際際滷

際際滷Share a Scribd company logo
Bencana Kehilangan Rasa Takut 
Kamu tahu 
tak kalau kamu 
terbabas, patah 
riuk tulang kamu 
tu? Kamu nak ke 
lumpuh sampai 
mati 
menyusahkan aku 
menjaga kamu? 
Kecil-kecil kamu 
berak dalam 
lampin, dahbesar 
pun nak aku basuh 
berak kamu! 
bebel Mak Tah 
kepada anaknya 
Mat yang gila 
merempit. 
Si anak 
diam membatu. 
Sebelum 
sempat Mak Tah 
menyambung 
leterannya, Mat 
bingkas bangun 
menyabar topi 
keledar tanpa 
tanda SIRIM itu 
dan terus 
memecut keluar. 
Mak Tah 
menggelengkan 
kepala dalam 
leningan air mata. 
Anaknya tidak 
takut mati. 
Rokok 
boleh 
membunuhjelas 
terpampang pada 
kotak rokok,Ellin 
yang perempuan 
itu,tidak langsung 
tersentuh dengan 
nasihat 
berkenaan.Lagakn 
ya bagai seoarang 
anggotapasukan 
berani 
mati,perkataan 
bunuh dan mati 
bagai tidak punya 
sebarang 
makna.Semangat 
tidak takut mati 
sepatutnya 
disalurkan di jalan 
pembebasan umat 
Islam di Palestin! 
Takut yang 
menyelamatkan 
Katak, 
katak! gertak 
seorang ibu yang 
menakut-nakutkan 
anak kecilnya 
daripada bermain 
di dapur sendirian. 
Si anak 
kelam-kabut lari 
kerana takutkan 
katak tadi. Takut 
yang dilahirkan 
melalui imej katak 
itu tadi tujuannya 
adalah untuk 
menyelamatkan si 
anak daripada 
benda-benda yang 
berbahaya di 
dapur. 
Si anak 
yang masihg 
belum faham, 
begitu berani 
memegang cerek 
panas. Akibat 
tiada takut, 
dirinya tercedera. 
Lalu 
berkembanglah 
akal manusia 
seiring dengan 
pertambahan 
usianya agar 
ketakutan itu 
mencegah dirinya 
daripada terdedah 
kepada bahay. 
Takut itu 
menyelamatkan. 
Tetapi, 
manusia hari ini 
hilang rasa takut. 
Lihat contoh 
reality TV, Fear 
Factor, pesertanya 
diuji tahap 
keberanian 
masing-masing. 
Lebigh berani 
seseorang itu 
terhadap benda-benda 
yang 
lazimnya ditakuti 
manusia umum, 
lebih pahlawan 
dirinya di mata 
hakimdan 
penonton yang 
menyaksikan. 
Takut Tak 
Tentu Arah 
Pada era 
ini, takut cuba 
dibunuh dari 
dalam jiwa 
manusia. BUkan 
untuk berani 
berjuang, tetapi 
berani yang tidak 
tentu arah. 
Bukan 
sahaja ketakutan 
itu hilang dari 
dalam jiwa 
penghisap rokok 
atau samseng 
jalanan, takut 
sudah tidak punya 
apa-apa erti dalam 
hampir 
keseluruhan aspek 
kehidupan 
semasa. Lebih 
membimbangkan, 
rasa takut itu 
sudah tercabut 
dari dalam jiwa 
parea penjenayah. 
Bermula daripada 
kesalahan kecil 
meletakkan kereta 
sesuka hati di kiri 
kanan jalanan, 
hinggalah kepada 
kejadian ragut, 
rompak, rogol, 
bunuh dan dadah, 
sudah tidak ada 
hukuman yang 
boleh bertindak 
menghalang 
manusia daripada 
melakukannya. 
Dihukum 
Penjara 1000 
Tahun!! 
Terpampang 
berita di dada 
akhbar. Mati
hidup balik, mati 
hidup balik, mati 
hidup balik, masih 
belum bebas 
daripada hukuman 
penjara yang 
ekstrim itu. 
