5. Bahan Pelengkap dan Bahan Sokongan MEKAR Buku Teks Buku Aktiviti Mekar Dlm Talian Kad Imbasan Buku Besar Buku Kecil Kad Bergambar
6. BAHAN MDT bahan pelengkap digunakan untuk mencapai objektif pelajaran dalam bahan utama MEKAR membantu meningkatkan dan mengembangkan kemahiran bahasa murid
7. Keselarasan Bahan Utama MEKAR dengan Bahan MDT Terdapat beberapa Bahan MDT yang tidak selaras dengan Bahan Utama MEKAR
15. Praaktiviti: Murid: Secara sukarela atau 3 murid untuk melakonkan watak-watak berikut bersama guru: Sang Nila Utama 2 orang pengawal seekor singa Berlatih bersama murid yang dipilih. Menyediakan ‘props’ seperti mahkota, pendayung, bahtera dan topeng Singa
16. Langkah Aktiviti Catatan 1 Memperdengarkan Syair Singapura. Di manakah aktiviti akan dijalankan? 2 Dalam kumpulan kecil, murid melagukan Syair Singapura bergilir-gilir. Bolehkah aktiviti ini dijalankan di makmal komputer? 3 Guru bersama murid melakonkan Syair Singapura yang dilagukan oleh murid. Aktiviti ini boleh dijalankan?
18. Nasi Goreng Video Dalam Talian Darjah 1A Unit 4: Rumah Kita Pelajaran: 4
19. Hasil Pembelajaran Mendengar maklumat dan menyampaikan semula aktiviti yang dilakukan di dapur – 1.1.2 (T2) VDT Video Dalam Talian
20. Aktiviti dalam Panduan Guru menonton video ‘Nasi Goreng’ belajar kosa kata baharu mengenai kegiatan di dapur menceritakan semula aktiviti di dapur (bertutur) melengkapkan ayat (menulis) membina perenggan mudah (menulis)
21. Aktiviti Saranan Praaktiviti Murid bertanya keluarga tentang makanan yang sering disediakan di rumah Murid membawa gambar-gambar makanan yang dimasak oleh ibu di rumah Murid mencari resepi makanan dari akhbar atau majalah Murid berkongsi tentang makanan yang dimasak dengan rakan-rakan (kaedah berfikir, berpasang, berkongsi)
22. Aktiviti Saranan Semasa menonton video Video dihentikan pada segmen-segmen tertentu untuk aktiviti ramalan Murid mendengar audio yang terdapat dalam video (dialog 10 - 15 atau 17 - 38) untuk meneka apa yang akan dimasak oleh ibu Audio dihentikan supaya murid dapat menyampaikan ulasan yang selari mengenai langkah-langkah menyiapkan nasi goreng
23. Aktiviti Saranan Selepas Menonton Video Murid melakonkan aksi bagi perkataan dalam kad imbasan yang diberikan di hadapan kelas (Charade) Murid menyusun langkah-langkah (ayat/gambar) bagi menyiapkan hidangan nasi goreng (kaedah round robin) Murid melengkapkan penyusun grafik Murid menulis refleksi tentang aktiviti memasak atau menyiapkan hidangan yang pernah dilakukan bersama keluarga
24. BIDT Bahan Interaktif Dalam Talian Bacaan Interaktif Latihan Interaktif Permainan Interaktif
25. Peta Harta Karun Permainan Interaktif Darjah 3A Unit 4: Hari Ini Dalam Kenangan Pelajaran: 2
27. Aktiviti dalam Panduan Guru klik kotak yang mengandungi kata seerti/seiras dalam kurungan di dalam ayat berhuruf tebal (dalam kurungan) klik kotak lain pula yang mempunyai kata seerti/seiras yang berhuruf tebal (dalam kurungan) dalam ayat memadankan kata seerti/seiras (60 saat) murid boleh bermain berkali-kali (soalannya disusun secara rambang setiap kali murid main semula)
