際際滷

際際滷Share a Scribd company logo
BUDAYA POPULAR (POPULAR CULTURE)
Pendahuluan
Bidang penyelidikan ini ialah Sosio Budaya Melayu, sub topik yang dikenal pasti adalah
Budaya Popular Melayu. Budaya popular didefinasikan sebagai ciri-ciri budaya pelbagai kaum
yang terpilih, dikenalpasti boleh dipopularkan, dikongsi dan dihayati bersama sebagai budaya
sepunya. Ciri-ciri penting budaya popular boleh ditakrifkan sebagai memiliki daya tarikan,
merentasi semua golongan, kelas sosial, batasan etnik, agama dan diterima oleh masyarakat umum.
Ia dihasilkan secara sedar, dihargai, diperakui, diamalkan, dihayati secara kolektif oleh warga
sesebuah kelompok, komuniti, masyarakat massa dan bangsa.
Budaya popular berpengaruh, diketahui dan disebarkan melalui komunikasi media massa
yang moden. Ia diterjemahkan dalam bentuk interaksi-interaksi informal dan amalan-amalan
kehidupan yang bersifat non-institusi dan interpersonal, memiliki bahasa pemersatuan yang
berperanan penting dalam melahirkan kebudayaan yang diterima oleh semua pihak dan mungkin
tidak bertahan lama dalam era ledakan teknologi maklumat dan globalisasi jika berteraskan nilai-
nilai luhur dan murni. (kajian Integrasi Nasional dan Pembinaan Negara Bangsa, 1996.)
Sementara Wan Abdul Kadir (2006) menyatakan bahawa budaya popular adalah unsur-
unsur budaya yang diminati atau diberikan tumpuan ramai. Unsur-unsur budaya itu menjadi bahan
pengguna kepada majoriti anggota masyarakat, yang mana muda-mudi adalah anggotanya. Maka
budaya popular itu kerapkali didokongi oleh golongan muda mudi. Budaya popular dalam
masyarakat tradisi adalah tidak berkembang dan tersebar luas kerana ia menyatakan ciri-ciri
kedaerahan yang tidak dapat diterima oleh masyarakat lain. Namun, dalam kehidupan masyarakat
moden hari ini yang melalui perkembangan dalam bidang teknologi, ekonomi dan kemudahan asas
yang pesat telah menyumbang kepada penyebaran budaya popular dengan cepat dan pantas.
Perkembangan ini memberikan peluang kepada pengusaha untuk mengeluarkan unsur-unsur
budaya dengan lebih meluas dan pelbagai.
Selain itu, budaya popular turut ditakrifkan sebagai perlakuan yang merupakan keperluan
manusia atau anggota masyarakat untuk mengisi keinginan yang lebih tinggi, bersifat ekspresif
dan simbolik. Ia dihasilkan untuk diminati dan dihayati secara bersama yang dirujuk kepada
golongan muda-mudi. Budaya popular dalam masyarakat Melayu telah bermula sejak dari zaman
kolonial Inggeris lagi. Perkembangannya bermula melalui perluasan pemikiran dari segi politik,
ekonomi dan sosial orang Melayu pada zaman itu. Pihak Inggeris telah menyebarkan ideologi
mereka melalui perkembangan teknologi dan pendidikan sekular dalam memperkenalkan nilai-
nilai barat yang lebih maju sehingga mempengaruhi masyarakat Melayu sedikit demi sedikit.
Budaya popular turut dikenali sebagi budaya rakyat yang dikongsi merentasi segenap
lapisan masyarakat. Ia melambangkan idea golongan majoriti yang diterima ramai dan tersebar
luas. Dalam erti kata lain, budaya popular tidak lagi menjadi monopoli oleh golongan minoriti
sebaliknya mencerminkan permintaan luas masyarakat majoriti. Selain itu, terdapat pelbagai faktor
yang membawa kepada kepesatan dan perkembangan budaya popular Melayu seperti modernisasi,
hiburan masa lapang, bandar-bandar moden, gaya hidup, komunikasi, perhubungan dan dasar
politik global.
Perkembangan industri yang berasaskan kapitalis membawa kepada pengeluaran pelbagai
bahan budaya secara komersil untuk didagangkan kepada masyarakat. Dengan tercetusnya
revolusi perhubungan dan komunikasi menyemarakkan lagi perkembangan budaya popular
dikalangan masyarakat Melayu. Ia boleh dilihat dari segi corak kehidupan yang meliputi fesyen,
muzik, dan cara hidup yang menjurus kepada kemodenan seperti yang digambarkan oleh Inggeris.
Bermula di bandar-bandar besar dan melarat sehingga ke kampung dan desa, budaya popular kini
menjadi pilihan masyarakat yang dikatakan maju dan berada dalam kelasnya yang tersendiri.
Bidang Kajian:
Walaupun telah wujud pelbagai kajian berkaitan dengan budaya popular di Malaysia, namun tiada
satu pun yang menyentuh berkenaan dengan majalah popular yang menjadi pilihan masyarakat
Melayu itu sendiri. Sehubungan dengan itu, maka adalah perlu bagi melihat corak dan minat
pembaca dalam menentukan bahan bacaan mereka.
Seperti yang sedia kita maklum, terdapat pelbagai faktor yang menyumbang kepada
pemilihan bahan bacaan tersebut seperti hiburan, penjagaan kesihatan, kesenian, fesyen, gaya
hidup, sukan, perkakasan elektronik (gadjet)

