際際滷

際際滷Share a Scribd company logo
KEDAH
FAKTOR DAN CARA
PELUASAN KUASA DI
NEGERI-NEGERI MELAYU
PELUASAN KUASA BRITISH DAN SIAM DI
KEDAH (1816-1826)
1. PERSETIAAN AWAL KAPTEN HENRY DENGAN
KERAJAAN LIGOR
(a) Hubungan Inggeris-Siam-Kedah
 Kemaraan kuasa Siam paling dirasai oleh Kedah. Siam bukan sahaja
menuntut bayaran ufti bunga emas dan perak tetapi juga tenaga
tentera, perahu dan bekalan makanan untuk melawan Burma
 Oleh sebab bimbang terhadap ancaman Siam, Sultan Abdullah dari
Kedah sanggup menyerahkan Pulau Pinang kepada British pada
1786. Dengan ini, British mulai bertapak di Tanah Melayu.
 Siam mengganggap Negeri2 Melayu yang berjiran dengannya
sebagai negeri naungannya yang mesti menyerahkan urusan
hubungan luarnya kepada Bangkok. Oleh itu, Siam marah apabila
Sultan Kedah menyerahkan P. Pinang kepada British. Pendudukan
British di P. Pinang merupakan halangan kepada Siam untuk
meluaskan pengaruhnya di NNM.
 Bagi British pula, kekuasaan Siam terhadap NNM harus disekat
demi kepentingan perdagangannya. Akan tetapi, dalam hal ini
Siam nampaknya tidak mahu bertolak ansur. Pada Nov 1816, Siam
memerintah Sultan Kedah supaya menyerang Perak. Sultan Kedah,
Sultan Ahmad Tajuddin II dengan perasaan yang amat berat,
terpaksa mematuhi perintah ini demi menjaga keselamatannya.
 Pada 1818, Perak dapat ditawan. Akan tetapi, Siam masih tidak
berpuas hati. Krisis antara Kedah dengan Siam sampai ke
kemuncaknya pada tahun 1821 apabila Kedah diserang dan
ditakluki.
 Sultan Kedah terpaksa berlindung di P. Pinang. Semasa
pertelingkahan ini, kerajaan British di PP menunjukkan reaksi yang
dingin. British ingin menyekat kuasa Siam tetapi mereka juga
terpaksa menjaga persahabatan dengan Siam.
 British berhasrat untuk meluaskan kepentingan perdagangannya
dengan Siam. Persahabatannya dengan Siam penting kerana pada
masa itu hubungan British dengan Burma sangat genting. British
ingin mendapatkan bantuan Siam untuk mengalahkan Burma atau
 Siam yang berjaya menawan Kedah telah menghantar perutusan
kepada Gabenor PP menuntut supaya Sultan Kedah diserahkan
kepada kepadanya. Sekiranya tidak ditunaikan, Siam akan
memutuskan hubungan diplomatik dengan British.
 Gabenor menolak tunuttan itu dan hal ini semakin merumitkan
kedudukan British. Perdagangan terganggu dan Siam boleh
menghalang bekalan makanan dari Kedah untuk sampai ke PP.
Terdapat juga kemungkinan Siam akan melancarkan tindakan
agresif terhadap PP dan Seberang Perai (Province Wellesley). Sultan
Kedah yang tidak mendapat bantuan British cuba berunding dengan
Burma. Ini menambahkan kerumitan British kerana kerajaan British
di PP sudah tentu tidak bersedia melihat pengaruh Burma
berkembang di Kedah.
(b) PERUTUSAN JOHN CRAWFURD 1822
 Bagi menyelesaikan masalah ini, British di Calcutta telah
menghantar 1 perutusan ke Siam di bawah pimpinan John Crawfurd
pada 1822. Tujuan perutusan Crawfurd adalah untuk mewujudkan
hubungan baik antara SHTI dengan Siam, mendapatkan perakuan
Siam mengenai kedudukan British di PP, mencari jalan supaya
perdagangan antara 2 kuasa itu dapat diperluaskan lagi,
mengembalikan semula Sultan Kedah ke atas takhta kerajaan Kedah
dan pada masa yang sama meninjau kedudukan Siam kerana
pengetahuan SHTI mengenai Siam amat terhad.
