekolah. Sediakan hujah-hujah anda selengkapnya. 3 Andaikan bahawa anda seekor burung yang dipelihara di dalam sangkar. Tulis karangan yang menarik tentang diri anda. http://gudangsoalan.blogspot.com
  • 12. http://gudangsoalan.blogspot.com Soalan 3: Membina Ulasan Tulis nilai/pengajaran yang dapat anda peroleh daripada petikan di bawah ini. Panjangnya jawapan anda mestilah tidak kurang daripada 50 patah kata. Tulis jawapan anda dalam satu perenggan. Hari itu hari minggu. Nazim mengikut ayahnya ke pasar raya untuk membeli- belah. Sepanjang perjalanan, Nazim berbual-bual dengan ayahnya tentang pelbagai perkara. Antara topik utama perbualan mereka ialah pentingnya mematuhi peraturan di jalan raya. Nazim kagum akan sikap ayahnya. Beliau bukan saja memandu dengan cermat, malah sentiasa mematuhi peraturan di jalan raya. Ayahnya tidak pernah mengherdik pemandu lain walaupun sesetengah pemandu memandu secara berbahaya dan melanggar peraturan lampu isyarat. Selain itu, Nazim kagum akan sikap ayahnya yang mudah memberikan pertolongan kepada orang lain. Misalnya, hari itu ayahnya membantu membaiki kerosakan enjin kereta seorang wanita. Walaupun wanita itu ingin memberinya wang, namun ayah menolaknya atas alasan pertolongannya itu ikhlas. Ayah Nazim bijak juga mengurus perbelanjaan. Beliau sentiasa berjimat cermat ketika berbelanja. Beliau lebih dahulu merancang barang-barang yang hendak dibeli dan menganggarkan kosnya. Sememangnya, Nazim berasa bertuah dan berbangga mempunyai ayah yang bertanggungjawab terhadap keluarganya. Nazim berazam untuk mencontoh perilaku ayahnya itu. http://gudangsoalan.blogspot.com
  • 13. http://gudangsoalan.blogspot.com BAHASA MELAYU KERTAS 2 TAHUN 6 Satu jam lima belas minit Kertas soalan ini mempunyai tiga bahagian, iaitu Bahagian A, Bahagian B, dan Bahagian C. Anda dikehendaki menjawab ketiga-tiga bahagian. Bagi Bahagian B, anda boleh memilih sama ada menjawab Soalan 1, Soalan 2, atau Soalan 3. BAHAGIAN A [Masa yang dicadangkan: 15 minit] [10 markah] Tulis lima ayat yang lengkap tentang situasi yang terdapat dalam gambar di bawah ini. BAHAGIAN B [Masa yang dicadangkan: 40 minit] [30 markah] Pilih satu daripada tajuk-tajuk di bawah ini dan tulis suatu karangan yang panjangnya tidak kurang daripada 80 patah kata. 1. Andaikan bahawa anda Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru. Anda diminta menyampaikan ucapan dalam majlis Hari Keluarga yang diadakan di sekolah anda. Tulis ucapan itu selengkapnya. ATAU http://gudangsoalan.blogspot.com
  • 14. http://gudangsoalan.blogspot.com 2. Ibu anda kurang sihat. Ayah anda pula dihantar berkursus ke luar negara. Anda perlu menjaga adik-adik anda yang masih kecil. Tulis surat kepada guru kelas anda untuk memaklumkan keadaan keluarga anda dan memohon cuti sehingga ibu anda sembuh. Sediakan surat itu selengkapnya. ATAU 3. Tulis suatu cerita menarik yang diakhiri dengan ayat di bawah ini. Aku berjanji tidak akan mandi-manda di kawasan lombong itu lagi. BAHAGIAN C [Masa yang dicadangkan: 20 minit] [20 markah] Tulis nilai-nilai murni yang dapat anda peroleh daripada petikan di bawah ini. Panjangnya jawapan anda mestilah tidak kurang daripada 50 patah kata. Sudah berhari-hari Jabar tidak ke sekolah. Setiap hari, dia gemar bergelandangan di kompleks membeli-belah dan pusat permainan video. Sudah puas ibu bapa dan guru-gurunya menasihatinya, tetapi dia memang berhati batu. Jabar memang tidak suka ke sekolah. Suatu hari, sedang dia leka bermain video sambil menghisap rokok di pusat permainan video, beberapa orang anggota polis dan pihak berkuasa menyerbu tempat tersebut. Bagai katak