1. Sebelum kajian tentang bahasa Melayu diperkatakan dengan lebih mendalam adalah
lebih baik sekiranya kita memperkatakan tentang asal usul bangsa Melayu itu terlebih dahulu.
Ini adalah kerana sesuatu bahasa itu lahir seiring dengan kewujudan bangsa yang
menuturkan bahasa itu sendiri.Secara umumnya sehingga kini belum ada penemuan yang
tepat dari mana asalnya orang atau keturunan Melayu itu sendiri .Segala maklumat yang
diberikan berdasarkan kajian yang telah dijalankan oleh para sejarawan masih lagi
kabur.Penggunaan istilah Melayu buat pertama kalinya telah muncul dalam hasil tulisan orang
Cina antara tahun 644 dan 645 Masihi.
Berdasarkan dua teori yang telah dikemukakan oleh para pengkaji iaitu R.H.Geldern,
seorang ahli pengkaji prasejarah yang mengatakan bahawa bangsa Melayu berasal dari Asia
Tengah berdasarkan satu kajian yang telah dijalankan terhadap kapak tua ( beliung batu)
yang ditemui di sekitar hulu Sungai Brahmaputra, Irrawaddy ,Hwang ,Salween dan Yangtze
yang didapati serupa dengan kapak tua yang ada di kawasan Nusantara. Kesimpulan dibuat
oleh beliau bahawa kapak tua itu telah dibawa oleh masyarakat daripada Asia Tengah
bersama-sama dengan bahasanya sekali.
Satu kajian pula menyatakan bahawa sekitar tahun 644 dan 645 Masihi, terdapat satu
catatan orang-orang Cina yang menyebut terdapat sebuah kerajaan Mo-lo-yeu yang telah
mempersembahkan hasil bumi kepada raja China.Walau bagaimanapun tidak dapat
dipastikan dimana letaknya kerajaan orang Mo-lo-yeu itu . Ada pendapat menyatakan
kerajaan ini terletak di Semenanjung Tanah Melayu da nada juga yang berpendapat kerajaan
ini terletak di Jambi , Sumatera.Ini dapat dibuktikan lagi terdapat sebatang sungai yang
dinamakan Sungai Melayu di Jambi, Sumatera.
Selain bukti-bukti yang dikemukakan oleh para pengkaji sejarah ini, terdapat satu lagi
bukti yang agak kuat iaitu penemuan batu bersurat yang terlihat akan bentuk dan sifat bahasa
Melayu sejak tahun 683 Masihi di beberapa tempat :-
i) di Kedukan Bukit, Palembang pada 683 Masihi
ii) di Talang Tuwo, Palembang pada 684 Masihi
iii) di Kota Kapur, Pulau Bangka pada 686 Masihi
iv) di Karang Brahi, Meringin daerah Hulu Jambi pada 686 Masihi
Bukti bukti ini menunjukkan bahawa bahasa Melayu telah lama wujud di Kepulauan
Melayu sejak beratus-ratus tahun dahulu .J.H.C.Kern seorang ahli filologi Belanda
mengatakan bahawa bangsa Melayu itu berasal dari Asia Tengah berdasarkan
persamaan beberapa perkataan. Beliau dapati ada beberapa perkataan yang terdapat di
2. Kepulauan Nusantara itu juga terdapat di Madagascar, Taiwan, beberapa pulau di
kepulauan Pasifik dan Filipina . Beliau dapati perkataan yang digunakan berasal daripada
induk yang sama iaitu Asia.
Asmah Hj Omar dalam bukunya yang bertajuk Susur Galur Bahasa Melayu (1985)
telah menyatakan bahawa istilah Melayu digunakan dalam pengertian yang luas dan
sempit .Dalam pengertian luas, istilah ini merujuk kepada bangsa Austronesia yang
terdapat di Semenanjung Tanah Melayu yang kawasan secara tradisional disebut
gugusan pulau Melayu, termasuklah Indenesia sekarang.Bermula daripada pengertian
inilah , didapati selepas Perang Dunia Kedua, wujud hasrat untuk menubuhkan sebuah
Negara yang mencantumkan Tanah Melayu dengan Indonesia untuk menjadi Negara
Melayu Raya. Akan tetapi hasrat itu tidak berjaya .Oleh itu UNESCO pada tahun 1972
menggunakan nama Melayu untuk merujuk suku bangsa di Semenanjung termasuk
orang-orang Melayu di Thailand, Indonesia, Filipina dan Madagascar.Konsep Melayu
yang digunakan oleh UNESCO sama dengan konsep Indonesia yang digunakan dalam
pengelompokan bahasa Austronesia.
