1. BMM 3101 Mengaplikasikan Kemahiran Bernilai
Tambah Dalam Langkah Pengajaran Bahasa Melayu
Pendahuluan
Pada tahun 2000 Kementerian Pelajaran Malaysia telah membuat semakankurikulum
kerana struktur dan kandungan kurikulum sedia ada tidak memenuhikeperluan sejagat,
sebagaimana yang disarankan oleh UNESCO dalam The Treasure Within Report to UNESCO
of the International Commisioan on Education for the Twenty-first Century Learning ( 1995 ).
Laporan ini menyatakan konsep pembelajaran seumur hidup adalah syarat untuk memenuhi
cabaran abad ke-21.
Oleh itu, Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengambil inisiatif dengan mewujudkan
kemahiran bernilai tambah (KBT ) dalam kurikulum sekolah rendahdan menengah untuk
mencapai hasrat Kementerian Pelajaran supaya kurikulum ini mampu memenuhi aspirasi
negara. Kemahiran bernilai tambah terdiri daripada kemahiran berfikir, kemahiran teknologi
maklumat dan komunikasi, kajian masa depan, kemahiran belajar cara belajar,kecergasan
pelbagai, pembelajaran konstruktivisme, dan pembelajarn kontekstual.
Kemahiran bernilai tambah mengutamakan pengalaman yang diperolehi oleh murid di bilik
darjah lalu mengunakan kemahiran yang diperolehi dalam situasikehidupan murid serta dapat
mengaplikasikannya dalam dunia sebenar.
KEMAHIRAN BERNILAI TAMBAH DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU
Kemahiran bernilai tambah dalam pengajaran Bahasa Melayu bertujuan memantapkan
kebolehan berbahasa dan meningkatkan perkembangan dan kebolehan pelajar dari segi kognitif,
afektif, emotif dan psikomotor pelajar.
Sehubungan dengan itu, penyerapan kemahiran bernilai tambah mengambil kira aspek
kesesuaian objektif dan hasil pembelajaran. Selain daripada itu, bahan dan teknik untuk
pengajaran kemahiran bernilai tambah perlu diambil kira supaya proses pengajaran difahami oleh
murid. Guru juga perlu merancang peruntukan masa serta menyusun langkah pengajaran untuk
menyerapkan jenis kemahiran bernilai tambah supaya mencapai hasil pembelajaran. Dalam
kemahiran bernilai tambah juga mengambil kira aspek penilaian secara formatif.
Sebelum memulakan proses pengajaran dan pembelajaran guru perlu menentukan objektif
pengajaran dan pembelajaran, serta memikirkan jenis kemahiran bernilai tambah yang boleh
diserapkan dan dihubungkaitkan dengan objektif . Selain itu,guru harus menentukan kemahiran
bahasa yang dijadikan fokus, sama ada kemahiran mendengar dan bertutur, membaca atau
menulis supaya aktiviti dan langkah pengajaran yang dirancang dapat dilaksanakan serta
2. mencapai hasil pembelajaran. Langkah yang terancang untuk pengembangan kemahiran
bernilai tambah perlu agar kemahiran ini dapat diserapkan kepada murid dengan berkesan.
Sebagai contoh, guru menetapkan objektif pelajaran berdasarkan hasil pembelajaran di
Tahun 3. Dalam hasil pembelajaran ini fokus bahasa yang dipilihialah kemahiran mendengar dan
bertutur . Manakala objektif yang ingin dicapaiialah murid boleh berbual tentang sesuatu perkara
berkaitan kehidupan seharian dengan menggunakan kata, ungkapan, ayat, sebutan, intonasi dan
nada yangsesuai serta murid boleh menggunakan kata panggilan yang sesuai mengikutsituasi
dalam perbualan.
Dalam objektif di atas beberapa aktiviti jenis kemahiran bernilai tambah boleh
dihubungkaitkan dengan hasil pembelajaran . Di antaranya aktiviti mendengarrakaman dialog
yang mengandungi kata panggilan formal, diikuti dengan latihan secara berpasangan,
seterusnya murid boleh melakonkan semula kata bual yang didengar menggunakan kata
panggilan yang betul dan secara tidak langsung dapat melatih kemahiran mendengar dan
bertutur kepada murid.
Selain daripada itu, aktiviti mendengar secara intensif dan latih tubi dalam bentuk soal
jawab tentang bahan yang didengar dapat menyerapkan kemahiran mendengar sebagai suatu
aspek kemahiran belajar. Melalui teknik lakonan seperti berjumpa kawan lama dan keluarganya,
murid boleh berlatih bertutur dan mendengar dengan menggunakan kata panggilan yang sesuai
dalam situasi tertentu .
Oleh itu, murid dapat mengasah kecerdasaninterpersonal yang merupakan suatu
kemahiran yang penting untukperkembangan diri individu.