diharung ular, pengunjung pusat tersebut bercempera lari menyelamatkan diri. Jabar juga tidak terkecuali. Dia menerpa ke arah pintu belakang. Kawasan itu gelap, pengap, dan lembap. Jabar berlari hingga tercungap-cungap. Di lorong itulah dia menyaksikan suasana kehidupan sampah masyarakat. Mereka bagaikan bangkai bernyawa, badan kurus kering dan tidak bermaya. Air liur mereka meleleh, berbau hancing, pakaian serbah serbih, dan tidak terurus. Keadaan mereka sungguh menjijikkan, tidak ubah seperti anjing kurap yang tidak punya harga diri. Jabar berlari sekuat-kuat hatinya. Dia berasa takut melihat keadaan itu selain takut ditangkap pihak berkuasa. Dia terus berlari pulang ke rumah. Di rumah, Jabar menggigil ketakutan. Badannya seram sejuk dan dia berasa mahu demam. Pengalaman tadi begitu menakutkannya. Dia berazam untuk berubah. Dia tidak mahu menjadi sampah masyarakat yang hidup bergelandangan dan tidak ada arah tujuan. http://gudangsoalan.blogspot.com
  • 15. SET 1 SK FAKEH ABD SAMAD, KUANTAN 012 BAHASA MELAYU KERTAS 2 TAHUN 6 MASA : 1 Jam 15 minit NAMA : _________________________________________________ TAHUN : 6 ________________________ SOALAN MARKAH % A B C JUMLAH
  • 16. BAHAGIAN A ( 10 markah ) Masa :15 minit Tulis lima ayat yang lengkap tentang aktiviti-aktiviti yang terdapat dalam gambar di bawah ini.
  • 17. BAHAGIAN B ( 30 markah ) Masa : 40 minit Tulis karangan tentang tajuk-tajuk di bawah ini yang panjangnya tidak kurang daripada 80 patah kata. 1 Persatuan beruniform yang anda sertai akan menganjurkan perkhemahan di suatu kawasan hutan lipur. Sebagai setiausaha, anda dikehendaki menulis surat kepada Guru Besar untuk memaklumkan aktiviti tersebut serta meminta keizinannya. Tulis surat tersebut selengkapnya. 2 Bersempena dengan sambutan Hari Guru, anda selaku wakil murid diminta menyampaikan syarahan yang ditujukan khusus kepada para guru. Tulis teks syarahan tersebut dengan menyentuh penghargaan murid terhadap jasa guru. 3 Anda mendapati murid-murid sekolah anda mengabaikan kebersihan di dalam dan di sekitar kawasan sekolah. Anda ingin mencadangkan cara-cara untuk mengatasi masalah tersebut. Tulis cadangan anda itu selengkapnya. BAHAGIAN C ( 20 markah ) Masa : 20 minit Tulis nilai/pengajaran yang dapat anda peroleh daripada sajak di bawah ini. Panjangnya jawapan anda mestilah tidak kurang daripada 50 patah kata. Tulis jawapan anda dalam satu perenggan. Malaysia Maju Ayuh kawan, teman seperjuangan, Bersama hayati matlamat wawasan, Majukan negara jauh ke depan, Jangan sampai kita ketinggalan. Bersopan santun amalkan berterusan, Bantu-membantu kekalkan berpanjangan, Jati diri yang unggul kita mantapkan, Masyhurlah nama negara zaman-berzaman. Berkibar megah Jalur Gemilang, Simbol kedaulatan negara cemerlang, Biar menggunung cabaran mendatang, Rakyat yang berbakti bersedia menentang.
  • 19. SET 2 Soalan 1: Memindahkan Maklumat Tulis lima ayat yang lengkap tentang gambar di bawah ini. Soalan 2: Menulis Karangan Tulis karangan tentang tajuk-tajuk di bawah ini yang panjangnya tidak kurang daripada 80 patah kata. 1 Anda terpilih sebagai Tokoh Murid sekolah anda baru-baru ini. Anda diminta menyampaikan ucapan dalam suatu majlis yang dihadiri oleh Guru Besar, para guru, ibu bapa, dan rakan- rakan pelajar. Tulis ucapan anda itu selengkapnya. 2 Kelas anda telah mengadakan mesyuarat untuk menubuhkan Kelab Komputer. Anda sebagai setiausaha diminta menulis laporan tentang mesyuarat tersebut. Sediakan laporan itu selengkapnya. 3 Tulis suatu cerita yang menarik dengan berdasarkan peribahasa Kalau tidak dipecahkan ruyung di mana boleh mendapat sagunya.