 Perutusan Crawfurd tidak mendapat kejayaan sepenuhnya kerana
Siam enggan berunding.
 Semasa Crawfurd berada di Siam, beberapa perkembangan telah
berlaku. Siam terus berusaha menguatkan cengkamannya
terhadap Perak dan Kedah. Sementara itu, Siam terpaksa
menghadapi serangan gerila di Kedah yang dilancarkan oleh
penyokong2 Sultan Kedah.
 Di Perak, Sultan Selangor telah dijemput untuk menghalau Siam.
Akhirnya, dengan bantuan Bugis, Perak dapat membebaskan diri
dari Siam tetapi terpaksa membayar ufti kepada Sultan Ibrahim di
Selangor.
(c) PERSIAPAN RAJA LIGOR MENYERANG PERAK
 Antara tahun 1823- 1824, 2 perutusan telah dihantar oleh SHTI
untuk berunding dengan Raja Ligor dan meminta kerjasama untuk
melawan Burma. Namun, kedua-dua perutusan itu gagal.
 Berdasarkan perutusan itu, British mendapat tahu bahawa Raja
Ligor tidak dapat mengambil sebarang tindakan tanpa persetujuan
Bangkok. Pada 1824, Raja Ligor telah membuat persiapan untuk
melancarkan serangan ke atas Perak dan Selangor. Pada masa yang
sama, Robert Fullerton telah mengambil alih tugas sebagai Gabenor
di PP. Beliau seorang anti-Siam dan berazam untuk menyekat
peluasan pengaruh Siam di Tanah Melayu.
 Pada bulan Mei 1825, Robert Fullerton menghantar 1 angkatan
kapal yang dilengkapi dengan meriam ke Sungai Trang untuk
menyekat kemaraan 3000 buah perahu Siam membatalkan
rancangannya untuk menakluki Perak.
 Raja Ligor membuat rancangan untuk menyerang Perak dan
Selangor melalui jalan darat. Demi menjaga kepentingan ekonomi
British di Tanah Melayu, Robert Fullerton memberi amaran
kepada Siam bahawa British akan campur tangan jika Siam
menyerang Perak dan Selangor.
2. PERSETIAAN AWAL BURNEY
(a) Selepas peristiwa tersebut, Henry Burney telah dihantar ke Ligor
pada Julai 1825 dan memberi amaran bahawa British akan
campur tangan sekiranya Siam menyerang Perak dan Selangor. 1
persediaan awal telah ditandatangani oleh Raja Ligor dengan
Burney. Ia akan dijadikan asas untuk membuat perjanjian secara
rasmi dengan Bangkok.
(b) SYARAT2 PERSETIAAN AWAL
i. Raja Ligor berjanji tidak akan menghantar angkatannya
menyerang Perak dan Selangor.
ii. SHTI berjanji akan berusaha menyelesaikan pertelingkahan
antara Perak dengan Selangor secara diplomasi.
iii. SHTI membuat perjanjian atas nama Sultan Kedah bahawa
Sultan Kedah akan menghantar bunga emas sekiranya
takhta Sultan dikembalikan.
iv. Raja Ligor memberi jaminan sekiranya Bangkok bersetuju
dengan perjanjian tersebut, beliau tidak akan membuat
serangan ke atas Kedah selanjutnya.
3. PERJANJIAN BURNEY 1826
(a) Henry Burney membawa perjanjian ini ke India untuk
mendapatkan pengesahan. Beliau kembali ke Ligor dan
bersama-sama Raja Ligor pergi ke Bangkok untuk
menandatangani perjanjian secara rasmi dengan kerajaan
Siam. Henry Burney berada di Bangkok dari akhir tahun
1825 hingga pertengahan tahun 1826. Perjanjian Burney
telah ditandatangani pada bulan Jun 1826.