Di Malaysia pula , pengertian Melayu mempunyai implikasi keagamaan yang dikaitkan
dengan agama Islam. Dalam Perlembagaan Malaysia tercatat bahawa Melayu ditakrifkan
sebagai orang yang bertutur dalam bahasa Melayu, menganut agama Islam dan
mengamalkan cara hidup dan budaya Melayu.Hal ini bermakna bahawa sesiapa sahaja
yangmempunyai ciri-ciri tersebut boleh menjadi ahli kepada suku bangsa Melayu.
Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu
Sejarah perkembangan bahasa Melayu bermula dengan zaman bahasa Melayu Kuno.
Penghijrahan manusia purba kea lam Melayu dikatakan terjadi antara 100,000 hingga
160,000 tahun yang lalu.Kira-kira pada abad ke-20 sebelum Masihi atau 2,000 tahun
sebelum Masihi pula gelombang pergerakan manusia secara besar-besaran telah masuk
ke Kepulauan Melayu yang dilakukan oleh bangsa Austeronesia dari Yunan yang
dikatakan mereka inilah nenek moyang kepada suku-suku di wilayah Nusantara
barat.Sebelum kedatangan pedagang India ke Kepulauan Melayu , bahasa yang
digunakan oleh masyarakat setempat ialah bahasa Melayu purba yang kemudiannya
dikenali sebagai bahasa Melayu Kuno setelah mendapat pengaruh India.Bahasa ini
mencapai zaman kegemilangannya pada zaman kerajaan Sriwijaya dimana bahasa ini
telah menjadi bahasa perantaraan dan kingua franca. Bahasa ini menjadi pertuturan yang
merangkumi kawasan Semenanjung Tanah Melayu, Kepulauan Riau dan Sumatera.
3. Bahasa ini telah tersebar luas kea lam Melayu melalui pedagang-pedagang India yang
berdagang hingga ke seluruh pelusuk Nusantara. Bahasa Melayu kuno banyak
dipengaruhi oleh bahasa Sanskrit disebabkan pada masa itu kebanyak penduduk di alam
Melayu menganut agama Hindu.Antara perkataan-perkataan bahasa Sanskrit yang
terdapat dalam bahasa Melayu Kuno ialah syukasyitta, athava, karana, tatakala dan
sebagainya.Bukti sejarah bahasa Melayu kono ini boleh dilihat pada batu bersurat yang
telah ditemui di sekitar Sumatera dan Jawa pada abad ke-7.
Bahasa Melayu kuno juga merupakan bahasa yang digunakan pada zaman kerajaan
Melayu kuno. Antara kerajaan Melayu kuno ialah Sriwijaya, Funan dan Majapahit.
Sehingga kini pengaruh bahasa Melayu kuno masih terdapat dalam bahasa Melayu
Moden berdasarkan beberapa perkataan ybahasa Melayu kuno yang masih kekal
digunakan dalam perbendaharaan kata bahasa Melayu pada hari ini.
Bahasa Melayu Kuno Bahasa Melayu
nasyik asyik
mamava membawa
saribu seribu
dangan dengan
vanakna banyaknya
ko ke
Dari segi tulisan pula , bahasa Melayu kuno menggunakan tulisan Palava seperti bukti
yang terdapat pada yupa iaitu tiang batu persembahan atau prasti di daerah Muara
Kaman.Selain itu juga digunakan tulisan Rencong yang banyak terdapat di Sumatera
Selatan ( Bangkahulu dan hulu Palembang).Huruf ini kekal sehingga abad ke-18 sebelum
Belanda menjajah Indonesia.Tulisan ini dijumpai di sebatang tiang batu di kota kapur
iaitu di Bangka Barat.Selain itu terdapat juga tulisan Kawi iaitu tulisan jawa kuno yang
wujud pada abad ke -8.
