2. MAZLINA BINTI TUMIRAN
NOR LIHANA BINTI HANI
RASHIDAH BINTI MAHMAD
SUHANA BINTI ABD HAMID
SLQ 2412
KAEDAH MENGAJAR BAHASA ARAB
PENGGUNAAN BAHAN BANTU
MENGAJAR DALAM PENGAJARAN
BAHASA ARAB
5. PENGENALAN
Bagi pengajaran bahasa Arab di peringkat sekolah,
keperluan semasa perlu dilihat bagi membina hala tuju
pendidikan yang dapat menyesuaikan dengan keperluan
di universiti.
Pemerkasaan tersebut boleh dibuat dalam proses
pembelajaran yang terdiri daripada kurikulum, P&P,
pelajar, guru, pentadbiran dan prasarana. Hasil gabungan
perkara-perkara di atas, sekolah dapat melahirkan pelajar
yang mampu bersaing di peringkat kebangsaan dan
antarabangsa
7. Bahan pembelajaran merangkumi pelbagai
bahan yang digunakan dalam pembelajaran
seperti glosari, buku latihan, bahan bantu
mengajar seperti gambar, objek hidup atau
mati, model atau spesimen, radio, poster,
gambar rajah, patung, carta atau peta dan kad-
kadperkataan serta alat bantu mengajar yang
lain.
DEFINISI BBM
8. Menurut Abd Rahman (2000) sejak awal 50an, pelbagai alat
teknologi pendidikan yang digunakan.
Namun penggunaannya amat terhad.
Antara kemudahan yang digunakan ialah peti
televisyen,perakam video dan OHP.
Dalam masa yang sama penggunaan bahan bantu yang bercetak
turut digunakan dalam pengajaran.
Sejarah Bahan Bantu Mengajar
9. Dalam pembelajaran bahasa, penggunaan pelbagai
bahan adalah penting dan ia tidak terhad kepada
penggunaan buku teks semata-mata apatah lagi dalam
pembelajaran bahasa asing yang tidak disokong oleh
persekitaran sepertimana bahasa pertama dan kedua
(Aleixo, 2003(.
Penggunaan bahan-bahan hidup seperti guru kelas
lain, pelajar-pelajar daripada tahap yang lebih tinggi,
ataupun pakar luar yang dipanggil untuk memberikan
ucapan dalam bidang yang dikuasainya serta tidak
terikat dengan bahan pembelajaran rasmi di dalam
kelas sahaja.
Sejarah Bahan Bantu Mengajar
11. Penggunaan bahan pembelajaran juga perlu
mengambil kira faktor kebolehan pelajar. Apatah lagi
sekiranya di dalam satu kelas terdapat pelajar yang
mempunyai kebolehan yang berbeza-beza.
Pelajar yang lebih berkebolehan perlu diberikan
bahan yang lebih bersifat kendiri supaya mereka boleh
berdikari seperti penggunaan kamus, membina ayat
dan sebagainya. Ini kerana mereka akan merasa bosan
sekiranya pengajaran terlalu perlahan.
TAHAP PENGGUNAAN BBM
12. Manakala pelajar yang menghadapi masalah pula akan
ketinggalan sekiranya pengajaran terlalu laju. Oleh itu,
mereka mencadangkan penggunaan stimuli yang
berbeza terhadap kelompok pelajar yangberbeza
walaupun hasilnya nanti berbeza-beza.
Dari segi pembentukan bahan pembelajaran, Dat
(2007) mencadangkan penggunaan sumber
pembelajaran daripada kehidupan sebenar bahasa
sasaran itu digunakan. Bahan-bahan seharian seperti
radio, filem, rancangan televisyen juga boleh
merapatkan jurang perbezaan pertuturan dengan
penutur asal.
TAHAP PENGGUNAAN BBM
13. Ia juga ditentukan oleh isi kandungan, fungsi dan
makna yang akan mengekalkan minat pelajar dan
berbentuk sebuah teks atau wacana yang
menggunakan bahasa dalam keadaan sebenar
Tahap penggunaan bahan bantu mengajar dalam
bahasa arab menunjukkan kekerapan penggunaan
bahan pembelajaran berdasarkan buku teks digunakan
secara meluas berbanding kamus, buku latihan dan
gambar.
TAHAP PENGGUNAAN BBM
14. OHP dan LCD hanya sesekali digunakan dalam
pembelajaran. Penggunaan komputer juga didapati
tidak memuaskan selari dengan kekerapan penggunaan
Internet dan makmal bahasa yang juga rendah.
Kadar penggunaan kad imbasan dan radio juga tidak
memuaskan. Ini menunjukkan bahawa buku teks sahaja
digunakan secara kerap dalam pembelajaran bahasa
Arab di sekolah.
TAHAP PENGGUNAAN BBM
15. Manakala penggunaan bahan-bahan lain adalah tidak
menggalakkan, buku teks didapati digunakan secara
meluas di samping kamus, buku latihan serta gambar.
