7. 1819 - 1824
1. FAKTOR PELUASAN KUASA BRITISH DI SINGAPURA
Syarikat Hindia Timur Inggeris (SHTI) berpendapat bahawa
Pulau Pinang tidak sesuai sebagai sebuah pangkalan kerana
kedudukannya terlalu jauh ke utara dan menyebabkan
kesukaran untuk mengawal pengaruh Belanda di kepulauan
Melayu.
Pulau Pinang juga tidak mampu untuk bersaing dengan
Betawi. Bangkahulu(pangkalan lain British) turut gagal
memainkan peranannya sepertimana yang diharapkan.
8. Stamford Raffles diarah oleh Gabenor Jeneral India, Warren
Hastings untuk mencari sebuah pelabuhan baru yang mampu
mengawal perdagangan Belanda di Kepulauan Melayu.
Pelabuhan baru ini juga akan berfungsi sebagai pangakalan
British dan pusat perdagangan.
Raffles tiba di Singapura pada 1819. Beliau mendapati
bahawa Singapura paling sesuai untuk perdagangan kerana
kedudukan yang strategik. Singapura terletak di selatan Selat
Melaka dan di tengah2 Kepulauan Melayu. Oleh itu,
Singapura dilihat boleh mengawal perdagangan di
Kepulauan Melayu dan mengawasi perkembangan
perdagangan Belanda.
9. Pada masa itu, Singapura diperintah oleh Temenggung Abdul
Rahman. Raffles berjaya memujuk TAR supaya jalin
hubungan dengan British dan melantik Tengku Hussein yang
sebelum ini diketepikan takhtanya sebagai sultan Johor yang
sah. Tengku Hussein merupakan putera sulung Almarhum
Sultan Mahmud III tetapi diketepikan takhtanya.
Takhta kerajaan Johor diserahkan kepada adindanya, TAR
melalui campur tangan Belanda. Semasa pemerintahannya,
TAR bersemayam di Riau manakala Singapura yang belum
diduduki oleh Belanda diserahkan kepada TAR.
10. Stamford Raffles telah membuat 1 perjanjian awal dengan
TAR. British dibenarkan membina loji di Singapura dan
sebagai balasan, TAR akan dibayar 3000 dolar Sepanyol
setahun.
Akan tetapi, Raffles berpendapat yang perjanjian awal ini
tidak akan sah tanpa persetujuan Sultan. Raffles juga sedar
bahawa Sultan Abdul Rahman yang berada di bawah
pengaruh Belanda tidak akan tunduk kepada kehendak
British. Justeru itu, Raffles bertindak untuk berunding dengan
11. 2. CARA PELUASAN KUASA BRITISH DI SINGAPURA
Raffles mencadangkan Tengku Hussein ditabal sebagai Sultan
Johor dan tinggal di Singapura. Tengku Hussein bersetuju
dengan cadangan Raffles dan menandatangani perjanjian
rasmi dengan Raffles pada 6 Februari 1819.
Raffles berjaya menduduki Singapura dengan menggunakan
muslihat dan memaksa Tengku Hussein dan TAR
menandatangani Perjanjian 1819. British berjaya bertapak
secara rasmi di Singapura.
12. Pertabalan Sultan Hussein menyebabkan kerajaan Johor
mepunyai 2 sultan. Sultan Hussein bersemayam di Singapura
dan Sultan Abdul Rahman bersemayam di Lingga.
13. 1855 - 1877
1. PERJANJIAN PERSAHABATAN
Sultan Hussein mangkat pada tahun 1835 di Melaka dan
diganti oleh puteranya, Tengku Ali.
Pada pertengahan abad ke-19, 1 pertikaian telah berlaku
antara Tengku Ali dengan Temenggung Ibrahim (anak TAR)
tentang hasil negeri Johor.
Pada 1847, Tengku Ali telah menuntut gelaran Sultan Johor
daripada British tetapi ditolak.
14. Memandangkan Temenggung Ibrahim lebih berpengaruh
dan mendapat sokongan daripada golongan pedagang di
Singapura, British mendesak agar Tengku Ali menggugurkan
segala tuntutannya terhadap pentadbiran Johor.
Penglibatan British dalam hal ini telah membawa kepada
Perjanjian Persahabatan antara Tengku Ali dengan
Temenggung Ibrahim pada Mac 1855.`
15. 2. PENGLIBATAN BRITISH DALAM PERISTIWA PENGILHAKAN MUAR (1877)
Temenggung Ibrahim meninggal dunia pada 1862. Beliau
digantikan oleh anaknya, Maharaja Abu Bakar. MAB amat
rapat dengan British dan berusaha meluaskan pengaruhnya
ke Muar.
