1. Modul Semarak Cemerlang
BAHAGIAN B
[30 markah]
Soalan 21
Pilih perkataan yang paling sesuai untuk diisi pada tempat kosong dalam petikan
yang diberi.
mempermudah menggunakan membelikan perjalanan
mengawasi memperkatakan memperoleh diperuntukkan
Cikgu Asmah mempertanggungjawabkan Kamal untuk mengawasi setiap kumpulan
yang anggotanya terdiri daripada empat orang. Sepanjang __________________ ke
restoran, mereka memperkatakan tempat-tempat menarik yang akan dilawati di
Melaka.
Sebaik tiba di gerai jualan, Kamal dan rakan-rakannya beratur untuk membeli
makanan. Setelah ____________________ makanan yang diingini, Kamal membayar
harga makanan tersebut dengan wang yang ___________________ oleh ayahnya.
Baki wang yang diperolehnya segera disimpan ke dalam dompetnya agar tidak
tercicir.
Bagi ________________________ makanan panas dibawa, Kamal
menggunakan dulang yang disediakan. Dia menatang dulang itu dengan berhati-hati
agar makanan tidak tertumpah.
(4 markah)
Soalan 22
a. Tulis ayat tanya yang paling sesuai bagi jawapan yang diberi.
Ayat tanya:
______________________________________________________________
______________________________________________________________
Jawapan: Harga sekilogram buah langsat yang dijual di gerai Pak Mat ialah
RM4.00.
(2 markah)
2. Modul Semarak Cemerlang
b. Tulis dialog yang sesuai bagi watak di bawah.
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
(2 markah)
c. Soalan berikut berdasarkan gambar di bawah.
Nyatakan peribahasa yang sesuai berdasarkan gambar di atas.
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
(2 markah)
Datuk Laksamana,
beritahu Datuk Bendahara
datang menghadap beta
sekarang.
3. Modul Semarak Cemerlang
Soalan 23
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.
Sebaik sahaja kami tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA),
ayah telah mengarahkan aku untuk mengikutnya ke kaunter pengesahan penerbangan
untuk daftar masuk. Ayah memberitahu aku bahawa beg yang melebihi tujuh kilogram
perlu dimasukkan ke ruang kargo.
Kami menuju ke tempat pemeriksaan keselamatan. Di sini, semua barang yang
kami bawa akan diperiksa melalui mesin pengimbas. Telefon bimbit dan dompet
diletakkan ke dalam bekas yang disediakan. Selain itu, kami juga perlu melalui
pemeriksaan keselamatan di pintu khas sebelum menuju ke ruang menunggu.
Ketika memasuki pintu kapal terbang, ayah mengingatkan aku agar duduk
mengikut nombor yang ditetapkan. Bagasi yang dibawa bersama-sama perlu disimpan
di ruangan yang disediakan, bukannya diletakkan di bawah kerusi.
Aku berasa bertuah kerana dapat duduk di tepi tingkap. Dari tingkap kapal
terbang, keindahan panorama alam semesta memukau pandanganku. Danial, bangun.
Kita dah sampai, kata ayah sambil mengejutkan aku. Aku pun membetulkan
kedudukan kerusi.
Sebaik sahaja tayar kapal terbang mencecah ke landasan untuk mendarat, aku
berasa tidak sabar untuk membuka tali pinggang keselamatan. Namun ayah segera
menahanku. Aku berasa hairan dan tertanya-tanya, mengapa ?
a. Sebaik sahaja mereka tiba di _______________________________________
ayah penulis mengajaknya ke kaunter pengesahan penerbangan untuk daftar
masuk.
(1 markah)
b. Encik Ismail membawa beg yang beratnya lapan kilogram ke dalam kapal
terbang. Di manakah sepatutnya Encik Ismail menyimpan beg beliau?
_______________________________________________________________
_______________________________________________________________
(2 markah)
4. Modul Semarak Cemerlang
c. Padankan pernyataan di bawah berdasarkan petikan. Satu daripadanya telah
ditunjukkan sebagai contoh.
Semua barang yang dibawa perlu melalui
mesin pengimbas.
Ketika memasuki pintu kapal terbang,
ayah mengarahkan aku supaya duduk di
mana-mana sahaja yang aku suka.
Dari tingkap kapal terbang, keindahan
panorama alam semesta tidak menarik
pandanganku.
Sebaik sahaja tayar kapal terbang
mencecah ke landasan untuk mendarat,
aku berasa tidak sabar untuk membuka tali
pinggang keselamatan.