28. Aktiviti Saranan Kesinambungan pengajaran drp BT dan BA Dalam Buku Teks, murid membaca teks dan diperkenalkan dengan satu contoh perkataan seerti/seiras Murid kemudian mengenal pasti tiga lagi perkataan seerti/seiras yang terdapat dalam Buku Teks Guru boleh meminta murid berkongsi perkataan-perkataan seerti/seiras yang murid tahu Dalam Buku Aktiviti, murid mempelajari lapan kata seerti/seiras
29. Aktiviti Saranan Aktiviti Individu (Dalam Makmal Komputer) Selepas bermain permainan interaktif di MDT secara individu, minta murid senaraikan kesemua perkataan seerti/seiras yang telah dipelajari oleh murid (guru menyediakan senarai yang perlu murid lengkapkan)
30. Aktiviti Saranan Aktiviti Dalam Bilik Darjah (di hadapan kelas) Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan Kumpulan menyelesaikan tugasan Kumpulan yang tercepat dianggap pemenang (catatkan masa aktiviti diselesaikan) Murid membina ayat menggunakan perkataan yang dipelajari
31. Aktiviti Saranan Gunakan semula bahan aktiviti bahasa yang lain seperti kata berlawan, golongan kata memuatkan soalan dalam fail yang telah dimuat turun membina latihan yang khusus untuk murid-murid yang memerlukan bantuan jenis soalan dan kepayahan boleh dipertingkat dan disesuaikan
34. Hasil Pembelajaran Menyampaikan maklumat mengenai keluarga dengan menggunakan perkataan dan frasa yang sesuai – 2.3.1 (T2)
35. Digunakan sebagai induksi pelajaran Boleh digunakan sebagai bahan perbualan dalam kumpulan kecil atau secara berpasangan Mengukuhkan konsep kekeluargaan Digunakan untuk mengenal pasti golongan kata yang tertentu
36. Peringatan Penting: Bahan audio dan video yang dimuat turun hanya merupakan ‘ back up ’. Sebaiknya, gunakan bahan dalam talian.
42. Sesi Amali Melungsur lelaman MDT dan meneroka bahan MDT Secara berpasangan – pilih satu bahan ADT, VDT atau BIDT (yang belum dijalankan di sekolah) Merancang satu pelajaran menggunakan bahan MDT Gunakan templat umum (sebagai panduan) Perkongsian rancangan pelajaran yang telah dirancang
Salam sejahtera, Selamat datang ke Bengkel Penggunaan Bahan Mekar Dalam Talian (MDT) Secara Berkesan bagi Bahan Pengajaran Pakej Mekar. Bengkel ini merupakan salah satu siri bengkel yang kami anjurkan tahun ini bagi melatih dan menyediakan guru dengan kemahiran menggunakan bahan pengajaran pakej MEKAR secara berkesan, khususnya penggunaan bahan-bahan online dalam lelaman Mekar Dalam Talian (MDT). Lelaman MDT ini telah disediakan dengan kerjasama ETD untuk menyokong pembelajaran Bahasa Melayu di peringkat darjah 1 hingga 4. Bahan-bahan tersebut telah dibina khusus bagi menyokong sukatan pelajaran Bahasa Melayu yang baharu, yang menekankan penerapan Teknologi Maklumat dan Komunikasi bagi pengajaran dan pembelajaran BM di sekolah rendah. Mekar dalam talian merupakan lelaman web yang menggunakan program Flash. Lelaman ini direka oleh pihak ETD, untuk guru-guru BM di peringkat sekolah rendah dengan kandungannya dibina oleh Unit Bahasa Melayu, Bahagian Perancangan dan Pengembangan Kurikulum. Selain guru, murid-murid juga boleh mengakses sesetengah bahan yang telah dimuat naik.
