際際滷

際際滷Share a Scribd company logo
KEJADIAN BINTANG MENURUT PERSPEKTIF Al - QURAN
Dengan nama Allah yang Maha pemurah lagi Maha mengasihani.
Twinkle.. twinkle.. little stars, how I wonder what you are, up above the world
so high, like a diamond in the sky.  Semenjak dari kecil kita mungkin biasa
didendangkan dengan lagu ini, ramai di antara kita yang tahu menyanyikannya sejak
berumur 4 atau 5 tahun lagi biarpun kita tidak tahu siapa pencipta lirik lagu tersebut.
Lagu ini mungkin menjadi pengenalan bagi kanak  kanak untuk mula mengenali
bintang dan alam semesta. Bintang sering kali juga digunakan untuk memberi kiasan
kepada sesuatu dan ianya sering diguna pakai di dalam penulisan bait  bait lagu
atau puisi untuk menggambarkan sesuatu yang indah atau cantik. Misalnya, lirik lagu
ini, Dirimu persis bintang terbit dari langit, bukanlah mimpi  mimpiku, di sini telah
datang sayang paling dalam, bawa ku pulang berteman pelangi, lagu nyanyian Amy
Search (Kejoraku bersatu). Bintang bukan sahaja di gunakan di dalam penulisan lirik
 lirik lagu tetapi juga sering kali di gunakan di dalam penulisan kata  kata
perangsang untuk memberi motivasi dan dorongan instrinsit kepada seseorang bagi
mencapai kejayaan. Allah berfirman dalam Surah Al  Hijr ayat 16, yang
bermaksud, Dan sesungguhnya, kami telah menciptakan gugusan bintang di langit
dan menjadikannya terasa indah bagi orang yang memandangnya.
Kejadian bintang di alam semesta merupakan satu proses yang melangkau
batas pemikiran manusia biasa. Hal ini jelas membuktikan keagungan Pencipta yang
Maha luar biasa. Mengenai permulaan penciptaan alam, Allah berfirman di dalam
Surah Fusshilat ayat 11, yang bermaksud, Kemudian Dia menuju ke langit dan
(langit) itu masih berupa asap, dan dia berfirman kepadanya dan kepada bumi,
Datanglah kamu berdua menurut perintahKu dengan patuh atau terpaksa.
Keduanya menjawab, Kami datang dengan patuh. Maka selepas itu proses
pembentukan alam pun berlaku. Manakala para saintis berpendapat berhubung
permulaan alam semesta dan bintang  bintang, mereka berpegang kepada teori
yang dikenali sebagai teori Big Bang. Mengikut teori ini alam semesta bermula
dengan satu letupan kuat dan selepas itu dalam jangkamasa yang tertentu berlaku
pengembangan dan penyejukan sehingga akhirnya lahirlah bintang, planet, galaksi
dan yang seumpama dengannya. Walaupun segelintir golongan menyangkal
dakwaan tersebut, namun jika dikaji secara mendalam, hampir terdapat persamaan
di antara ayat yang Allah turunkan kepada Nabi Muhammad S.A.W dengan teori
kewujudan alam tersebut. Barangkali mungkin letupan besar yang dimaksudkan itu
tidak sama dengan letupan yang sepertimana kita bayangkan di dunia ini.
Mengambil penulisan Dr. Danial Zainal Abidin di dalam bukunya yang bertajuk
Quran Saintifik ada menyebut kenyataan yang di keluarkan oleh Dr. Afred Kroner,
dekan di Institute of Geosciences, Johannes Gutenberg University, Mainz, Germany.