(b) SYARAT2 PERJANJIAN BURNEY
I. Siam dibenarkan terus menguasai Kedah. Sultan Ahmad Tajuddin II
tidak dibenarkan tinggal di PP, Seberang Perai (Province Wellesley),
Perak, Selangor dan Burma. British bertanggungjawab menghalang
Sultan Kedah dan penyokongnya menyerang Kedah atau lain2
jajahan Siam.
II. Pihak berkuasa Siam mengakui dan mengiktiraf hak serta
kedaulatan Sultan Perak dan Selangor. Sultan kedua-dua buah
negeri tersebut dibenarkan menjalankan pemerintahan negeri.
Pihak British tidak akan menyekat Sultan Perak daripada
menghantar ufti bunga emas ke Bangkok jika baginda bersetuju
berbuat demikian. Raja Ligor dan SHTI boleh menghantar
perwakilan ke Perak tetapi tidak boleh mengganggu kebebasan
negeri tersebut.
III. Siam mengiktiraf pendudukan British di PP
IV. Kedudukan Kelantan dan Terengganu tidak jelas tetapi Siam
berjanji tidak akan mengganggu perdagangan British di sana.
Kelantan dan Terengganu akan terus menghantar bunga emas
ke Bangkok.
4. PERJANJIAN LOW 1826
a) Siam memungkiri Perjanjian Burney dengan mengancam Perak.
Raja Ligor telah bersiap sedia menghantar pasukan tentera untuk
memaksa Sultan Perak menghantar bunga emas ke Siam.
b) Gabenor NNS, iaitu Robert Fullerton bertindak menghantar
sebuah angkatan perang di bawah pimpinan James Low ke
Perak. Atas nasihat James Low, Sultan Perak menandatangani
Perjanjian Low dengan SHTI pada 18 Oktober 1826.
(c) SYARAT2 PERJANJIAN LOW
i. Sultan Perak tidak boleh menjalin hubungan diplomatik
dengan Siam atau NNM yang lain.
ii. Sultan Perak bersetuju tidak akan menghantar bunga emas
atau ufti ke Siam.
iii. SHTI berjanji akan melindungi negeri Perak sekiranya
diancam musuh.

More Related Content

cara peluasan kuasa di Kedah

  • 1. KEDAH FAKTOR DAN CARA PELUASAN KUASA DI NEGERI-NEGERI MELAYU
  • 2. PELUASAN KUASA BRITISH DAN SIAM DI KEDAH (1816-1826) 1. PERSETIAAN AWAL KAPTEN HENRY DENGAN KERAJAAN LIGOR (a) Hubungan Inggeris-Siam-Kedah Kemaraan kuasa Siam paling dirasai oleh Kedah. Siam bukan sahaja menuntut bayaran ufti bunga emas dan perak tetapi juga tenaga tentera, perahu dan bekalan makanan untuk melawan Burma Oleh sebab bimbang terhadap ancaman Siam, Sultan Abdullah dari Kedah sanggup menyerahkan Pulau Pinang kepada British pada 1786. Dengan ini, British mulai bertapak di Tanah Melayu.
  • 3. Siam mengganggap Negeri2 Melayu yang berjiran dengannya sebagai negeri naungannya yang mesti menyerahkan urusan hubungan luarnya kepada Bangkok. Oleh itu, Siam marah apabila Sultan Kedah menyerahkan P. Pinang kepada British. Pendudukan British di P. Pinang merupakan halangan kepada Siam untuk meluaskan pengaruhnya di NNM. Bagi British pula, kekuasaan Siam terhadap NNM harus disekat demi kepentingan perdagangannya. Akan tetapi, dalam hal ini Siam nampaknya tidak mahu bertolak ansur. Pada Nov 1816, Siam memerintah Sultan Kedah supaya menyerang Perak. Sultan Kedah, Sultan Ahmad Tajuddin II dengan perasaan yang amat berat, terpaksa mematuhi perintah ini demi menjaga keselamatannya.
