1. BIDANG TUGAS GURU PENDIDIKAN KHAS
Pengurusan Dokumen
1. Merekod dan mengemaskini jadual kedatangan murid pada setiap hari,
2. Melengkapkan jadual kedatangan murid pada awal tahun dan mengemaskini maklumat
di dalamnya sekiranya berlaku sebarang perubahan pada bilangan murid di dalamkelas
pendidikan khas,
3. Memastikan Fail Rancangan Pengajaran Individu (RPI) muridnya sentiasa dikemaskini,
4. Menyedia dan memastikan Fail Peribadi semua muridnya lengkap,
5. Menguruskan surat menyurat berkaitan seperti surat kebenaran, surat rawatan, surat
panggilan mesyuarat dan lain-lain,
Pengurusan Hal Ehwal Murid
1. Membawa semua murid pendidikan khas di kelasnya ke perhimpunan pagi,
2. Memastikan bilangan murid pendidikan khas di kelasnya adalah sama sebelum dan
selepas rehat (untuk mengelak murid pendidikan khas daripada ponteng),
3. Bertanggungjawab sepenuhnya terhadap kebajikan, keselamatan dan disiplin murid-
murid pendidikan khas di kelasnya,
4. Menguruskan pendaftaran kemasukan murid pendidikan khas yang baru,
5. Memaklumkan kepada Penyelaras Kelas Pendidikan Khas tentang murid pendidikan
khas di kelasnya yang telah tamat tempoh percubaan,
6. Memaklumkan kepada Penyelaras kelas Pendidikan Khas tentang murid akan
melanjutkan pelajaran ke sekolah menengah atau Sekolah Vokasional,
7. Menguruskan pinjaman buku teks bagi murid pendidikan khas di kelasnya yang akan
menduduki peperiksaan awam,
8. Menghubungi ibu bapa atau penjaga murid pendidikan khas berkenaan jika berlaku
sebarang kesulitan
9. Menguruskan Sijil Berhenti Sekolah murid-murid pendidikan khas,
2. Pengurusan Data
1. Melaporkan status kedudukan bilangan murid-murid kepada Penyelaras Kelas
Pendidikan Khas supaya maklumat Laporan Status Program Pendidikan Khas pada setiap
bulan adalah tepat.
Pengurusan Kewangan
1. Menguruskan hal-hal berkaitan dengan yuran murid dan mengeluarkan resit,
Pengurusan Kelas
1. Memastikan kelas sentiasa dalamkeadaan kemas dan ceria,
2. Menyedia dan mempamerkan jadual waktu kelas,
3. Melantik Jawatankuasa Kelas, membuat Carta Organisasi Kelas dan mempamerkan carta
tersebut,
4. Menyediakan jadual bertugas kelas dan menjaga kebersihan kelas,
5. Memastikan kelasnya dibuka pada setiap pagi dan ditutup sebelum balik.
Pengurusan Pengajaran & Pembelajaran
1. Memastikan rekod prestasi murid-murid pendidikan khas di kelasnya dilengkapkan
sebelum diserahkan kepada ibu bapa untuk ditandatangani,
2. Mengenalpasti murid pendidikan khas di kelasnya yang layak diinklusifkan dan yang
berpotensi menduduki peperiksaan awam dan memaklumkan kepada Penyelaras Kelas
Pendidikan Khas untuk tindakan lanjut,
3. SISTEM i-FILE BAGI PROGRAM INTEGRASI PENDIDIKAN KHAS NEGERI PERAK
1. SISTEM i-FILE akan dilaksanakan di sekolah-sekolah Program Pendidikan Khas Integrasi
(PPKI) dalam negeri Perak tahun 2011.
2. Sistem ini akan menggunakan 4 file untuk satu murid pendidikan khas.
3. Fail 1 adalah fail Kurikulum
4. Fail 2 adalah fail Kokurikulum
5. Fail 3 adalah fail HEM
6. Fail 4 adalah fail catatan harian setiap murid
7. Setiap pelajar dikehendaki membeli 4 fail bagi tujuan :-
Memudahkan sistemfail murid jika dibanding sekarang agak tidak tersusun.
Memudahkan menyimpan dan mendokumentasi maklumat murid
Mengemaskini maklumat murid secara bersistem dan seragamuntuk seluruh negeri
Perak
Menjadikan Program pendidikan Khas Negeri Perak ke arah Pendidikan Khas
Perak SENTIASA DI PUNCAK KECEMERLANGAN
8. Fail Catatan pelajar harian oleh guru merupakan salah satu penilaian yang mudah diperolehi
, bersistem, seragam dan mudah diperolehi.
9. Pihak Penolong Kanan Pendidikan Khas (PKPK) dan Penyelaras hendaklah menjelaskan
kepada Pengetua dan Guru Besar akan perlaksanaan i-FILE Pendidikan Khas ini.
10. Peruntukan membeli i-FILE Pendidikan Khas ini hendaklah diambil dari PCG pendidikan
Khas.