Berhubung dengan ayat tersebut beliau berkata, Melihat asal usul Muhammad,
saya rasa hampir mustahil untuk beliau mengetahui langit dan bumi mempunyai asal
usul yang sama. Hal ini di sebabkan ilmu mengenainya hanya baru diketahui
beberapa tahun baru  baru ini, itu pun dengan menggunakan alat  alat yang
canggih. Seseorang yang tidak mengetahui tentang ilmu fizik nuklear 1400 tahun
dahulu, saya rasa, tidak akan mampu mengetahui mengenainya. (A Brief Illustrated
Guide to Understanding Publications, edisi kedua, Mei 1990). Kenyataan tersebut mungkin
bersandarkan kepada masyarakat arab yang pada ketika itu masih lagi di sebut
Jahilliyah. Allah berfirman di dalam Surah Al- Araaf ayat 54, yang bermaksud, Dan
(Allah mencipta) matahari, bulan dan bintang  bintang (masing  masing) tunduk
kepada perintahnya. Walaupun ada sesetengah pihak membuat tomahan bahawa
Al  Quran itu di reka  reka oleh orang arab atau Muhammad S.A.W namun
perkara tersebut telah di nafikan oleh Allah di dalam Surah Yunus ayat 38 yang
bermaksud, Katakanlah(Allah): (Kalau benar apa yang kamu katakan), maka
cubalah datangkan sebuah surat(surah) yang menyerupainya". Orang-orang Arab
telah berusaha keras mencubanya, akan tetapi tidak berjaya untuk menghasilkan
ayat yang sama seperti bahasa Al - Quran. Nabi Muhammad juga merupakan orang
Arab, bagaimanapun cerdiknya baginda, tetaplah ia sebagai seorang manusia yang
menjadi salah satu anggota dari masyarakat atau bangsanya, manakan ia mampu
menghasilkan 114 surah sepertimana yang terdapat di dalam Al  Quran.
Matahari adalah bintang yang paling hampir dengan bumi. Matahari juga
merupakan nadi utama di dalam sistem suria. Matahari mengandungi 74 peratus
hidrogen dan 25 hilium. Proses nuklear yang berlaku di dalam matahari
menghasilkan cahaya dan haba. Dianggarkan jarak matahari dari bumi kira  kira
93,026,724 batu bersamaan 149,680,000 kilometer. Semua hidupan di bumi amat
bergantung hidup terhadap matahari. Firman Allah di dalam Surah Yunus ayat 5,
yang bermaksud, Dialah yang menjadikan matahari bersinar dan bulan bercahaya,
dan Dialah yang menetapkan tempat  tempat orbitnya, agar kamu mengetahui
bilangan tahun, dan perhitungan (waktu). Allah tidak menciptakan demikian itu
melainkan dengan benar. Dia menjelaskan tanda  tanda (kebesaranNya) bagi
orang  orang yang bertakwa.
Terdapat berbilion atau mungkin lebih bintang  bintang di alam semesta.
Sesetengah bintang mempunyai saiz yang berlipat kali ganda daripada saiz
matahari. Sejak zaman dahulu kala manusia telah lama bergantung kepada bintang
di dalam urusan seharian. Bintang kadangkala mempengaruhi tingkah laku
seseorang individu atau sosio budaya masyarakat tertentu, sebagai contoh
dikatakan Maharaja China sewaktu dinasti Shang menggunakan tilikan bintang
untuk memastikan kemenangan sebelum pergi berperang dan setiap anak yang lahir
juga masa depannya ditilik berdasarkan bintang. Kadangkala sesetengah
masyarakat mengadakan upacara atau sambutan kerana menganggap apabila
muncul bintang tertentu ianya akan membawa musibah atau memberi petanda baik
bagi melakukan sesuatu tujuan. Islam melarang umatnya mempercayai perkara
yang khurafat dan tahyul yang tidak bersandarkan kepada Al  Quran dan As 
Sunnah. Allah berfirman di dalam Surah Al  Baqarah ayat 22 yang bermaksud,
Dialah yang menjadikan bumi sebagai hamparan bagimu dan langit sebagai atap,
dan Dialah yang menurunkan air(hujan) dari langit, lalu Dia hasilkan dengan (hujan)
itu buah  buahan sebagi rezeki untukmu. Kerana itu janganlah kamu mengadakan
tandingan  tandingan bagi Allah, padahal kamu mengetahui. Maka melalui Al 
Quran dan sains kita mengetahui peredaran bumi mengelilingi matahari di orbit
menyebabkan terjadinya musim yang kadang kala biasa dan kadang kala luar biasa.
Kalendar hari ini juga berasaskan kepada 12 zodiak, zodiak  zodiak ini di ambil
berdasarkan kedudukan bintang yang dilihat sewaktu bumi mengelilingi matahari.