Namun, bolehkah 
hukuman itu 
mencegah 
penjenayah 
seksual daripada 
terus 
bermaharajalela? 
Tidak. 
Rasa takut itu 
sudah tiada. 
Di sebuah 
Negara yang 
kadar jenayahnya 
amat 
menggerunkan 
seperti Amarika 
Syarikat, 
hukuman ganas 
yang amat kejam 
seperti kerusi 
elektrik sudah 
lama 
diperkenalkan. 
Bayangkan sahaja 
seorang 
penjenayah diikat 
pada sebuah 
kerusi kayu, 
tenaga elektrik 
arus tinggi 
disalurkan ke 
seluruh tubuhnya 
sehingga 
memancut darah 
keluar sana sini, 
mati dengan 
penyeksaan yang 
tidak tertanggung 
oleh mata yang 
melihat dan 
fikiran yang 
membayangkanny 
a. 
Namun, 
bolehkah 
kengerian 
hukuman itu 
mencegah jenayah 
dan meningkatkan 
ketakutan 
masyarakat akibat 
melanggar 
undang-undang? 
Jauh sam sekali!! 
Malah Amarika 
Syarikat terus 
menjadi Negara 
paling gila dalam 
konteks 
melahirkan 
pembunuhan 
bersiri dan 
jenayah-jenayah 
paranormal yang 
lain. Seratus orang 
pemberontak 
dihukum tembak 
di hadapan 
khalayak ramai, 
seribu 
pemberontak 
datang mengganti. 
Biar terjelir lidah 
pengedar dadah 
menggelepar 
menuju kematian 
di tali gantung, 
kadar jenayah 
tidak pernah 
berkurang. 
Apa sahaja 
gertakan 
hukumanb, 
seakan-akan 
manusia sudah 
tidak mampu 
menggeruninya, 
kecuali HUDUD. 
Formula 
dan Acuan Allah 
Belum lagi 
terlaksana, baru 
sahaja 
dimanisfestasikan 
pelaksanaanya, 
seluruh alam 
menjadi kecoh. 
Pelbagai komen 
paranoid terbit 
dari mulut semua 
lapisan 
masyarakat. Yang 
cerdik menjadi 
bodoh, yang jahat 
menjdi hangat. 
Laalu keluarlah 
kenyataan-kenyataan 
yang 
menggambarkan 
kekecohan dan 
ketakutan itu. 
Makan 
sup tangan ke? 
kata si bijak 
pandai. 
Habislah 
jalan tak cukup 
batu, habis 
terguna merejam 
penzina! bidas si 
ilmuan. 
Nanti 
non-muslim 
memberontak! 
tegas seorang ahli 
politik. 
(Tetapi, bukankah 
hokum itu hanya 
untuk orang 
Islam?) 
Seribu satu 
reaksi ditonjolkan 
untuk membantah 
usaha 
melaksanakan 
kanun jenayah 
Islam itu. 
Sedangkan segala 
alternative yang 
ada, tidak sedikit 
pun mencegah 
penjenayah 
daripada terus-menerus 
melakukan 
kesalahan. Mereka 
mencuba pelbagai 
wasilah untuk 
mencegah jenayah 
sedangkan 
pencegahan hanya 
bias datang 
daripada Allah. 
Allah 
berfirman yang 
bermaksud: Dan 
orang lelaki yang 
mencuri maka 
(hukumannya) 
potonglah tangan 
mereka sebagai 
satu balasan 
dengan sebab apa 
yang mereka telah 
usahakan, (juga 
sebagai) suatu 
cegahan daripada 
Allah. Dan 
(ingatlah) Allah 
Maha Kuasa lagi 
maha Bijaksana. 
(Surah al- 
Maiidah (5:38) 
Takut itu 
adalah perasaan 
hati. Hati itu milik
Allah. 
Allah jua yang 
mencampakkan 
rasa gerun dalam 
hati manusia yang 
dikehendaki-Nya. 
Dan kehendak 
Allah itu hanya 
dapat diraih 
apabila formula 
dan acuan 
(sibghah) Allah 
diguna pakai. 