  • 4. Pada 1818, Perak dapat ditawan. Akan tetapi, Siam masih tidak berpuas hati. Krisis antara Kedah dengan Siam sampai ke kemuncaknya pada tahun 1821 apabila Kedah diserang dan ditakluki. Sultan Kedah terpaksa berlindung di P. Pinang. Semasa pertelingkahan ini, kerajaan British di PP menunjukkan reaksi yang dingin. British ingin menyekat kuasa Siam tetapi mereka juga terpaksa menjaga persahabatan dengan Siam. British berhasrat untuk meluaskan kepentingan perdagangannya dengan Siam. Persahabatannya dengan Siam penting kerana pada masa itu hubungan British dengan Burma sangat genting. British ingin mendapatkan bantuan Siam untuk mengalahkan Burma atau
  • 5. Siam yang berjaya menawan Kedah telah menghantar perutusan kepada Gabenor PP menuntut supaya Sultan Kedah diserahkan kepada kepadanya. Sekiranya tidak ditunaikan, Siam akan memutuskan hubungan diplomatik dengan British. Gabenor menolak tunuttan itu dan hal ini semakin merumitkan kedudukan British. Perdagangan terganggu dan Siam boleh menghalang bekalan makanan dari Kedah untuk sampai ke PP. Terdapat juga kemungkinan Siam akan melancarkan tindakan agresif terhadap PP dan Seberang Perai (Province Wellesley). Sultan Kedah yang tidak mendapat bantuan British cuba berunding dengan Burma. Ini menambahkan kerumitan British kerana kerajaan British di PP sudah tentu tidak bersedia melihat pengaruh Burma berkembang di Kedah.
  • 6. (b) PERUTUSAN JOHN CRAWFURD 1822 Bagi menyelesaikan masalah ini, British di Calcutta telah menghantar 1 perutusan ke Siam di bawah pimpinan John Crawfurd pada 1822. Tujuan perutusan Crawfurd adalah untuk mewujudkan hubungan baik antara SHTI dengan Siam, mendapatkan perakuan Siam mengenai kedudukan British di PP, mencari jalan supaya perdagangan antara 2 kuasa itu dapat diperluaskan lagi, mengembalikan semula Sultan Kedah ke atas takhta kerajaan Kedah dan pada masa yang sama meninjau kedudukan Siam kerana pengetahuan SHTI mengenai Siam amat terhad. Perutusan Crawfurd tidak mendapat kejayaan sepenuhnya kerana Siam enggan berunding.
  • 7. Semasa Crawfurd berada di Siam, beberapa perkembangan telah berlaku. Siam terus berusaha menguatkan cengkamannya terhadap Perak dan Kedah. Sementara itu, Siam terpaksa menghadapi serangan gerila di Kedah yang dilancarkan oleh penyokong2 Sultan Kedah. Di Perak, Sultan Selangor telah dijemput untuk menghalau Siam. Akhirnya, dengan bantuan Bugis, Perak dapat membebaskan diri dari Siam tetapi terpaksa membayar ufti kepada Sultan Ibrahim di Selangor.
  • 8. (c) PERSIAPAN RAJA LIGOR MENYERANG PERAK Antara tahun 1823- 1824, 2 perutusan telah dihantar oleh SHTI untuk berunding dengan Raja Ligor dan meminta kerjasama untuk melawan Burma. Namun, kedua-dua perutusan itu gagal. Berdasarkan perutusan itu, British mendapat tahu bahawa Raja Ligor tidak dapat mengambil sebarang tindakan tanpa persetujuan Bangkok. Pada 1824, Raja Ligor telah membuat persiapan untuk melancarkan serangan ke atas Perak dan Selangor. Pada masa yang sama, Robert Fullerton telah mengambil alih tugas sebagai Gabenor di PP. Beliau seorang anti-Siam dan berazam untuk menyekat peluasan pengaruh Siam di Tanah Melayu.
  • 9. Pada bulan Mei 1825, Robert Fullerton menghantar 1 angkatan kapal yang dilengkapi dengan meriam ke Sungai Trang untuk menyekat kemaraan 3000 buah perahu Siam membatalkan rancangannya untuk menakluki Perak. Raja Ligor membuat rancangan untuk menyerang Perak dan Selangor melalui jalan darat. Demi menjaga kepentingan ekonomi British di Tanah Melayu, Robert Fullerton memberi amaran kepada Siam bahawa British akan campur tangan jika Siam menyerang Perak dan Selangor.
