1. DEFINISI
Pembimbing Rakan Sebaya ( PRS ) ialah seorang murid yang telah dilatih
dalam bidang kemahiran asas komunikasi dan kaunseling. Ia berfungsi
sebagai seorang kawan yang berkesan kepada rakan sebaya terutama
mereka yang memerlukan pertolongan. PRS tidak bertugas memberi
nasihat dan menyelesaikan masalah rakan-rakan tetapi ia menjadi
pendengar yang peka kepada perasaan orang lain, berminat dan
mengambil berat serta rela memberi khidmat dalam sistem sekolah.
FALSAFAH
BANTU DIRI SUPAYA BERUPAYA MEMBANTU ORANG LAIN
PRS harus dilengkapi dengan ilmu pengetahuan, perakuan, perhubungan,
kemahiran, kreatif dan keimanan.
OBJEKTIF
1. Membina pasukan PRS yang terlatih untuk membantu rakan
dari segi akademik, sahsiah, emosi dan peribadi.
2. Membina khidmat sokongan dalam bidang bimbingan dan
kaunseling.
3. Melatih murid dalam kemahiran asas yang membolehkan
mereka berinteraksi secara berkesan dengan rakan.
IKRAR PRS
Bahawasanya saya / kami dengan ini berikrar menerima dan
mematuhi serta mengamalkan etika PRS semasa berkhidmat sebagai
Pembimbing Rakan Sebaya ( PRS ) pada tahun ini.
Kami berjanji akan :-
1. Menerima jawatan ini dengan ikhlas dan bertanggungjawab.
2. Berpegang teguh dengan etika PRS
3. Berusaha menjadi murid contoh.
4. Berkhidmat dengan penuh kemesraan dan kasih sayang
5. Senantiasa berusaha meningkatkan kualiti perkhidmatan PRS
1
Tajuk : Dunia Dah Terbalik
1. Senaraikan nama-nama pekerjaan.
a) ........................................................................................
b) ........................................................................................
c) .......................................................................................
d) .........................................................................................
e) .........................................................................................
2. Pengajaran yang diperolehi daripada aktiviti ini.
a) ..............................................................................................
...............................................................................................
b) ..............................................................................................
...............................................................................................
c) ..............................................................................................
...............................................................................................
6
KERJAYA