Sesungguhnya 
hukuman daripada 
Allah itulah yang 
tidak wujud dalam 
hukum-hukum 
yang lain. Biar 
sejelek gantung 
sampai mati, biar 
sengeri tembak di 
hadapan khlayak 
ramai, ia tidak 
mampu 
menghasilkan 
nilai cegahan 
kerana cegahan itu 
urusan Allah. 
Cegahan 
inilah yang bisa 
mencegah 
manusia daripada 
kembali 
menjamah 
jenayah. 
Ketakutan yang 
dicampakkan 
Allah kedalam 
hati manusia, 
bertujuan untuk 
mencegah dirinya, 
dan manusia lain 
daripada 
kerosakan yang 
membinasakan. 
Ancaman 
daripada Allah 
dan Rasul 
Ia bukan 
sekadar ketakutan 
yang mencegah 
pencuri telur 
ayam, tetapi juga 
para bangsawan 
yang seleranya 
sebesar 
perbendaharaan 
Negara. Rasa 
gerun yang 
mampu 
mengekang 
manusia 
berpangkat tinggi 
daripada 
bermaharajalela 
menyelewengkan 
harta rakyat. 
Cegahan 
inilah yang boleh 
menghentikan 
kegiatan menjual 
beli undang-undang. 
Sebuah 
Negara dalam 
sepanjang sejarah 
ketamadunan 
manusia, tidak 
pernah musnah 
disebabkan miskin 
harta dan 
pembangunan. 
Tetapi 
keseluruhan hidup 
manusia 
menyaksikan 
Negara segagah 
empayar Rom dan 
Parsi, Utara dan 
Selatan, Timur 
dan Barat musnah 
apabila manusia 
tidak lagi mampu 
dicegah daripada 
kejahatan. Apatah 
lagi kezaliman 
bangsawan 
dipejamkan mata 
dan kesalahan si 
miskin diherat 
sepuasnya. 
Rasulullah 
s.a.w bersabda 
yang bermaksud: 
Wahai sekalian 
manusia, 
sesungguhnya 
umat sebelum 
kamu binasa 
kerana tatkala si 
bangsawan 
mencuri, mereka 
membiarkannya. 
Sedangkan 
apabila si lemah 
mencuri, mereka 
mengenakan 
hudud keatasnya. 
Demi Allah, 
kalaulah Fatimah 
Binti Muhammad 
itu mencuri, 
nescaya akan 
kupotong 
tangannya. 
(Mattafaq alaih) 
Inilah 
pakej berupa 
ancaman daripada 
Allah dan Rasul 
buat sekalian 
pencuri dan 
penjenayah, baik 
dia itu rakyat 
biasa yang 
mencuri besi di 
rumah jiran, mahu 
pun bangsawan 
yang merompak 
perbendaharaan 
Negara demi 
kepentingan hawa 
nafsu mereka. 
Apa-apa 
sahaja ancaman 
lain, tidak boleh 
menimbulkan rasa 
gerund an takut 
dalam hati 
penjenayah. 
Walaupun 
manusia sudah 
begitu moden, 
ketakutan mereka 
masih sama  
menggeruni apa 
yang digeruni oleh 
manusia zaman 
berzaman. 
Hanya 
hukuman Allah 
mampu 
menggerunkan 
hati kerana itulah 
tempat jatuhnya 
pandangan Allah.