  • 10. 2. PERSETIAAN AWAL BURNEY (a) Selepas peristiwa tersebut, Henry Burney telah dihantar ke Ligor pada Julai 1825 dan memberi amaran bahawa British akan campur tangan sekiranya Siam menyerang Perak dan Selangor. 1 persediaan awal telah ditandatangani oleh Raja Ligor dengan Burney. Ia akan dijadikan asas untuk membuat perjanjian secara rasmi dengan Bangkok.
  • 11. (b) SYARAT2 PERSETIAAN AWAL i. Raja Ligor berjanji tidak akan menghantar angkatannya menyerang Perak dan Selangor. ii. SHTI berjanji akan berusaha menyelesaikan pertelingkahan antara Perak dengan Selangor secara diplomasi. iii. SHTI membuat perjanjian atas nama Sultan Kedah bahawa Sultan Kedah akan menghantar bunga emas sekiranya takhta Sultan dikembalikan. iv. Raja Ligor memberi jaminan sekiranya Bangkok bersetuju dengan perjanjian tersebut, beliau tidak akan membuat serangan ke atas Kedah selanjutnya.
  • 12. 3. PERJANJIAN BURNEY 1826 (a) Henry Burney membawa perjanjian ini ke India untuk mendapatkan pengesahan. Beliau kembali ke Ligor dan bersama-sama Raja Ligor pergi ke Bangkok untuk menandatangani perjanjian secara rasmi dengan kerajaan Siam. Henry Burney berada di Bangkok dari akhir tahun 1825 hingga pertengahan tahun 1826. Perjanjian Burney telah ditandatangani pada bulan Jun 1826.
  • 13. (b) SYARAT2 PERJANJIAN BURNEY I. Siam dibenarkan terus menguasai Kedah. Sultan Ahmad Tajuddin II tidak dibenarkan tinggal di PP, Seberang Perai (Province Wellesley), Perak, Selangor dan Burma. British bertanggungjawab menghalang Sultan Kedah dan penyokongnya menyerang Kedah atau lain2 jajahan Siam. II. Pihak berkuasa Siam mengakui dan mengiktiraf hak serta kedaulatan Sultan Perak dan Selangor. Sultan kedua-dua buah negeri tersebut dibenarkan menjalankan pemerintahan negeri. Pihak British tidak akan menyekat Sultan Perak daripada menghantar ufti bunga emas ke Bangkok jika baginda bersetuju berbuat demikian. Raja Ligor dan SHTI boleh menghantar perwakilan ke Perak tetapi tidak boleh mengganggu kebebasan negeri tersebut.
  • 14. III. Siam mengiktiraf pendudukan British di PP IV. Kedudukan Kelantan dan Terengganu tidak jelas tetapi Siam berjanji tidak akan mengganggu perdagangan British di sana. Kelantan dan Terengganu akan terus menghantar bunga emas ke Bangkok.
  • 15. 4. PERJANJIAN LOW 1826 a) Siam memungkiri Perjanjian Burney dengan mengancam Perak. Raja Ligor telah bersiap sedia menghantar pasukan tentera untuk memaksa Sultan Perak menghantar bunga emas ke Siam. b) Gabenor NNS, iaitu Robert Fullerton bertindak menghantar sebuah angkatan perang di bawah pimpinan James Low ke Perak. Atas nasihat James Low, Sultan Perak menandatangani Perjanjian Low dengan SHTI pada 18 Oktober 1826.
  • 16. (c) SYARAT2 PERJANJIAN LOW i. Sultan Perak tidak boleh menjalin hubungan diplomatik dengan Siam atau NNM yang lain. ii. Sultan Perak bersetuju tidak akan menghantar bunga emas atau ufti ke Siam. iii. SHTI berjanji akan melindungi negeri Perak sekiranya diancam musuh.