1. Benua Zaman Kambria
Pada Zaman Kambria banyak benua ditenggelami air. Benua Rodinia mula terpisah.
Permisahan ini menyebabkan peningkatan paras laut. Kira-kira 500 juta tahun
dahulu, Laurentia, Baltica dan juga Siberia berada di kawasan khatulistiwa. Super
benua Gondwanamenjadi benua paling besar pada masa ini meliputi kawasan
khatulistiwa hingga kutub selatan.
Apa yang menyebabkan letupan Kambria ?
Sebelum Zaman Kambria , lautan di bumi dipenuhi dengan organisma sel tunggal
seperti alga. Ia melepaskan oksigen melalui proses fotosintesis menyebabkan
kandungan gas oksigen dalam atmosfera meningkat mendadak. Keadaan ini
mendorong pembiakan dan pertumbuhan organisma multisel. Sehinggalah pada zaman
Kambria , banyak organisma wujud disebabkan tindak balas berantai oleh kandungan
oksigen dalam atmosfera dan perubahan dalam laut.
Adakah organisma hidup di darat pada Zaman Kambria ?
Tiada organisma hidup di darat pada Zaman Kambria. Mungkin terdapat alga dan
tumbuhan komposit primitif (liken) tumbuh di kawasan rendah dan lembap. Ini mungkin
kerana, struktur sokongan lain dan tulang yang diperlukan untuk hidup di daratan belum
berevolusi sepenuhnya.
Bagaimakah organisma hidup di laut ?
Pada Zaman Kambria, terdapat organisma primitif bercangkerang dan bertulang (tetapi
tiada bertulang belakang) hidup di dasar laut. Ia menjadikan alga mikro dan bahan
organik sebagai makanan. Keadaan laut cetek, suhu panas, kandungan garam dan dan
kalsium karbonat yang sesuai membolehkan organisma tersebut membina tulang dan
struktur sokongan lain untuk meneruskan hidupan di zaman itu.
Adakah organisma lain sebelum Zaman Kambria ?
Saintis berpendapat banyak organisma wujud sebelum letupan Kambria. Namun tiada
fosil ditemui kerana mereka berbadan lembut, tidak mempunyai cangkerang atau tulang
dan hidup di dalam air.
Apakah jenis organisma di Zaman Kambria ?
2. Zaman Kambria adalah zaman lautan. Selain haiwan jenis atropod dan trilobit, anelid,
brakiopod, Chordata, moluska dan bunga karang yang hidup pada zaman ini.
Senarai haiwan yang wujud di Zaman Kambria
Pada Zaman Kambria, terdapat banyak haiwan yang wujud pada zaman ini. Jadi
senarai yang haiwan yang diketahui.
Trilobit
Opabinia
Hallucigenia sparsa
Microdictyon
Wiwaxia
Eldonia
Arkeosiatid
Ayeshaia
Sidneyia Inexpectans
Pikaia
Haikouichthys
Udang Gergasi
Ottoia
Hyolitha