1. 1. Pendahuluan
Bahasa Melayu telah berkembang dari bahasa ibunda (vernakular) ke lingua
franca ke bahasa kebangsaan yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia di
ruang sejarah negara ini. Bahasa Melayu menjadi alat terpenting proses
pembinaan bangsa di dalam rangka perpaduan dan integrasi kebangsaan.
Semenjak tahun 1956 Bahasa Melayu merupakan bahasa pengantar sekolah
rendah dan sekolah menengah melayu. Pada tahun 1970 pula dijadikan bahasa
pengantar untuk semua sekolah kebangsaan dan pada tahun 1983
disempurnakan di peringkat universiti (IPTA).
Untuk memastikan kesinambungan kewujudannya dan kegemilangannya
di persada dunia dalam abad ke 21, Bahasa Melayu terpaksa menghadapi
pelbagai cabaran, sama ada dalam konteks nasional atau antarabangsa.
Cabaran-cabaran ini memperlihatkan bahawa Bahasa Melayu pada suatu ketika
dahulu iaitu bahasa Melayu dalam sejarahnya telah membuktikan bahawa
bahasa Melayu telah menjadi bahasa antarabangsa sejak zaman Empayar
Srivijaya pada abad ke 7 Masihi sehinggalah abad ke 19 Masihi, apabila Bahasa
Melayu telah menjadi Lingua Franca di rantau ini. Malahan Bahasa Melayu telah
menjadi bahasa perdagangan dan perhubungan antarabangsa. Kegemilangan
Bahasa Melayu menjadi kenyataan pada masa itu apabila Bahasa Melayu
dijadikan bahasa rasmi dan bahasa persuratan bagi pusat-pusat pemerintahan
seluruh rantau berkenaan.
2. 2. CABARAN-CABARAN BAHASA MELAYU
Cabaran-cabaran yang dihadapi dalam konteks memperkembangkan Bahasa
Melayu terbahagi kepada lima perkara utama iaitu:
2.1 Bidang Pendidikan
a) Pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu
Kajian oleh Juriah Long et al. (2002) mendapati beberapa kekangan ditemui
dalam proses pengajaran dan pembelajaran, antaranya:
 Tidak semua guru yang mengajar BM mendapat latihan khusus dalam
bidang bahasa. Ini akan menjejaskan kualiti pengajaran dan hasil
pembelajaran murid.
 Guru bergantung dengan penggunaan buku teks.
 Kemahiran lisan, bacaan dan menulis diajar secara terpisah dan
bukannya secara penggabungjalinan atau penyerapan.
 Pengetahuan asas murid yang berbeza-beza.
 Jumlah masa pengajaran di SK, SJKC dan SJKT yang berbeza.
 Murid bersikap negative terhadap mata pelajaran BM berbanding BI.
b) Penjenamaan Bahasa Melayu
Berlaku krisis identiti antara istilah Bahasa Melayu dan Bahasa Malaysia.
Proses penjenamaan semula kepada Bahasa Malaysia telah mengikis
kewibawaan dan mencabar kredibiliti bahasa itu sendiri.
c) Bahasa Melayu dalam Akta Pendidikan Tinggi Swasta
Bahasa Melayu telah menghadapi cabaran yang tidak diduga iaitu apabila
Akta Pendidikan 1996 dan akta IPTS 1996 diluluskan, maka semua IPTS
dibenarkan menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar.
3. Sehubungan itu, pengiktirafan Institusi Pendidikan Swasta(IPS) sebagai
sebahagian daripada Sistem Pendidikan Kebangsaan dibuat melalui Seksyen
16 Akta 1996. Oleh sebab IPS merupakan sebagian daripada sistem
pendidikan Kebangsaan maka IPS mempunyai pilihan dalam hal penggunaan
bahasa penghantar sama ada untuk mengikut amalan sekolah kebangsaan
atau sekolah jenis kebangsaan atau memohon kecualian mengikut Seksyen
17 Akta berkenaan. Dengan perkataan lain IPS mempunyai kebebasan
seluas- luasnya dalam menentukan penggunaan bahasa penghantar.