  • 20. Soalan 3: Membina Ulasan Tulis nilai/pengajaran yang dapat anda peroleh daripada pantun di bawah ini. Panjangnya jawapan anda mestilah tidak kurang daripada 50 patah kata. Tulis jawapan anda dalam satu perenggan. Devan dan Jais pengawas sekolah. Pada hari Rabu yang lalu mereka bertugas memeriksa bilik darjah pada waktu rehat. Sebuah demi sebuah kelas diperiksa oleh mereka dengan teliti untuk memastikan bahawa tiada murid yang berada di dalam kelas ketika itu.. Sewaktu menghampiri makmal komputer, tiba-tiba terpandang oleh mereka sekumpulan murid dalam keadaan yang mencurigakan. Jais, lihat, di sana! Murid bertubuh kecil itu seperti dibuli dan diugut oleh tiga orang murid Tahun Enam, kata Devan. Ya, saya kenal akan mereka. Mereka memang nakal. Rasa saya sudah beberapa kali mereka diberi amaran oleh guru disiplin. Namun, amaran guru didengar ada dipakai tidak, kata Jais. Kalau begitu kita harus bertindak. Mari kita selesaikan masalah itu. Tidak kita harus biarkan perkara itu begitu saja. Nanti lebih banyak murid lain yang akan menjadi mangsa. kata Devan. Ayuh, kita laporkan perkara ini segera kepada Guru Besar atau guru disiplin. Kita tidak harus bertindak sendiri kerana hal tersebut boleh mengancam keselamatan kita, kata Jais. Ya, saya setuju. Hanya guru yang berhak menjalankan siasatan dan mengambil tindakan sewajarnya, kata Devan pula.
  • 21. SET 3 Soalan 1: Memindahkan Maklumat Tulis lima ayat yang lengkap tentang gambar di bawah ini. Soalan 2: Menulis Karangan Tulis karangan tentang tajuk-tajuk di bawah ini yang panjangnya tidak kurang daripada 80 patah kata. 1 Anda dan rakan anda berehat di sebuah taman permainan. Anda berdua berbual-bual tentang sikap masyarakat yang menyalahgunakan kemudahan awam yang disediakan. Tulis perbualan antara anda dengan rakan anda itu. 2 Anda dan rakan-rakan anda ialah barisan pembangkang dalam suatu pertandingan perbahasan antara sekolah. Tajuk perbahasannya ialah Kemasukan pekerja asing ke negara ini lebih banyak mendatangkan kebaikan daripada keburukan kepada negara. Tulis hujah-hujah anda itu selengkapnya. 3 Tulis karangan yang bertajuk Sehari dalam Kehidupan Pemandu Teksi.
  • 22. Soalan 3: Membina Ulasan Tulis nilai/pengajaran yang dapat anda peroleh daripada petikan di bawah ini. Panjangnya jawapan anda mestilah tidak kurang daripada 50 patah kata. Tulis jawapan anda dalam satu perenggan. Daneng murid yang agak lemah dalam pelajaran, khususnya mata pelajaran Matematik dan Sains. Dia sering mendapat markah yang rendah dalam ujian. Daneng sering disisihkan oleh rakan-rakan yang lebih bijak daripadanya. Mereka tidak suka berbincang tentang pelajaran dengannya. Malah, mereka selalu menyindirnya atas kelemahannya itu. Namun, Daneng bersabar menghadapi perlakuan kawan- kawannya. Jauh di lubuk hatinya tersemiak tekad. Dia ingin membuktikan bahawa belakang parang sekalipun, kalau diasah akan tajam juga. Mulai hari itu Daneng belajar bersungguh-sungguh. Dia memberikan tumpuan sepenuhnya terhadap pengajaran guru di dalam kelas diberikan. Apa-apa saja yang tidak difahaminya ditanyakan kepada guru tanpa segan silu. Semua kerja rumah disiapkannya melalui bimbingan abang dan kakaknya. Waktu yang terluang tidak disia-siakannya. Selain membantu ibu bapanya di kebun, Daeng mengulang kaji pelajaran sendirian. Kerajinannya itu mengembirakan semua gurunya. Mereka tidak keberatan memberikan bimbingan percuma kepada Daneng. Ternyata kegigihan Daneng itu membuahkan hasil. Dia bukan saja mendapat 5A dalam UPSR, malah muncul sebagai murid yang paling cemerlang di sekolahnya. Daneng bersyukur atas kejayaannya itu. Dia sama sekali tidak melupakan jasa guru- gurunya terhadapnya.