Buku teks digunakan secara meluas dalam
pembelajaran bahasa Arab di sekolah, selari dengan
dapatan Taha-Thomure (2008) yang meneliti
pengajaran bahasa Arab di dunia Arab.
TAHAP PENGGUNAAN BBM
16. Kamus dan buku latihan tidak digunakan secara
meluas. Keadaan ini berlaku mungkin disebabkan oleh
faktor penggunaan kamus yang banyak berlaku di
dalam kelas sahaja menyebabkan guru berpendapat
penggunaan bahan ini dalam kalangan pelajar adalah
lebih tinggi.
Penggunaan kamus yang rendah dalam kalangan
pelajar disebabkan oleh beberapa faktor.Hanya
sebilangan kecil sahaja pelajar yang mempunyai inisiatif
sendiri membeli kamus.
TAHAP PENGGUNAAN BBM
18. Pengajaran dan pembelajaran lebih menarik
Mempelbagaikan sumber dan bahan pengajaran
Menjadikan langkah pengajaran lebih kemas dan
tersusun dengan menggunakan bahan bantu mengajar
Menambah minat, motivasi dan kesungguhan pelajar
Menyedarkan persepsi pasif pelajar bahawa bahasa
arab susah, membosankan dan tidak mempunyai hala
tuju.
IMPLIKASI PENGGUNAAN BBM
20. Masih terdapat guru yang tidak mahir dalam
mengendalikan pembelajaran berbantukan komputer
disebabkan kurang latihan. Guru juga menghadapi
masalah dalam pengajaran berbantukan komputer
kerana banyak masa perlu diberikan dalam
menyediakan bahan.
Pelajar juga kurang berminat menggunakan komputer
dalam pengajaran Bahasa Arab. Komputer yang
digunakan di sekolah sering rosak dan ketinggalan dari
segi kapasiti dan teknologi
KEKANGAN PENGGUNAAN BBM
21. Sistem selenggaraan komputer yang tidak cekap di
sekolah Masalah bilik komputer juga sering
mengganggu kelancaran penggunaan komputer dalam
pengajaran. Terdapat guru yang tidak dapat
menggunakan bilik komputer kerana sering digunakan
oleh kumpulan pelajar lain.
Penyediaan bahan bantu mengajar bercetak
memerlukan masa untuk penyediaannya. Selain itu,
guru kadangkala membeli bahan dengan menggunakan
kos sendiri menyebabkan BBM tersebut menjadi hak
peribadi dan tidak dikongsi dengan guru yang lain.
KEKANGAN PENGGUNAAN BBM
23. Guru perlu bijak memilih kaedah pengajaran yang
paling sesuai untuk untuk diselaraskan dengan BBM
yang digunakan. Pelbagai kaedah pengajaran
terancang telah ditekankan kepada semua guru untuk
diterapkan semasa pengajaran.
Pelbagai alat teknologi pendidikan digunakan dalam
pengajaran dan pembelajaran di sekolah-sekolah di
Malaysia. Penggunaan multimedia moden seperti video
klip, YouTube dan powerpoint beranimasi boleh
meningkatkan kualiti pembelajaran disamping
meningkatkan motivasi pelajar.
CADANGAN MENGATASI MASALAH
24. Guru haruslah melakukan anjakan paradigma dalam
pengajaran mereka dan tidak semata-mata
menggunakan kaedah chalk and talk dalam
pengajaran. Ini kerana kaedah ini membosankan dan
menurunkan motivasi pelajar untuk belajar.
Mewujudkan jaringan kerjasama antara panitia atau
sekolah dengan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD),
menyediakan peruntukan yang sesuai untuk
menyediakan teknologi komputer terkini. Mewujudkan
prasarana ICT yang sesuai untuk pembelajaran.
CADANGAN MENGATASI MASALAH
25. Perlu ada kumpulan pembinaan bahan yang mendapat
dorongan daripada pentadbir. Memberikan lebih
dorongan kepada pelajar agar meminati komputer.
Semua guru Bahasa Arab perlu diberikan pendedahan
aplikasi komputer contohnya penggunaan perisian
(software) dalam pengajaran bahasa arab. Penggunaan
laman web Bahasa arab dan lain-lain.
CADANGAN MENGATASI MASALAH
27. KESIMPULAN
-Bahan bercetak sahaja yang mempunyai tahap
penggunaan yang tinggi di kalangan guru-guru.
Penggunaan BBM yang lain seperti poster/carta,
perisian komputer dan LCD projektor pula
adalah pada tahap sederhana.
Guru perlu menguasai konsep pengajaran
bahasa berbantukan komputer agar pemahaman
yang mantap terhadap konsep tersebut dapat
memberi kesan kepada mutu pengajaran guru.
28. KESIMPULAN
Manakala tahap penggunaan peralatan audio
visual seperti televisyen dan radio, radio dan
kaset, gambar foto dan papan gulung pula
adalah rendah.
Penggunaan komputer dalam pengajaran
berupaya meningkatkan lagi keupayaan pelajar
dalam menguasai Bahasa Arab dengan lebih
baik.
-