Kelonggaran inilah yang merendahkan martabat Bahasa Melayu sekaligus
melemahkan pencapaian falsafah dan matlamat dasar pendidikan
kebangsaan.
4. 2.2 Pentadbiran Kerajaan.
Kerajaan telah mengeluarkan Surat Pekeliling Am Bilangan 1 tahun 2006:
Langkah-langkah memperkasakan Penggunaan Bahasa Kebangsaan dalam
perkhidmatan awam. Ia diikuti dengan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 9 Tahun
2011 bertajuk Panduan Penggunaan Bahasa Kebangsaan dalam Perkhidmatan
Awam. Antara kandungannya :
a) Urusan Rasmi Dalam Negara
b) Urusan Rasmi Antarabangsa
Surat Rasmi
•Surat rasmidalamnegara
oleh agensikerajaan
menggunakanbahasa
kebangsaan
•Jika terima suratselain
daripada bahasa
kebangsaan, hendaklah
dibalas beserta dengan
dokumen lampiran dalam
bahasa kebangsaan.
Dokumen Perjanjian
•semua dokumen
perjanjian dalam negara
oleh agensikerajaan
menggunakanbahasa
kebangsaan.
•dokumen tambahan
boleh dilampirkandalam
Bahasa Inggeris.
Urusan Mesyuarat
Melibatkan Kehadiran
Warganegara Malaysia
•urusan suratmenyurat,
minit mesyuarat, nota
pembentangan dalam
bahasa kebangsaan.
PenganjuranMajlis Rasmi
MelibatkanKehadiran
Warganegara Malaysia
•urusan suratmenyurat,
minit mesyuarat, nota
pembentangan dalam
bahasa kebangsaan.
Surat Rasmi Antarabangsa
• Surat rasmi antarabangsa
oleh agensi kerajaan
kepada pihak luar
digalakkan menggunakan
bahasa kebangsaan dan
disertakan lampiran dlm
Bahasa Inggeris.
Dokumen Perjanjian
Antarabangsa
• semua dokumen perjanjian
antarabangsa oleh agensi
kerajaan hendaklah
menggunakan Bahasa
Inggeris.
• terjemahan dalam bahasa
kebangsaan diperlukan
bagi tujuan rekod dan
semakan.
Urusan Mesy uarat
Melibatkan Kehadiran
Bukan Warganegara
Malay sia
• urusan surat meny urat,
minit mesy uarat, nota
pembentangan dalam
bahasa kebangsaan atau
Bahasa Inggeris.
PenganjuranMajlis Rasmi
Melibatkan Kehadiran Bukan
Warganegara Malay sia
• urusan surat meny urat,
minit mesy uarat, nota
pembentangan dalam
bahasa kebangsaan dan
Bahasa Inggeris.
5. c) Pengiklanan Kekosongan jawatan dalam Perkhidmatan Awam.
ï‚· Hendaklah dalam bahasa kebangsaan
d) Perkhidmatan kaunter
ï‚· Menggunakan bahasa kebangsaan.
ï‚· Boleh menggunakan bahasa lain yang difahami oleh pelanggan
e) Maklum balas Aduan di akhbar dan isu media massa
ï‚· Sebarang isu atau maklum balas menggunakan bahasa kebangsaan.
ï‚· Jika siaran dalam Bahasa Inggeris perlu ada terjemahan dalam bahasa
kebangsaan.
ï‚· Elak salah tafsir
BAHASA MELAYU DALAM DASAR-DASAR KERAJAAN
• diperkenalkan oleh Perdana Menteri ke-6; Datuk Seri Mohd. Najib b. Tun
abdul Razak pd. 2 April 2009.
• wujudkan jati diri bangsa Malay sia y ang berbangga menggunakan Bahasa
Melay u.
Gagasan 1 Malaysia
• peranan Bahasa Melayu dalam LINUS- semua kanak-kanak mempunyai asas literasi
dalam Bahasa Melayu.
• NKRA- Bidang Keberhasilan Utama Negara dan MKRA- Bidang Keberhasilan Utama
Kementerian bertujuan melaksanakan program pembangunan dan sisitem
penyampaian perkhidmatan kepada rakyat.
Program Transformasi
Kerajaan
• untuk menjayakan dasar membangunkan tenaga kerja berkualiti menya kerja kelas
pertama dan mengikut acuan sendiri.
• lahirkan budaya kerja kelas pertama dan mahir bertutur dalam BM
• berdasarkan tiga prinsip iaitu berpendapatan tinggi, kemapanan dan keterangkuman.
Dasar Model Ekonomi Baru
• Oktober 2011, Kementerian Pelajaran menjalankan kajian semula sisitem
Pendidikan negara Malay sia secara meny eluruh.Pelan pembangunan
Pendidikan Malaysia (PPPM)
• Menggantikan PPSMI yang telah dimansuhkan
• Penggunaan BM dalam mata pelajaran SC dan MT
• Tambah masa PdP BM di SJK- dr 90 minit ke 300 minit murid tahap 1. Bg tahap 2, 90 minit ke 240 minit
• Penambahbaikan kurukulum sekolah ( KSSR)
MBMMBI
6. 2.3 EKONOMI NEGARA
2.4 KEDWIBAHASAAN
Kedwibahasaan berlaku dalam kalangan masyarakat yang menggunakan banyak
bahasa. Kedwibahasaan atau bilingualisme ialah penguasaan dua bahasa seperti
penutur bahasa asli. Penggunanya menggunakannya sebagai bahasa komunikasi,
yakni menggunakan satu bahasa rasmi untuk berkomunikasi, dan bahasa ibunda untuk
hubungan lain misalnya orang Cina dan India yang menggunakan Bahasa Melayu
untuk komunikasi rasmi tetapi bahasa ibunda di rumah. Kedwibahasaan yang
sempurna ialah penguasaan sepenuhnya dua bahasa oleh penutur. Kedwibahasaan
sepenuhnya jarang berlaku kerana jarang sekali seseorang individu dapat menguasai
lebih dari satu bahasa dengan baik.
•Dokumenperniagaan syarikat swasta masih menggunakan
Bahasa Inggeris sebagaibahasa utama dan BMsebagai
bahasa kedua.
•Bahasa Inggeris mendominasi 100% industri perhotelan,
syarikat jualankereta, baranganelektrik dan komputer.
BM DALAM
URUSAN
PERNIAGAAN
•graduanboleh memilihkerjaya dalam bidang perguruan
atau pendidikan sebagaiguruBMdenganmengikuti kursus-
kursus iktisasseperti PISMP, KPLI/DPLI, Bachelor Pendidikan
dsb.
•graduanBMbolehmemilih bidang penulisankreatif,
pengacaraan, editordanpenterjemah
BM DALAM
PELUANG KERJAYA
7. Kedwibahasaan lahir dalam masyarakat majmuk yang pelbagai budaya, etnik,
agama, bangsa, kaum dan lain-lain. Hubungan budaya dengan budaya asing
biasanya berlaku di bandar-bandar besar dan pusat perdagangan yang mempunyai
pelbagai ragam manusia dan budaya. Penjajahan juga membawa masuk unsur budaya
baru dan bangsa asing yang menggunakan dan memaksa rakyat pribumi menggunakan
bahasa mereka dalam sistem pemerintahan, khususnya pendidikan dan ekonomi
misalnya penjajah Inggeris di Tanah Melayu.
Hartmann (1976) mengatakan bahawa kedwibahasaan melibatkan penggunaan dua
bahasa oleh penutur atau masyarakat pengguna bahasa. Penutur dwibahasa tidak
semestinya penterjemah yang baik sebab kemahiran menukar kod dari satu bahasa ke
bahasa yang lain diperoleh secara berasingan dan individu tersebut mestilah mahir
dalam perbualan kedua-dua bahasa dalam semua keadaan.
Malaysia merupakan sebuah negara yang multibahasa dan terdapat individu yang
dapat memahami dua bahasa atau lebih, sama ada Melayu-Inggeris, Cina-Melayu-
Inggeris, atau India-Melayu-Inggeris, dan sebagainya. Individu yang
berpengetahuan dalam kedua-dua bahasa tetapi yang satu lagi tidak pernah dilahirkan
dalam bentuk ujaran atau tulisan, bahkan cuba disembunyikan atas sebab-sebab
tertentu dinamakan covert bilingual atau dwibahasa terlindung. Individu dwibahasa
tidak akan mempunyai pengetahuan kedua-dua bahasa yang sama baik. Kadang-
kadang individu tersebut hanya memahami sahaja tetapi tidak boleh menulis atau
bertutur dengan baik.
Kedwibahasaan wujud di negara-negara yang menjadikan dialek sebagai bahasa rasmi
seperti di Perancis. Keadaan dwibahasa yang memperlihatkan penutur mengamalkan
dialek masing-masing dalam kehidupan seharian tetapi menggunakan dialek utama
8. yang telah dijadikan bahasa rasmi. Sama juga halnya dengan Malaysia yang
menggunakan dialek Melayu-Johor sebagai bahasa rasmi tetapi menggunakan
dialek masing-masing di rumah misalnya dialek Kelantan, Terengganu, Perak,
Negeri Sembilan, Kedah dan sebagainya.
Kedwibahasaan berlaku akibat bahasa tempatan dijadikan bahasa rasmi tetapi bahasa
lain digunakan sebagai bahasa penyatuan. Di Rusia misalnya, bahasa Rusia dijadikan
bahasa penyatuan tetapi rakyat tempatan boleh menggunakan bahasa tempatan
sebagai bahasa rasmi seperti bahasa Ukraine dan Estonia.
Kedwibahasaan juga berlaku akibat berpegang kepada idea bahawa penggunaan
satu bahasa asing yang dipupuk di samping bahasa ibunda terus digalakkan
dalam pembelajaran untuk tujuan mendapat pengiktirafan setaraf dengan bangsa
lain. Mengikut ideologi ini, pembelajaran satu bahasa asing dalam keadaan tertentu
akan membentuk individu yang mempunyai cara pemikiran baru untuk menghapuskan
permusuhan dalam kalangan rakyat misalnya di Singapura.
Perdagangan memainkan peranan utama apabila bahasa merupakan wahana untuk
berkomunikasi dan berinteraksi untuk urusan jual-beli. Penerokaan dunia baru juga
memerlukan individu memahami dunia yang dilawati untuk memahami budaya bangsa
merentasi pelbagai negara. Pengembangan agama oleh mubaligh Kristian dan
Islam membawa masuk bahasa asing ke alam Melayu, iaiatu Bahasa Inggeris,
Belanda, Portugis, dan Arab.
Dasar pendidikan sesebuah negara mencerminkan masyarakat yang lahir misalnya
Malaysia yang menjadikan Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua dalam sistem
pendidikan negara akan melahirkan penutur dwibahasa. Dasar bahasa negara juga
melahirkan penutur dwibahasa. Malaysia telah menetapkan bahawa Bahasa Melayu
sebagai bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan tetapi menjadikan Bahasa Inggeris
sebagai bahasa kedua.
9. Satu lagi unsur yang mewujudkan kedwibahasaan ialah perkahwinan campur dalam
masyarakat majmuk yang melahirkan kanak-kanak yang berdwibahasa sejak dari
lahir lagi. Pemerolehan dua bahasa serentak berlaku apabila kedua ibu dan bapa
menggunakan kedua-dua bahasa ibunda mereka dalam kehidupan seharian.
Kesan yang paling ketara akibat kedwibahasaan ini ialah berlakunya penukaran kod
atau pertukaran kod yang dikenali sebagai code switching. Berlakunya penukaran
daripada satu bahasa kepada satu bahasa yang lain disebabkan oleh perubahan tajuk
atau pertukaran siapa yang disapa. Fenomena ini begitu meluas dalam kalangan
penutur di Malaysia. Misalnya pelajar Melayu berbahasa Inggeris dengan kawan
berbangsa Cina tetapi menukar kodnya semula ke dalam Bahasa Melayu apabila
bercakap dengan ibunya yang tidak fasih berbahasa Inggeris.
Kesan yang selanjutnya ialah percampuran kod atau code mixing. Ini berlaku
apabila seseorang menukarkan kod apabila berbicara secara berganti-ganti untuk satu
tajuk yang sama dalam ujaran mereka. Misalnya seorang pelajar bangsa Melayu
bercakap dalam Bahasa Inggeris untuk membincangkan sesuatu tajuk tetapi
kemudiannya mencampuradukkan dengan Bahasa Melayu kerana sesuatu hal seperti
tidak tahu perbendaharaan kata yang sesuai digunakan atau sebagainya. Fenomena
percampuran kod menggambarkan keadaan bahasa sebenar dalam tempoh
pemerolehan bahasa kanak-kanak. Namun begitu, dengan berlakunya peredaran masa
dan penambahan perbendaharaan kata, ciri ini mungkin luput apabila kanak-kanak
berupaya menggunakan kata dalam bahasa kedua untuk menyampaikan maksud.
10. Pemindahan bahasa juga berlaku akibat kedwibahasaan. Ini berlaku apabila
terdapat penggunaan unsur-unsur bahasa pertama dalam bahasa kedua. Terdapat dua
jenis pemindahan bahasa, iaitu pemindahan negatif atau gangguan dan kedua,
pemindahan positif. Pemindahan negatif melibatkan pola bahasa natif yang
menyebabkan kesilapan dalam bahasa sasaran. Pemindahan positif pula melibatkan
pemindahan yang memudahkan pembelajaran dan berlaku dalam kedua-dua bahasa
natif dan bahasa sasaran yang mempunyai unsur persamaan.
Kita juga dapat melihat bentuk pengasimilasian bahasa berlaku dalam
kedwibahasaan. Proses ini melibatkan penerimaan bahasa secara beransur-ansur
oleh generasi kedua sehingga akhirnya tidak menggunakan bahasa ibunda
mereka. Kesan lain ialah kelahiran bahasa pijin dan bahasa kreol. Bahasa pijin
memperlihatkan unsur kedua-dua bahasa bercampur sehingga melahirkan bahasa
baru, namun tidak boleh diklasifikasikan sebagai bahasa asal. Bahasa kreol pula ialah
bahasa pijin yang menjadi bahasa ibunda atau bahasa pertama masyarakat
penuturnya akibat pertembungan dua bahasa.
2.5 Matematik, Sains dan Teknologi dalam Bahasa Inggeris
PPSMI- pengajarandan
pembelajaranSCdanMT
dalamBahasa Inggeris
memperluaskanpenggunaan
ICT di sekolahdengan
infrastruktur,peralatandan
perisianyangmencukupi,
guru yangmahir
SekolahBestari merupakan
sekolahperpaduanyangberi
penekanankepada
penggunaanteknologi
maklumatdalamPdP
11. 2.6 KEPESATAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI
Pelaksanaan Sekolah
Bestari untuk melahirkan
murid yang holistik, berfikir
secara bijak dan saksama
memperluas penggunaan
ICT dan melengkapkan
infrastruktur, peralatan dan
perisian serta guru yang
pakar IT
beri penekanan kepada
penggunaan teknologi
maklumat dan komunikasi
untuk mencapai matlamat
pdp