  • 23. SET 4 Soalan 1: Memindahkan Maklumat Tulis lima ayat yang lengkap tentang gambar di bawah ini. Soalan 2: Menulis Karangan Tulis karangan tentang tajuk-tajuk di bawah ini yang panjangnya tidak kurang daripada 80 patah kata. 1 Sewaktu anda dalam perjalanan pulang ke rumah, anda terpandang akan seekor anak kucing yang basah kuyup di tepi jalan. Ceritakan tindakan yang anda ambil terhadap anak kucing itu dan peristiwa yang berlaku seterusnya. 2 Anda baru saja menerima sepucuk surat daripada rakan lama anda yang telah berpindah ke sekolah lain. Rakan anda ingin mengetahui perkembangan sekolah lamanya daripada anda. Balas surat rakan lama anda itu. 3 Anda bersetuju dengan pendapat sesetengah orang bahawa belajar bersendirian lebih baik daripada belajar secara berkumpulan. Tulis pendapat anda itu selengkapnya.
  • 24. Soalan 3: Membina Ulasan Tulis nilai/pengajaran yang dapat anda peroleh daripada petikan di bawah ini. Panjangnya jawapan anda mestilah tidak kurang daripada 50 patah kata. Tulis jawapan anda dalam satu perenggan. Negeri Hang Tuah indah ceria, Pantainya bersih tiada sampah; Bertuah kita rakyat Malaysia, Buminya indah khazanah melimpah. Turun-temurun, hidup bersatu, Rakyat Malaysia pelbagai kaum; Sukar digugat perpaduan jitu, Pelancong asing berasa kagum. Spesies haruan, toman, dan keli, Terdapat banyak di Tasik Bera; Kekalkan kemakmuran kukuhkan ekonomi, Pergiat usaha makmurkan negara. Pangkor dan Tioman tumpuan pengunjung, Perairannya jernih bagai cermin; Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung, Amalkan sentiasa kesejahteraan terjamin.
  • 25. SET 5 Soalan 1: Memindahkan Maklumat Tulis lima ayat yang lengkap tentang gambar di bawah ini. Soalan 2: Menulis Karangan Tulis karangan tentang tajuk-tajuk di bawah ini yang panjangnya tidak kurang daripada 80 patah kata. 1 Andaikan bahawa anda dilantik sebagai Ketua Pengawas sekolah. Anda diminta menyampaikan ucapan atas pelantikan tersebut. Tulis ucapan anda itu selengkapnya. 2 Andaikan bahawa anda pembangkang dalam pertandingan perbahasan yang bertajuk Tinggal di Rumah Lebih Baik daripada Tinggal di Asrama Sekolah. Sediakan hujah-hujah anda selengkapnya. 3 Andaikan bahawa anda seekor burung yang dipelihara di dalam sangkar. Tulis karangan yang menarik tentang diri anda.
  • 26. Soalan 3: Membina Ulasan Tulis nilai/pengajaran yang dapat anda peroleh daripada petikan di bawah ini. Panjangnya jawapan anda mestilah tidak kurang daripada 50 patah kata. Tulis jawapan anda dalam satu perenggan. Hari itu hari minggu. Nazim mengikut ayahnya ke pasar raya untuk membeli- belah. Sepanjang perjalanan, Nazim berbual-bual dengan ayahnya tentang pelbagai perkara. Antara topik utama perbualan mereka ialah pentingnya mematuhi peraturan di jalan raya. Nazim kagum akan sikap ayahnya. Beliau bukan saja memandu dengan cermat, malah sentiasa mematuhi peraturan di jalan raya. Ayahnya tidak pernah mengherdik pemandu lain walaupun sesetengah pemandu memandu secara berbahaya dan melanggar peraturan lampu isyarat. Selain itu, Nazim kagum akan sikap ayahnya yang mudah memberikan pertolongan kepada orang lain. Misalnya, hari itu ayahnya membantu membaiki kerosakan enjin kereta seorang wanita. Walaupun wanita itu ingin memberinya wang, namun ayah menolaknya atas alasan pertolongannya itu ikhlas. Ayah Nazim bijak juga mengurus perbelanjaan. Beliau sentiasa berjimat cermat ketika berbelanja. Beliau lebih dahulu merancang barang-barang yang hendak dibeli dan menganggarkan kosnya. Sememangnya, Nazim berasa bertuah dan berbangga mempunyai ayah yang bertanggungjawab terhadap keluarganya. Nazim berazam untuk mencontoh perilaku ayahnya itu.