Di akhir bengkel ini, kami berharap cikgu-cikgu akan: Boleh menggunakan bahan-bahan online dengan berkesan Berkongsi cara atau pengalaman menggunakan bahan-bahan online (MEKAR) secara berkesan
Sesuai dengan pelancaran Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah yang menekankan akan penerapan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) dalam pembelajaran Bahasa Melayu (BM), 60 bahan online telah dibina bagi menyokong Bahan Pengajaran Pakej MEKAR bagi kegunaan murid P1A-P4A. Bahan-bahan online bagi Pakej B pula sedang giat dibina sekarang dan dijangka boleh digunakan pada bulan Julai tahun ini. Kami berharap, bahan-bahan online yang dibina ini dapat dimaksimumkan penggunaannya bagi menjadikan pembelajaran BM lebih berkesan, menarik dan menyeronokkan.
Pembinaan bahan-bahan online ini mula dibina seawal bulan Januari tahun lalu. Ini merupakan usaha kami yang pertama kali menyediakan bahan-bahan online bagi menyokong bahan pengajaran bagi sukatan yang baharu. Kami cuba sedaya mungkin untuk menyelaraskan bahan-bahan online dengan bahan-bahan pengajaran Pakej MEKAR agar menyokong dan menjadikan pembelajaran BM dalam bilik darjah lebih menarik, seronok dan berkesan. Bahan-bahan online dibina untuk menyokong objektif yang tertera dalam Bahan Pengajaran Bercetak, Pakej MEKAR dan menyokong penguasaan kemahiran berbahasa (mendengar, bertutur, membaca & menulis) yang menjadi fokus pengajaran, bagi unit atau pun pelajaran tertentu. Dengan keterbatasan waktu dan tenaga yang ada, kami cuba menghasilkan bahan-bahan online bagi empat-empat pakej serentak (P1A, 2A, 3A & 4A) dengan kerjasama pihak ETD.
Namun begitu, kami akur, terdapat beberapa ketidak selarasan antara beberapa bahan-bahan online dengan bahan-bahan pengajaran bercetak Pakej MEKAR, contohnya dari segi lirik lagu atau teks pantun. Jadi, bagaimanakah kita menangani ketidakselarasan ini? Bagaimanakah kita boleh memaksimumkan bahan-bahan yang ada bagi meningkatkan pembelajaran? Adakah kita akan melepaskan peluang untuk meningkatkan pengalaman pembelajaran murid berlalu begitu sahaja? Saya yakin, guru-guru di sini semua akan bersikap positif dan akan mencari jalan bagaimana ketidakselarasan ini boleh dimaksimumkan bagi tujuan pembelajaran murid.
Persiapan awal penting sebelum cikgu menggunakan bahan-bahan online. Perkara ini telah diterangkan oleh Cg Safura semasa taklimat oleh pihak ETD pada 31 Januari lalu. Hal ini perlu dilakukan agar penggunaan bahan-bahan dalam talian berjalan lancar. Antaranya ialah: Komputer mengandungi Flash Player 8 Pautan Tepat , alamat pautan harus tepat Unzip folder (jika cikgu memuat turun bahan) Boleh log in, pastikan pembesar suara berfungsi baik (Nota berkenaan persiapan awal ini kami lampirkan dalam Nota Lampiran yang telah disiapkan oleh pihak ETD)
Mari kita tinjau apakah bahan-bahan yang boleh didapati dalam lelaman MDT ini. Bacaan Asas (ADT, VDT, BIDT) Bahan Audio (ADT) Bahan video (VDT) Bahan Interaktif (BIDT) Bahan Digital Panduan Guru Kandungan bahan online dan cadangan untuk melaksanakan pengajaran boleh guru-guru dapatkan menerusi panduan guru dalam talian. Boleh boleh menjalankan aktiviti yang dicadangkan dalam Panduan Guru online bagi sesuatu bahan online. Setiap bahan ICT mempunyai ikonnya yang tersendiri. Ikon-ikon ICT tersebut boleh didapati dalam Buku Teks dan Aktiviti Mekar. Arahan mudah turut disertakan sebagai gambaran tentang jenis aktiviti yang bakal dilakukan dalam talian. (Rujuk pada BT, BA, PG)
Bahan-bahan online ini mempunyai ciri-ciri penting yang boleh dimaksimumkan bagi tujuan pembelajaran dan pengajaran yang menyokong Pakej MEKAR.