Menurut Awang Sariyan bahasa Melayu Klasik merupakan tahap ketiga dalam
periodisasi Bahasa Melayu, selepas bahasa Melayu Purba dan Bahasa Melayu
4. Kuno.Bahasa Melayu klasik bermula pada abad ke-13 dan berakhir pada abad ke
-19.Bahasa Melayu klasik ini diasaskan sewaktu tertubuhnya kerajaan Islam pertama di
sebelah timur Aceh iaitu Kerajaan Samudera Pasai di bawah pemerintahan Sultan
Malikul Salih. Bahasa ini wujud kesan secara langsung kedatangan agama Islam dan
kebudayaan Islam .Zaman permulaan ini ditandai dengan kemunculan prasasti atau batu
bersurat Terengganu yang bertarikh 702 Hijrah bersamaan dengan 1303 Masihi.
Bahasa Melayu klasik muncul dengan wujudnya tulisan Jawi iaitu tulisan Arab berbahasa
Melayu pada awal abad ke-14.Terdapat juga bukti-bukti lain kedatangan bahasa Melayu
klasik pada beberapa lagi batu bersurat yang ditemui di Pagar Ruyung , Minangkabau
bertarikh 1356 Masihi.Satu lagi bukti ialah batu bersurat yang ditemui di Minye Tujuh,
Aceh bertarikh 1380 Masihi yang menggunakan abjad India dan buat pertama kalinya
terdapat penggunaan kata-kata Arab seperti kalimat nabi, Allah dan rahmat.
Kemunculan bahasa Melayu klasik ini juga ditemui dalam manuskrip Melayu lama.
Terdapat kira-kira 10,000 naskah manuskrip Melayu yang tersimpan di beberapa buah
Negara terutamanya di Barat. Manuskrip Melayu lama yang tertua ialah surat kiriman
Sultan Ternate, dari Kepulauan Maluku kepada Raja Portugis yang bertarikh tahun 1521
dan 1522. Tulisan berbentuk buku oula ialah kitab Aqaid al-Nafisi yang bertarikh 1590 (
988 H). Terdapat juga manuskrip lama lain seperti Tutinameh (1600) , Hikayat Seri Rama
(1633), Surat Raja Aceh kepada Harry Middleton (1602) dan surat emas Sultan Iskandar
Muda Alam, Aceh kepada Raja Inggeris , King James I (1615). Penemuan-penemuan ini
telah membuktikan bahawa bahasa Melayu telah menjadi bahasa lingua franca di Asia
Tenggara pada masa itu.
Bahasa Melayu klasik dikatakan berada di zaman kegemilangannya semasa berada di
bawah pemerintahan kerajaan Melaka, Aceh dan Johor Riau.Keadan ini berpunca
daripada lokasi tersebut giat dengan kegiatan perdagangan, perkembangan agama Islam
dan seterusnya perkembangan bahasa.Zaman keagungannya pula dikatakan pada
zaman Melayu Melaka. Kerajaan Melayu Melaka pada ketika itu telahpun menerima Islam
dan berjaya membina dan meluaskan empayar serta jajahannya.Secara tidak langsung
ianya dapat meningkatkan lagi kemajuan dan perkembangan bahasa Melayu di rantau
tersebut.Penggunaannya telah menjadi semakin meluas dalam kegiatan perdagangan
dan pentadbiran .Bahasa Melayu juga telah diangkat sebagai alat penyebar kepada
agama Islam di seluruh kepulauan Melayu.Bukan sahaja bentuk tulisan baru iaitu tulisan
jawi, perbendaharaan katanya juga telah bertambah dengan wujudnya keperluan untuk
menzahirkan idea-idea yang telah dibawa oleh peradaban Islam.Keagungan kesultanan
Melayu ini telah digambarkan oleh banyak penulis , antaranya ialah Tun Seri Lanang
5. menerusi Sejarah Melayu sebuah karya yang sangat tinggi nilainya.
