ºÝºÝߣ

ºÝºÝߣShare a Scribd company logo
http://www.cikgusitiami.blogspot.com
Tajuk-tajuk Penulisan Karangan UPSR
Cara-cara menjadi murid cemerlang
Murid cemerlang bermaksud murid yang mempunyai prestasi akedemik dan
kokurikulum yang baik. Semua murid mengidamkan gelaran ini. Menjadi murid
cemerlang bukan suatu perkara yang mudah. Namun hal ini bukanlah suatu perkara
yang mustahil untuk dicapai. Ada berbagai cara boleh menjadi murid yang
cemerlang.
Memberi tumpuan semasa guru mengajar adalah cara yang baik diamalkan
agar murid boleh cemerlang. Apabila guru sedang mengajar suatu tajuk, hayatilah
penerangannya agar kemahiran yang diajar dapat kita kuasai. Fokuskan fikiran kita
kepada maklumat yang disampaikan agar dapat diingati. Jangan sesekali, fikiran kita
menerawang daripada tajuk yang sedang dibincangkan.
Kita boleh membuat jadual ulangkaji pelajaran di rumah. Jadual itu mestilah
dipatuhi. Dalam hal ini, disiplin sangat penting. Jangan sesekali melanggar praturan
yang kita telah tetapkan kerana ulangkaji merupakan langkah tambah nilai
mempertingkatkan kualiti pembelajaran diri. Jika hal ini berlaku secara berterusan,
kemahiran menguasai soalan akan bertambah baik. Soalan-soalan peperiksaan yang
dihadapi mudah dijawab.
Selain itu, dengan menyertai kelas tambahan juga boleh mendorong
sesorang murid menjadi cemerlang. Biasanya semasa kelas tambahan guru-guru
lebih banyak mendedahkan teknik-teknik menjawab soalan dengan baik dan
menepati soalan. Justeru, sangatlah beruntung jika cara ini dilakukan untuk menjadi
murid cemerlang.
Seterusnya, menggunakan masa lapang secara berfaedah dapat membantu
menjadi murid yang cemerlang. Masa lapang yang ada, wajar diisi secara bijaksana.
Antaranya membaca bahan-bahan ilmiah, bahan bercetak. Kita juga boleh melayari
internet untuk mencari bahan-bahan pembelajaran. Dengan ini minda kita akan
terbuka luas dan banyak maklumat.
Kesimpulannya, memang ada banyak cara untuk menjadi murid yang
cemerlang. Tanamkanlah tekad dan semaikan semangat untuk menjadi cemerlang
dalam semua aspek. Bak kata pepatah, menggenggam bara biar sampai jadi arang.
Alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan.

More Related Content

Cara2 murid cemerlang

  • 1. http://www.cikgusitiami.blogspot.com Tajuk-tajuk Penulisan Karangan UPSR Cara-cara menjadi murid cemerlang Murid cemerlang bermaksud murid yang mempunyai prestasi akedemik dan kokurikulum yang baik. Semua murid mengidamkan gelaran ini. Menjadi murid cemerlang bukan suatu perkara yang mudah. Namun hal ini bukanlah suatu perkara yang mustahil untuk dicapai. Ada berbagai cara boleh menjadi murid yang cemerlang. Memberi tumpuan semasa guru mengajar adalah cara yang baik diamalkan agar murid boleh cemerlang. Apabila guru sedang mengajar suatu tajuk, hayatilah penerangannya agar kemahiran yang diajar dapat kita kuasai. Fokuskan fikiran kita kepada maklumat yang disampaikan agar dapat diingati. Jangan sesekali, fikiran kita menerawang daripada tajuk yang sedang dibincangkan. Kita boleh membuat jadual ulangkaji pelajaran di rumah. Jadual itu mestilah dipatuhi. Dalam hal ini, disiplin sangat penting. Jangan sesekali melanggar praturan yang kita telah tetapkan kerana ulangkaji merupakan langkah tambah nilai mempertingkatkan kualiti pembelajaran diri. Jika hal ini berlaku secara berterusan, kemahiran menguasai soalan akan bertambah baik. Soalan-soalan peperiksaan yang dihadapi mudah dijawab. Selain itu, dengan menyertai kelas tambahan juga boleh mendorong sesorang murid menjadi cemerlang. Biasanya semasa kelas tambahan guru-guru lebih banyak mendedahkan teknik-teknik menjawab soalan dengan baik dan menepati soalan. Justeru, sangatlah beruntung jika cara ini dilakukan untuk menjadi murid cemerlang. Seterusnya, menggunakan masa lapang secara berfaedah dapat membantu menjadi murid yang cemerlang. Masa lapang yang ada, wajar diisi secara bijaksana. Antaranya membaca bahan-bahan ilmiah, bahan bercetak. Kita juga boleh melayari internet untuk mencari bahan-bahan pembelajaran. Dengan ini minda kita akan terbuka luas dan banyak maklumat. Kesimpulannya, memang ada banyak cara untuk menjadi murid yang cemerlang. Tanamkanlah tekad dan semaikan semangat untuk menjadi cemerlang dalam semua aspek. Bak kata pepatah, menggenggam bara biar sampai jadi arang. Alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan.