1. INDONESIA
Anggerik Bulan
Bunga kebangsaannya ialah bunga Anggerik
Bulan (Phalaenopsis Amabilis).Bunga Anggerik
Bulan berkembang sebanyak dua ke tiga kali dalam
setahun dan gugur selepas dua ke enam bulan kemudian.
Bunga ini banyak didapati di kawasan tanah rendah di
Indonesia.
2. SINGAPURA
Vanda Miss Joaquim
Bunga kebangsaannya juga sejenis orkid iaitu Vanda
Miss Joaquim. Bunga ni berwarna ungu dan berkembang
sepanjang tahun. Bunga ini banyak ditanam di serata
Singapura.
3. THAILAND
Ratchaphruek
Bunga kebangsaan Thailand ialah Ratchaphruek (Cassia
Fistula Linn) Bunga ini berkelompok-kelompok dan
berwarna kuning. Orang Thai khasnya penganut Buddha
menggangap warna kuning itu sebagai warna agama
Buddha yang melambangkan kemenangan dan
kecemerlangan. Biasanya berkembang dalam bulan
Februari hingga Mei dan menjadi lambang keharmonian
dan kesatuan hati rakyat Thailand. Bunga ini banyak
ditanam di sepanjang tepian jalanraya di negara ini.
4. VIETNAM
Bakawali
Bunga kebangsaan Negara Vietnam
ialah Bakawali atau Lotus. Dikenali sebagai Bunga
Senjakala. Bunga ini banyak didapati di tasik dan kolam di
serata negara ini. Bagi rakyat Vietnam, bunga ini adalah
lambang kesucian, komitmen dan harapan baik untuk
masa depan mereka.
5. FILIPINA
Sampaguita Jasmine
Bunga kebangsaannya ialah Sampaguita
Jasmine (Arabian Jasmine). Bunga ini berwarna putih dan
berkembang sepanjang tahun. Baunya amat harum dan
setiap kali mengeluarkannya bau itu boleh tahan selama
sehari. Bagi rakyat Filipina, bunga ini melambangkan
kesucian dan kekuatan. Bunga ini berasal dari
pergunungan Himalaya.
6. BRUNEI
Simpor
Bunga kebangsaan Negara Brunei ialah Simpor (Dillenia
Suffruticosa). Bunga ini berwarna kuning cerah dan
berdaun lebar. Apabila berkembang penuh, kelopak-
kelopaknya menyerupai sebuah payung. Gambar bunga
ini digunakan pada wang kertas satu ringgit Brunei. Juga
kerap kali digunakan sebagai corak pada hasil kraftangan
tradisional Brunei. Bunga ini banyak tumbuh di sepanjang
sungai-sungai di negara ini terutama di Sungai
Temburong. Pokok bunga ini boleh digunakan sebagai
ubat luka.
7. MYANMAR
Paduak
Bunga kebangsaannya ialah Paduak (Pterocarpus
Indicus). Bunga ini kecil-kecil dan berwarna kuning emas.
Biasanya berkembang mekar dalam bulan April iaitu
semasa rakyat Myanmar menyambut perayaan tahun baru
mereka. Rakyat Myanmar menganggap tumbuhan ini
sebagai lambang kekuatan dan ketahanan.
8. CAMBODIA
Rumdul
Bunga kebangsaan negara ini ialah (Mitrella Mesnyi).
Bunga ini berwarna putih-kuning dan mengeluarkan bau
yang harum pada waktu petang. Pokok Rumdul ini boleh
tumbuh setinggi 8 hingga 10 meter dan banyak didapati di
seluruh Cambodia. Biasanya bunga ini dijadikan tanaman
hiasan di taman-taman bunga.
9. LAOS
Dok Champa
Bunga kebangsaan negara Laos ialah Dok
Champa (Plumeria). Bunga berlilin ini berbau manis dan
boleh didapati dalam warna merah, kuning, pink dan
warna campuran. bagi rakyat negara ini, Bunga Dok
Champa melambangkan kegembiraan dan ketulusan.
Bunga ini kerap kali dijadikan hiasan dalam sesuatu
upacara ataupun dijadikan kalung menyambut ketibaan
tetamu.
10. MALAYSIA
Bunga Raya
Bunga kebangsaan negara Malaysia ialah Bunga
Raya (Hibiscus rosa sinensis) Bunga raya, juga dikenali
sebagai bunga sepatu dan kembang sepatu (Hibiscus
rosa sinensis) ialah sejenis tumbuhan berbunga
sepanjang tahun dalam genus Hibiscus yang sering
ditanam sebagai pokok hiasan