Dari segi fonologi, sistem bahasa Melayu klasik ini tidak dapat ditentukan kerana tiada
data lisan. Kebanyakannya adalah data tulisan yang menyukarkan pengesanan sebutan
yang sebenar.Awang Sariyan menyatakan , bahasa Melayu klasik ini mempunyai vocal
yang terbatas iaitu i ,a dan u ( daripada vokal Arab iaitu alif, ya dan wau) Namun begitu
dapat juga diandaikan bahawa bahasa Melayu klasik mempunyai enam bunyi vocal
seperti yang terdapat dalam bahasa Melayu , iaitu a,epepet,e taling,i,o dan u.Dari
segi bunyi konsonan nya pula dapat diandaikan bahawa bunyi bunyi konsonan bahasa
Melayu klasik sama dengan bahasa Melayu moden.Dari segi tatabahasa pula, imbuhan
yang digunakan sama dengan yang digunakan dalam bahasa Melayu moden. Hal ini juga
sama bagi proses morfofonemik, penggandaan dan pemajmukan. Dari segi sintaksis pula
, ayat dalam bahasa ini memanfaatkan empat pola ayat dasar, iaitu ayat tunggal, ayat
majmuk yang sama rumusnya dengan bahasa Melayu moden , ayat kompleks dan ayat
pasif.
Bahasa Melayu klasik ini mempunyai ciri-ciri yang khusus dan tersendiri. Ini
disebabkan pengaruh Islam telah menjadi semakin kuat hingga bahasa Melayu
mengalami banyak perubahan dari segi aspek kosa kata, struktur ayat dan juga bentuk
tulisan.Antara ciri-ciri bahasa Melayu klasik ialah :
a) Penggunaan ayat yang panjang dan berbelit-belit.
b) Mengandungi banyak ayat pasif dan ayat songsang
c) Menggunakan bahasa istana
d) Seringkali menggunakan kosa kata klasik seperti ratna, mutu, manikam, edan
kasmaran ( mabuk asmara), masyghul (bersedih),sahaya dan lain-lain.
e) Kerap menggunakan perdu perkataan ( kata pangkal ayat ) seperti sebermula ,
alkisah, hatta, adapun dan sebagainya
f) Banyak mengunakan partikal lah dan pun.
g) Telah menerima pelbagai jenis kosa kata Arab dan Parsi dalam pelbagai bidang
bahasa.
h) Turut menggunakan aksara jawi yang dipinjam daripada bahasa Arab yang telah
ditambah dengan beberapa huruf tambahan.
i) Frasa dan ayatnya banyak menerima pengaruh dari bahasa Arab terutamanya
dalam kitab-kitab Melayu Klasik seperti frasa maka, kemudian, daripada itu ( dari
Amma badu) ataupun pada ayat sunat berbuka atas tamar. Frasa ayat tersebut
diperolehi hasil daripada terjemahan teks-teks bahasa Arab.
6. Kajian Asmah Hj Omar tentang kitab Aqaiid al-Nasafi iaitu teks tertua bahasa
Melayu menunjukkan hampir 82% kosa katanya merupakan kosa kata bahasa Melayu
asli .Terdapat juga kata pinjaman iantu bahasa Arab, Parsi dan Sanskrit. Terdapat
juga penggunaan penanda wacana yang tidak lagi digunakan dalam bahasa Melayu
moden iaitu bermula, hatta, syahdan, kalakian dan sebagainya.
Bahasa Melayu klasik jelas banyak digunakan dalam penulisan agama
khususnya bidang tauhid atau usuluddin, syariah atau undang-undang Islam dan
tasawwuf .Kitab Aqaid al-Nafisi membicarakan tentang hakikat kejadian benda ,
kemungkinan ilmu, punca ilmu, keobjektifan ilmu, teori cakerawala, hakikat Tuhan dan
diri manusia.Kesimpulannya dapatlah dikatakan bahawa kitab ini merupakan titik awal
bidang ilmu yang jauh dari jangkauan pemikiran manusia dan diungkapkan dalam
bahasa Melayu.Ini juga sabagai bukti penting bahawa bahasa Melayu mampu
menjadi bahasa ilmu.
Antara tokoh-tokoh yang terkenal pada zaman ini ialah Hamzah Fansuri,
Syamsuddin Pasai atau Syamsuddin al-Sumaterani dan Abdul Rauf Singkel.Ada juga
tokoh dari luar alam Melayu yang muncul seperti Nuruddin al-Raniri. Hamzah Fansuri
terkenal dengan karya prosa seperti Asrarul-Arifin fi bayan ilm al-Sukuk wal Tawhid,
al-Muntahi dan Sharabul Asyiqin.