Bintang juga boleh di gunakan bagi menentukan musim tertentu. Ini adalah
disebabkan bintang  bintang tertentu hanya dapat dilihat pada waktu - waktu
tertentu. Bintang juga pada zaman dahulu turut digunakan sebagai penunjuk arah
bagi pedagang atau pengembara terutama yang belayar di lautan. Hal ini
sebagaimana firman Allah didalam Surah An  Nahl ayat 16 yang bermaksud Dan
dia ciptakan tanda  tanda (penunjuk jalan). Dan dengan bintang itulah mereka
mendapat petunjuk.
Allah berfirman lagi di dalam Surah Ash  Shaffat ayat 6 hingga 8 yang
bermaksud, Sesungguhnya kami telah menghias langit dunia(yang terdekat),
dengan hiasan bintang  bintang. Dan (Kami) telah menjaganya dari setiap syaitan
yang derhaka. Mereka (syaitan) tidak dapat mendengar (perbicaraan) para malaikat,
dan mereka di lempari dari segala penjuru. Manakala Surah Al  Mulk ayat 5 juga
membawa maksud yang hampir sama dengan ayat tersebut. Umat Islam meyakini
meteor sebagai alat rejaman bagi syaitan yang cuba mencari peluang untuk
mengetahui rahsia Allah di Arasy. Menurut Wikipedia, the free encyclopedia,
A meteorite is a natural object originating in outer space that survives impact with the
Earth's surface. Meteorites can be big or small. Most meteorites derive from small
astronomical objects called meteoroids, but they are also sometimes produced by impacts
of asteroids. When it enters the atmosphere, impact pressure causes the body to heat up
and emit light, thus forming a fireball, also known as a meteor or shooting/falling star.
Sesungguhnya Maha mengetahui Allah atas tiap sesuatu penciptaanNya dan ianya
tidak dilakukan sia  sia.
Kewafatan Rasulullah S.A.W pada umur 63 tahun kira  kira 1400 tahun
dahulu bermakna sempurnalah wahyu Allah terhadap makhluknya. Melalui
pengkajian bintang yang telah dilakukan oleh ahli  ahli astronomi sejak dahulu
sehingga ke hari ini, ianya kian membongkar kebenaran yang terkandung di dalam
Al  Quran. Penggunaan alatan canggih pada hari ini bukan sahaja memudahkan
para astronomi untuk mengkaji dan menyelidik bintang dengan lebih mendalam dan
saintifik malah sebagai umat islam ianya membantu membuktikan kandungan Al 
Quran sebagai bukti wahyu yang di turunkan oleh Allah pencipta yang Agung. Di
dalam Surah Al  Jatsiah ayat 36, Allah berfirman yang bermaksud,  Segala puji
hanya bagi Allah, Tuhan (pemilik) langit dan bumi, Tuhan seluruh Alam, dan firman
Allah lagi dalam Surah Yasin ayat 82, bermaksud, Sesungguhnya urusanNya
apabila Dia menghendaki sesuatu, Dia hanya berkata kepadanya, jadilah! maka
jadilah sesuatu itu.
Sekali lagi mengambil penulisan Dr. Danial Zainal Abidin yang memetik
kenyataan yang di keluarkan oleh Dr. Afred Kroner, beliau berkata, Apabila kita
menghimpunkan kesemua kenyataan Quran berkaitan dengan bumi dan
kejadiannya, dan kita kaitkan dengan sains, kita akan mengatakan
kenyataan(Quran) secara dasarnya adalah benar. Hal ini dapat dibuktikan dengan
menggunakan pendekatan sainstifik. Banyak daripada kenyataan ini tidak dapat
dibuktikan dahulu tetapi pada hari ini sains moden dapat membuktikan
kebenarannya. (A Brief Illustrated Guide to Understanding Publications, edisi kedua, Mei 1990).
Sekian, terima kasih.
Sumber Rujukan :
(i) Dr. Ahmad Hatta, ( 2009 )Tafsir Quran Per Kata, MA Maghfirah Pustaka, Jakarta,
Indonesia.
(ii) Dr. Danial Zainal Abidin, ( 2010 ) Quran Saintifik, PTS MILLENNIA Sdn. Bhd,
Batu Caves, Selangor, Malaysia.
(iii) Mahadi Bin Dahlan Al  Hafiz, Abu Bakar Bin Selamat, (2006 ), Al  Quran
Tajwid dan Terjemahan UMMAH NETWORK (M) Sdn. Bhd. Johor Bahru, Johor,
Malaysia.
