Sesuai untuk semua guru yang mengajar tajuk ini kepada pelajar. Button-button berfungsi dengan baik. Boleh merasai pengalaman belajar abad ke-21. Selamat belajar.
2. INDEKS
1. MATAHARI
2. BINTANG DAN GALAKSI DALAM ALAM SEMESTA
3. MENSYUKURI KEWUJUDAN ALAM SEMESTA
SEBAGAI ANUGERAH TUHAN
4. MATAHARI
Ciri-Ciri Matahari
Matahari merupakan bebola gas membara yang hampir keseluruhannya
terdiri daripada gas hidrogen dan hileum.
Matahari berdiameter 1 400 000 km atau 100 kali ganda diameter Bumi.
Matahari berjisim 1.99 x 10続尊 kg, iaitu 330 000 kali ganda jisim Bumi.
Jisimnya yang berat menghasilkan daya graviti yang kuat, iaitu 28 kali
ganda lebih kuat graviti Bumi.
Matahari berketumpatan 1 500kg/m続 kerana keadaanya yang berbentuk gas.
Suhu permukaan Matahari ialah 6 000属C manakala di terasnya mencapai 15
000 000属C.
Atmosfera Matahari terbahagi kepada tiga lapisan iaitu lapisan luar dikenali
sebagai korona, lapisan kedua dikenali sebagai kromosfera dan lapisan
ketiga atau terasnya dikenali sebagai fotosfera.
5. Korona ialah lapisan luar Matahari. Jaraknya dengan teras ialah beratus-
ratus kilometer jauhnya. Korona kelihatan kelam dan hanya boleh dilihat
ketika gerhana Matahari penuh. Korona merupakan gas panas yang
mendidih di luar pinggiran Matahari dan memancut keluar ke semua arah di
angkasa lepas dalam bentuk angin suria. Suhu korona adalah tinggi dan
dapat mencecah 2 000 000属C.
Kromosfera merupakan kawasan di sebelah atas fotosfera yang berwarna
merah atau merah jambu. Warnanya tidak secerah fotosfera dan hanya dapat
dilihat ketika gerhana Matahari. Suhunya 15 000属C tetapi meningkat lebih
tinggi apabila semakin mendekati korona.
Fotosfera ialah permukaan Matahari yang biasa dilihat yang mempunyai
ketebalan 500 km dan terdiri daripada gas tumpat. Permukaannya kelihatan
berbintik-bintik disebabkan perolakan gas-gas panas yang mendidih naik ke
permukaan. Suhunya 6 000属C dan semakin meningkat apabila mendekati
kromosfera.
7. FENOMENA DI PERMUKAAN
MATAHARI
Tompok Matahari
Kawasan-kawasan gelap yang kelihatan pada permukaan Matahari.
Tompok Matahari kelihatan gelap disebabkan oleh suhunya lebih rendah
daripada persekitarannya.
Tompok Matahari merupakan letusan besar di fotosfera.
Fenomena ini boleh berlarutan sehingga lebih seminggu.
Tompok Matahari wujud secara berpasangan atau berkumpulan.
Tompok Matahari wujud dan lenyap mengikut pusingan 11 tahun.
Tompok Matahari mempunyai kaitan dengan fenomena lain di Matahari
termasuklah prominen dan nyalaan suria.
9. Prominen
Prominen adalah satu fenomena yang sangat kuat sehingga boleh
melemparkan jirim Matahari ke angkasa lepas pada kelajuan 600 km/s
hingga 1 000 km/s.
Prominen membentuk gelung besar atau jalur melengkung yang terdiri
daripada gas menyala di bahagian atas tompok Matahari.
Prominen dapat mencapai ketinggian beratus ribu kilometer dan kekal
sehingga beberapa hari atau bulan.
11. Nyalaan Suria
Nyalaan suria merupakan letusan gas yang kuat dan hebat.
Letusan tersebut kerap berlaku berdekatan tompok Matahari.
Kebanyakan nyalaan suria mencapai tahap kecerahan maksimum dalam
masa beberapa minit atau jam.
Nyalaan tersebut terdiri daripada zarah gas bercas yang terdapat di
Matahari.
Nyalaan menyembur keluar ke angkasa lepas pada kelajuan tinggi dan
seringkali bertindak balas dengan medan magnet Bumi lalu menghasilkan
peragaan cahaya yang mempesonakan di langit yang dikenali sebagai
aurora.
13. AURORA
Aurora di kutub utara dikenali sebagai Aurora Borealis atau cahaya utara
manakala aurora di kutub selatan dikenali sebagai Aurora Australis atau
cahaya selatan.