More Related Content

Bencana kehilangan rasa takut- Solusi

  • 1. Bencana Kehilangan Rasa Takut Kamu tahu tak kalau kamu terbabas, patah riuk tulang kamu tu? Kamu nak ke lumpuh sampai mati menyusahkan aku menjaga kamu? Kecil-kecil kamu berak dalam lampin, dahbesar pun nak aku basuh berak kamu! bebel Mak Tah kepada anaknya Mat yang gila merempit. Si anak diam membatu. Sebelum sempat Mak Tah menyambung leterannya, Mat bingkas bangun menyabar topi keledar tanpa tanda SIRIM itu dan terus memecut keluar. Mak Tah menggelengkan kepala dalam leningan air mata. Anaknya tidak takut mati. Rokok boleh membunuhjelas terpampang pada kotak rokok,Ellin yang perempuan itu,tidak langsung tersentuh dengan nasihat berkenaan.Lagakn ya bagai seoarang anggotapasukan berani mati,perkataan bunuh dan mati bagai tidak punya sebarang makna.Semangat tidak takut mati sepatutnya disalurkan di jalan pembebasan umat Islam di Palestin! Takut yang menyelamatkan Katak, katak! gertak seorang ibu yang menakut-nakutkan anak kecilnya daripada bermain di dapur sendirian. Si anak kelam-kabut lari kerana takutkan katak tadi. Takut yang dilahirkan melalui imej katak itu tadi tujuannya adalah untuk menyelamatkan si anak daripada benda-benda yang berbahaya di dapur. Si anak yang masihg belum faham, begitu berani memegang cerek panas. Akibat tiada takut, dirinya tercedera. Lalu berkembanglah akal manusia seiring dengan pertambahan usianya agar ketakutan itu mencegah dirinya daripada terdedah kepada bahay. Takut itu menyelamatkan. Tetapi, manusia hari ini hilang rasa takut. Lihat contoh reality TV, Fear Factor, pesertanya diuji tahap keberanian masing-masing. Lebigh berani seseorang itu terhadap benda-benda yang lazimnya ditakuti manusia umum, lebih pahlawan dirinya di mata hakimdan penonton yang menyaksikan. Takut Tak Tentu Arah Pada era ini, takut cuba dibunuh dari dalam jiwa manusia. BUkan untuk berani berjuang, tetapi berani yang tidak tentu arah. Bukan sahaja ketakutan itu hilang dari dalam jiwa penghisap rokok atau samseng jalanan, takut sudah tidak punya apa-apa erti dalam hampir keseluruhan aspek kehidupan semasa. Lebih membimbangkan, rasa takut itu sudah tercabut dari dalam jiwa parea penjenayah. Bermula daripada kesalahan kecil meletakkan kereta sesuka hati di kiri kanan jalanan, hinggalah kepada kejadian ragut, rompak, rogol, bunuh dan dadah, sudah tidak ada hukuman yang boleh bertindak menghalang manusia daripada melakukannya. Dihukum Penjara 1000 Tahun!! Terpampang berita di dada akhbar. Mati
  • 2. hidup balik, mati hidup balik, mati hidup balik, masih belum bebas daripada hukuman penjara yang ekstrim itu. Namun, bolehkah hukuman itu mencegah penjenayah seksual daripada terus bermaharajalela? Tidak. Rasa takut itu sudah tiada. Di sebuah Negara yang kadar jenayahnya amat menggerunkan seperti Amarika Syarikat, hukuman ganas yang amat kejam seperti kerusi elektrik sudah lama diperkenalkan. Bayangkan sahaja seorang penjenayah diikat pada sebuah kerusi kayu, tenaga elektrik arus tinggi disalurkan ke seluruh tubuhnya sehingga memancut darah keluar sana sini, mati dengan penyeksaan yang tidak tertanggung oleh mata yang melihat dan fikiran yang membayangkanny a. Namun, bolehkah kengerian hukuman itu mencegah jenayah dan meningkatkan ketakutan masyarakat akibat melanggar undang-undang? Jauh sam sekali!! Malah Amarika Syarikat terus menjadi Negara paling gila dalam konteks melahirkan pembunuhan bersiri dan jenayah-jenayah paranormal yang lain. Seratus orang pemberontak dihukum tembak di hadapan khalayak ramai, seribu pemberontak datang mengganti. Biar terjelir lidah pengedar dadah menggelepar menuju kematian di tali gantung, kadar jenayah tidak