(iv) ms.wikipedia.org/wiki/Al-Quran
(v) www.PanduanIslam.com

More Related Content

Bintang menurut perspektif al quran

  • 1. KEJADIAN BINTANG MENURUT PERSPEKTIF Al - QURAN Dengan nama Allah yang Maha pemurah lagi Maha mengasihani. Twinkle.. twinkle.. little stars, how I wonder what you are, up above the world so high, like a diamond in the sky. Semenjak dari kecil kita mungkin biasa didendangkan dengan lagu ini, ramai di antara kita yang tahu menyanyikannya sejak berumur 4 atau 5 tahun lagi biarpun kita tidak tahu siapa pencipta lirik lagu tersebut. Lagu ini mungkin menjadi pengenalan bagi kanak kanak untuk mula mengenali bintang dan alam semesta. Bintang sering kali juga digunakan untuk memberi kiasan kepada sesuatu dan ianya sering diguna pakai di dalam penulisan bait bait lagu atau puisi untuk menggambarkan sesuatu yang indah atau cantik. Misalnya, lirik lagu ini, Dirimu persis bintang terbit dari langit, bukanlah mimpi mimpiku, di sini telah datang sayang paling dalam, bawa ku pulang berteman pelangi, lagu nyanyian Amy Search (Kejoraku bersatu). Bintang bukan sahaja di gunakan di dalam penulisan lirik lirik lagu tetapi juga sering kali di gunakan di dalam penulisan kata kata perangsang untuk memberi motivasi dan dorongan instrinsit kepada seseorang bagi mencapai kejayaan. Allah berfirman dalam Surah Al Hijr ayat 16, yang bermaksud, Dan sesungguhnya, kami telah menciptakan gugusan bintang di langit dan menjadikannya terasa indah bagi orang yang memandangnya. Kejadian bintang di alam semesta merupakan satu proses yang melangkau batas pemikiran manusia biasa. Hal ini jelas membuktikan keagungan Pencipta yang Maha luar biasa. Mengenai permulaan penciptaan alam, Allah berfirman di dalam Surah Fusshilat ayat 11, yang bermaksud, Kemudian Dia menuju ke langit dan
  • 2. (langit) itu masih berupa asap, dan dia berfirman kepadanya dan kepada bumi, Datanglah kamu berdua menurut perintahKu dengan patuh atau terpaksa. Keduanya menjawab, Kami datang dengan patuh. Maka selepas itu proses pembentukan alam pun berlaku. Manakala para saintis berpendapat berhubung permulaan alam semesta dan bintang bintang, mereka berpegang kepada teori yang dikenali sebagai teori Big Bang. Mengikut teori ini alam semesta bermula dengan satu letupan kuat dan selepas itu dalam jangkamasa yang tertentu berlaku pengembangan dan penyejukan sehingga akhirnya lahirlah bintang, planet, galaksi dan yang seumpama dengannya. Walaupun segelintir golongan menyangkal dakwaan tersebut, namun jika dikaji secara mendalam, hampir terdapat persamaan di antara ayat yang Allah turunkan kepada Nabi Muhammad S.A.W dengan teori kewujudan alam tersebut. Barangkali mungkin letupan besar yang dimaksudkan itu tidak sama dengan letupan yang sepertimana kita bayangkan di dunia ini. Mengambil penulisan Dr. Danial Zainal Abidin di dalam bukunya yang bertajuk Quran Saintifik ada menyebut kenyataan yang di keluarkan oleh Dr. Afred Kroner, dekan di Institute of Geosciences, Johannes Gutenberg University, Mainz, Germany. Berhubung dengan ayat tersebut beliau berkata, Melihat asal usul Muhammad, saya rasa hampir mustahil untuk beliau mengetahui langit dan bumi mempunyai asal usul yang sama. Hal ini di sebabkan ilmu mengenainya hanya baru diketahui beberapa tahun baru baru ini, itu pun dengan menggunakan alat alat yang canggih. Seseorang yang tidak mengetahui tentang ilmu fizik nuklear 1400 tahun dahulu, saya rasa, tidak akan mampu mengetahui mengenainya. (A Brief Illustrated Guide to Understanding Publications, edisi kedua, Mei 1990). Kenyataan tersebut mungkin bersandarkan kepada masyarakat arab yang pada ketika itu masih lagi di sebut Jahilliyah. Allah berfirman di dalam Surah Al- Araaf ayat 54, yang bermaksud, Dan