Perkembangan Bahasa Melayu Moden
Bahasa Melayu Moden merujuk kepada bahasa yang digunakan pada abad
ke-18 hinggalah sekarang.Bahasa ini dipercayai berkembang selari dengan
penguasaan Negara dan pengaruh Eropah di Asia Tenggara.Keadaan ini telah
menyebabkan bahasa Portugis,bahasa Belanda dan kemudiannya Bahasa Inggeris
mula bertapak di Nusantara, seterusnya mempengaruhi bahasa Melayu.
Bahasa Melayu Moden merupakan kesinambungan daripada bahasa Melayu
klasik tetapi bahasa ini telah menerima pengaruh bahasa Inggeris yang sangat
kuat.Namun begitu, bahasa Melayu moden ini tidak menerima sistem pembentukan
bahas tersebut.Ianya juga tidak mengenepikan bahasa Sanskrit dan bahasa Arab
yang pernah diguna pakai sebelumnya.
Sebelum Tanah Melayu mencapai kemerdekaan,bahasa Melayu moden telah
mengalami dua fasa perkembangan. Ianya dikenali sebagai fasa sebelum Perang
Dunia Kedua dan selepas Perang Dunia Kedua. Sebelum Perang Dunia Kedua ,
Bahasa Melayu Moden mendapat kedudukan yang tinggi ekoran daripada
7. kedudukannya sebelum itu.Sungguhpun British yang mentadbit Tanah Melayu pada
ketika itu, pegawai-pegawainya dikehendaki mempelajari bahasa Melayu dan lulus
dalam ujian bahasa yang diadakan bagi membolehkan mereka berhunung dengan
penduduk tempatan dengan mudah dan lancar. Terdapat ramai pegawai British yang
mahir berbahasa Melayu seperti Brown, Maxwell, Winstedt, Skinner dan lain-lain lagi.
Sebaliknya , selepas Perang Dunia Kedua , British telah mengubah dasarnya
dengan menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar dalam
pendidikan.Individu yang berjaya menguasai bahas Inggeris dengan baik akan diberi
keutamaan bekerja dengan pemerintah Inggeris.Akibat daripad itu, ramai pelajar
Melayu telah diberi peluang mengikuti pendidkan Inggeris dan dihantar berkursus di
England. Segala urusan seharian dalam pentadbiran British pada ketika itu
menggunakan Bhasa Inggeris.
Namun begitu, apabila Negara kita mencapai kemerdekaan, status bahasa
Melayu telah dikembalikan. Menurut Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan telah
mengangkat bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan wajib diguna pakai
dalam urusan rasmi. Bahasa Melayu juga telah menjadi bahasa pengantar di sekolah
rendah hinggalah di peringkat institusi pendidikan tinggi.Status bahasa Melayu kini
telah diperkukuhkan kagi dengan Penggubalan Akta Bahasa Kebangsaan 1963/1967.
Selain digunakan dalam bidang pendidikan , bahasa Melayu telah diperluaskan lagi
penggunaannya dalam urusan kehakiman, persidangan Dewan Rakyat, Dewan
Undangan Negeri dan Dewan Negara.
Banyak istilah daripada bahasa Inggeris diterima pakai dalam bahasa Melayu
moden bagi tujuan mengungkap pelbagai ilmu baharu yang berkembang dari masa ke
semasa.Keadaan ini berlaku kerana tamadun Melayu dan bahasanya tidak
mempunyai keuoayaan berbuat demikian. Keterbukaan bahasa Melayu Moden
menerima unsur-unsur asing telah menjadikannya semakin dinamik dan dapat
kelangsungannya.Tidak seperti bahasa Melayu Kuno atau bahasa Melayu klasik,
bahasa Melayu moden tidak mempu berkembang secara bersendirian. Menurut
catatan sejarah , bahasa Melayu moden terbukti telah mengalami beberapa
perancangan dan pembangunan oleh sebuah badan bahasa yang ditubujkan khas
iaitu Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).