Selain daripada itu, latihan membuat rumusan tentang penggunaan kata panggilan bagi situasi
formal dan tidak formal berdasarkan bahan yang didengar atau dibaca merupakan
pengabungjalinan kemahiran membaca dan menulis .
Aktiviti ini untuk menguji pengetahuan sedia ada murid. Oleh itu, murid boleh
meningkatkan kemahiran membuat kesimpulan atau rumusan yang merupakan kemahiran
bernilai tambah yang merujuk kepada kemahiran berfikir.
Pelbagai teknik lain yang lebih kreatif dalam pengajaran yang boleh diserapkandengan
menggunakan kemahiran bernilai tambah yang sesuai seperti kemahiran kontekstual. Walau
bagaimanapun, kemahiran bernilai tambah perlu diolah secara terancang dalam langkah
pengajaran supaya mencapai objektif pengajaran. Hasil pembelajaran yang menjadi fokus
pengajaran harus disisipkan kemahiran bernilai tambah melalui proses yang berterusan,
berulang-ulang dan kreatif supaya murid dapat menggunakannya dalam kehidupan seharian.
Penyerapan kemahiran bernilai tambah dalam pengajaran dapat menjadikan ilmu yang
dipelajari oleh murid dalam kelas lebih bermakna dan releven dengantuntutan kehidupan mereka
3. pada masa hadapan. Contoh pengajaran lain yang boleh dihubungkaitkan dengan kemahiran
bernilai tambah ialah objektif yang memerlukan murid mengemukakan tiga inferens kesan
pemakanan tidak seimbang ia merujuk kepada kemahiran masa depan.
Manakala objektif mencatat lima maklumat penting berdasarkan maklumat yang didengar
merujuk kepada kemahiran mencatat nota yang terdapat dalamkemahiran belajar cara belajar.
Selain daripada itu, jika murid menggunakan komputer untuk membuat peta minda bermakna
murid tersebut telah memperolehi kemahiran bernilai tambah yang merujuk kepada kemahiran
teknologi maklumat dan komunikasi.
Proses pengajaran yang menyerapkan kemahiran bernilai tambah
memerlukanperancangan masa yang sesuai kerana ia selalunya bertindan dengan kemahiran
yang lain seperti kemahiran berfikir dan kemahiran belajar cara belajar terutamanya untuk mata
pelajaran Bahasa Melayu.
Contohnya, mengaplikasikan kemahiran teknologi maklumat dan
komunikasimemerlukan masa yang panjang untuk dipelajari oleh murid. Oleh itu, jumlah masa
yang diperuntukkan lebih panjang berbanding dengan kemahiran yang tidak menjurus kepada
kemahiran bernilai tambah. Selain daripada itu, penyerapan kemahiran bernilai tambah dalam
pengajaranmemerlukan satu atau dua aktiviti . Contohnya melatih murid membaca
secaraimbasan indeks, menukarkan maklumat teks kepada bentuk grafik atau mengajar cara
membuat generalisasi. Hal yang demikian, menuntut guru merancang masa, pengurusan kelas
dan bahan yang lebih efisien supaya pengajaran dapatdilaksanakan dengan berkesan.
Untuk melihat tahap penguasaan murid dalam kemahiran bernilai tambah, guru
merujuk kepada hasil pembelajaran yang menjadi objektif dan fokus pengajaranmelalui penilaian
formatif yang dijalankan melalui aktiviti penyerapan kemahiranbernilai tambah. Contohnya,
apabila seorang murid diminta melakonkan semula rakaman yang diperdengarkan. Penilaian
bukan sahaja dibuat dari segi bahasa tetapi merujuk kepada ketepatan memilih kata dan
kelancaran sebutan. Malah guru boleh meletakkan ukuran kreativiti dan penghayatan untuk
menilai tahapkecerdasan kinestatik.
Di sini jelas menunjukkan bahawa kemahiran bernilaitambah diintegrasikan dengan isi
pelajaran teras iaitu hasil pembelajaran secaraterancang pada waktu pengajaran. Bagi
melaksanakan pengajaran demikian, guru harus bijak memilih dan menggunakan teknik
pengajaran yang sesuai supaya kemahiran bahasa dan kemahiran bernilai tambah dapat
dikuasai oleh murid.
4. Kesimpulan
Oleh itu, kemahiran bernilai tambah yang diintegrasikan secara penyerapan dalam
Kurikulum Bahasa Melayu yang mengabungjalinkan hasil pembelajaran dengan kemahiran
bahasa, tatabahasa dan kosa kata menjadi prinsip asas dalam pengajaran dan pembelajaran
Bahasa Melayu. Kemahiran bernilai tambah merupakan asas yang penting untuk melahirkan
murid yang bersedia untuk menghadapi kehidupan di dunia yang sebenar. Wajarlah, kemahiran
ini diserapkan dalam pengajaran khasnya mata pelajaran Bahasa Melayu supayamurid dapat
memahami dan menggunakannya di masa depan.