  • 3. (Allah mencipta) matahari, bulan dan bintang bintang (masing masing) tunduk kepada perintahnya. Walaupun ada sesetengah pihak membuat tomahan bahawa Al Quran itu di reka reka oleh orang arab atau Muhammad S.A.W namun perkara tersebut telah di nafikan oleh Allah di dalam Surah Yunus ayat 38 yang bermaksud, Katakanlah(Allah): (Kalau benar apa yang kamu katakan), maka cubalah datangkan sebuah surat(surah) yang menyerupainya". Orang-orang Arab telah berusaha keras mencubanya, akan tetapi tidak berjaya untuk menghasilkan ayat yang sama seperti bahasa Al - Quran. Nabi Muhammad juga merupakan orang Arab, bagaimanapun cerdiknya baginda, tetaplah ia sebagai seorang manusia yang menjadi salah satu anggota dari masyarakat atau bangsanya, manakan ia mampu menghasilkan 114 surah sepertimana yang terdapat di dalam Al Quran. Matahari adalah bintang yang paling hampir dengan bumi. Matahari juga merupakan nadi utama di dalam sistem suria. Matahari mengandungi 74 peratus hidrogen dan 25 hilium. Proses nuklear yang berlaku di dalam matahari menghasilkan cahaya dan haba. Dianggarkan jarak matahari dari bumi kira kira 93,026,724 batu bersamaan 149,680,000 kilometer. Semua hidupan di bumi amat bergantung hidup terhadap matahari. Firman Allah di dalam Surah Yunus ayat 5, yang bermaksud, Dialah yang menjadikan matahari bersinar dan bulan bercahaya, dan Dialah yang menetapkan tempat tempat orbitnya, agar kamu mengetahui bilangan tahun, dan perhitungan (waktu). Allah tidak menciptakan demikian itu melainkan dengan benar. Dia menjelaskan tanda tanda (kebesaranNya) bagi orang orang yang bertakwa. Terdapat berbilion atau mungkin lebih bintang bintang di alam semesta. Sesetengah bintang mempunyai saiz yang berlipat kali ganda daripada saiz matahari. Sejak zaman dahulu kala manusia telah lama bergantung kepada bintang
  • 4. di dalam urusan seharian. Bintang kadangkala mempengaruhi tingkah laku seseorang individu atau sosio budaya masyarakat tertentu, sebagai contoh dikatakan Maharaja China sewaktu dinasti Shang menggunakan tilikan bintang untuk memastikan kemenangan sebelum pergi berperang dan setiap anak yang lahir juga masa depannya ditilik berdasarkan bintang. Kadangkala sesetengah masyarakat mengadakan upacara atau sambutan kerana menganggap apabila muncul bintang tertentu ianya akan membawa musibah atau memberi petanda baik bagi melakukan sesuatu tujuan. Islam melarang umatnya mempercayai perkara yang khurafat dan tahyul yang tidak bersandarkan kepada Al Quran dan As Sunnah. Allah berfirman di dalam Surah Al Baqarah ayat 22 yang bermaksud, Dialah yang menjadikan bumi sebagai hamparan bagimu dan langit sebagai atap, dan Dialah yang menurunkan air(hujan) dari langit, lalu Dia hasilkan dengan (hujan) itu buah buahan sebagi rezeki untukmu. Kerana itu janganlah kamu mengadakan tandingan tandingan bagi Allah, padahal kamu mengetahui. Maka melalui Al Quran dan sains kita mengetahui peredaran bumi mengelilingi matahari di orbit menyebabkan terjadinya musim yang kadang kala biasa dan kadang kala luar biasa. Kalendar hari ini juga berasaskan kepada 12 zodiak, zodiak zodiak ini di ambil berdasarkan kedudukan bintang yang dilihat sewaktu bumi mengelilingi matahari. Bintang juga boleh di gunakan bagi menentukan musim tertentu. Ini adalah disebabkan bintang bintang tertentu hanya dapat dilihat pada waktu - waktu tertentu. Bintang juga pada zaman dahulu turut digunakan sebagai penunjuk arah bagi pedagang atau pengembara terutama yang belayar di lautan. Hal ini sebagaimana firman Allah didalam Surah An Nahl ayat 16 yang bermaksud Dan dia ciptakan tanda tanda (penunjuk jalan). Dan dengan bintang itulah mereka mendapat petunjuk.