Pada 20 Jun 1877, Sultan Ali mangkat di Umbai. Jenazah
Sultan Ali tidak dapat dikebumikan hampir sebulan kerana
masalah pengganti.
16. Temenggung Muar dan penghulu2 Muar telah
menandatangani surat mengakui Tengku Alam (anak Sultan
Ali) sebagai pengganti.
Pihak British telah bertindak meluaskan pengaruhnya secara
tidak langsung apabila A.E.H. Anson menawarkan Muar
kepada MAB buat sementara waktu sehingga 1 undian
dijalankan oleh Temenggung dan penghulu2 Muar.
MAB telah bertindak untuk menangkap Temenggung dan
penghulu2 Muar. Usaha ini adalah untuk mendapatkan
undian terhadap Muar.
17. MAB seterusnya menghantar 200 orang untuk menyerang
Muar. Kapal Pulai telah mengepung Muar.
Demi mengelakkan pertumpahan darah, Temenggung dan
penghulu2 Muar telah meminta perdamaian lalu bersumpah
di Masjid Umbai untuk mematuhi perintah MAB.
Upacara undian diadakan pada September 1877 di Kesang
disaksikan oleh pegawai2 British. Majlis bersidang dan
bersetuju melantik MAB sebagai pemerintah Muar.
Dengan ini, kekuasaan waris2 sultan Johor terhadap takhta
Johor tamat.
18. 3. Pihak British meluaskan kuasanya secara langsung sekali lagi
melalui Perjanjian 1885 dengan Maharaja Abu Bakar dan
mengiktirafnya sebagai Sultan Johor.
19. 1914
British bertekad meluaskan kuasa ke negeri Johor. Mereka
telah berjaya menguasai negeri2 melayu yang lain sejak
1874 tetapi kurang berjaya di negeri Johor
British bimbang Johor akan dikuasai oleh kuasa barat lain.
Sekiranya berlaku, cita2 British untuk meluaskan kuasa ke
seluruh Tanah Melayu akan gagal.
20. British telah berusaha meluaskan kuasa melaui perjanjian dengan
kerajaan Johor semasa pemerintahan Maharaja Abu Bakar. Strategi
yang digunakan bermula sejak Perjanjian Persahabatan 1885
ditandatangani apabila hal ehwal luar Johor diletakkan di bawah
kawalan British
Bukti lain British cuba mengukuhkan kuasanya di Johor ialah
melalui penubuhan Lembaga Penasihat Johor. Lembaga ini
ditubuhakan di London pada 1886. Melalui Lembaga ini, Sultan
Johor boleh berhubung terus dengan pejabat tanah jajahan di
London. Usaha British meluaskan kuasanya melalui Lembaga
ternyata berhasil apabila Lembaga ini berfungsi menguruskan
hubungan luar Johor dan menasihati sultan dalam hal2
pentadbiran
21. Lembaga Penasihat Johor juga menasihati Sultan Ibrahim
supaya meminjam sebanyak 200 000 dolar daripada negeri2
selat untuk membina landasan kereta api dari Johor ke
Singapura.
Cadangan tersebut merupakan muslihat British untuk
mengawal kewangan Johor. Dato Abdul Rahman Andak
sedar akan muslihat British ini lalu menasihati Sultan
Ibrahim supaya tidak menerima tawaran pinjaman tersebut.
British mendapati bahawa sukar untuk meluaskan kuasa ke
atas negeri Johor, lalu berusaha menyingkirkan Dato Abdul
Rahman Andak.
22. Pada 1907, John Anderson selaku Gabenor Negeri2 Selat
mencadangkan agar Dato Abdul Rahman Andak
dibersarakan dan dihantar ke London. Beliau diberi pencen
sebanyak 1000 paun setahun.
Seterusnya, british meluaskan kuasa terhadap Johor melalui
perundangan. Sultan Ibrahim terpaksa meminda Undang2
Tubuh Kerajaan Johor bagi membolehkan pihak British
menjadi ahli dalam Majlis Mesyuarat Negeri.
Pada 1914, Sultan Ibrahim terpaksa menandatangani
perjanjian dengan British. British berjaya meluaskan kuasa ke
atas Johor apabila Douglas Campbell dilantik sebagai
Penasihat British.