(2 markah)
SALAH
BETUL
5. Modul Semarak Cemerlang
Soalan 24
Baca dialog di bawah ini, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.
Pada hujung minggu lalu, Azman dan rakan-rakannya telah dibawa oleh Cikgu Yusri
ke sebuah ladang penternakan. Setiap murid telah diberi tugasan. Azman ditugaskan
untuk menemu ramah pegawai ladang tersebut.
Azman : Selamat sejahtera, Encik Hazali. Apa khabar ?
Encik Hazali : Selamat sejahtera. Khabar baik.
Azman : Banyak sungguh lembu di sini, encik. Apakah jenis baka lembu
ini ?
Encik Hazali : Lembu-lembu ini ialah lembu pedaging baka Brakmas ?
Azman : Bolehkah encik terangkan lembu pedaging Brakmas ini?
Encik Hazali : Lembu pedaging baka Brakmas ialah lembu yang terhasil
daripada pengacukan benih lembu jantan baka Brahman dari
Australia dengan benih lembu betina tempatan. Kami telah
menggunakan kaedah bioteknologi untuk menghasilkan baka
baharu lembu pedaging.
Azman : Oh, begitu! Apakah kelebihan lembu yang dikacukkan dengan
menggunakan kaedah bioteknologi ?
Encik Hazali : Lembu pedaging baka Brakmas ini mempunyai daya tahan
daripada pelbagai jenis penyakit serta boleh menyesuaikan diri
dengan iklim di Malaysia.
Azman : Saya lihat semua lembu ini bersaiz besar, Encik Hazali.
Encik Hazali : Ya, Azman. Lembu-lembu ini mempunyai 50 peratus lebih
daging daripada lembu tempatan. Selain itu, lembu ini cepat
membiak dan membesar.
Azman : Oh, begitu! Barulah saya faham. Terima kasih kerana sudi
memberikan penerangan.
Encik Hazali : Sama-sama.
SUMBER : http://www.mardi.gov.my/the-brakmas-beef-breed
6. Modul Semarak Cemerlang
a. Maksud perkataan baka ialah ______________________.
(1 markah)
b. Nyatakan kelebihan lembu pedaging baka Brakmas?
______________________________________________________________
______________________________________________________________
______________________________________________________________
(2 markah)
c. Bagaimanakah terhasilnya lembu baka Brakmas?
______________________________________________________________
______________________________________________________________
______________________________________________________________
(2 markah)
d. Huraikan perbezaan antara lembu pedaging baka Brakmas dengan lembu
tempatan?
______________________________________________________________
______________________________________________________________
______________________________________________________________
(3 markah)
7. Modul Semarak Cemerlang
Soalan 25
Baca puisi di bawah ini, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.
Hutanku
Hutanku,
Terusik hati memandang
Flora yang menghiasi bumi
Sungguh indah
Tiada tandingan
Alam ciptaan-Mu
Hutanku,
Banyak fungsimu
Suhu bumi engkau kawal
Menjadi habitat flora dan fauna
Udara segar engkau salurkan
Hutanku,
Denganmu
Tanah runtuh dapat dicegah
Sumber perubatan semakin terserlah
Ekopelancongan menjadi pilihan
Punca rezeki untuk kami
Hutanku,
Sebagai penjaga bumi
Sebatang pokok aku tanam
Kitar semula diamalkan
Agar engkau kekal menghijau
Wahai warga bumi,
Kekalkan kehijauan kami
Agar kami tidak menangis lagi
a. Apakah fungsi hutan berdasarkan rangkap kedua puisi di atas?
______________________________________________________________
______________________________________________________________
(2 markah)
8. Modul Semarak Cemerlang
b. Nyatakan cara kita memelihara hutan mengikut puisi tersebut.
______________________________________________________________
______________________________________________________________
______________________________________________________________
(1 markah)
c. Tandakan ( ) bagi pernyataan yang betul dan ( X ) bagi pernyataan yang salah
berdasarkan puisi tersebut.
Hutan merupakan alam ciptaan Tuhan yang tidak ada
tandingan.
Hutan dipelihara akan menyebabkan tanah runtuh.
(1 markah)
d. Terangkan maksud baris-baris puisi di bawah ini.
Wahai warga bumi,
Kekalkan kehijauan kami
Agar kami tidak menangis lagi
________________________________________________________________
________________________________________________________________
_______________________________________________________________
(3 markah)
KERTAS SOALAN TAMAT