  • 5. Allah berfirman lagi di dalam Surah Ash Shaffat ayat 6 hingga 8 yang bermaksud, Sesungguhnya kami telah menghias langit dunia(yang terdekat), dengan hiasan bintang bintang. Dan (Kami) telah menjaganya dari setiap syaitan yang derhaka. Mereka (syaitan) tidak dapat mendengar (perbicaraan) para malaikat, dan mereka di lempari dari segala penjuru. Manakala Surah Al Mulk ayat 5 juga membawa maksud yang hampir sama dengan ayat tersebut. Umat Islam meyakini meteor sebagai alat rejaman bagi syaitan yang cuba mencari peluang untuk mengetahui rahsia Allah di Arasy. Menurut Wikipedia, the free encyclopedia, A meteorite is a natural object originating in outer space that survives impact with the Earth's surface. Meteorites can be big or small. Most meteorites derive from small astronomical objects called meteoroids, but they are also sometimes produced by impacts of asteroids. When it enters the atmosphere, impact pressure causes the body to heat up and emit light, thus forming a fireball, also known as a meteor or shooting/falling star. Sesungguhnya Maha mengetahui Allah atas tiap sesuatu penciptaanNya dan ianya tidak dilakukan sia sia. Kewafatan Rasulullah S.A.W pada umur 63 tahun kira kira 1400 tahun dahulu bermakna sempurnalah wahyu Allah terhadap makhluknya. Melalui pengkajian bintang yang telah dilakukan oleh ahli ahli astronomi sejak dahulu sehingga ke hari ini, ianya kian membongkar kebenaran yang terkandung di dalam Al Quran. Penggunaan alatan canggih pada hari ini bukan sahaja memudahkan para astronomi untuk mengkaji dan menyelidik bintang dengan lebih mendalam dan saintifik malah sebagai umat islam ianya membantu membuktikan kandungan Al Quran sebagai bukti wahyu yang di turunkan oleh Allah pencipta yang Agung. Di dalam Surah Al Jatsiah ayat 36, Allah berfirman yang bermaksud, Segala puji hanya bagi Allah, Tuhan (pemilik) langit dan bumi, Tuhan seluruh Alam, dan firman
  • 6. Allah lagi dalam Surah Yasin ayat 82, bermaksud, Sesungguhnya urusanNya apabila Dia menghendaki sesuatu, Dia hanya berkata kepadanya, jadilah! maka jadilah sesuatu itu. Sekali lagi mengambil penulisan Dr. Danial Zainal Abidin yang memetik kenyataan yang di keluarkan oleh Dr. Afred Kroner, beliau berkata, Apabila kita menghimpunkan kesemua kenyataan Quran berkaitan dengan bumi dan kejadiannya, dan kita kaitkan dengan sains, kita akan mengatakan kenyataan(Quran) secara dasarnya adalah benar. Hal ini dapat dibuktikan dengan menggunakan pendekatan sainstifik. Banyak daripada kenyataan ini tidak dapat dibuktikan dahulu tetapi pada hari ini sains moden dapat membuktikan kebenarannya. (A Brief Illustrated Guide to Understanding Publications, edisi kedua, Mei 1990). Sekian, terima kasih.
  • 7. Sumber Rujukan : (i) Dr. Ahmad Hatta, ( 2009 )Tafsir Quran Per Kata, MA Maghfirah Pustaka, Jakarta, Indonesia. (ii) Dr. Danial Zainal Abidin, ( 2010 ) Quran Saintifik, PTS MILLENNIA Sdn. Bhd, Batu Caves, Selangor, Malaysia. (iii) Mahadi Bin Dahlan Al Hafiz, Abu Bakar Bin Selamat, (2006 ), Al Quran Tajwid dan Terjemahan UMMAH NETWORK (M) Sdn. Bhd. Johor Bahru, Johor, Malaysia. (iv) ms.wikipedia.org/wiki/Al-Quran (v) www.PanduanIslam.com