Semua fenomena di Matahari sering mengubah cuaca di Bumi dan
mengakibatkan masalah komunikasi di Bumi.
Zarah bercas dan gelombang elektromagnet yang terbebas daripada
Matahari menyebabkan gangguan kepada penyiaran radio dan televisyen.
Komunikasi jarak jauh turt mengalami gangguan.
16. PENJANAAN TENAGA OLEH
MATAHARI
Suhu dalam teras Matahari ialah 15 000 000属C.
Suhu tinggi ini ialah penyebab berlakunya tindak balas nukleus dimana
empat atom hidrogen melakur membentuk satu atom helium. Proses ini
dikenali sebagai pelakuran nukleus.
Tindak balas ini menghasilkan jumlah tenaga yang banyak dan dipancarkan
dari Matahari ke semua arah dalam bentuk haba dan cahaya.
18. BINTANG
Bintang didefinisikan sebagai bebola yang terdiri daripada gas panas yang
menghasilkan haba dan cahayanya sendiri.
Bintang dikelaskan kepada beberapa jenis mengikut kecerahan, warna dan
suhumya.
Kecerahan bintang bergantung pada saiz bintang, jarak bintang dari Bumi
dan suhu permukaan bintang.
Suhu bintang dipengaruhi oleh warnanya, bintang yang lebih tinggi suhunya
mempunyai cahaya putih kebiru-biruan seperti Rigel iaitu bintang raksasa
biru, manakala yang berwarna merah mempunyai suhu yang rendah, selain
itu juga, bintang suhu sederhana mempunyai cahaya kuning seperti
Matahari.
Ahli sains juga telah mengelakan bintang mengikut saiz relatifnya dengan
Matahari.
20. GALAKSI
Gugusan bintang dalam jumlah besar hingga berbilion-bilion jumlahnya
dikenali sebagai galaksi.
Sistem suria kita mempunyai satu bintang, iaitu Matahari, sebahagian kecil
daripada galaksi, iaitu Bima Sakti.
Galaksi dapat dikelaskan berdasarkan bentuknya seperti tiga galaksi yang
biasa iaitu pilin, elips dan tidak seragam.
24. BIMA SAKTI
Bima Sakti secara relatifnya sangat besar dan berdiameter 100 000 tahun
cahaya.
Galaksi ini mempuyai 200 bilion bintang yang mengelilingi pusat galaksi.
Bumi dan segala yang terdapat dalam Sistem Suria terletak 32 000 tahun
cahaya dari pusat Bima Sakti.
Sistem Suria mengelilingi pusat Bima Sakti sekali pada setiap 240 juta
tahun.
26. PENTINGNYA MATAHARI DAN BULAN
KEPADA HIDUPAN DI BUMI
Matahari ialah sumber tenaga utama Bumi dimana kebanyakan tenaga
Matahari ada.
Haba dan cahaya Matahari secara langsung atau tidak mengekalkan hidupan
di Bumi.
Tenaga cahaya dari Matahari digunakan oleh tumbuhan hijau untuk
menghasilkan makanan bagi keperluan dan keperluan hidupan lain.
Haba daripada Matahai menjadikan Bumi sentisa panas. Tanpa haba, Bumi
terlalu sejuk dan tidak dapat didiamai.
Kitaran air berlaku disebabkan oleh haba daripada Matahari, tanpa cahaya
Matahari kitaran air akan terputus dan semua benda hidup akan mati tanpa
air tawar yang bersih.
Pasang surut disebabkan oleh daya graviti Bulan terhadap Bumi. Daya
graviti Bulan menarik Bumi termasuklah lautan.
27. LUASNYAALAM SEMESTA
Alam semesta teridiri daripada semua jirim, tenaga dan ruang yang wujud.
Luas dan saiznya tidak dapat dibayangkan.
Ahli astronomi mendapati galaksi mempunyai berbilion-bilion bintang yang
jauhnya 15 000 juta tahun cahay.
Pembentukan alam semesta paling meluas diterima adalah melalui Teori
Letusan Besar. Menurut teori ini, 12 hingga 15 bilion tahun dahulu, alam
semesta bermula dengan ledakan yang dahsyat dan seterunya bermulalah
alam semesta terus mengembang sehingga kini.
Pembentukan dan keadaan sebenar alam semesta tidak diketahui, namun
segala yang wujud di alam ini jelas sekali tidak kekal tetapi berubah-ubah.
Kita tidak tahu apa yang akan berlaku di masa hadapan. Namun, kita
haruslah bersykur kerana dikurniai alam ini.