More Related Content

Budaya popular

  • 1. BUDAYA POPULAR (POPULAR CULTURE) Pendahuluan Bidang penyelidikan ini ialah Sosio Budaya Melayu, sub topik yang dikenal pasti adalah Budaya Popular Melayu. Budaya popular didefinasikan sebagai ciri-ciri budaya pelbagai kaum yang terpilih, dikenalpasti boleh dipopularkan, dikongsi dan dihayati bersama sebagai budaya sepunya. Ciri-ciri penting budaya popular boleh ditakrifkan sebagai memiliki daya tarikan, merentasi semua golongan, kelas sosial, batasan etnik, agama dan diterima oleh masyarakat umum. Ia dihasilkan secara sedar, dihargai, diperakui, diamalkan, dihayati secara kolektif oleh warga sesebuah kelompok, komuniti, masyarakat massa dan bangsa. Budaya popular berpengaruh, diketahui dan disebarkan melalui komunikasi media massa yang moden. Ia diterjemahkan dalam bentuk interaksi-interaksi informal dan amalan-amalan kehidupan yang bersifat non-institusi dan interpersonal, memiliki bahasa pemersatuan yang berperanan penting dalam melahirkan kebudayaan yang diterima oleh semua pihak dan mungkin tidak bertahan lama dalam era ledakan teknologi maklumat dan globalisasi jika berteraskan nilai- nilai luhur dan murni. (kajian Integrasi Nasional dan Pembinaan Negara Bangsa, 1996.) Sementara Wan Abdul Kadir (2006) menyatakan bahawa budaya popular adalah unsur- unsur budaya yang diminati atau diberikan tumpuan ramai. Unsur-unsur budaya itu menjadi bahan pengguna kepada majoriti anggota masyarakat, yang mana muda-mudi adalah anggotanya. Maka budaya popular itu kerapkali didokongi oleh golongan muda mudi. Budaya popular dalam masyarakat tradisi adalah tidak berkembang dan tersebar luas kerana ia menyatakan ciri-ciri kedaerahan yang tidak dapat diterima oleh masyarakat lain. Namun, dalam kehidupan masyarakat moden hari ini yang melalui perkembangan dalam bidang teknologi, ekonomi dan kemudahan asas
  • 2. yang pesat telah menyumbang kepada penyebaran budaya popular dengan cepat dan pantas. Perkembangan ini memberikan peluang kepada pengusaha untuk mengeluarkan unsur-unsur budaya dengan lebih meluas dan pelbagai. Selain itu, budaya popular turut ditakrifkan sebagai perlakuan yang merupakan keperluan manusia atau anggota masyarakat untuk mengisi keinginan yang lebih tinggi, bersifat ekspresif dan simbolik. Ia dihasilkan untuk diminati dan dihayati secara bersama yang dirujuk kepada golongan muda-mudi. Budaya popular dalam masyarakat Melayu telah bermula sejak dari zaman kolonial Inggeris lagi. Perkembangannya bermula melalui perluasan pemikiran dari segi politik, ekonomi dan sosial orang Melayu pada zaman itu. Pihak Inggeris telah menyebarkan ideologi mereka melalui perkembangan teknologi dan pendidikan sekular dalam memperkenalkan nilai- nilai barat yang lebih maju sehingga mempengaruhi masyarakat Melayu sedikit demi sedikit. Budaya popular turut dikenali sebagi budaya rakyat yang dikongsi merentasi segenap lapisan masyarakat. Ia melambangkan idea golongan majoriti yang diterima ramai dan tersebar luas. Dalam erti kata lain, budaya popular tidak lagi menjadi monopoli oleh golongan minoriti sebaliknya mencerminkan permintaan luas masyarakat majoriti. Selain itu, terdapat pelbagai faktor yang membawa kepada kepesatan dan perkembangan budaya popular Melayu seperti modernisasi, hiburan masa lapang, bandar-bandar moden, gaya hidup, komunikasi, perhubungan dan dasar politik global. Perkembangan industri yang berasaskan kapitalis membawa kepada pengeluaran pelbagai bahan budaya secara komersil untuk didagangkan kepada masyarakat. Dengan tercetusnya revolusi perhubungan dan komunikasi menyemarakkan lagi perkembangan budaya popular dikalangan masyarakat Melayu. Ia boleh dilihat dari segi corak kehidupan yang meliputi fesyen, muzik, dan cara hidup yang menjurus kepada kemodenan seperti yang digambarkan oleh Inggeris.
  • 3. Bermula di bandar-bandar besar dan melarat sehingga ke kampung dan desa, budaya popular kini menjadi pilihan masyarakat yang dikatakan maju dan berada dalam kelasnya yang tersendiri. Bidang Kajian: Walaupun telah wujud pelbagai kajian berkaitan dengan budaya popular di Malaysia, namun tiada satu pun yang menyentuh berkenaan dengan majalah popular yang menjadi pilihan masyarakat Melayu itu sendiri. Sehubungan dengan itu, maka adalah perlu bagi melihat corak dan minat pembaca dalam menentukan bahan bacaan mereka. Seperti yang sedia kita maklum, terdapat pelbagai faktor yang menyumbang kepada pemilihan bahan bacaan tersebut seperti hiburan, penjagaan kesihatan, kesenian, fesyen, gaya hidup, sukan, perkakasan elektronik (gadjet)