pernah berkurang. Apa sahaja gertakan hukumanb, seakan-akan manusia sudah tidak mampu menggeruninya, kecuali HUDUD. Formula dan Acuan Allah Belum lagi terlaksana, baru sahaja dimanisfestasikan pelaksanaanya, seluruh alam menjadi kecoh. Pelbagai komen paranoid terbit dari mulut semua lapisan masyarakat. Yang cerdik menjadi bodoh, yang jahat menjdi hangat. Laalu keluarlah kenyataan-kenyataan yang menggambarkan kekecohan dan ketakutan itu. Makan sup tangan ke? kata si bijak pandai. Habislah jalan tak cukup batu, habis terguna merejam penzina! bidas si ilmuan. Nanti non-muslim memberontak! tegas seorang ahli politik. (Tetapi, bukankah hokum itu hanya untuk orang Islam?) Seribu satu reaksi ditonjolkan untuk membantah usaha melaksanakan kanun jenayah Islam itu. Sedangkan segala alternative yang ada, tidak sedikit pun mencegah penjenayah daripada terus-menerus melakukan kesalahan. Mereka mencuba pelbagai wasilah untuk mencegah jenayah sedangkan pencegahan hanya bias datang daripada Allah. Allah berfirman yang bermaksud: Dan orang lelaki yang mencuri maka (hukumannya) potonglah tangan mereka sebagai satu balasan dengan sebab apa yang mereka telah usahakan, (juga sebagai) suatu cegahan daripada Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa lagi maha Bijaksana. (Surah al- Maiidah (5:38) Takut itu adalah perasaan hati. Hati itu milik
  • 3. Allah. Allah jua yang mencampakkan rasa gerun dalam hati manusia yang dikehendaki-Nya. Dan kehendak Allah itu hanya dapat diraih apabila formula dan acuan (sibghah) Allah diguna pakai. Sesungguhnya hukuman daripada Allah itulah yang tidak wujud dalam hukum-hukum yang lain. Biar sejelek gantung sampai mati, biar sengeri tembak di hadapan khlayak ramai, ia tidak mampu menghasilkan nilai cegahan kerana cegahan itu urusan Allah. Cegahan inilah yang bisa mencegah manusia daripada kembali menjamah jenayah. Ketakutan yang dicampakkan Allah kedalam hati manusia, bertujuan untuk mencegah dirinya, dan manusia lain daripada kerosakan yang membinasakan. Ancaman daripada Allah dan Rasul Ia bukan sekadar ketakutan yang mencegah pencuri telur ayam, tetapi juga para bangsawan yang seleranya sebesar perbendaharaan Negara. Rasa gerun yang mampu mengekang manusia berpangkat tinggi daripada bermaharajalela menyelewengkan harta rakyat. Cegahan inilah yang boleh menghentikan kegiatan menjual beli undang-undang. Sebuah Negara dalam sepanjang sejarah ketamadunan manusia, tidak pernah musnah disebabkan miskin harta dan pembangunan. Tetapi keseluruhan hidup manusia menyaksikan Negara segagah empayar Rom dan Parsi, Utara dan Selatan, Timur dan Barat musnah apabila manusia tidak lagi mampu dicegah daripada kejahatan. Apatah lagi kezaliman bangsawan dipejamkan mata dan kesalahan si miskin diherat sepuasnya. Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: Wahai sekalian manusia, sesungguhnya umat sebelum kamu binasa kerana tatkala si bangsawan mencuri, mereka membiarkannya. Sedangkan apabila si lemah mencuri, mereka mengenakan hudud keatasnya. Demi Allah, kalaulah Fatimah Binti Muhammad itu mencuri, nescaya akan kupotong tangannya. (Mattafaq alaih) Inilah pakej berupa ancaman daripada Allah dan Rasul buat sekalian pencuri dan penjenayah, baik dia itu rakyat biasa yang mencuri besi di rumah jiran, mahu pun bangsawan yang merompak perbendaharaan Negara demi kepentingan hawa nafsu mereka. Apa-apa sahaja ancaman lain, tidak boleh menimbulkan rasa gerund an takut dalam hati penjenayah. Walaupun manusia sudah begitu moden, ketakutan mereka masih sama menggeruni apa yang digeruni oleh manusia zaman berzaman. Hanya hukuman Allah mampu menggerunkan hati kerana itulah tempat jatuhnya pandangan Allah.