Ada lima cara untuk mengubati dan merawat hati menurut ulama, yaitu: (1) membaca Al-Quran, (2) mengosongkan perut dari makanan berlebihan atau berpuasa, (3) bangun beribadat di waktu malam, (4) beribadat disepertiga malam, dan (5) bersama orang-orang soleh. Hati perlu dijaga karena ia adalah pusat segala tingkah laku manusia.
1 of 2
Download to read offline
More Related Content
Cara untuk mengubat dan merawat hati
1. CARA UNTUK MENGUBAT DAN MERAWAT HATI
Berkata seorang ulama, Ibrahim Al-Khawas RA: Sesungguhnya ubat hati itu ada
lima perkara, maka ubatilah hati kamu dengan lima perkara tersebut. Pertamanya,
bacalah Al-Quran dengan menghayati isi kandunganya. Kedua, mengosongkan
perut dari terlalu kenyang atau berpuasa. Ketiga, bangun ( beribadat ) di waktu
malam. Keempat, menghampirkan diri kepada Allah ( beribadat ) disepertiga
malam dan yang kelimanya, sentiasa bersama-sama di dalam majlis orang-orang
yang soleh .
Sesungguhnya manusia diciptakan oleh Allah dengan sebaik-baik penciptaan.
Bermulanya dengan setitik air yang hina sehinggalah bergelar seorang insan
bernama manusia. Diberikan pula berbagai-bagai nikmat yang tak ternilai
banyaknya tanpa mengira siapa kita. Namun, kita sering lalai dan lupa untuk
mensyukuri di atas anugerah yang dikurniakan, bahkan kita masih lagi berlumba-
lumba mengejar kemewahan yang bersifat sementara itu.
Nikmat yang paling berharga dikurniakan kepada manusia ialah nikmat hati, yang
merupakan raja segala gerak-geri dan tingkah-laku yang dipertontonkan oleh
manusia. Hati yang diciptakan Allah semulia-mulia kejadian, di situlah akal
manusia, di situlah buruk, baik, sihat, lemah manusia, di situlah segala-galanya.
Benarlah apa yang diucapkan oleh Rasulullah SAW: Sesungguhnya di dalam
diri manusia itu ada seketul daging, jika sekiranya baik daging itu, maka baiklah
seluruh diri manusia itu. Jika sekiranya buruk daging itu, maka buruklah seluruh
diri manusia itu. Ketahuilah, bahawa ia adalah hati .
Hatilah punca segala-galanya. Jika tidak berpunca dari hati yang kotor, manusia
tidak akan melakukan maksiat terhadap penciptanya. Namun, kita sentiasa tidak
menghiraukan gelagat hati kita. Kita sering biarkan hati kita dikotori titik-titik
hitam dan dihinggapi berbagai-bagai penyakit yang menjijikan. Lantas, hasilnya
segala gerak-geri yang dipertontonkan melencong dari jalan yang dikehendaki
Allah SWT.
Al-Quran yang diturunkan kepada kita melalui insan agung SAW merupakan
mukjizat yang tidak ada tolak bandingnya, bahkan ia juga sebagai ubat bagi
mengubati hati yang berpenyakit. Dengan kita melazimi membacanya dan
mentadabbur apa yang terkandung di dalamnya, akan memperolehi ketenangan
hati yang akan menyebabkan hati sentiasa tidak lalai mengingati Allah SWT.
Firman Allah SWT yang bermaksud: ketahuilah, dengan mengingati Allah itu,
hati akan tenang.
Begitu juga dengan mengosongkan perut dari terlalu kenyang akan mengubati
segala penyakit yang tersemat dihati kerana dengannya hati akan beroleh
kerehatan dan meringankan untuk melakukan ibadat kepada Allah SWT serta
2. Cara-cara rawat hati
menjauhkan dari segala penyakit yang memudaratkan. Rasulullah SAW pernah
bersabda: Barangsiapa yang sedikit makannya, sihatlah perutnya dan bersihlah
hatinya. Barangsiapa yang banyak makannya, maka sakitlah perutnya dan
keraslah hatinya.
Sabda Rasulullah SAW lagi: janganlah kamu matikan hati kamu dengan
membanyakan makan dan minum, sesungguhnya hati itu seumpama tumbuh-
tumbuhan, jika banyak disirami air maka ia akan mati .
Seterusnya, diantara ubat bagi mengubati hati ialah dengan sentiasa bagun
malam beribadat kepada Allah SWT kerana dengannya akan menjauhkan diri kita
dari tipu daya syaitan dan menjauhkan dari melakukan dosa serta mendapat
keredhoan dari Allah SWT. Rasulullah SAW sentiasa mengingati ummatnya:
hendaklah kamu bangun malam ( beribadat ) walaupun hanya mengerjakan satu
rakaat sembahyang .
Oleh itu, bagi memastikan hati kita dalam keadaan sentiasa bersih dari segala
penyakit, hendaklah kita melazimi dengan membanyakan beribadat kepada Allah
disepertiga malam kerana waktu itulah Allah SWT turun ke langit dunia bagi
melihat siapa diantara hambanya yang berjaga malam, beribadat kepadanya.
Begitu juga, hati akan terubat dari segala penyakit dengan sentiasa bersama-
sama di dalam majlis orang-orang yang soleh. Ini akan menyebabkan sedikit
sebanyak akan terikut dengan tingkah laku, perbuatan dan percakapan mereka
yang sentiasa mengingati Allah SWT. Sesungguhnya Rasulullah SAW pernah
bersabda: Berkata Luqman Al-Hakim kepada anaknya, wahai anakku,
sentiasalah kamu berada dalam majlis alim ulama ( orang-orang yang soleh ) dan
dengarlah kata-kata hikmah dari mereka. Sesungguhnya Allah SWT akan
menghidupkan hati yang mati dengan cahaya hikmah sebagaimana Allah
menghidupkan bumi dengan siraman hujan yang lebat .
Berkata seorang hukama : Sesungguhnya Allah SWT mempunyai sebuah
kebun di atas dunia ini, barangsiapa yang masuk ke dalamnya maka bahagialah
hidupnya. Kemudian ditanya padanya: apakah kebun itu?, lantas dijawab
bahawa kebun itu adalah majlis-majlis ilmu ( mengingati Allah ).
Begitulah di antara penawar-penawar yang digariskan oleh ulama bagi mengubati
hati-hati kita dari segala penyakit yang menyebabkan gerak geri yang
dipertontonkan oleh kita melencong ke arah kemurkaan Allah SWT. Mudah -
mudahan kita digolongkan dikalangan hamba-hambanya yang sentiasa dalam
keadaan hati bersih dari segala penyakit-penyakit yang menyebabkan kita lalai
mengingati Allah SWT.