Audio Bahan-bahan online yang berbentuk Audio boleh berupa: Lagu Iringan lagu instrumental (minus one) Cerita –kefahaman mendengar Bacaan Syair atau pantun Kemahiran Mendengar Bahan-bahan ini boleh dimaksimumkan bagi mengasah kemahiran mendengar murid, terutamanya bahan yang berbentuk cerita yang memerlukan murid memahami isi-isi penting dari bahan yang didengar Kemahiran Bertutur 2. Di samping itu, bahan-bahan ini juga boleh digunakan bagi tujuan perbincangan dan dapat mengasah kemahiran bertutur murid. Berdasarkan bahan yang didengar, guru boleh mengajukan soalan-soalan yang boleh merangsang para pelajar memberikan respons secara lisan. Guru boleh mengasah kemahiran bertutur murid seperti meminta pandangan mereka, menyatakan semula perkara yang didengar, mengenal pasti isi-isi penting dan sebagainya. 3. Kemahiran menyebut sesuatu perkataan atau lirik lagu juga boleh dipertingkatkan. Kemahiran Menulis 4. Guru juga boleh mengaitkan perkara yang didengar oleh murid dengan meminta murid membuat refleksi secara bertulis. Guru boleh menilai kebolehan murid menjana idea, menceritakan semua, mencatat isi-isi penting dan lain-lain aspek kemahiran yang berkait dengan kemahiran menulis. Menjana Kreativiti Bahan-bahan audio ini terutamanya yang berbentuk minus one (instrumental), boleh digunakan bagi menggalakan kreativiti guru dan juga murid. Dengan irama lagu yang disediakan, guru atau murid boleh mencipta lirik lagu mereka sendiri atau juga syair. Guru boleh mengadakan pertandingan menulis lirik lagu (mungkin dengan panduan ibu bapa di rumah) atau peraduan menulis syair, kemudian murid boleh menyanyikannya atau membaca syair … Nota: Walau apa pun aktiviti yang disediakan untuk murid, haruslah sesuai dengan objektif yang ingin cikgu capai bagi sesuatu pelajaran. Bagi bahan-bahan online ini, objektif bagi unit dan pelajaran dalam bahan pengajaran bercetak merupakan objektif yang ingin dicapai. Selainnya, terpulanglah kepada budi bicara cikgu untuk menggunakannya bagi tujuan tertentu yang boleh membantu pembelajaran murid sesuai dengan keperluan pembelajaran murid itu sendiri.
Guru: Memilih 3 murid untuk melakonkan watak-watak berikut bersama guru: Sang Nila Utama 2 orang pengawal 1 seekor singa Berlatih bersama murid yang dipilih. Menyediakan ‘props’ seperti sebuah mahkota, sepasang pendayung, bahtera dan topeng Singa
Ciri ini hanya terdapat dalam talian, jika cikgu muat turun video, kita diberikan bentuk .mpeg. Video biasa yang mana kita boleh gunakan untuk ditayangkan kepada semua murid . Bahan dalam talian ini lebih sesuai untuk ditonton secara persendirian. Bahan-bahan online berbentuk klip video ini boleh dimaksimumkan bagi tujuan meningkatkan kemahiran mendengar, bertutur dan menulis. 1. Kemahiran Mendengar – dengan mengajukan soalan-soalan yang sesuai, kemahiran mendengar murid boleh diasah seperti meminta murid menyatakan semula isi-isi penting yang dilihat dan didengar. 2. Kemahiran Bertutur – Soalan-soalan perbincangan yang disediakan boleh digunakan untuk mengalakkan murid berfikir dan sekali gus bertutur seperti soalan yang meminta murid memberikan pandangan tentang bahan yang ditonton. Guru boleh memberhentikan klip video (pause) pada masa-masa tentu dan mengajukan soalan-soalan yang relevan berkenaan bahan yang ditonton. 3. Kemahiran Menulis – Selesai menonton klip video, murid boleh membuat refleksi secara bertulis atau meminta murid menulis pandangan atau pendapat atau juga cerita berdasarkan bahan yang ditonton. 4. Juga Kemahiran membaca – dalam Panduan Guru online sebenarnya terdapat skrip video disediakan. Guru boleh mencetak skrip tersebut bagi kegunaan murid. Aktiviti membaca dengan bermain peran atau main peranan boleh dijalankan, sekiranya guru mahu mengasah kemahiran membaca murid menggunakan teks skrip yang disediakan.
Nota: Fasilitor menggalakkan peserta berbincang tentang aktiviti saranan lain yang boleh dilakukan sebelum murid menonton video.
Selepas Menonton Video Guru memberikan kad imbasan perkataan yang akan dilakonkan oleh murid di hadapan kelas (Charade) Murid menyusun langkah-langkah (ayat/gambar) bagi menyiapkan hidangan nasi goreng Murid melengkapkan penyusun grafik Menulis langkah-langkah menyiapkan hidangan nasi goreng (kaedah round robin) Murid menulis refleksi tentang aktiviti memasak atau menyiapkan hidangan yang pernah dilakukan bersama keluarga Guru harus mengambil kira strategi atau pendekatan yang ingin dirancang bagi murid-murid. Adakah aktiviti tersebut untuk: Individu? Berpasangan? Kerja berkumpulan ? Di manakah aktiviti ini akan dijalankan? Di bilik darjah? Kalau dibilik darjah, aktiviti apakah yang akan dirancang? Di Bilik komputer? – strategi apahkah yang berkesan Di Auditorium sekolah?, di rumah? Tidak kira di mana kelas akan dijalankan, guru perlu memikirkan aktiviti yang sesuai dan berkesan untuk dijalankan. Aktiviti ini hanyalah saranan. Guru perlu merancang aktiviti yang sesuai dan dapat memenuhi keperluan pembelajaran murid.
Antara kegunaan bahan-bahan interaktif: Bacaan Interaktif Boleh digunakan sebagai bacaan contoh (model reading). Guru boleh pause, lihat teks, dan meminta murid membaca setelah mendengar bacaan contoh Latihan Interaktif Boleh mengasah pemahaman murid, kemahiran membaca dan juga aspek tatabahasa (bentuk MCQ untuk memilih jawapan/perkataan/frasa yang betul) yang ditekankan dalam unit atau pelajaran tentu Boleh dikitar semula – isikan kandungan bahan guru sendiri dan menjadikannya latihan interaktif guru sendiri (cara melakukannya ada disertakan dalam Nota Lampiran yang disediakan oleh pihak ETD) Permainan Interaktif 1. Sambil bermain, murid boleh mengasah pemahaman, kemahiran membaca dan juga aspek tatabahasa yang ditekankan dalam unit atau pelajaran tentu.
Nota: Fasilitator boleh menggunakan peluang ini untuk meminta guru berbincang dan memberi cadangan bagaimana bahan-bahan ini boleh dijalankan atau aktiviti-aktiviti lain yang boleh dijalankan.
Aktiviti Individu (Dalam Makmal Komputer) Selepas bermain permainan interaktif di MDT secara individu, minta murid senaraikan kesemua perkataan seerti/seiras yang telah dipelajari oleh mereka (guru menyediakan senarai yang perlu murid lengkapkan) Aktiviti Dalam Bilik Darjah (di hadapan kelas) Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan Kumpulan menyelesaikan tugasan Kumpulan yang tercepat dianggap pemenang (catatkan masa aktiviti diselesaikan) Murid membina ayat menggunakan perkataan yang dipelajari Nota: Fasilitator boleh menggunakan peluang ini untuk meminta guru berbincang dan memberi cadangan bagaimana bahan-bahan ini boleh dijalankan atau aktiviti-aktiviti lain yang boleh dijalankan.
Aktiviti Individu (Dalam Makmal Komputer) Selepas bermain permainan interaktif di MDT secara individu, minta murid senaraikan kesemua perkataan seerti/seiras yang telah dipelajari oleh mereka (guru menyediakan senarai yang perlu murid lengkapkan) Aktiviti Dalam Bilik Darjah (di hadapan kelas) Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan Kumpulan menyelesaikan tugasan Kumpulan yang tercepat dianggap pemenang (catatkan masa aktiviti diselesaikan) Murid membina ayat menggunakan perkataan yang dipelajari Nota: Fasilitator boleh menggunakan peluang ini untuk meminta guru berbincang dan memberi cadangan bagaimana bahan-bahan ini boleh dijalankan atau aktiviti-aktiviti lain yang boleh dijalankan.
Nota: Fasilitator boleh menggunakan peluang ini untuk meminta guru berbincang dan memberi cadangan bagaimana bahan-bahan ini boleh dijalankan atau aktiviti-aktiviti lain yang boleh dijalankan. Aktiviti yang dicadangkan hanyalah saranan. Guru perlu merancang aktiviti yang sesuai dan dapat memenuhi keperluan pembelajaran murid.
Back up, seandainya rangkaian internet terganggu dan ciku perlu gunakannya untuk pelajaran pada hari itu. Ataupun masa untuk menunggu bahan video tertentu terpancar di skrin agak lama.
Setelah kita mengetahui ciri-ciri utama dalam sesuatu bahan, apakah langkah kita seterusnya…
Langkah seterusnya banyak bergantung pada strategi pengajaran yang sesuai yang dirancang oleh guru. Strategi pengajaran yang diambil guru perlu mengambil kira pelbagai faktor termasuk di mana bahan-bahan online itu akan digunakan oleh guru atau murid. Setiap faktor ini membuka peluang pembelajaran yang tersendiri dan cabaran baharu bagi memanfaatkan pelbagai kebolehan dan tahap penguasaan bahasa murid-murid kita dan ciri utama bahan tertentu. Kita sedia maklum yang penggunaan bahan ini tidak terhad pada kawasan sekolah sahaja tetapi kini terbuka kepada murid di rumah. Maklumkanlah kepada murid-murid cikgu tentang lelaman ini. Mungkin tidak semua yang mempunyai komputer dengan rangkaian internet tetapi saya pasti dengan sejumlah murid kita yang ada, kita boleh mencuba strategi pembelajaran koperatif Jigsaw contohnya. Murid dalam kumpulan pakar menonton video di rumah dan memikirkan tentang soalan-soalan yang dikemukakan dan berbincang dengan ahli lain dalam kumpulan pakar. Guru menayangkan video bentuk mpeg kepada semua murid di kelas seterusnya, murid berbincang dan murid dalam kumpulan pakar memberikan maklum balas. Dengan perkongsian pegawai-pegawai dari MLU dan juga guru-guru sekalian, kami berharap bahan-bahan online dapat dimaksimumkan penggunaannya bagi menjadikan pembelajaran BM menarik, seronok dan berkesan.
Baiklah cikgu, Sekarang kita akan memberikan guru peluang untuk meneroka dan melungsur lelaman MDT. Guru boleh memilih beberapa bahan online dan merancang bagaimana bahan-bahan ini dapat digunakan dalam pengajaran BM. Dalam Nota Lampiran, ada kami sediakan tempat kosong bagi guru merancang penggunaan bahan-bahan online.
Apa yang ingin saya kongsi bersama cikgu hari ini terbahagi kepada 3 bahagian, pertama persediaan awal yang kita perlu laksanakan sebelum menggunakannya di bilik darjah. Kedua ialah ciri-ciri penting dalam sesuatu bahan yang terdapat di lelaman MEKAR dalam talian dan akhir sekali ialah langkah selanjutnya yang perlu kita lakukan sebelum kita sedia menggunakannya untuk pengajaran bahasa Melayu